Thursday, November 27, 2008

Berkubang kah- entry weekend lepas

Sabtu lepas pagi macam biasa berjogging aku keliling titiwangsa, macam best pulak waktu pagi -pagi ni. Balik tu ingat nak basuh keta tapi macam penat la pulak so decide nak basuh petang-petang lah.Then bawa anak-anak gi main buai lepas depa mandi tu.

Dalam 12 tu aku bawa anak bini gi Sogo ada sale tapi sale tak sepenuhnya lagi. Plan nak cari kasut baru si syaza tapi takde pulak diskaun. Sebelum tu macam biasa bawa anak-anak gi tingkat 8 bagi depa main kat tempat mainan tu. Sempat gak aku tinjau Rex-box sogo tu saje nak buat tinjauan. Ooo ada pakej tengahari ek, 3 jam guna bilik tapi dengan syarat kena la beli set lunch .(tengok nasi goreng dalam limgkungan rm 12 + Minuman percuma)

Then kita orang lunch dekat tingkat 7 lepastu singgah balik bahagian kanak-kanak. Promoter kat situ cakap 29hb 11 baru start mega sales hujung tahun so better mai next week. Jadi tak dapat kasut anak aku yang sulong nampak baju ultraman terus dia nak. Si syaza pulak beli gak baju sebab ada diskaun sesetengah barang. (ni kira nak abiskan stok kot).

Balik dalam 3 petang ,ingat anak-anak dah nak tidur tapi belum lagi. Layan depa main lepastu aku dan wife buat-buat tidur ayam sebab time tu hujan turun lebat tapi tak mau gak tidur(wahh ada kaitan ke hujan2 ni?).Lepas asar tu dalam 6 petang aku ajak anak-anak turun konon ajak basuh keta sama. Tapi bila depa turun tu depa nak gi main buai sendiri. So aku biar aje depa pergi main dulu manakala aku tekun dok exersice gak sebenarnya basuh keta sendiri ni.

Mula- mula aku macam confident aje depa 2 orang tu leh main sendiri. Tiba-tiba aku nampak si abang dari jauh tak pakai kasut. Si adik pula macam ilang aje dari pandangan aku(maybe jarak dlm 100 m kot). Suspen aje aku terus aku pergi ,haaa terkezut aku si adik tengah berkubang dengan ayaq takungan hujan dekat mainan tu. Habis basah lencun aku tengok, Wahh boleh tahan si Syaza ni yelah maybe belum 3 thn dia belom reti apa-apa.

Aku angkat terus dukong bawa naik ke atas sambil dia jerit nak main, nak main (berkubang lagi). Alamak.. ni kena bawa gi Klcc park ni bagi depa main kat sana baru la bersih ek. Laa teringat aku zaman kecil dulu no hal lah kalau hujan tu aku siap main air hujan dan berkubang kat padang bola...heehehe ni kira bawaan ayah dia lah jugak ni ek.

Sampai atas terus aku bawa kat bilik air tanpa mak dia perasan,aku buka siap-saip baju seluar letak dalam baldi. Buka pampers dia bagai lepastu baru panggil wife aku sebab aku nak abiskan cucian keta dulu. Itu ajelah tajuk berkubang kali ni. hiks.. takde idea nak taip, taip jelah pengalaman-pengalaman macam ni.. hihihi

Sunday, November 23, 2008

Tazkirah la pulak

Sejak dua menjak ni , macam malas pulak nak taip kat sini..err dear diary kah ? Takde la perkara menarik macam kisah 2 minggu lepas yang mensuspenkan lagi menspekukan orang ,opss insap aku..!

Lepas kursus weekend lepas macam tersedar gitu tak baik aku tulis yang bukan-bukan.. heheheh so mulai dari sekarang kalau boleh tulis ala kadar ajelah kot ni .Takpun aku tulis pasal ilmu agama ke,ok lah kot menyampaikan pesanan dan kalau kawan-kawan ambik yang baik dapat gak ganjaran di hari kemudian.

