Tuesday, December 29, 2009

Pergi dan Bengang

Heeheheheh, tajuk atas ni macam senarai lagu AJL final pada 10 hb 1 nanti dan 2-2 lagu ni lahir dari penyanyi realiti tv iaitu my paberet AF ,opsss lari topik plak aku ni. Lani aku tengah bercuti dok kat kl ni sambil jaga 2 kanak-kanak ribena. Ha... sebab apa, haritu kata ada PR, mana PR? jeng jeng jeng.

Tulah aku nak tulis ni si PR aku tu dah lari dah tu yang tajuk kat atas tu, PR dah PERGI dan aku & wife sure lah BENGANG ni... huhuhu. Tapi mujurlah dia lari secara elok. opss maksud aku takdelah dia biarkan anak-anak aku kelaparan macam dalam paper last week yg terjadi di kuantan.

Ecteley masa aku balik nak balik kg time seminggu sebelum cuti maal hijrah tu dia tak nak pergi, puas org umah aku ajak sebab masa tu aku kat opis. Masa tu dia kata laki dia sakit kat medan sana, then dia kata anak-anak dia rindu dialah... lepastu dia cakap adik dia baru je ada kat putra jaya so dia nak ke sana. Wife aku bengang lah dan mula lah start marah dia, baru keja dah nak balik dah.

Jadinya petang tu sebelum aku balik opis dia dah pergi , susah gak dok umah aptment ni ek. Yelah kalau kat umah teres sure banyak sikit halangan.PR ni pun bebas dok bergerak sebab kat umah bawah aku tu ada amah jahat..opsss amah penghasut. Sebabnya PR aku dok cite amah ni dah kahwin dgn buruh indon dok kat s.a. . Sure Pr aku tu maybe cemburu la si amah tu tiap2 minggu balik sana hari ahad tunai nafkah..oppsss. Susah sebenarnya dok apptment ni kalau ada ramai amah-amah lain...

Jadinya lepas ni aku kena pi jumpa agen yang dengar cite lani dah tak buat dah bisness ambil amah ni, hmmm maknanya rugi gak labur dalam 5K tu. Depa ni senang aje datang sini lepastu senang plak nak blah, yelah pintu sempadan luas bila-bila masa depa boleh blah ikut seludup naik tongkang kan..

Mulai januari ni baby dan anak no 2 tu hantar kat umah orang, baby baru pi hantar tadi, couse org umah ada meeting sebelum masuk skull hari ni dan esok. Adakah aku kena kejar agen minta ganti rugi ek, boleh la apply lagi PR tapi kali ni macam nak ambik PR dari pattani plak.. hmmm masalah -masalah.

Saturday, December 26, 2009

Balik kg lagi

Ya, aku balik kampung lagi, entah macam mana mula-mula selasa lepas nak bawa semua family ke kay ell, tapi ada plak kenduri lagi kat kg, so depa stay lagi kg aku pulang ke kl dahulu then hari khamis gerak la aku balik kg lagi.

Jadinya aku gerak pulang hari Khamis malam jumaat . Kali ni selepas beberapa tahun drive dari kl ke S.perai -Jawi aku berjaya memecah rekod . Heheheh takde la laju sangat , purata 130 km/j aje..opsss terlebis sudah. Selalunya sampai antara 4-5 jam.

Kali ni aku tidur dulu pukul 9 mlm ,so aku plan gerak awal pagi macam si Deo selalu balik S.A dari JB ataupun SA ke JB . Lebih kurang tepat 3 pagi aku bergerak menuju ke utara , rehat 10-15 minit kat RnR simpang pulai dan akhirnya sampai di umah kat jawi tu pukul 6.30 pagi. 3 jam, 30 minit aje kali ni.

Risau gak aku mengantuk tapi hasil bacaan kat blog jogho si wak tu ada mention dok beli ali cafe dalam tin tu so aku beli gak 1 . Berkesan gak couse tak de aku rasa mengatuk tapi aku buka radio era- hotfm berselang seli dengan sinar FM sambil ikut nyanyi..hehehhe.

Now ada kat cyber cafe kat kg ni, esok baru nak gerak pulang ke KL. Hmm sure jem ni kalau gerak lambat. Selamat bercuti panjang bagi yang bercuti couse aku tahu time ni lah nak habiskan cuti tahun tu kan...

