Wednesday, July 30, 2008

Cite hari ahad plak

Sabariah jelah si zura nak gak aku hapdet cite pasal hari hari ahad plak. Sebelum tu cite hari sabtu tu belum habis sebenarnya.Lepas gi Giant wife ajak pi Habib plak kat Jusco W.Maju tu. Waktu tu dah maghrib pray dulu lepastu baru pi Habib couse adalah dia suruh aku tambah skit nak tukar gelang yang aku hadiahkan masa kahwin dulu.

Check punya check dapatlah yang berkenan, trade in sekali dengan cincin tunang sebab dalam dok perati gelang rembat sekali cincin la pulak. Rasanya dah 5 tahun kot beli yang lama-lama tu , wahh naik sampai rm 600 rupenya rega mas tu (selepas di tolak susut nilai 15 % kot). Rugi la pulak aku dulu masa jadi ajk kelab kat opis aku dulu 7 thn lepas depa dok beli barang emas sebagai hadiah tahunan, aku lak tak nak, kalau beli simpan kan bagus..(tapi budget time tu tak lebih rm 100 kot). Lepastu suka punya pasal org umah belanja makan laksa shake kat JJ tu.

Balik pulak akademi nasyid dah nak habis.. ala... takpe takdelah aku frust sangat kalau nak compare dgn AF... opssss. Peserta pompuan kluar lagi, tak sesuai kot pompuan join nasyid ni macam kurang pulak pengundi ek ataupun bila flash back tu dia bawa lagu yang kurang popular, faktor lagu pun mainkan peranan gak sebenarnya ni.

Ahadnya pula selepas suboh... opsss (kena tulis warna biru ke ni???) hehehehe, biasalah sejuk-sejuk tu sambung la tidur dan paham paham la kalau dah sejuk tu... huhuhu. Bangun lepastu rasa letih tapi gagahkan diri gak aku mandi then pi turun jogging gak, couse kalau pagi selalunya peluh aku macam senang aja nak mencurah -curah . Kali ni jogging area skolah wife aku je seblah kediaman sebab lepastu aku plan nak membasuhkan kereta lepas jogging tu. Sebelum tu selalunya hari ahad kluar la aku beli paper atau beli untuk buat sarapan kat area rumah ni dulu.

Then bila aku start membasuh keta plak adalah sorang jiran aku ni yang baru dapat baby dok mai sembang dengan aku. Bukanya apa tiba-tiba datang pulak kawan dia lagi mai join sama, aku macam susah plak nak conctrate membasuh sambil bergossip opsss.... salah..., sebenarnya kawan dia tu complain blok dia ada bunyi macam ganguan aneh aje, kira time 12 tengah malam je dengar bunyi kuat tapak kaki lari lah, bunyi orang main guli lah.

Dia tanya gak jiran atas rumah dia tapi jiran dia habaq anak-anak dia selalu tidur awal... huhuhu. Takpelah aku rasa benda -benda ni memang lah wujud so kena banyakkan baca al quran la lepas ni kat rumah. Petangnya pulak just lepak rumah sambil baring baring buat-buat lelap mata... itu ajelah ko hapdet hari ahad ....

Jom jogging jom(cite sabtu lepas)

Sabtu pagi macam biasa kalau anak-anak masih tidur jadi pergila jogging dekat Tasik Titiwangsa, wife plak kena gi skolah ganti cuti hari raya kot . Selalunya kalau hari sabtu ada aje agency atau badan pertubuhan apa-apa buat aktiviti so kadang-kadang tu ada senam robik , poco poco lah…(ni kena tanya geng bini askar terutama si ayu), dan juga senaman Tai- chi. Oh ya jangan lupa 10 ogos nanti ada walkathon kat sana sempena Avon buat untuk derma kepada pesakit Kanser (Breast Cancer kot ni). Di jangka ramai selebriti akan turun ( si Erra tu duta Avon kan) dan juga angkasawan negara pun turut join sama sebab ada dia sebut dalam paper.

Lepas habis 1 pusingan dan letih dah berjogging aku sempat tengok pasukan berkuda dbkl buat latihan sambil di iringi pasukan pancaragam. Menariklah juga sebab susah juga sebenarnya nak mengawal kuda sambil nak buat pelbagai bentuk persembahan walau nampak simple tapi kalau kuda tu tiba-tiba buat hal merbahaya jugak kan . Balik tu rehat jap , baca paper lepastu anak suruh bawa jalan –jalan pulak. Bawalah depa pi skull wife aku walau time tu depa ganti sekolah aku belasah je bawa sebab pengetua baru dia (lelaki) sporting bagi tau tak kisah bawa anak-anak ke skolah lagipun sabtu aku tengok taklah ramai murid-murid datang.

