Wednesday, July 28, 2010

Mid Year Test


Saborjelah masa aku nak taip cerita ni, perenggan kedua terdelete la plak, puas cari button undo tak de la plak... Oklah aku taip la balik.. sob sob... Sabtu lepas ada sesi perjumpaan pasal pencapaian Mid Year Test si anak sulong aku tu kat tadika dia. Suspen lah jugak sebab dok perangat dia kalau dia dapat no 1 hingga 3 adalah nak beli adiah.


Tapi sebelum tu masa 2 minggu sebelum ujian ada aku cuti seminggu + sukan kat Arau tu. Lepastu ujung bulan 5 kira 2 minggu gak dia tak pi tadika couse sakit mata. Jadinya hari sebelum test tu aku pulun paksa dia terutama subjek math, ala ajar operasi tambah-tolak dalam lingkungan nombor tak melebihi 11 . Subjek agama -jawi tak sempat aku ajar malam tu couse pergi K-four rasanya .Kira dalam seminggu tu setiap hari 1 subjek dia test. Tention dia jadinya aku macam paksa dan tegas lah jugak.



Dan Hasil ujian Mid year si abang Long seperti di bawah


Sebenarnya aku macam takdelah nak beriya sangat dia dapat no 1 ke 3 tapi terkejut lah jugak subjek math dia leh score semua. Aku dulu pun darjah 1 punyalah teruk subjek math ni so kira berkesan lah jugak aku dok paksa dia. Namun begitu baru-baru ni aku terbaca kat paper utusan kalau boleh gunalah pendekatan santai kalau mengajar ilmu ni , kang kalau paksa sangat stress pulak anak aku tu.. huhu.
Lagipun umur 6 tahun ni bermain lebih seronok dari pelajari banyak benda, tapi aku rasa tak salah kalau kita sendiri pantau tapi biarlah takde guna paksaan . Mungkin kena ada jadual study ka, hmmm tu tahun depan lah kena buat agaknya. Lepas test ni aku biar aja dia tengok tv, di samping tu kalau pergi tadika aku sempat tanya perkembangan dia kat sana dengan beberapa orang guru.
Ohya komen semua guru dia ,masa pergi jumpa haritu rupenya dia masih malu dan senyap dalam kelas. Yelah kalau aku jadi cikgu tadika mengajar umur 6 tahun sure sronok kalau anak murid tak buat perangai, bising 1 hal lah kan, dengan kelakuan depa yang tak di duga 1 hal- ni boys lah terutamanya. Namun begitu ada peningkatan dari tahun lepas yakni lagi improve la dia punya prestasi. Oklah tu nanti bulan 10 ada lagi final test .

Tuesday, July 20, 2010

Siemens Run 2010 la plak

Sebenarnya aku takde la semangat nak lari ahad lepas couse ada luka skit kat lutut masa main hoki sabtu lepas(tapi beransur baik). Lepas ambik bib dan singlet larian Siemens jumaat lepas terus smangat bila ada perkataan "What are you running for? " .






Amboii ikut suka orang la nak lari untuk apa apa pun opsss.. tapi kalau nak jawap perseolan di atas ,etceley nak mantapkan jasmani ,fizikal dan kesihatan diri lah terutama nya.. alamak belum check paras kols terbaru.




Di samping tu gak aku ternampak adik pompuan letak gambo aruah abah aku kat pacebook dia.Jadi mungkin la aku ni sebenarnya memng dari keluarga sukan adik bradik aku sejak skolah semua lah terlibat dengan sukan.. aku je lepas masuk IPT baru belajaq main voleyball, time skolah cuma masuk larian 400m /800 m je wakil rumah sukan. Ya aku memang masa skolah lemah sikit acara larian jarak jauh so bila dah meningkat umur ni macam takleh paksa ja diri..oppps alasan je






Tengok gambaq kat atas ni sure allahyarham abah aku ni wakil rumah E masa dia kat Tentera Darat Askar Melayu rejemin ke brapa dah lupa. So masa ahad lepas walaupun aku macam rasa lemah je nak daki bukit tu terus teringat gambaq ni dan semangat nak berlari telah kembali, dengan anggapan anakmu ini akan terus meneruskan semangat abah maybe abah tak sempat nak masuk acara larian mana-mana kejohonan kerna busy mengawal sempadan negara dari ancaman komunis dari tahun 1960 - 1978(fuhh takde puss stop). Err kena tanya my Mum ni ada ke abah pernah dapat apa-apa pingat larian ,yelah dia je yang tahu rasanya kehidupan tahun tu.



Err berbalik pada acara ahad lepas larian 10 km tu,aku gerak kali ni dalam 6.50 am, bangun awal solat siap-siap-(aku rasa kalau nak masuk lari lagi sebolehnya area KL dan bermula 7.00 am ke atas.). Oleh kerna rega minyak naik..opss apa kaitan tah ,aku naik motor je kali ni, lagi pun aku nak parking paling dekat dengan dataran Merdeka, taklah jauh nak menapak. Jadi kali ni parking motor tu dekat jalan masjid india ja. hihihi.Sampai terus menapak ke dataran dalam 10 minit , wahh dah ramai orang so terus pergi ke kandang kuda... kekeke.






Sempat aku buat banyak kali streching kaki couse dok risau gak kang jadi macam haritu 5 km dah rasa pancit. Best aja cuaca pagi tu dan tepat 7.30 perlumbaan bermula, aku macam terlari laju plak sampai kat bank negara masa nak daki bukit tu alamak nafas dan terlalu kencang terus aku slow down balik sambil berapa kali aku buat hembusan napas .




