Monday, December 31, 2012

Dah poto*g

Lamanya tak hapdet blog(setahun 6 kali oklah kot?) , errr takdelah menda nak cerita ,Alhamdulilah  syukur si abang anak yang sulong kalau orang utaqa dok habaq dah bersunat.  Hmm kenapa awai benor? sian dia mula-mula macam tak mau aja. Mujur ada sepupu dia blah wife aku yang sebaya mak dia tolong daftar kat spital area kg halaman di. P.P tu. Jadi apa lagi selitkan lah juga masuk sekali nama si abang.

15 Dec kita orang balik sana, aku cuti sampai 25 siap habaq kat boss kecik anak pertama nak langsung. Ikutkan memang la banyak benda nak wat tapi oklah lama gak tak ambik cuti panjang-panjang kan. Selalunya aku akan balik sendiri naik bas kalau cuti skull panjang tapi mujur tahun ni wife kena jaga budak preksa lak jadi dia pun takleh nak dok lama kat sana,

Esoknya mak aku wat kenduri skit, wat pulut kuning +ayam kari panggil abg ipaq dan adik badik ja baca doa selamat . Ha  tu pun aku upah kak ipaq tolong masakkan couse pulut kuning dia memang sodap from aloq setaq mai naaaa. Ingat lagi masa aku masuk jawi, memang buat kat umah aku, ada kenduri gak lepastu tok mudim yang uruskan? Sakit ?? dah lama tak ingat dah tapi seriau ooo,kena tarikkk dan zaaaaassss. pedih kot , huhuhu. Time tu mengalir air mata ja couse aku dah tahun 4 kot ,dan ada la 5 orang so aku orang pertama kena kira lagak tahan  laa.. ekekeke.

17 dec, masa ditunggu telah tiba , saspen aja aku nak hadapi couse aku tahu si abang ni takut benar dengan jarum. Sampai spital dah 2 orang lepas , kira si abang  orang yang ke empat. Sepupu dia masuk dulu, agak lama 20 minit macam tu, kluaq jalan elok tak dengar nangis bagai. Time giliran anak masuk waktu tu aku dok ralit baca apa tah, ada adik ipaq aku kenai doktor atau pembantu spital tu terus dia di ajak masuk. Haa.. sudah aku rasa sure nangis kang budak ni.

Apa yang di risau memang  menjadi kenyataan , terdengar si abang dok nangis sakit- sakit..., hmm tentu sebab bapa menakan dia ada  sure dia nak buat simpati bagai. Lama gak dalam 30 minit macam tu baru kluaq. Apa lagi adik ipaq aku cerita la dia tak dok diam time Dr. nak cucuk tu , so kalau agresif secara logik darah sure mengalir kat semua tempat , so maybe la sakit la agaknya kena cucuk tu. Hmm rugi gak aku tak masuk tapi member opis dah cite budak-budak ni kadangkala time mak/abah ada la dok berlakon bagai kan? Balik pi umah kakak ipaq aku kira dok la dengan sepupu sekali  kira ada geng la kasi dia tak sedih-sedih ngadu sakit.

Sampai aja umah makan ubat siap-siap, kang bius dah abis sure rasa punya kan. Ada 3 jenis ubat aja, dan tengok takde pun di balut bagai , kira doktor cakap kaedah ni paling senang dan cepat baik. Alhamdulilah lepas makan ubat terus dia lena. Adalah dia ngadu sakit-sakit tapi sebab ada geng depa 2 orang kira control gaklah sakit tu. Masing-masing tak nak tunjuk lah kot ataupun aku rasa masa aku time kena ja ,then time nak makan , nak mandi susah skit kan.

Malam tu aku dok google bagai blog yang cite pasal bersunat ni.. Banyak pantang larang tapi ada gak yang susah nak ikut contoh makan ayam. Alhamdulilah si abang tu selain ikan bakaq di beri gak ayam goreng , ok aja cuma ada bengkak skit la tapi ubat bengkak dah ada kira dia surut balik lepastu.. hehehe.. Hari ke 3 rabu malam skit,aku bawa si abang dan family stay kat tg bungah island, bawa bercuti jap sebab dah tempah. Member hangat hati tak dapat mandi kolam . Kira khamis tu dok ajelah kat tempat cuti tu tapi malam tu kluaq makan ikan bakaq kat batu uban area lepas Penang Bridge tu. Kali ni dia leh pakai slack tapi jalan masih control dan kengkang lah skit, hahaha.

Hari Jumaat balik semula ke umah, dah leh pakai sluaq slack dengan elok tapi jalan masih lagi tak betul. huhu. Hari ke tujuh atau ahad barulah baik dan dah boleh pakai seluar dengan selesa , kira seminggu gaklah .Legalah gak couse si abang ni makan tak pantang sangat macam aku dulu-dulu 3-4 hari gak makan nasi berlauk ikan masin .. hehehe seksa oooo.