Bawalah depa pi library gak, oklah bagi depa minat tengok/baca buka tapi si adik tak mo dok lama maybe ramai orang dok perhati dia kot. Lepastu bawa balik rumah tengok ceria lah apa lagi kalau weekend2 tu. Petangnya pulak tiba-tiba wife ajak gi shopping lepastu dia kata akak yang jual tudung munuwarah tu buat jualan terbuka kat rumah kakak dia dekat bkt antarabangsa. Oleh kerna plan nak gi Giant tmn permata pergilah jugak lagipun wife aku dah skolah paginya macam penat lak nak memandu dan cari umah orang bagai.

Sampai-sampai sana aku dah suspect mesti Ayu(kawan baik si Delinn) yang aku promote gak tudung akan ku jumpai tapi tak sangka la pulak hakak Limah pun ada. Kemain depa borong sakan ek yelah tudung tu katanya lagi murah compare kat butik area Tmn Tun Dr.Ismail tu. Lepas menjamu selera bihun simple tapi sedap, sempat gak aku gi usyar banglo Datuk K, yang hanya berdepan je dengan rumah tu kot-kot Siti Nur buat excersice atau ambil angin petang kat laman rumah tapi yg nampak hanya pembantu rumah dari sebrang menyidai baju di ampaian..(hampeh).. Oklah lawa lah gak banglo tu yang sebelum ni tengok kat paper aje, tapi banglo tu untuk anak-anak datok K kan. Hihihi. Balik tu terus pi Giant macam biasa beli keperluan anak dan rumah.Ituje kot hapdet hari sabtu

Sunday, July 27, 2008

Parti Panas gak( ehh sebab ada durian ek)

Jumaat lepas, seperti yang di janjikan maka berjumpalah lagi rakan-rakan Tag Joe sempena besday Elf, penghijrahan Deo ke Jaybee dan Delinn turun kl buat pertama kali lepas dia ngajor di utara sana. Oleh kerna dan lama tak naik Buffon maka masej la pada Deo nak menumpaninya selepas turun kat Kerinci Putra tu. Sampai-sampai call Deo tapi dia antar masej, ada meeting rupenya dan pukul 7 baru dia boleh keluar. Ingat nak naik bas tapi macam panjang pulak barisan menunggu jadi lepak minum kopi tarik kat kedai mamak bawah Kerinci tu.


Nak dekat pukul 7 pergila bayar bil telepon org umah dulu dah alang-alang sampai sana lagipun aku rasa first time gak jejak sana dan nak buang apa yang patut lepas minum kopi tadi. Masej lagi sampai tertekan Deo jadinya ,takpelah aku tunggu lah jugak tiba tiba ternampak la sorang tu dari belakang meluru pergi menyorok belakang tiang. Apa motif tak tau dia nyorok walhal aku ketika tu taklah selekeh ke, atau tak pakai baju ke kan. Rupenya Delinn nak dok depan dengan Deo, ala duduk ajelah aku tak ambik port pun... Sembang-sembang sat lepas tu mai lah si BFN @ Buffon tu. Si Deo tu siap perangat aku ada tak sesiapa call aku untuk tanya aku sampai ke apa ke, tapi aku suspect depa dah tau kot aku akan tumpang dia couse dok bertanya aje kat tag, huhuhu.


Sampai sampai aje wahh dah ramai menunggu dan siap makan pun macam si Angah , Wan dan sapa lagi tah yang habis makan dah. Antara yang dah hadir ketika itu selain dari laki bini tadi tu, Yam and skandal, Lb, Limah, Combi,Alangz Sempoii,Kong, Nini, Ob, Adik Ob, Cl , kawan Cl dan jua Elf dan Waiem(rakan pfs yg sampai serentak dengan kita orang kot). Macam biasa semakin meriah suasana kedai ayam goleks tu dengan lawak-lawak jenaka, gurau senda dan macam macam la beberapa pertanyaan terutama pada yang di raikan (Elf, Deo,Delinn).

Lepastu Limah tersuruh aku buka durian opss, takpe walau belum habis makan ayam golek tu ada la aku bukakan 1 sebab LB kot dok berusaha sebab dia nak cergas ke tempat lain pulak lepastu. So bertambah panas la lepas parti panas( makan durian )dah la dok ujung sekali tak kena kipas kan. Oleh kerna Poi dan Elf pun nak balik awal maka upacara motong kek Coklat Pisang pun di lakukan se awal (kong pun blah gak time ni ek). Sempat gak masing masing dok ber DQ nak motong kek tu dan sedap la macam biasa, ehh sempat gak merasa kek hasil buatan Angah yang baru berkecimpung nak buat kek sempena raya ni katanya.