Hari selasa lepas kat tempat surau aku ada buat kuliah fardu ain. Topik yang ustad R bagi adalah mengenai sholat sunat yang di tuntut atau sholat yang boleh kita dapat extra pahala kalau buat. Di antaranya adalah sholat sunat tasbih, rupenya sholat ni kalau boleh seumur hidup orang tu kena buat sekali. Nak hapdal kalau boleh setahun sekali buat,dan kalau boleh buat sebulan sekali. Sholat sunat ni ada 4 rakaat dan kena bertasbih , errr dalam buku fardu ain ada kalau nak tau dengan lebih lanjut.

Kemudian Ustad R cite bab sunat sholat Hajat, Sholat sunat ni 2 rakaat dan kalau berhajat baik dan nak berkesan buat masa takkala bangun 3 pagi untuk buat Qiamulail.
Sholat ni boleh gak di buat secara berjemaah. Mungkin kalau iman mendoakan ,makmum amin lagi cepat pemintaan atau hajat yang boleh di makbulkan.

Apa yang menariknya intipati pasal Hajat ni, cite pasal doa untuk tuhan makbul ni Ustad R cite terdapat 1 golongan di akhirat nanti apabila di perhitungkan amalan baik dan jahat , maka doa-doa yang tak dapat ketika dia hidup di dunia. Allah akan simpan dan di makbulkan di akhirat kelak jadi pahala yang mereka dapat berganda-ganda dan mereka beroleh keberkatan untuk masuk ke syurga.

Jadi untuk semua, waima doa tidak makbulkan pada semasa hidup di dunia ,jangan gundah gelana ,mungkin tuhan akan simpan untuk di beri di kemudian hari, Insya allah. Sekian wabilahi taufik...wasalam

Monday, November 17, 2008

Drama dah abis

Hehehhee, Drama last week dah abis ,kira tak yah lah nak ulas -ulas lagi. Jadi pada pembaca semua yang baca kisah last week ,harap maafkan aku couse terspeku lebih -lebih. Yelah persepsi awal yang di dengar awal-awal rupenya tersalah sangka.

Weeknd lepas Ajk Aptment aku ni ada mesyuarat , pengerusi pun bagitaulah rupe-rupenya Mr Tahir tu di pukul-pukul tanpa ada bukti yang dia telah mencuri keta si Xelander. Sebenarnya menurut beliau masa meeting tu:-

1. Mr X@ Xelander telah 6 bulan tak bayar ansuran keretanya

2. Mr Tahir yang selalu bawa penumpang dia ke aptmnt aku rupenya dia jadi informer pihak peminjam mengatakan sekian-sekian keta Xelander berada di mana.

3. Keta Xelander kena tarik la so takde perkaitan si Tahir dengan Wife Xelander sebenarnya.

4. Xelander tu pun takde pompuan simpanan (tapi masa kejadian ada penghuni dengar di sebut dia ada 3 isteri, (errr takleh buat anggapan gak ni tapi ikut logik memang jarang nampak Xelander tu bersosial atau join aktibiti kat tempat aku ni).

5. Si Xelander tu kena dan di soal siasat(sampai mukanya lebam-lebam) manakala mr tahir kena masuk spital.

Itu ajelah drama yang penghuni kat sini pakat dok salah sangka termasuklah aku saksi kejadian atau depan mata kalau ada yang kena tikam sure aku kena kluar masuk mahkamah ni jadi saksi(opss tak naklah aku, hihihi). Sekian sahajalah ya, maafkan lah aku sekali lagi .

Thursday, November 13, 2008

Drama lagi

Ekekeke.. nampaknya ramai pulak yang dok komen sampai aku pun di katakan blur' oleh seseorang kat t*g ( opsss tak sentapz aihh). Jadi nak cite lah pasal drama lagi, hiks.Yelah atas permintaan ramai kurang jelas aku kenalah tulis ayat simple pulak lah lah ek.