Thursday, May 17, 2012

Alhamdulilah kali ni baby girl pula

Semalam petang kat opis orang umah dah mengadu sakit kontraksi yang kerap . Balik opis terus bersiap bawa semua anak anak ke hospital Ampang putri. Sampai je terus masuk labour room ,anak-anak aku letakkan di bilik mainan tingkat 3 tu. Dalam 7 lebih doktor ,scan dan keputusanya baby masih belum pusing kebawah, bermakna songsang . Alamak kena bedah ni kecut perut sebab sebelum ni 3 orang anak tu bersalin normal. Selamba aku tanya doktor, bila ni, terus doktor cakap emergency ni malam ni juga ,dan dan aku terpanik kejap sedangkan wife relax aja. Lepas pray maghrib aku bawa anak-anak jumpa Mama depa, cium tangan muka bagai ,nurse kata aku tak boleh masuk,kes emergency..Alaaa kalau di beri masuk memang aku nak masuk tapi maybe tengok kat tepi atau muka jelah sebab aku ni cepat gak rasa mual kalau tengok darah ni..Lepastu aku pi seben eleven sebelah beli roti/coklat air bagai bagi anak anak dok la dalam bilik mainan depa suka tu. Aku lak tunggu kat bilik bedah tk 2,Tunngu punya tunggu alhamdulilah lahirlah puteri atau anak ke 4 pada 9 malam yang beratnya hanya 2.33 kg aja. Kecil dan sespen aja bila aku pegang azan dan qamat baby tu, mula-mula nak qamat ja lepastu tu nurse kata tak salah kalau azan sekali kan.. so aku buat dua dua. Anak- anak depa tak masuk time tu depa main lagi so aku sorang jelah tengok. Alhamdulilah syukur semuanya selamat dan sihat ,orang umah mengadu tak rasa apa-apa cuma lepas bedah dia sejuk dan time aku nak balik dalam 11 malam tu dia mengadu rasa kebas dah . Anak lak doktor letak dalam incubutor.,penafasan baby masih memerlukan oxygen tambahan, belum boleh sesuaikan lagi sebab lahir pramatang macam ke tiga2 anak sebelum ni,

Tuesday, April 10, 2012

Kongsi Ilmu

Malam tadi kat tempat aku ada tazkirah lepas Maghrib , errr ceramah pendek lah sebab dari pukul 8 sampai 9 lebih gitu oleh Ust. Muhamad (Mad Cina gelaran dia.) Sebenarnya aku kena bawa note lah untuk taip isi kandunganya ,supaya lebih senang nak taip kembali. Err tapi kali ni oleh kerna dia ahli P*S banyakla isi kandunganya ada unsur unsur politik.. takpa layannnnnn.kekeke

Antara intipati ceramah dia nasihat kita kena sebarkan lah ilmu , kat laman web ,pacbook ka , moga-moga orang yang baca dan amal kita dapat manfaatnya. Dia ada cite aktif dalam NGO yang mana cuba masuk dalam golongan Mat rempit, kira berdakwah pada mereka. Contoh baru- baru dia dan ahlinya buat rombongan motor pergi Janda baik . Dia citela pengalaman macam-macam terutama mengutamakan sholat kat ahli rombongan. Memang la payah dia kata tapi secara perlahan -lahan depa ingin Mat rempit ni kembali ingati kepada Allah yang Maha Esa.

Lepastu ada dia buat tazkirah sambil karoeke kat area Bandar utama sana. Sambil nyanyi sambil buat syarahan gitu... Mat rempit dan ada gak gadis2 remaja join gak. Macam pelik tapi dia bagitau lepas ja ceramah ada soal jawap banyak je Mat2 rempit ni dok tanya.

Oklah ni baru aku nak kongsi ilmu baru.. kekeke .Paginya ,oleh kerna org umah cuti rehat aku bawa baby ke umah Pengasuh. Entah sejak 2 menjak ni radio suria FM selalu aku layan. Pagi tu oleh kerna hujan si Halim Osman tanya la Nabil sepanjang dia jadi Mat Despatch adakan dia redah aja hantar surat @ bungkusan.

Nabil tanpa di sangka menjawab dia memang seorang didikasi. Katanya memang la kalau ikutkan diri dia rehat aja bawah jambatan ka,kedai mamak ka, tapi oleh kerna dia dah pasang niat dan berdoa pada tuhan demi jalankan tugas. Dia berdoa moga setiap titik hujan yang di harungnya atau ditimpanya semoga tuhan menghapus dosa-dosa kecilnya.

Hmm ya 1 motivasi yang baik, so pagi tadi aku redah lah jugak ke opis , rintik2 aja sambil berdoa atau niat macam si Nabil tu , ya memang rasa kelainan yang tak dapat di gambarkan,.. dapat sampai sebelum 8.30 dan laksakan tugas macam biasa. Yelah keja makan gaji ikut masa kenalah tepati, kalau terlambat skit kena ganti balik masa tu,barulah berkat . Insya allah yang baik jadikan teladan ya...