Aku tak ingat bila masanya Arc, Tuanalang dan Fara yang bakal jadi guru Bio tu sampai but semakin panas sesi bergossip terutama depa berbual perkara-perkara belaku minggu lepas terutama si Fara (amboi kena tulis banyak kali ke ni) yang baru habis interbiew. Delinn ada gak dok cite pasal kisah dia mengajar walaupun dia dah cite kat blog tapi kaedahnya tak sama bila dia cite Live so aku hanya concetrate dan dengar walaupun dari tempat yang tak baper dekat dengan depa tapi tah maybe aku pun dulu adalah minat nak jadi letcerur atau guru jadi bila depa sembang boleh layan terutama pencerita itu fara dan delinn haruslah sensasi katanya(wahh dah baper nama fara ni naik).

Time tu gak ramai dah blah macam Tuanalang, Lb , Yam and skandal tapi kitaorang tunggu gak couse Afzal dan skandal dia plan nak datang dan Zura pun dah nak sampai KL bila Alangz dok bagi tau tu tunggulah lagipun sesi bercerita masih rancak di bual kan oleh tetamu dari jauh sana. Afzal pun ada bagilah 1 copy disk gambo-gambo kat balok pada Arc yang di jangka akan buat copy paste. Last-last bila Zura dan Alangz dah blah barulah yang lelain pun tengok semua dah habis makan maka berangkatlah pulang dalam 10.20 gitu .Tumpang dengan Deo(anyway tengkiu yach) gak sebab tak habis lagi aku nak tanya seolan-seolan cepu mas pada Delinn alih -alih aku lak di tanya pasal asyik gaduh dengan Deo je kat tag. huhu. Itu ajelah kot nak cite parti panas tu tapi bila sampai KL dah sejuk kerna hujan gerimis la pulak.

Wednesday, July 23, 2008

Mengapa aku layan tengok cite DHW

Pagi tadi aku macam bengang aja ada orang tu tak boleh terima aku layan cite DHW tu. Yelah kalau aku tengok drama melayu, asyik asyik berebutkan awek/isteri/laki orang, lepastu merajuk, lepastu pujuk balik. Paling tak best asyik –asyik babak dok makan kat restoren ,lepastu kau cinta aku, ku cinta kau, mau muntah dah aku tengok drama-drama macam ni. Paling tak best bila drama keluaran Yusup haslam yang anak dia berlakon atau jadi pengarah.Dah la lakonan dia kaku aje lepastu asyik-asyik rumah banglo kat hulu klang je jadi lokasinya.... opsss tersasar lak nak cite pasal lain ,abis drama melayu yg kena..opss maafkan ambo.

Ni aku nak cite lal pesal apa aku suka, antaranya ialah

-Oleh kerna aku dah tertengok dari musim 1 so kalau boleh aku akan cuba layan dan nak tahu setiap siri DHW ni

-Watak susan tu yang berlakon cite superman & clark dulu-dulu dia berlakon so aku enjoy tengok kalau dia berlakon .

-Plot dan drama cite tu tak membosankan, setiap adegan di awal mesti ada penyudah atau moral yang boleh di pelajari.

-Pesahabatan – aku suka tengok 4 orang yang watak utama cite tu yang menjadikan persabahatan mereka paling utuh dalam apa-apa jua gossip atau perkara yang boleh menghalang mereka bergaduh tapi mereka tetap bertimbang rasa antara satu sama lain.


-Selain dari plot ,kadang-kadang setiap adegan atau drama berlaku tentu melibatkan kejiranan kawasan diaorang tu dan kadang-kadang unsur suspen di libatkan sama,kira plot yang tak di sangka sangka ni aku suka tengok.Lainlah kalau drama melayu selalunya kita boleh teka kan apa jadi di akhir cerita.


-Yelah aku tak dapat lari dari kenyataan pelakon2 watak utamanya mempunyai susuk badan yang menawan,(terutama Gabriel).. opsss kantoi

-Aku banyak tahu dan pelajari rupa-rupanya perempuan ni memang banyak karenah so apa yang di tunjuk tu memang sifat semulajadi lah dan aku adalah idea macam mana nak mantapkan hubungan family aku bila tengok drama ni – ni dari aspek kekeluargaan, timbang rasa , tanggung jawab ,menghormati jiran dan sebagainya, so yang elok di pelajari , yang skandal di jauhi..opsss.. kekeke

-Aku rasa watak Pencerita yang telah mati di musim 1 adakah di bongkar atau belum ek? Rasa macam belum lagi kan ataupun aku terlupa …hiks

- Di samping itu gak drama ni pernah menang golden globe drama komedi & muzikal terbaik kat US tu, oklah pernah di iktiraf kan..

