Monday, May 24, 2010

Akhirnya

Pagi tadi masuk opis macam biasa, bila check e-mail aje dari penyelaras sukan , Yezzz..... akhirnya.. berkat kesabaran dok pergi berlatih sejak 3 tahun lepas dengan Team bolibol kat opis ni .Alhamdulilahh dapat juga di pilih ke sukan antara wilayah 1 malaysia di IPT kat Perlis nanti.

Mulanya macam cuak jugak nak dapat sebab yang lain-lain pemain pun ada yang lagi ok bila nak set bola tu. Yelah akui aku rendah so nak blajaq spike macam tak baper nak menjadi kena lompat terlebih tinggi plak. lagi pula kali ni ada 1 company tu tak antar pemain berlatih kira depa tak puas hati sukan inter-comp. haritu boikot lah kononya.

Kejohonan di jangka berlangsung 16-19 Jun nanti so time ni cantik gak cuti skull so bolehla aku ambik 2 hari cuti tahun sebelum tu pi jalan mana -mana (ingat nak pi Cameron lagi). Lepastu aku tunggulah kereta mana-mana pemain dari KL kat mana-mana RnR masa depa nak bertolak nanti...

Menariknya lagi pada masa hari sebelum penutup ada acara 5 km jarak jauh so boleh la aku bagi nama join nanti memandangkan bolibol ni HQ atau Wilayah KL ni selalunya susah nak masuk semi final. Oklah tu menarik ni kira sejarah lah gak kira wakil negeri KL gak ni.. kekeke

Saturday, May 22, 2010

Fuh Lega

Akhirnya setelah berulang kali pergi ke klinik dan hari khamis lepas gi jumpa pakar mata terus kat spital P tu alhamdulilah cuti aku nampaknya tamatlah hari jumaat (kelmarin lah ). Lega rasanya sebab hampir 2 minggu gak sakit mata ni dengan pandangan kabur aja.

Dalam aku dok kawal minggu lepas akhirnya terjangkit lah plak. Yelah dah dok serumah ,2 orang berjangkit minggu ni. Nak buat mcm mana susah gak nak kawal tangan ni dok pegang/garu mata then tak basuh tangan betul betul.

Lega jugak lah dari dok berehat je kat umah layan Tv & Inter ni ,sambil dok kawal makan couse takleh makan ayam /daging jadi menu utama ikang ja. Ada kesanya berat dah kurang 2kg tapi tu pun aku masih bersenam lah jugak di awal pagi dalam 4 kali seminggu 2 minggu ni.

Last sekali nak layan konsert akhir af 8, lega rasanya dah abis dah dok layan musim kali ni tengok bakat mereka yang tah apa apa. Pengetua pula boleh pilih kasih dok mengharapkan Shahir menang couse pengetua sebelum ni depa semua berahsia pilihan mereka. Dah sah sekutu KRu Prod. yang akan undi malam konsert dan pemenangnya adalah Shahir mamat dari Ipoh ni, tempat ke 2 si Adira dan Iwan lah no 3 aku teka.(tak undi pun hua hua hua).

Aku rasa setiap musim bola 4 tahun sekali selalu je hambar couse masa Faizal menang Af 4 pun ramai tak ambik kisah sangat so sama je macam tahun ni. Err kena rehatkan lah kejap penonton pun dah muak dengan kezutan-kezutan yang tah apa-apa tu.. opsss. kekeke. Yesss bolehla malam minggu layan cite lain pula.

Wednesday, May 19, 2010

Lapan bulan dah





Sekejap je baby aku tu dah lapan bulan awal Mei lepas. Gambaq kat atas ni bawa dia bersiar-siar di laman rumah lepas aku balik keja la selalunya. Kalau nak dukong pi buaian taman mainan tu jauh la gak so letak keta sorong tu bawa je dia ke pusing 2-3 kali.






Start umur lapan bulan lepas dia dah boleh panggil abah(7 bulan kot dia sebut bah ja) kadang-kadang lani baru dia boleh sebut Mama dan bahasa asing apa tah kalau dia membebel nak susu tu. hihi

Ha dia start merangkak dengan lajunya (lepas baik demam), lepastu mulai minggu ni dah boleh duduk sendiri pun. Alhamdulilah baru je baik demam , dan selalunya demam ajelah kalau yang aku sefamily risau pun, yang lain sihat walafiat. Semoga dia terus membesar dengan sihat hendaknya ,Amin!

Tuesday, May 4, 2010

Mempaparazi Drama Adamaya




Sebelum nak cite ni hampa layan dak Adam maya 6.30 ptg kat tv3 setiap isnin sampai khamis?
Aku tak lah layan sangat kalau tertengok pun baru balik ber exercise atau bawa anak-anak turun main kat halaman luar tu. Cite dia aku tengok biasa je tapi skrip drama dia macam oklah jugak di samping ada budak pompuan cute lagi comel berjaya membawa wataknya. huhu



Nak di jadikan cerita weeknd 2 minggu lepas hari sabtu tak salah aku. Lepas pergi membeli belah di Jusco Au 2 , bawa si adik gi cucuk kali ke 3 (hat 6 bulan). Lokasi nya berdepan sikit aja dengan klinik Izham Setiawangsa tu ternampaklah beberapa orang pelokon drama adamaya tengah buat 1 babak lakonan.







So gambaq hat ataih ni mamat yg tengah jalan tu perlakon agak baru ,apa tah nama dia..Watak dia ala yang kahwin dengan wanita yg agak berusia tapi wanita tu di matikan wataknya last week, kekeke .





Gambaq hat ataih 2 pelakon utama lelaki drama ni, si faizal bekas suami Nana tu dan yang pegang watak Adam tu, si Maya atau Lisa yang cun tu tak nampak plak petang tu,hihihi . Tu jelah nak cite dan babak episod ni aku tak tau ada ke dak lagi , harap-harap belum lah kot.kekeke