Monday, January 9, 2012

Part 4(Final) Jkt - KL


Hari terakhir jalan -jalan ke luar negara. Pagi yang amat letih, lepas suboh tidur balik then 8 pagi baru turun makan -oklah makanan lagi meriah kalau compare otel kat bdg tempohari. Lepas breafast naik atas balik kena kemas masuk beg segala barang yang dah beli . lebih kurang 8.45 kot bas bergerak ke Tamrin City area tanah Abang, katanya tak sesak nak ke situ dan barang lebih kurang kat T.A je kata si Kamal tu.

(gambar kat atas baner menjelang sukan Sea on the way ke Tamrin City)

Perjalanan ke situ rupenya takdela lama sangat so sampai 9.30 gitu ,kedai pun baru nak buka dalam tu.. Aku macam tak puas hati ja awal sangat tapi yelah si Kamal dok bagitau Jkt ni jem sesaknya tak tentu masa tambah-tambah hari kerja ,weekend ok kalau nak jalan-jalan ke Jkt katanya. Jadi bergeraklah aku dan wife pusing cari jubah/baju blouse sambil dok check barang apa yang murah . Hmmm takde apa menarik last-last kitaorang perkena bakso & es kelapa kat lantai atas sekali food court depa.



Lepastu baru sambung shopping , beli tambahan jubah ,baju apa tah lagi . Ingat nak cari tshirt dan Jeans lagi tapi si Kamal dah sound lepas ni ke Mangga 2 ,kat situ banyak lagi. Lebih kurang pukul 11 kot berkumpul smula,ada lah lagi yang sesat .Dok telefon tapi tak jumpa jalan kluar,last-last agent pi ambik depa berdua. So destanasi terakhir sekali Mangga 2 , si Kamal tu pilih sebab jalan nak T.A tu jem banget katanya dan ada la beberapa orang nak ke Tanah Abang complex(kira tak puah ati gitu), maybe nak beli kain ela lagi kot.


Rupenya Mangga 2 ni ni di pilih sebab senang nak kluar ke aiport, yelah pukul 7 petang flight berlepas so pukul 3 dah kena sampai untuk mengelak dari daftar masuk ,beringat gak kang terlepas flight kena beli tiket lain pulak kan. Tak tahu apa yang best Mangga 2 ni kira macam area Bukit Bintang Kl ja . Ada la beli sluar Jeans lagi kat situ , beli baju untuk anak-anak lagi , oklah kira cari yang ada pakej diskaun contoh 5 helai 50K rupiah,kalau beli selai 2 tak dapat la rega menarik.


Lunch pulak hari ni sendiri,ingat nak cari pizza yang di kata sedap di sana, KFC & M'donald dok baca ulasan blog memang tak best. Cari dok cari last-lat aku dengan orang umah naik atas sekali ada food court ,tengok yang ada nasi dan lauk pauk dan pekerja perempuan bertudung, susah nak beza muslim dan tidak kat jkrt ni. Akhirnya lebih kurang 3 petang baru berkumpul semula macam biasa ada yang tersesat lagi, mujur kejap ja tunggu sebab nak rush ke airport takut macet banget plak.


Perjalanan ke Airport memang jem dari Mangga 2 tu kira oklah sampai dalam 4.30 macam tu waima sebenarnya kalau ikut highway stengah jam leh sampai. Terus la kita orang pi daftar guna web tapi semua ahli rombongon si Kamal uruskan. Cuak juga nak masuk kot kena cukai ke apa ka.. tapi semua lepas.. hat risau adalah yang bawa 3-4 beg besar belum campur plastik beg hat besaq tu. Lepas keluar pemeriksaan imegresan terus aku dan orang umah gi cari makan malam siap2 ,singgah kedai roti apa tah dalam tu. Flight plak delay setengah jam,oklah leh solat siap-siap dulu .


(Nak sampai dah airpot, selamat tinggal Jkrt)

Lebih kurang 7.45 bertolak dan sampai ke KLIA lebih kurang 11 malam. Masa kat kastam malaysia hat mana bawa bagasi lebih pegawai tu suruh buka. Bila dia check nampak benda baru beli terus dia nak kira cukai., tak tahu aku benda apa maybe baju-baju kot. Jadi eloklah simpan resit bagi sapa yang beli banyak barang tu. Alhamdulilah aku dan orang umah lepas ,hanya bawa 2 beg besar dan 2 beg kecil (hat 7kg tu ja) .Kluar je balai ketibaan lega ada bas skull siap-siap tunggu dan berakhirlah percutian honeymoon aku ,opsss .hehehe

Thursday, January 5, 2012

Part 3- Bdg & Jkt

Pagi macam biasa sesudah suboh tidur balik then pukul 7.30 kot baru turun breakfast , takde la menarik sangat makanan kat otel 2 bintang ni . Agenda seterusnya pagi tu ada lah lawatan ke Sekolah agama terkenal di sana , SMA 5 apa tah namanya. Gerak dalam 8.30 ,9 pagi dah sampai. Taklimat dan majlis untuk sesi melawat di buat di dewan. Mengantuklah gak dok dengar cikgu penolong kanan dok cite pasal skolah tu.