Itu ajelah kot, banyak lagi sebenarnya contoh apa yang joe bangla dok cite tentang reality kehidupan sana bila tengok drama ni memang kadang kadang kebetulan boleh tersama. Sekian itu ajelah setakat ni ...kekeke

Tuesday, July 22, 2008

Jalan -jalan Kenduri di JB




Pergi umah kawan wife dulu di Muor , fisrt time ni mai muar dan lalu batu pahat lepastu






Makan malam di restoren Singgah Selalu kat Skudai










Menginap kat sini Hotel skudai Good hope katanya barang semalam





Pengantin pompuan (ex -kwn kolej) menunggu dengan penuh sabar pengantin lelaki yg belum sampai.








Baru sampai(ehh terlindung pulak), org pun dah nak gerak pulang ke ibu kota



Selamat tinggal Johor ( err ok kot mai lagi dgn delinn buat double date dgn deo katanya)


Sabtu lepas paginya dalam pukul 10 masa tu tiba-tiba org umah aku tanya jadi ke nak gerak hari ni ke jb? Laaa,ingatkan semalam dah bincang pagi ahad baru bertolak tapi setelah di fikir-fikirkan oklah juga pergi berehat semalam.Lagipun jumaat petang tu aku dah siap call Rumah Tamu Utm kat skudai dan dia kata kosong lagi dan suruh mai aje check-in . Lepastu dia call kawan dia 1 kpli Jitra tanya kot-kot boleh pergi melawat sebab dah lama depa tak bersua lepas kawan dia tu kena ngajar kat johor sana. Bincang punya bincang ,last-last kawan dia ajak lunch aje kat Muar dan dia siap nak masak bagai.
Lepastu kalutlah dok kemas apa yang patut nak bawa sebab last minit punya desicion kan. Aku rilex je dulu couse kena pi bank dan beli apa-apa yang patut so pergilah JJ wangsa maju tu dulu. Kemas punya kemas dalam 12.30 barulah gerak dan menuju ke destanasi pertama tmn sri cempaka Muar. Singgah kat stesen petronas RnR Seremban je dulu untuk buang apa yang patut dan terus menuju kluar ke exit Tangkak lebih kurang pukul 2 kot sampai.
Jauh juga rupenya nak sampai muar tu siap singgah dulu couse nak lah bawa buah tangan jadi wife aku belikan rambutan dan manggis. Murah aje buah-buahan sebab musim sekarang ni jadi siap beli untuk makan kat tempat menginap sekali. Bagus kawan wife aku ni siap suruh suami dia ambik kan kita orang bila tempat bertemu di tetapkan berhadapan dengan sek. sains muar tu. Lebih kurang dalam 3 ptg baru lah sampai nak perut pun sudah berbunyi kira tetamu terus di ajak makan dahulu... huhu
Lama gak lepak dalam 5 ptg baru gerak dari muar tu kira menuju ke batu pahat tu then ke ayer hitam kata suami wife kawan aku tu lagi mudah nak ke JB katanya. Yelah nilah first time aku drive Muar- batu pahat ni jadi signborad lah penunjuk arah nak ke JB. 45 minit baru sampai Bp ,lepastu singgah sembahyang dulu kat masjid lepas bandar bp tu. Time tu hujan pulak so aku taklah bawa laju just folow je keta depan ,mujur hari cuti taklah banyak lori kalau banyak jenuh gak mengekor ni. Sampai Ayer hitam baru naik PLUS semula dan sampai sekudai dalam 8 malam kot jadi terus aje je ke UTM. Malang sekali sampai pejabat rumah tamu tu dah tutup, telefon h.p orang yang di tugaskan. Hampeh dia kata penuh pulak,semalam aku beriya call kata kosong suruh datang aje,last-last penuh. Rasanya maybe dia jauh kot nak datang ke pejabat buka /bagi kunci bagai ,salah aku gak tak tanya jumaat tu betul-betul prosuder nak dok rumah tamu tu. Last-last berpusing-pusing aku cari Hotel area skudai tu. (bersambung)




























































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































Monday, July 21, 2008

Cite last week

Sejak aku tak minum air neskapi tu(dulu setiap pagi selalu minum) sampai ke hari ni dah takde la rasa sakit yang berdenyut- denyut tu. Memang tak elok rupenya minum air neskapi. Last week sepanjang minggu ada sesi Audit jadi aku kira pembantu penyelaras terlibat lah gak dan semestinya ada minum pagi dan petang. Adalah juga air neskapi tu tapi aku cuba untuk minum sedikit aje couse ada juga ayaq teh di sediakan. Jimat jugaklah minggu tu sampai ada la hari yang aku tak ambik lunch sebab dan pukul 11.30 baru makan kira brunch la macam si Delinn selalu buat tu untuk sehingga berkesan couse dia nampak dah kurus katanya si Deo time depa mengedate airitu .