Takdelah ni drama kat opis aku tadi , sebelum tu nak gak aku cite drama pasal Mr X atau X-haider yang memukul-mukul Mr Tahir sampai berdarah -darah . Kira cite sikit dulu sebab ada lagi sambungan nya. Lepas Isyak tadi adalah 1 rumah tu buat kenduri doa selamat. Sembang punya dok sembang tercerita la pasal kes ahad lepas. Rupenya X-haider di belasah gak oleh polis sampai lebam kat muka dia. Tuan kenduri ni yang nampak sendiri katanya. So betullah aku dok speku X-haider ni pun ada gak buat hal kan..opsss

Jaditu je lah nak cite , nanti kalau ada lagi leh lah bergossip kat sini.. opsss
Sebenarnya aku nak cite pasal pagi tadi. Adalah anak staff kat opis aku tu baru dapat result 5 A, bangga siap datang dengan adik dia. Yang menariknya adik dia yang maybe dalam darjah 4-5 dok nangis-nangis takut tak dapat 5 A macam abang dia. Mak dia pun dok tenang-tenangkan dia, dok pujuk akan bagi kelas tuisyen bagai nanti.. fuhh macam-macam.

Pulak, tertekan pulak anak-anak zaman sekarang ek. Aku dulu masa sekolah rendah waima dok kelas A tapi macam takdelah family aku preasure ke buat aku tertekan nak score 5 A ni. Relax aje sebab aku masa skolah ren. sronok gi sebab salah satunya nak main macam-macam masa rehat dan masa tunggu bas nak balik.

Yang aku ingat dok belajaq rajin time tu pun sebab sepupu aku yang sebaya jadi macam tak best lah kalau periksa tu asyik sepupu aku yang pompuan tu dok dapat hadiah kan.. hihihi, ehh sepupu aku ni pi skolah soksek tau praapp, deo couse dah tentu dia 5 A kan.. hihihi.

Oh ya ,aku pun tak sabar jugaklah nak tengok anak aku macam mana nanti. Tak ober kot maybe aku biarkan dia belajar ikut kemampuan, tak nak macam anak kawan aku tu siap nangis kuat-kuat takut tak dapat 5 A macam abang dia dapat. Abis kawan -kawan member aku (pompuan) dok tengok drama tu mengalir air mata gak terharu atau terkejut kot. Itu ajelah dramanya hari ni, tak menarik la sangat tapi ada masej tersendiri. Tunggu weekend ni adalah lagi sambungan X-haider kalau dapat info terbaru.. hihihi (ke dah boring dah isu ni ek..ekekekkee)

Wednesday, November 12, 2008

Drama Cinta bersegi-segi ni

Ekekekek.. ramai tak brapa paham ek drama minggu hari ahad lepas. Isnin petang lepas tragedi ahad tu aku macam biasa turun bawa anak-anak ke taman. Jumpa lagi rakan-rakan untuk cikwo*z kejadian tu dan aku pun nak tahu apa sebenarnya dah berlaku.

MR X yang pukul driver (Mr T lah ek nama dia) tanpa usul periksa gitu . Sebenarnya rupe -rupenya MR X ni ada skandal gak kat luar, skandal hutang atau pompuan lah kot ni. Ada penghuni dengar dari mulut MR T rupenya ada sorang perempuan yang bagi kunci kereta MR X tu suruh sorokkan kat tempat lain. Ni leh muskil apasal pompuan tu dapat kunci tak taw lepastu dia suruh MR T masej minta RM 3000 dari MR X , so adakah MR X behutang dgn pompaun skandal tu so macam dia kena bagi duit dulu la baru pompuan tu serah keta dia.

Mr X masa kejadian ada sebut macam tu dan mungkin la dia tokok tambah mR T tu sesaja nak tidur dgn wife Mr X tu so mungkinlah MR X mengamuk sakan. MR T pulak boleh masuk perangkap sebab mr X masej kat mR T tu (maybe guna h.p orang lain) suruh MR T datang ambik dia nak ke aiport so sampai aje terus lah masuk perangkap Mr X.

Kesimpulanya mungkin lah MR X ada bagi pinjamkan keta kat pompuan simpanan dia tu, lepastu pompuan tu buat kunci pendua lah kan. Then oleh kerna MR X tak bayar utang dia suruh la MR T tu alihkan keta Mr X kat mana-mana dulu. Takkan la pompuan tu beriya-iya curi keta MR sure la MR X tu buat hal jugak kan. Alamak ter speku kah ni.