Mujur lepastu ada persembahan muzik angklong dari budak2 form 4-5 kalau nak compare kat malaysia umur 16-17 tahun macam tu.Best juga depa wat persembahan tu hilang mengantuk. Lepastu aku kluar saje -saje jalan cari kanten .



Terjumpa beberapa orang yang dok leka main muzik kat coridor -waktu rehat depa kot so dok berlatih la sambil interbiew depa. Tak berapa paham depa punya exam tapi ada lah gah exam besar sebelum depa masuk Univ atau apa-apa kolej.Aku masuk balik dewan untuk dengar apa tah lagi P.kanan dok present. Lepas abis bagi cenderahati bagai dan sesi bergambar kami di bawa masuk ke beberapa kelas , ikut lah ada yang pergi kelas sains, math, bahasa ataupun sejarah macam tu.

Kemudian dalam 10.30 sesi lawatan pun abis tapi malang menimpa sekali lagi bas persiaran rosak buat kali ke 2, kena tunggu bas 1 lagi. Alaaa malang betul lawatan kali ni ,ni yang tak best kalau gi group ni, masa terbuang tunggu bas,dan ada gak tunggu orang,masa terbuang macam tu ja.. opss.. pengalaman gak tu.. kekeke. Lepastu terus langsung di bawa ke restoren masakan sunda dalam pukul 12 gitu. Sebenarnya ramai dok bising dah nak pergi ke pasar baru sudah lewat benar.



Selepas makan kemudian di bawa pula kami ke toko jeans , alaaaa.. beberapa orang yang dah pernah pergi bandung dok risau kot tak sempat shopping ke pasar baru. Kat sini aku tak beli apa sebab dah sambar jeans dan tshirt hari pertama haritu. Lebih kurang pukul 2 baru gerak sampai ke pasar baru dalam pukul 3 macam tu. Gambar kat bawah ambik kat tingkat paling atas p.baru -area surau ,elok je sampai terus naik situ dulu.


Ala 2 jam je kat PB ni,aku dok baca kat forum dan blogger depa mai sini at least dari pagi sampai petang kan. Orang umah dok cari telekung dan aku lak cari jubah untuk kakak and mum yang dah pesan .Oleh kerna aku dok baca kat blog toko laris paling ok untuk tawar menawar langsung kesana. Ya memang dia bagi murah kononya aku bagitau sudah ramai orang malaysia ke toko nya dan di recomended gitu. Oklah rega nya kain telekung bersulam dalam 120-130K tak salah aku.

Kemudian orang umah terus cari kain ela plak tersempak dengan wife Pnolong Kanan skull dia, nak borong banyak so wife join sekali untuk dapat lebih diskaun katanya. Aku lak bergegas kat tingkat bawah cari jubah lak. Cari dok cari terjumpa 1 toko jubah ni, dia dah nak tutup kedai so aku ambil peluang la minta diskaun dalam 150K dapat 120 k jubah biru lip lap untuk my sister. Untuk my Mum esoknya ke jakarta si kamal bagitau nak singgah Tamrin shoping complex,situ banyak gak jubah.


(Suasana taman dalam F.O Rumah Mode)

Dalam 5.30 kot dah nak malam gitu baru pergi berkumpul untuk naik bas ke tempat shopping seterusnya iaitu Rumah Mode pulak.Hmm Rega F.O ni rupenya lebih kurang kat sogo atau JJ -kalau ada sale la.., so tak beli apa apa pun ,maybe tak banyak diskaun lagi.Terkilan jugak tak pergi jalan riau kat situ ada banyak F.O yang jual pakaian murah (dok baca blogger kat situ murah) ,so kena gi lagi ni berdua dengan orang umah(this year?) kekeke. Lepak kat situ sejam lepastu baru gi makan seafood restoren kat Band*ng ni.

Seterusnya dalam 9.30 mlm kot baru lah ke Hotel Orchad kat Jkt so perjalanan ke sana lebih kurang 3 jam ,sampai dalam 12 lebih, untung rupenya agensi pelancung tu sebab rega bilik dah ada diskaun kalau check-in 12 lebih, kang 8.30 katanya dah nak gerak check-out balik M'sia. Sampai je bilik ,letih ya amat dari petang asyik berjalan dan langsung ke tiduran dengan nyenyak sekali.