Selasa lepas gak ada jamuan perpisahan kat KDE dan salah sorangnya kira macam sifu aku lah time aku buat AS-400 ,RPG programming. Rasa sedihlah gak ek kalau dah sampai waktunya kena bersara so mulai dari sekarang kena dah sedia ni walaupun lambat lah laginya . Time dia buat ucapan tu tersedihlah jugak ek, yelah kira dah lama 1 unit dengan dia sebab aku pun membahasakan panggil abg jadi macam ada ikatan kekeluargaan gitu. Sob sob …

Aku tak ingat pagi bila tah bila aku tiba-tiba buat –buat blur kot. Macam biasa selalu aku sarapan sedikit dalam 1 keping roti gardenia. Aku buka peti ais dan nampak macam sekaya je wife aku baru beli kot. Aku buka tudungnnya dan nampak hitam aje so aku rasa macam perasa baru aje(ataupun aku andaikan dapur tak baper cerah sebab aku tak buka lampu) Selamba je aku sapu perasa baru kaya tu. Alamak terkena sudah.., rupenya aku tersapu asam jawa kat roti tu, mulanya aku heran pesal masam sangat rupenya asam jawa dia pack semacam rupenya, kira terblur lah ek .huhuhu

Jumaat petang pulak aku mengedate dengan kong couse dia nak ambik salinan surat beranak anak no2 aku tu.Punyalah lama aku tunggu tapi takpelah jumaat ptg memang jem banget KL ni lagi pun aku tunggu sambil minum dan tunggu kat dia kat gerai area opis tu. Berbelah bahagi juga nak pilih plan yang mana 1 dekat dia ni sebab aku plan macam untuk Insuran pendidikan aje tapi dia selitkan gak insuran untuk keselematan/hospital. Oklah juga tapi bila sampai tempoh matang macam tak dapat jumlah yang dah di simpan so aku suruh la kong buang mana yang patut untuk dapatkan nilai yang dah simpan. Pagi ni sampai opis, buka mail dah ada pun plan baru yang boleh difikirkan munasabah lah jugak. Ohya ada cite trip Ke JB semalam nanti –nantilah hapdet .

Monday, July 14, 2008

Updete ujung Minggu (Opss terklcc 2 kali?)




Pagi ahad macam biasa kalau aku rasa malas nak sambung tidur balik aku akan pi buat exercise ataupun jogging. Selalunya aku akan pegi Tmn tasik Titiwangsa aje sebab dekat dengan rumah tapi semalam aku teringat belum bayar bil tepon maxis lagi so ke klcc lah aku pagi-pagi dalam 8.30 kot gerak. Pi lah jogging dulu kat area park tu dulu sambil usyar2 aweks tapi takdelah pulak (kalau kat titiwangsa ramai gak rasanya) oppp apa hal nak usyar lak kang kena piat telinga plak(huhu).Then singgah beli roti canai untuk brekpes untuk santapan family.

Bila sampai aje rumah lepastu lepak-lepak jap ,anak pukul 10-11 baru bangun sebab depa selalu plak tidur lewat sejak dua menjak ni. Layan tag Joebangla jap dalam 1 tgh baru pi kenduri kat Wisma Sejarah , Jln Tun Razak. Mulanya nak gerak awal sebab bolehlah park keta kat perpustakaan Negara tu dan teringin gak nak bawa anak-anak melawat Library tu bagi depa berminat untuk membaca buku. Takpe boleh pi lain kali couse dekat je dengan rumah sebenarnya.

Makanan kat kenduri tu oklah sebab kalau nasi merah dan acar buah dia sedap memang aku makan dengan enak sekali tanpa bubuh lauk-lauk lain pun takpe. Aku dah lama tak minum air neskapi tiba-tiba boleh blur tanya kat wife aku air apa yg aku minum sedap ni.. huhuhu, alamak habislah 6 hari aku bertahan tak minum neskapi terminum sudah.(mujur taklah banyak minum). Member Ex-Opis kahwin ,ramai lah gak rakan-rakan lama tak bersua takdelah aku nak berggosip bagai couse lepastu ingat nak singgah K-Four sebelum balik rumah. Lepastu pergilah K-four cheras yang tak baper ramai pelanggan tu (senang nak bayar tak yag beratur panjang macam kat wangsa maju tu)

Balik dari K-four wife bagi tau kawan dia dari kg datang ada kursus dan stay kat Hotel C.Princes. So dia cadang lah nak jumpa petang tu jadi plan jumpa bawa dia pi Klcc park couse bolehla bawa anak-anak main kat taman yang besar tu. Alamak dan terdua kali plak ni pi tapi takpe macam biasa lah aku pun nak jogging kasi ketahanan badan /otak kembali baik(melegakan juga sakit kapla aku ni).Nak dekat mahgrib maka pulanglah dan hantar kawan wife aku tu ke hotel dia semula.