Sehingga ptg semalam dah tak nampak pun MR X tu mabye kena tahan reman la kot sebab boleh jadi pukul MR T tu sampai berdarah-darah kan. Takpe minggu ni ada meeting ajk persatuan penduduk mesti ada sebut punya kes ni.. hehehhe. Err yang tak paham tu buat -buat paham jelah ambo cuba bercerita ni... ekekekeke

Monday, November 10, 2008

Drama minggu ini

Dulu,kalau hari ahad malam selalu ada Drama minggu ini kat rtm 1 . Petang ahad tadi berlaku drama yang tidak di sangka sekali boleh berlaku kat kediaman yang selalunya sepi pada setiap hari kecuali suara kanak-kanak bermain di taman mainan.

Petang ahad tadi dalam 6.15 seperti biasa aku bawa si syaza(si abg tidur pulak) turun bawah menuju ke taman. Sebelum sampai aku tersempak dengan kawan si R yang asai dari utara sana. Dalam kami dok sembang tiba-tiba ada deruan te*si yang memecut laju masuk di ikuti oleh 1 kereta di belakangnya. Tiba -tiba ada sorang penghuni(Mr X) ni suruh tahan teksi tu sambil dia suruh pak guard tutup pintu pagar.

Sambil tu dia jerit pencuri kereta aku,pencuri kereta aku dalam loghat daerah negri dia. Bila tek*i tu nak sampai kat pintu depan dia terus tahan tek*i tu macam ala-ala superman je ,mujur berenti. Lepastu dia yang bersenjatakan macam chota terus memukul-mukul dan suruh pemandu tu keluar. Kawan dia yang ikut tek*i tu turun juga untuk mengelakan perkara yang buruk boleh berlaku.

Aku yang tengah dukong si syaza terus bawa dia jauh skit sebab macam kecoh je jadinya. Ramai penghuni dikejutkan dengan insedin pekikan macam mengamuk, pemandu tu nampak macam kena pukul aje lepas dia bukakan pintu(takut cermin keta dia pecah kot). Kawan aku si R dah rasa semacam suruh yang baru turun telepon polis .Ada sorang tu nampak macam gaya askar cepat je dok kalut minta wife dia nak tepon polis.

Berdarah la plak kat kapla pemandu tek*i tu kena pukul oleh si X macam mengamuk je ala-ala tengok along dok pukul peminjam kat Tv tu aje. Penduduk semakin ramai yang turun, ada juga yang nampak macam ketakutan tengok di balkoni aje. Aku lak bawa cepat-cepat syaza ke tempat lain dulu.Lepastu dalam 10 minit polis pun sampai, fuhh lega sebab pemandu macam kena teruk je di belasah. Adalah beberapa kali MR X ni dok marah-marah sambil kaki dia naik kat kapla kena tujah gitu.Mujur dah ramai orang yang telah meredakan keadaan .

Lepas aku bawa naik si syaza aku turun balik ala -ala mencik*okzan diri nak tahu apa sebenarnya punca kejadian berlaku.Oleh kerna depa bercakap dalam bahasa loghat yang aku tak baper paham aku tanya la kawan aku si R tu. Dia pun cite sebenarnya di samping pemandu tu di syaki mencuri rupe-rupenya dia cuba mengurat isteri si Mr X tu,then dia suruh bayar dahulu rm 3000 (ugutan melalui sms). Yang terkejutnya siap masej beritahu kereta Mr x boleh di beri jika isteri mR x rela tidur denganya. Wahhh ni dah jadi mcm drama tv ni, macam buat ugutan pulak dan pemandu tu di syaki bersubahat lepas dia hantar sms berbaur l*cah.

Tapi ni dengar dari mulut mr X, entahkan benar ataupun tidak. Lagipun mungkin wife dia yang memang aku selalu gak nampak naik teksi berantar/ambik ada kalau Mr X tu gi keja.Mungkin la aku rasa pemandu tu geram kat wife mR x tu lalu dia curi kereta Mr X(dia curi kat area tempat keja MR X)lepastu oleh kerna napsu terus je ugut tak nak serahkan kereta tu. Tapi tak baik pulak aku speku kan,ekekkeke.Drama tu tamat bila pemandu tu di bawa ke balai bila azan magrib berkumandang. Itu ajelah drama yang aku tengok memang real lah penuh suspen, mendebarkan lagi mencemaskan.

