Sunday, October 17, 2010

Akhirnya Mimpi jadi Nyata kah

Jumaat lepas aku dan beberapa orang lagi (Fara, K.rozz ) kot dok berbalas kat twitter si Joe Perantau tu tanya bila nak berjumpa secara realiti geng rebanmaya tu. Terus setelah Joe berbincang dengan beberapa orang kuat.. hehehe akhirnya sabtu petang ,kelmarin Joe bersedia jumpa dengan peminat-peminat opss merangkap sahabat dah la ni.. kan... takkan peminat plak... ekekeke.

Yelah aku macam yang lain gak dari tahun 2004 atau 2005 ek dok bersembang kat tag dia takkan tak sudi nak berjumpa kan... Yelah ni aku terus terang ni tulis , lepas terbaca kat salah sorang penegar rebanmaya ni cite dia jumpa Joe (dengan 2 org lagi) aku pun nak gaklah jumpa dia kan... Hmm yelah aku pun kena paham susah gak tuan punya badan nak decide jumpa , kalau aku di tempat dia mungkin buat keputusan yang sama.. ececece

Dan aku nak bagitaulah ni lepas aku terbaca blog tu ,beberapa hari lepastu aku memang bermimpi jumpa Joe , kira bila jumpa ja terus peluk dan dakap dia.. ,lepastu aku tak ingat maybe sembang-sembang kot sebab ada gak muka-muka tegar lain reban maya kat situ gak ,ekekeke. Tengok tu bertapa semangatnya nak jumpa sampai terbawa dalam mimpi lah plak kan.

Jadinya kelmarin macam tak caya aja dapat jumpa walaupun bila baca twitter depa tu kejap sabtu kejap ahad ,terus call Arc meng confirmkan ada tak si Joe perantau tu. Wife pagi tu dah pegi dengar majlis 1malaysia apa tah kat Bkt Jalil bersama PM,TPM so dia memang nak berehat aje petang tu so pergilah ke Bangi dengan anak yg sulong, hat no 2 tak nak join dia dah penat gi library negara tengahari tu .

Dalam 4.15 kot sampai, bagi je salam depa kata Joe dah balik.. amboi tak caya aku lepastu nampaklah kelibat lelaki berbaju melayu biru yang memang dah kurus orangnya terus aku pergi ke Joe ,dia pun bangun untuk salam dan tanpa segan silu aku terus mendakapnya... hmmm ekekekee. takde isi lah mamat ni.. kan.. errrr .., taklah masa peluk dia tu memang aku rasa hormat sangat dengan dia, segala jerih perit dia kat US sana yang terpaksa dia tanggung sorang aku sangat sangat kagum mamat ni memang tabah orangnya. Kalau boleh masa time tu nak aje.kata . bersyukur la Joe..ko dah balik pun , kami memang nak sangat jumpa dengan hang ni.. tapi tak terkluar lah so aku kluar kat sini aci dak? ekekekeke

Pada mulanya aku rasa dia ni lebih kurang tinggi kong aje...tapi errrr hampa yang lain jumpa sendirilah bagi yang belum kan... hehehhee. Lepastu baru lah aku salam dengan yang dah sampai sungguh excited sampai lupa hat lain boleh? Hmm hampa dah tau kan yang mai so tak yah lah ulas lagi tapi happy lah dapat jumpa yang lain sebab masa raya lepas aku datang lambat kan so tak dapat sembang sangat .

Lepastu aku gi lah dok kat mana Joe bersembang nak tau lah apa yang lain-lain dok tanya errr aku takdelah nak tanya banyak just menyampuk kalau ada peluang sebab dia kan tetamu kehormat petang tu ramai lah berpusu -pusu bertanya kan.. ekkeke. Hmm takpa ada lagi kan mini perjumpaan hope leh jumpa lagi tah kenapa tah anak sulong aku tu nak balik awal so dalam 6 lebih aku pun balik dengan seribu tanda tak percaya dah jumpa pun mamat yang sungguh aku respect sekali dan aku rasa tak percaya lah leh jumpa... (oopss ter puji lebih ke ni.. hihih)

Joe Perantau..selamat kembali dan membina hidup baru, aku tahu ramai yang nak jumpa dengan hang so tak yah la malu -malu naa.. ekekeke
(Note: Senarai yang join kali ni ada kat blog baru Joe tu, blog Dellin pun ada ye.. hehehe)