Wednesday, July 9, 2008

Aduss Sakit Kapla

Dua hari lepas sampai hari ni(3 hari dah ek) aku stop minum neskapi sebab hari ahad masa bangun pagi haritu tiba-tiba terasa sakit kat atas ubun/rambut kepala. Lepas aku bancuh neskapi dan sebaik aja minum sikit bari rasa kurang. Malamnya mula aku rasa macam sakit kepala smula. Nampaknya aku dah ketagihan kaffien, kalau tak minum rasa sakit, lepas aku stop ni pun masih lagi sakit tapi dah kurang lah sakitnya di bandingkan semalam dan Isnin.

Cadangnya nak pergi klinik tapi belum pergi lagi, tengoklah kalau esok dah ok dan aku leh control tak minum neskapi, insya allah takde apa-apa kot dan tak yah la check bagai kan. Lagi satu aku kadang dok pening kapla nak kontrol kemarahan atau memukul kaki anak aku yang sulong tu. Sejak dua menjak ni selalu aje dia dok tolak adik dia sampai terjatuh gedebuk. Nak rotan mana lah boleh lagi, tunggu 7-8 tahun baru lah boleh ek. Fuhh mencabar la plak ni tak nak lah aku dok bagi dia sakit plak kan.

Lagi satu aku dok geram kat anak-anak jiran yang selamba je kebas ambik bola yang aku bawa gi Balok haritu.Salah aku gak letak dalam plastik tapi still kat atas rak kasut, selamba je diaorang ambik tak pulangkan balik. Anak aku yang sulong dah mula start suka nak main bola /nak sepak terajang.. hehhee, aku pun seronok layan dia main bola tu, siap buat tiang gol kecik bagi dia score. Nak aje aku nak buat memo tampal blok-blok kat seblah ni suruh serah bola tu balik ,dah la bola tu opis punya, tapi nampak macam tak sesuai la plak. Ke aku kena buat spot-check tiap petang cari bola tu balik.. huhuhu

Sunday, July 6, 2008

Black-out lah juga

Malam tadi kan dalam 11.40 malam , time aku baru lah nak borak dengan kuduo kat tag Joe, tiba -tiba alamak... terblack-out sudah. Dan- dan aku teringat entry Delinn dan entry Angah yang lawak sepanjang minggu ni. Errr apasal ek sejak dua menjak ni asyik black-out?(nak ketis org Tnb ke ni?). Aku pun macam Angah tak nak lah buat panggilan ke Tnb memandangkan biarlah si Delinn aje bakal glemer jadi Prez kat Tmn perumahan rumah dia, cukuplah aku jadi ketua Blok aku tahun ni tak naklah sampai jadi Prez kesatuan penduduk tahun depan, waakakakaa.Lebih kurang sejam lepastu baru ada letrik jadi anak-anak belum tidur macam biasa buka ceria bagi depa tidur dulu sebab mak/ayah dia nak ceria lak lepastu.. opsssss

Time tu jugak aku tengah layan carekerama serentak, mujur akademi nasyid dah habis. Oh ya bercakap mengenai akademi nasyid tu oklah yang pompuan baju merah make-up macam penyayi opera tu terkluar ,sebab yang lain-lain menyanyi pun bagus juga. Mungkin pemilihan lagu dia yang kurang mesra pengundi tak berjaya membuatkan orang awam mengundi.Now tinggal seorang aja wakil pompuan dari perak selamat dan tentu aku rasa dia boleh jadi peserta final sebab suara pun merdu lah jugak. Setakat ni takde peserta paberat lagi kang kalau ada yang terkluar sure aku menyesal tak mengundi.. opssss

Jadinya nak tanya lah sesiapa yang layan carekarema tu, apa kesudahan cerita tu? Apa jadi dengan watak perempuan jalang si Rita rudani ? kekeeke dan tak juga apa kesudahan si jantan keparat yang berlakon gak dalam drama cinderella tu? Takpelah mungkin aku tanya kat tag Joe ajelah pada sesiapa yang layan cite tu nanti. huhuhu.

