Friday, February 27, 2009

Jom terai (tag)

Sabarjelah.... aku dok belek blog Ima so lepas baca best plak nak buat entry.. (saborjelah idea kureng sejak 2 menjak ni)

Rules: It's harder than it looks! Copy to your own post, erase my answers, enter yours and tag people you want. Use the first letter of your name to answer each of the following questions. They have to be real; nothing made up! If the person before you had the same first initial, you must use different answers. You cannot use any word twice and you can't use your name for the boy/girl name question.


1. What is your name : Jijo
2. A four letter word : Jala
3. A boy's name : Joe spangla ? ekekeke
4. A girl's name : Jenab
5. An occupation : Juru acara
6. A color : Jingga
7. Something you'll wear: Jaket
8 . A food : Jelatah
9. Something found in the bathroom: Jamban.. opsss jubin....
10. A place : Japan (tingat kat wakzhusi lagi...) laaa terlupa Jay bee(deo)
11. A reason for being late : jem giler. ekekekke
12. Something you'd shout : Jommmmmmmmmm
13. A movie title : Juno
14. Something you drink : Jus Epal
15. A musical group : JINBARA
16. An animal : Jellyfish
17. A street name : Jalannnnnn tun razak
18. A type of car : Jaguar
19. Title of a song : Jangan kau ucap selamat tinggal

Wednesday, February 25, 2009

Dari Jendela


Fuhhh mujur wakzhusi memberi idea nak buat 1 entry hari ni.
Nak cite Geng U & I nampaknya sambutan semakin hangat , semakin hampiri 5 juta .
Boleh rasanya filem ni nak cecah 10 J kalau sampai cuti skolah . Sebenarnya kalau
lah gambar kat luar negeri kan lagi best depa nak tunjuk apa ada di luar rumah.
Takpelah atas permintaan si zhusi yang mungkin tengah kerinduan kg halaman dia
nak lah tengok negara tercinta agaknya..opsssss,ekekekeke

So berbalik dari jendela rumah aku ni, sebenarnya gambaq ni aku hala
sikit kamera bagi nampak KLCC, kalau tak aku nampak sikit je KLLC dari
jendela bilik tidur utama. Kalau ada pertunjukkan bunga api dari area
Dataran Merdeka, KLCC , Tasik TW dari jendela ni aku leh tengok. Tak
payah la aku bersesak -sesak nak pergi tengok. Kalau kat negara yang 4 musim tu
sure suka time musim bunga atau panas..,kalau aku hanya la tunggu 31 ogos atau
1 jan untuk lihat bunga api..hihihihi

Kat sini gak nampak Highway Duke yang dah siap tu, kira korang tengok
ada 1 batang lampu limpah besar ,kira situ la kedudukan Duke tu dari
tempat aku stay ni. Selain dari itu ada banyak pokok-pokok rendang yang
boleh aku pandang di waktu pagi, (untuk sihatkan mata katanya). Then ada
tinggal beberapa rumah panjang yang masih belum di robohkan. (mujur
yang depan sekali dah di robohkan). Itu ajelah dari jendela rumah ku ini.

Monday, February 23, 2009

Geng Upin & Ipin - Teruja lah jugak

Akhirnya sabtu lepas keterujaan aku nak tengok filem ni akhirnya berjaya di laksanakan. Misi berjaya katanya sebab inilah pertama kali aku bawa 2 anak aku yang berumur 5 dan 3 tahun tu tengok skrin besar(wayang lah). Yelah aku suspen gak kot-kot depa nak balik ke, nangis nak kluar ke, tapi sepanjang Filem tu depa boleh kontrol dan tak buat bising. So bolehla bawa lagi tengok cite animasi next time( Geng 2 barangkali?)

Oklah aku rasa ramai kot dah tengok Filem dan tak naklah aku ulas jalan cite dia yang penuh pengambaraan katanya. Selain dari itu Geng ni yang memang lain dari filem kartun keluaran malaysia sebelum ni. Aku masa tengok dari awal mulalah nak mengesan contohnya mulut kartun tu ada yang tak selari dengan suara latar tapi takdelah nampak ketara sangat.

Selain dari itu aku rasalah terlampu banyak adegan mahkluk yang menakutkan tu berjaya menyeramkan budak-budak sampai menangis adalah 2-3 orang kanak-kanak(maybe 3thn ke bawah aku rasa). Sedikit sebanyak budak-budak yang menangis ni boleh menggangu penonton lain yang kusyuk melihat (akulah tu..ekekke). Si Syaza ,babak yang agak ganas tu cepat cepat dia peluk aku tak nak tengok ,kira berjaya la menakutkan tapi dari masa babak ni dari segi grafik lukisan 3 D tu memang menarik (leh setanding filem dari US kot ni? ke kena improve sikit)

Bagi aku kalau siri Geng 1 ni kan baik banyakkan adegan Upin dan Ipin terlebih dahulu sebab aku rasa la kanak-kanak yang mai tengok ni lebih suka layan /sronok adegan bila ada U & I ni. Tapi itu maybe menyebabkan orang dewasa boring kalau terlampau nampak adegan ke-anak-anakan tu yang pengarah Filem ni aku rasa lebih suka mengexposekan watak Badrul, Lim dan Rajoo yang rasanya agak tidak lawak di bandingkan U & I. So aku rasalah sure mak/ayah tak akan ulang tengok kali ke 2 sebab ada babak-babak yang menakutkan anak depa tu.

Itu jelah kot yang agak tak puas hati tapi dari segi penceritaan, drama, unsur -unsur suspen, lucu , dialog yang berkesan bolehlah dianggap terbaik bagi cerita animasi macam tu. Babak sedih yang( oppiet ek? ) mahkluk asing yang comel tu nak berpisah di akhir cite tu memang sedih tapi tak cukup sedih nak mengalirkan air mata..ekekekke. Dari segi ciri -ciri mengukuhkan perpaduan antara kaum memang bagus jadi filem ni wajar di tonton oleh semua rakyat malaysia(err aku tengok kat klcc majoriti melayu tengok) so kena buat promosi pada kaum lain juga kalau nak sasarkan 10 juta tu( 5J kot aku teka..opsss).

Keseluruhan oleh sebab anak aku macam tak selesa ada adegan yang menakutkan tu aku bagi 4.5 bintang dari 5, sebabnya aku tergangu dengan tangisan kanak-kanak lain. ekekkeke. Taklah ni dari segi mutu gambar 3 D tu, penceritaan, dialog ,adegan adegan yang macam tak logik tapi sebab namapun kartun...leh la di terima. Kalau ada orang yang di sebalik tabir U & I tersinggah baca blog ni tahniah di ucapkan sebab ada gak penonton tepuk tangan di akhir cite. Kalau nak buat siri ke 2 boleh jelajah ke alam fantasi gi umah si oppiie tu ke, banyakkan lagi adegan si U & I serta watak baik sama sebab filem ni kanak-kanak suka menontonya.