Friday, November 7, 2008

Cite terkini(tak sensasi pun,ekekeke)

Pengumuman fatwa *oga ditunda & Malam ni Skrin 08


KUALA LUMPUR: Pengumuman Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai hukum berhubung senaman *oga yang sepatutnya dibuat hari ini ditunda ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata ini kerana Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan
, Datuk Abdul Shukor Husin berada di luar negara kerana urusan kerja.

Apa lah nak di haramkan senaman ni pula ek, tak tau la plak aku senaman ni kalau boleh melekakan orang tidak menunaikan solat ? Sebenarnya pendapat aku yang pernah la masuk join buat *oga ni tahun lepas (kelas 6- 7ptg) takde pula dia suruh baca ayat2 mentera tamil ke..,Er adalah 2-3 kali aku masuk tu pun aku terjoin Gym tahun lepas, tahun ni malas pula nak daftar semula sebab aku rasa macam ok ja buat senam robik kat titiwangsa tu. Lagipula kat seblah Opis aku ni dah siap gelanggang volleyball tu lagi best berpeluh-peluh dan dapat sudut udara yang segar kalau nak compare dok dalam gym yang tertutup tu

Berbalik pada isu *oga ni, aku tengok dan perhatikan senaman dia lebih kurang Tai chi aje penuh kesopanan dan kesusilaaan. So tai chi pun elok di periksa semula manalah tu salah satu upacara ke agamaan kaum c*na budha dahulu kala ke...? hihihi. Tapikan kalau mamat Gq yg katanya Joe akan blajar dan bila dia lulus nak buka kelas *oga kat M’sia ni sure De*inn, Y*m ,Ar*, an*e ,ang*h, Lim*h paling awal datang dan dok depan sekali kan.. ekekekke(gurau je). Tapikan instructur yang aku terjoin aritu amoi yang badanya amat slim riber sekali, (patut la kelas tu ramai lelaki join..ekekeke)

Tahle, bagi aku lah senaman apa-apa pun kalau tujuan untuk kesihatan takde masalah, lain lah kalau kat depan kelas tu ada tokong atau patung yang semua peserta y*ga kena sembah kan.. yang tu wajib kena tinggal lagi pula muzik yang di pasang takde pula bunyi mentera2 tamilka kerna muzik nya amat slow mlow sekali sampai leh tidur kalau korang nak . Harapan aku tak yah la nak kluar fatwa macam ni kerna alangkah baiknya gomen ketatkan lagi undang-undang salah laku macam khalwat ke.. tu lagi baik .

Ehh lupa plak aku, malam ni jangan lupa Anugerah skrin, rasa macam afdlin sauki, fasha atau sheila boleh dpt pelakon drama terbaik. Filem maybe abg rochamm atau farid kamil dan sure maya karin dapat lagi mlm ni. Itu ajelah ramalan aku ehh Filem maybe KMBM atau Anak halal leh dapat. Drama pula antara cite fasha shanda yg jadi jalang tu menang atau yang afdlin sauki komposer yang di tinggalkan isteri tu boleh dapat. Mungkin ramalanku ini tidak benar belaka.. hihihi so malam ni layannnnn ajelah ek.

Tuesday, November 4, 2008

Hari minggu yang sama ajekah?

Pagi ahad temujanji nak besenam robik kat titiwangsa tak tercapailah plak couse dalam pukul 9.10 baru sampai dah abis (adakah nak salahkan sesudah subuh ?opss). Best rasanya kalau buat senam robik sambil dengar-dengar dan ikut lagu sesambil usyar sana ursya sinun... oppss lagi. Lalu aku berjalan laju sambil buat exersice senam robik sambil tangan atau kaki dok bergoyang jadi berpeluh lah gak waima aku wat macam tu dalam 50 minit kot. Lepastu aku pi kat mainan kanak-kanak baru tu ada di wujud macam mini Gym . Oklah aku pun nak contohi si prappp dok buat maskul kat gym sejak 2 menjak ni.