Friday, July 4, 2008

Hari Bapa tanpa abah di sisi

Entah kenapa tiba-tiba aku teringat kat aruah abah aku yang dah 12 tahun meninggalkan dunia ini. Mungkin juga akhir bulan 6 tarikh akhir beliau di muka bumi jadi mungkin entry ni bolehla aku tulis serba sedikit pasal abah aku. Sebenarnya aku ada banyak baca blog pengalaman orang lain yang suka/duka dengan keluarga masing masing. Ada yang seronok bercerita pasal abah masing jadi bila aku kenang kembali bagi aku abah boleh dikatakan seorang yang setia, rajin, berdisplin ,tegas dalam mendidik anak -anak.


Yelah tanya sahaja sesiapa yang abahnya pernah berkhidmat sebagai askar, memang displin ,ketetapan waktu di jadikan amalan. Sebenarnya masa aku mula bersekolah abah aku dah pencen dan bertugas pula kerja dengan Pihak berkuasa Air di Berapit, BM. Jadinya pagi-pagi lagi memang dialah yang hantar aku dan sorang lagi abang aku naik motor bersama. Petang pula aku balik dengan bas sebab mungkin dalam 3-4 petang baru abah balik. Selalunya sebelum pergi main-main kat luar memang abah dah tetapkan jadual siapa kena siram pokok bunga/sapu halaman di luar rumah .Sebelum nak masuk Maghrib abah dah ready dengan rotan lidi kelapa, kalau lambat balik memang gerenti kena sekali tapi kita orang adik bradik memang balik sebelum tu lagi.



Malam pula abah selalu pergi Masjid dan balik lepas Isyak, selalunya dia bagi anak-anak makan dulu jadi kami adik -beradik makan dahulu lepastu baru mak/abah makan dan kadangkala aku dan adik pompuan tunggu juga untuk makan sesama. Abah takde lah sangat check kerja sekolah sebab abang dan kakak aku memang dah rajin siap sedia kalau aku nak tanya apa-apa. Kalau habis periksa memang dia akan selalu tanya keputusan dan nak sign buku rekod, aku takdelah dapat keputusan cemerlang tapi pernah la dapat no 2 dalam kelas . Naik darjah 4-6 lagi lah malas nak belajar tapi walau aku dapat merah dalam subjek math abah tak pernah marah. Cuma dia nasihat suruh aje tanyakan abang atau kakak aku yang sorang tu.

Dari segi pelajaran memang abah sedaya upaya akan cuba beri galakan dari sokongan dan kewangan. Buktinya abah selalunya akan beri duit kat aku time masa sekolah asrama/itm walaupun tak banyak tapi aku tahu duit pencen dan kerja kat PBA tu di katakan kategori sederhana saja masa tu. Alhamdulilah mujur aku pernah kerja kilang lepas SPM sebab adalah aku beri juga pada emak kalau dapat gaji hujung bulan, masa tu abang aku sorang belajar kat itm, 2 lagi masih di sekolah menengah.

Rasanya lepas dia pencen umur 55 abah tetap nak kerja lagi. Mungkin dia tak betah duduk di rumah lalu dia keja pula sebagai pengawal keselematan kat 1 kilang dekat dengan rumah. 2 tahun lepas tu aku dapat masuk Itm pula, jadi abah tetap nak berkerja mungkin sebab ada adik aku lagi sorang masih bersekolah. Aku kagum dengan semangat abah terus mencari rezeki tak kala masa tu abah dah mula jatuh sakit. Masa tu aku bercuti semester dan akan terus praktikal dan di jangka habis hujung 1996.

Sebenarnya aku tak tahu bila abah sakit/batuk (time tu aku kat itm kot) di sebabkan mungkin sejarah masa dia muda memang merokok . Masa aku sekolah pulak dia hanya hisap rokok daun/tembakau aje. Bergegar jantung aku masa emak bagitau hayat abah mungkin tak lama. Berulang alik aku dan emak pergi ke Hospital BM ,kalau emak pergi pagi aku yang masa tu tengah cuti pergi waktu petang uruskan abah aku yang dah lemah untuk beliau bangun sendiri. Seingat aku abah tak pernah mengeluh masa dia sakit, tak banyak bercakap atau komplen apa apa pun. Masa result terakhir aku keluar, abah sempat melihatnya sambil tersenyum. Aku beritahu yang aku dah lulus cuma 1 semester aje untuk praktikal dan boleh start cari keja. Legalah abah dengar dan macam biasa abah tak cakap banyak.

