Monday, February 22, 2010

Cuti CNY

Fuhhh malaihnya nak hapdet setelah bercuti lama kat kg halaman di utara sana. Perjalanan hari sabtu malam, gerak dalam 1.15 sampai kat sana dalam 6 .15. Fuhh lama jugak memandangkan banyak betul kenderaan nak ambik kesempatan diskaun 20 % . Aku memang lepas isyak tidur jap t tapi macam takleh lena. So masa drive tu bila melepasi gua tempurung beberapa kali aku macam tak mampu nak bukak mata .

Jadi tehat jap kat RnR simpang Pulai pekena nescafe panas kat petronas tu sambil aku basahkan muka baru boleh drive semula. Last-last sampai kat RnR bkt Gantang terpaksa aku duduk jadi penumpang suruh org umah drive plak, sebelum jadi apa-apa kenalah beringat mujur org umah aku pun dah tak mengantok time tu.

Sabtu hari pertama cuti aku bantai tidur dulu sampai 11 pagi macam tu bangun rasa tak segar langsung, so next time aku nak gerak awal lah kalau dari kl tu. Dalam 2 ptg baru gerak ke bagan serai kenduri member se-opis . Fuhh sedap betul ada 5 jenis lauk dihidang(acar sampai 2 jenis) dalam1 talam dia letak ,aku lak makan dgn org umah ja. Ala lupa nak snap gambo.. sebab unik sikit makan berhidang ni couse la ni terutama area bandar depa buat bufet je kan.

Ahadnya dalam tengahari gerak se family + my Mum pergi kenduri kat baling pulak. Cuaca kat kedah fuyoo panas teriknya ,rasa macam best aja kalau perkena ayaq kelapa time lalu nak kesana tu. Kenduri pertama rakan se opis gak . Kali ni depa hidang bufet dan ada plak kerabu mangga kedah.. fuhh best -best. Lepastu gerak gi umah rakan skolah org umah yang kahwin gak hari ahad tu. Aku dah kekenyangan so minum ayaq sirap dia ajelah . Hajat memang nak rasa sikit tapi dah kenyang rasa tak boleh plak nak masuk dah. huhihi

Balik tu singgah beli ayaq kelapa segar.. fuhh panaih-panaih memang sedap oo .Ada jeruk kelubi beli gak 1 couse lama gak tak makan. Itu je kot nak taip ni.. ada lagi nak cite pi berkelah kat ayaq terjun, ha kali ni ada gambaq .

Tuesday, February 9, 2010

Mood nak bercuti

Sabor jelah minggu ni kat opis rasa macam tak best aja memandangkan cuti tahunan 3 hari aku ambil next week belum di lulus kan lagi. Amboi macam aku plak nak sambut CNY tu , takde la org umah 1 minggu cuti sekolah so alang-alang tu ambik gaklah . Tambahan pula 5 hari cuti lepas di bawa ke tahun ni. fuhh mewah gue dengan cuti tahun ni. kekekke

Errr keja opis macam biasa, belum ada surat lagi memandangkan CEO yang baru di lantik tiba-tiba masuk spital plak so dia belum sign lagi kot surat,huhu. Jadi mood nak menulis kat sini pun rasa takde semangat aje, ingat nak gak buat ulasan raja lawak. Oklah last week si Faiz tu kluar (memang patut pun dan hari ahad lepas si An 2 lak kluar, nama je gruop antu tapi lawak2 antu depa tak menjadi) ,kekeke.

Setakat ni macam nak sokong Alex,Pak Kasim, kump. Mamu oklah lagi. Rasanya depa kena buat persembahan tanpa ganguan la (bunyi ayam kokok) couse masa persembahan muzikal elok aje depa plan.. so harap minggu ni biaqla depa buat lawak lebih sikit. Mujur aksi spontan zizan dan johan boleh la menghiburkan kalau dak memang tak nak layan pun raja lawak kali ni.

Opsss terpanjang lak entry kali ni, itulah plan jumaat ni terus gerak balik utara sana. Sabtu ada kenduri kat bagan serai .Hari ahad plak ada 2 kenduri kat baling (kawan opis dan kawan skull org umah). Kenduri kalau kat Kg jangan cerita la weekend hari cuti panjang ni , selalu aku pi bawa mak aku tu kalau ada panggilan kat kg tu. Lepastu Selasa atau rabu macam plan nak ke Taiping. Jumaat sampai ahad lagi sekali tu dah tempah penginapan kat Tg Bungah Penang. Fuhh mood nak berjalan dan cuti panjang je ni.

Tuesday, February 2, 2010

Cuti cuti Cameron


Sabtu hingga kelmarin Isnin -cuti hari wilayah aku se family dengan familiy kakak Ipar melancong ke Cameron , hmm layan gambo lah dulu,hehehe. Menginap kat Green Hill


Ni kat pasar tani Brinchang (dkt hotel Equatariol , kat sini kena pandai tawar rega kalau nak beli sayur2, ubi -ubi, jagung ,strawberi ,tea dalam kotak . Sebab aku gi tempat lain rega kat sini lebih ok.


Ni lawatan sambil blajar anak-anak ke ladang teh, kekekke. Takdelah saje ambik gambo kat tepi pusat jualan Teh Cameron , tu gambo sepupu sebaya dgn anak pertama.


Melawat Mardi di mana semua tanaman yang sesuai dengan suhu tanah tinggi ada kat dalam tu, jadi tak payah la nak melawat setiap ladang ,hihihi.



Gambo pemandangan dari balkoni , nyaman betul dok kat sini, tapi asyik lapor aja mujur banyak stok makanan di bawa siap-siap & makanan yg di beli di pasar malam kat sana . Err oklah dulu ,kalau rajin sambung,kekeke