Balik tu singgah beli roti /paper mingguan macam biasa dah sah nak tau kisah artis skandal tak sudah-sudah kan. Err baru prasan adakan semua bekas anggota Elite ni akan menghadapi saat perpisahan bersama suami mereka..opss sian kat Ab*y tu nak buat macam mana sure N*rm*n tu akan cakap smua dah di takdirkan tuhan saya terpaksa kahwin juga dengan M*mey tu. Agaknya sure dia nak buat macam Aw*e tu ek, konon nak dapatkan hak penjagaan anak-anak akhirnya ada kes sure susah la dia..opss tergossipp lebih lebih lak aku.

Petangnya ingat nak jalan -jalan ronda klcc, hujan lebat la plak dan akhirnya angkut 1 family gi K-four je lah. Gi makan malam kat situ lepastu beli barang-barang dapur mana yang tak cukup di complete kan. Check rega barang macam masih sama, adakah barang-barang di Te*co yang dengar cite milik saham Y*hudi lebih mudah dari K-four ? . Apa pendapat korang ek, leh tak aku gi te*co gak kalau ada barang-barang keperluan dapur/penjagaan diri /rumah tu lebih murah kalau beli kat Te*co.Emmm susah gak ni tapi kalau nak berjimat boleh kot ek, pekerja Islam pun ramai kat situ kan? Balik tu terus set jam nak bangun 2.30 pagi nak tau adakah Massa memintas Hamilton tapi tak berjaya jugak, tak kisah la sapa yang menang janji dramatik gak nak sampai akhir garisan tu. Insap plak aku bangun tahajud tak pulak bersungguh -sungguh kan...

Sunday, November 2, 2008

Sabtu yang mengenyangkan

Semalam, pagi macam biasa berjogging kejap ,lepastu macam biasa rajin plak aku mem basuhkan keta .Ini kerna ada 2 jemputan majlis dan dah tentu aku sure tak renti -renti dok makan nanti. Tengahari lepas org umah balik meeting terus ke majlis kenduri kawan dia dekat jln ampang. Makan la nasi berani ayam masak merah serta acar buah dia yang sodap sekali.

Takdela makan banyak couse lepastu ada majlis akhir tahun skolah wife aku ,minum petang bersteam boat katanya. Majlis pukul 2 so gerak terus dari ampang tu ikut jln kg pandan memandangkan nampak sesak je jalan Ampang tu.
Majlis tu di buat di klab golf pulapol , kali pertama gak jejak kaki ke sana.

Walaupun boleh bawa family tak ramai rupenya yang datang bawa anak-anak. Yelah sebelum ni pengetua dia macam tak galakkan aje ahli keluarga turut serta .Dapat pengetua lelaki ni adalah pembaharuan siap nak buat family day tahun depan cadangnya. Meja yang aku duduk tu ada anak-anak sebaya dengan anak aku so depa pun boleh dok main-main bersama kat balkoni ,aku lak rasa macam best aja makanan yang di sediakan ,oklah wife bagitau rm 30 kot budget untuk 1 kapla.


Banyak hadiah cabutan bertuah tapi meja aku yang duduk tu wife aku je yang tak dapat hadiah. Takpe mungkin majlis akhir tahun yang opis aku selalu buat dapat lah kot ni..(susah gak nak dpt sebenarnya ni). Takde pula acara sampingan macam nyanyi-nyanyi ka, ada la sorang staff yang akan bersara minggu depan so depa sambut sekali majlis persaraaan. Banyak gaklah aku makan petang tu sampai gile kenyang.. opss mana leh gile..

Balik dalam 4.30 ,lepastu 1 family tidur berjemaah, ekekekek. Malam pula layan sehati berdansa dan cerekarama. Sehati berdansa kali ni macam dah improve pulak dan susah nak teka sapa yang kluar, maybe pemain bola slngor(shahir ek) atau jamal jamaludin? susah nak teka undian sms ni.Takpe layan je tengok...