Itu ajelah aku nak cerita macam sedih pula bila mengenang kembali bila beliau di jemput tuhan kembali ke rahmahtullah pada 26 Jun 1996. Aku rasa macam ralat sebab masa dah besar tu segan nak cium kat pipi atau dahinya macam aku buat masa kini kalau berpisah dengan emak aku kat kampung. Pada mereka yang masih ada abah tu selalulah bertanya khabar ,dakapi lah beliau kalau dapat berjumpa kerna kita tak tahu bila atau tiba nya saat kehilangan seorang abah. Oh Ya bagi mereka yang merokok perlahan-lahan hentikan sedikit demi sedikit kalau anda masih sayang pada mereka dan sentiasa berada di sisi anda sampai bila-bila .Selamat hari bapa dan al-fatihah pada abah yang banyak berjasa jikalau abah korang (yang membaca ni) pun sudah tiada di bumi ini


Wednesday, July 2, 2008

Jalan -jalan Gi Pasar

Yuhuuu , jenuh la jugak nak citer apa ek. Itulah sure bosan kalau takde cite menarik kalau nak di bandingkan kehidupan seorang perantau di US sana atau seorang perantau lagi menempuh hidup baru sebagai pendidik di Kedah sana. Sebenarnya takdelah menarik sangat nak cite gi pasar ni tapi elok lah juga di kongsi manalah tau kot Angah nak ambik nota langkah-langkah untuk penjimatan sempena kos sara hidup semakin naik ni.

Itulah masa zaman kecil dahulu selalu lah aku tengok abah aku dok beli barang-barang dapur kalau dia balik dari keja. Mungkin sedikit sebanyak aku rasa takdelah rasa segan sebab mungkin aku pun pernah la ikut ke pasar bersama-sama abah kalau dia ajak (hari minggu ). Ohya aku rasa memang la bagus sejak aku ikut Emak aku masa dia ada dok kat KL 2 tahun lepas. Dari Emak aku lah, aku belajar cara-cara nak beli ikan yang elok atau cara-cara nak tawar harga.

Pernah 1 kali tu aku pergi pasar Chow kit adalah nyonya tu kata kat Emak aku, haiyaa u manyak untung O', anak laki u mau ikut gi pasar, anak laki gua memang tarak ikut gua datang sini .Emak aku adalah beli ikan terubuk kat dia lepastu memang Emak aku cuba kurangkan 2 ringgit lagi. Lepastu Nyonya tu kata oklah sebab anak lu ikut gua bagi diskaun lah.Jadinya sejak daripada itu aku cuba lah kutip sikit-sikit ilmu yang di beri dan yang pentingnya selepas beli selalu aje aku ucapkan saya beli ya (kena akad lah baru afdal).

Jadinya lepas aku dok ulang alik gi pasar keramat sejak dua menjak ni aku rasa takdelah macam harga barang dah mahal.Tapi aku rasa kalau diaorang tertekan dengan kos pengankuntan sure haga yang aku dok beli sekarang akan naik. Oklah aku nak cite lah sikit kat pasar tu apa yang selalu aku dok beli. Oleh kerna aku selalu aje beli ayam kat gerai budak Melayu tu selalu aje aku cuba kurangkan atau tawarlah sikit. Ayam dia pun fresh memang selalu dia sembelih kat area situ jugak. Kalau Rm 11.50 ka kalau aku minta rm 10 dapatlah juga kalau mood dia ok. Daging lembu kat brother sorang lagi tu pula kadang -kadang dia akan bagi lebih kalau aku minta dalam sekati gitu.

Ikan dekat kakak Indon tu pun kadang-kadang aku dapat murah jugak kerna pernah la aku beli ikan bawal dalam rm 9(pagi dia kata rm 12 sekilo) ,aku cuba kurang ke rm 7, dapat jugak, tapi selalunya aku beli udang, ikan sardin, termenung atau bawal kat dia. Brother yang jual sotong tu pun kadang -kadang bagi rm 3 untuk 1 pinggan sebab dia jual rm 5,selalunya sebelum tu dia jual kat aku rm 4. Tengok keadaan jugak kalau sotong dia laku dia bagi murah aje kat aku.

Sayur pula aku selalu beli dekak kakak Indon tu ,macam tadi dapatlah jimat dalam rm 1 sebab petang tadi aku ada beli carot 2 biji, jagung muda sepaket dan tambah 1 ikat bayam cuma rm 2 aje. Last sekali aku selalu beli pisang atau ubi kat Makcik sorang lagi tu, macam biasa kalau harga rm 3,dia bagi gak diskaun ikut mood dia haritu. Tapi aku rasa kalau pergi petang macam oklah jugak sebab mungkin pagi depa dah dapat untung jadi petang boleh la tawar -menawar. Jadi tips kali ini yang pentingnya kenalah beli kat orang yang sama aku rasa jadi dapat lah harga yang berpatutan. Sekian selamat membeli belah di pasar dan jadilah pelanggan tetap baru dapat penjimatan yang munasabah. :P