Thursday, December 17, 2009

Diari

Lamanya tak menulis kat sini, malas pun ada... ataupun aku la ni dalam mood cuti. Ya petang ni aku akan gerak pulang ke kg naik bus, so terpaksalah lupakan siaran langsung bola sepak.(lamanya aku tak nampak driber bus persiaran buka tv-cd dalam bus walaupun aku naik waktu siang). Harap-harap adalah petang ni ,hmmm kalau takde sapa2 leh masej result kat aku takkala wisel penamat berbunyi?.

Opss tajuk aku diari...ehh kira boleh la blog ni macam catatan diari seseoarang kan. Berbalik pada cite diari ni aku baru dapat diari koprat Opis bagi. Oklah kali ni warna hitam, ringkas dan padat tapi agak besar kalau nak bawa masuk meeting. Sebenarnya aku jarang guna diari ni kecuali kalau nak isi maklumat kewangan bulanan,budget dan bila masuk meeting aku tulis kat diari di tugaskan buat ape.

Selalunya tak penuh aku tulis diari tu di bahagian hari-hari keja tu so azam tahun depan ecececce (kononya lah kan). Kalau boleh nak penuhkan ruangan diari apa menarik yang berlaku pada hari2 yang di lalui,so senang la nak hapdet blog kalau dah ada cite kan,kekekke. Bukanya apa last week masa aku balik kg aku terbaca diari arwah abah aku pada tahun 1978 ,lepas dia pencen soldier.

So aku tengok dia tulis diari tu setiap hari, waima waktu kerja dia akan tulis pergi keja macam biasa... heheheh. Tak lupa juga di setiap hari lahir anak -anak dia ,ada catatan kat hari tersebut jangan lupa hari lahir anakanda ku ke 5 , hehehhe. Aku takde la baca detail tapi aku tengok setiap hujung bulan macam aku nya diari gak ada catatan budget dan belanja yang dikeluarkan untuk awal bulan tersebut.

Oklah tu je catatan hari ni , harap-harap azam kononya 2010 tercapai dan azam nak exercise kan diri macam biasa kena tunaikan... bukanya apa badan cergas diri sendiri akan sihat, Insya allah. Esok plak ada event opis kat perak sana so ambik cuti tambahan sampai selasa depan.. yahooo cuti-cuti Malaysia

Wednesday, December 2, 2009

Nyum nyum

Nyum nyum sedapnya ,baru makan serawa bubur durian. Durian plak beli kat Bkt Gantang masa aku balik semalam. Masa singgah kejap time tu, ujan lebat sampai makcik tu bagi murah durian yang aku beli tu. Dia habaq gak ujung-ujung dah tinggal durian tahun ni ,kira tahun depan lah kalau nak rasa durian bkt gantang ni. Kelmarin bertolak dari sg bakap dalam 2.30 pm,rehat kat simpang pulai dalam 20 minit then terus gerak sampai umah tepat 7 pm.

Sebelum tu tadi gak nyum-nyum makan keatiaw goreng orang umah buat. Itupun aku beli kat kedai sana keawtiaw mentah tu kerna kat kl ni tak sedap kalau aku beli kat pasar keramat. Abislah diet aku orang umah time cuti sekolah ni masa nilah mempelbagaikan skill masakan dia . Err aku balik kg aritu oleh kerna dok layan nasi merah dan daging korban berat badan naik plak (1kg je)

Dan-dan petang tadi aku join main volleyball kat opis ,perlawanan persahabatan dengan jiran opis seblah. Rasanya aku kena turun exercise hari-hari kalau nak maintain atau kena jaga permakanan lah agaknya ni. Sebabnya balik tadi berat kembali turun balik ,ke sebab kat opis tadi aku banyak bergerak kena check banyak benda tadi..huhu.

Oh ya lepas ni banyak pulak panggilan kenduri kahwin,nyum-nyum lagi. Member opis ada 4 pengantin baru bulan 12 ni, ni tak termasuk panggilan dari kaum keluarga family aku dan orang umah pertengahan bulan 12 ni,tapi pertengahan bulan 12 ni ada family day jalan2 ke perak pulak. Hmm nak abiskan cuti tahun lah sambil nyum-nyum kenduri...hmmm