Sunday, October 10, 2010

Cite 10.10.10

Heheheh, nak gak hapdet tarikh 10.10.10 ni. Bagi aku takdelah menariknya nombor-nombor ni tapi macam best gak kalau ada kenangan pada tarikh yang nombornya akan berulang 100 tahun lagi, hmmm rasanya dah kiamat kot ni...opsss mana leh teka teka..(tarik balik.. hihih)





Pagi tadi lupa lak nak kunci jam kat h.p tu, tapi mujur ada baby yang mengejutkan aku, so dalam 7 lebih dah siap mandi . Sapu sekeping roti dengan jem lepastu buat air neskapi 3-in kopi putih untuk segarkan diri untuk berlari nanti . Dalam 7.30 gerak so suspen gak takut jalan ke Lot 10 dah tutup sebab nak ke KLCC dari jln tun razak banyak jalan dah tutup untuk larian 10 km anjuran Nike.




Dari umah aku macam biasa ikut jalan nak ke opis, then ambik jalan tun razak. Mujur aku pernah ikut masuk jln bkt bintang ikut trapiic light yang ada spital Prince Court tu so masuk jalan tu lepastu belok ke kiri ikut jalan belakang terus ke area Lot 10 untuk park motor aku ,dalam 7.50 am kot sampai. Sampai je ambik gambo dulu. hihi






Acara bermula dalam 8.20 am, so bergeraklah dengan perlahannya sebab ramai gaklah orang dengan jalam yang sempit.. hmm hampir 3 ribu orang lebih kot. Kali ni aku banyak ambik gambo plak sambil berlari so gambo telah di update ke FB , nak masukkan kat sini lambat lak menunggu.. Akhirnya sampai ke garisan tamat lebih kurang 8.46 ,10 saat bermakna berjaya gak aku lari di bawah 30 minit acara 5.5 km ni, so kalau aku maintain lari macam tadi.. boleh ni kalau 10 km di bawah 1 jam .






Sampai terus ambik goodies beg, yay belum ramai sampai so takyah beratuq panjang , lepastu gi ambik air tenaga 100 plus , milo 2 cawan . Lepastu lepak jalan-jalan tengok orang sambil senam kaki sikit . Ambik gambo serba sikit then terus balik umah tapi singgah jap pasar keramat dulu.. Hmm dapat gak hadiah medal kira kejutan lah , oklah macam dapat pingat Emas plak. Hope tahun depan ada plak larian 11.11.11 (jatuh hari jumaat ni so maybe ada larian malam ni.. maybe 11 km).




Saturday, October 9, 2010

Yeay update lah gak

Yeay akhirnya rabu lepas 1 email berita gumbira masuk.. Ala kan aku ada cite masa sebulan puasa haritu aku join meriahkan opis aku ni anjur the bigger loses. Lepastu raya ke 12 baru nak timbang berat baru. Hmm tak sia-sia gak aku dok berlari di awal pagi masa cuti raya tu..,kira raya ke 2 start lari dalam 30-40 minit sampai la raya ke 9, (cuma sekali je kot tak lari) .


Hmmm takdelah dpt no 1 , dapat no 3 ajo... kira top 3 lah daripada 60 orang lelaki yang ambik bahagian tu, pompuan pun ada gak kira pisah kategori. Berat telah menurun sebanyak 4.7kg. Minggu ni aku timbang turun lagi , sebabnya minggu ni kurang selera makan plak + ada ulser sakit gak kalau nak mengunyah makanan kan... adehhh! Tapi minggu lepas ramai gaklah dok tegur aku nampak berat memang menurun lah kot ni,pemenang ke 2 kalau aku turun 5 kg gerenti leh potong dia... tak po lah ada kot hadiah ni...



Yeay yang ke 2 , tadi dah ambik t-shirt untuk larian fun anjuran Hoo Ha 10.10.10 pada 8.20 am kat lot 10 esok. Aku terdaftar awal online masa puasa haritu lepastu baru kluar larian nike 10 km. Tak mengapalah kira nak start join semula acara larian ni, last sekali masa siemens 10 km bulan 7 , lama lah jugak ni nak lari semula. Kalau ok esok larian aku nak daftar lah lagi bulan 11 , bulan 12 ni punya larian. Target esok aku macam nak lari sepenuh tenaga sebab sampai awal takyah la beratuq panjang nak ambik goodies beg.. ,hehehe ok lah kot adakah kena lari di bawah 30 minit esok. Hmm tungguuu ajolah nak update ye... macam nak bawa kamera ajo ambik gambo sekitar larian esok...