Masa nak mendaki tu aku terjalan sebab rasa tak selesa kat bahagian jantung ,errr dada risau lah gak kan ,dan time tu ada sepasang pelari (blogger gak aku rasa) mai tegur aku suruh kawal beat penafasan katanya, yang pompuan tu suruh aku terus kan larian.. nama dia Julie ke Jun ek.. So lepas dari tu aku slow kan langkah tapi kaki masih ok lagi . Hmm kena belajar teknik larian kot ni. Agaknya aku kena mulakan tempo larian yang sama kira tak boleh terlaju sangat kot ,hmmm lagi.




Akhirnya masa kat parlimen nak turun ke bulatan yang ada Bank Rakyat tu aku berlari agak perlahan kira macam dah putus harapan lah nak lari laju lagi.. huhu . Tapi semangat nak lari tetap ada kalau boleh nak improve dalam 5-10 minit masa SCMKL haritu. Masa berlari kat jalan Tunku A. Rahman tu banyak plak beberapa pasukan sorak, gendang lah so aku terbusy dok ambik gambaq depa dan semangat nak berlari tu kembali pulih...dengan ada gendang rakyat sebagainya , hihi




Akhirnya sampai gak aku kat dataran Merdeka dengan catatan baru acara 10 km ni, adalah 4-5 minit kot dari hat yg lepas. Lepas ni nak berehat jap maybe daftar acara Larian Olimpik lepas raya nanti, oklah tu macam best aje lari kat area dataran merdeka ni. Lepastu gi ambil goodie beg takde apa apa pun yang menarik cuma aku minta banyak pisang lepastu.. hihi.
Ok aje sebenarnya nak lari lagi ni tapi nak lari 21 km tu macam kena buat latih tubi lagi lah so tahun ni takpelah aku maintain lari dalam 10 km dahulu. Gambaq lain letak kat Pacebook aku jelah ek. Sekian laporan sukan untuk diri sendiri. hihi

Friday, July 16, 2010

Cerita Hoki

Aku ingat lagi masa form 1 sekolah dulu aku memang berminat nak belajaq main hoki ni so pergi lah sesi pertama latihan. Terkejut aku kapten hoki tu -maybe senior form 6, siap bagitau nak main hoki kena bawa kayu hoki sendiri. Alamak balik tu aku tak sampai hati nak bagi tau abah atau mak nak beli , yelah time tu rasa macam berat je nak minta itu dan ini.




Lepas tu masa form 4 gi skolah kat Penang tu baru la aku start pukul belajar main, tak de lah sukar mana pun. Pergi gak latihan pertama dan masa tu cikgu Hoki terus pilih pemain, kecewa aku tak dapat di pilih , yelah sure yang lain masa form 2-3 dah biasa main.


Masuk keja alhamdulilah ada sukan hoki inter- comp. Aku tak ingat bila aku start wakil comp. main hoki inter-comp tu. Mungkin la sekitar tahun 2000 tak salah aku. Time tu berlatih pun kat bawah parking kereta opis, aku ni sampai kena halau dengan pak guard lah ,ada staff complain katanya. Lepas kahwin sampai sekarang setiap tahun aku gagahi wakil walaupun dah tak letak pasukan pilihan tapi main tetap main.

Sabtu lepas aku main hoki lagi, kali ni aku bawa 2 kanak-kanak ribena tu. Bagi depa tengok dan cuba belajaq pegang kayu hoki tu . Nak elakkan depa boring aku bawa siap-siap buku warna masing-masing di samping bawa 1 biji bola besar. Oklah depa boleh tunggu sampai tengahari walaupun si abang dok merungut boring nak balik . Si Adik pula tak sabar main air pancutan yang membasahi carpet kasar stadium hoki Jln Duta tu.

Oh ya tentang perlawanan , hmm kalah 2 kali dan seri sekali, tak dapat masuk peringkat seterusnya. Yelah 2 pasukan yang pasukan team aku lawan tu kuat lah juga sebab 2 pasukan tu gak masuk final. Aku jadi keeper dalam 2 game pertama, game kedua member aku cedera dia suruh aku jadi penyerang lak. Tengoklah tahun depan kalau ada peluang main lagi sampai aku dah rasa boring main aku akan gantung kayu hoki plak ,main golf ka.. opsss

Walau pun kalah gaya kena ada lah ek. opsss kekeke

Wednesday, July 7, 2010

Seminggu yang best- part 3

Sebelum tu sabarjelah ya pembaca budiman semua aku nak cite part terakhir minggu yang best aku bercuti seminggu jauh dari hiruk pikuk kota.. ececece. Sebelum tu nak cite pasal sukan yang aku sertai tu walaupun aku rasa yang tu merupakan sejarah la sebab teringin sangat aku nak wakil mana-mana pasukan untuk kejohonan besar . Masa skolah memang dok teringin sangat nak wakil hoki lah, softball lah, ohlaraga lah, tapi semua keciwa tak dapat sertai . huhu.

Sekarang barulah tau macam mana dapat wakil ni, dapat elaun , penginapan percuma walau tak stay kat otel, lepas tu segala baju ,seluar semua di beri . Balik Kl haritu dapat lagi elaun sykt bagi sempena membawa nama comp. katanya... padanlah member-member opis hat selalu join kalau boleh nak jugak pergi waima depa tu kadang-kadang dapat masuk sebab kenal rapat dengan ajk sukan.. biasalah ada gak guna kabel..opsss hehehe.


Masa mesyuarat sebelum main tu aku siap mention ucap terima kasih kat penyelaras bolibol kali ni menitik beratkan kehadiran baru dapat join terus hat lain bagitau aku wajar di pilih kerna bagi komitmen.. terharu lah jugak kan yelah sejak 3 tahun lepas aku berlatih dan join sampai member se opis hat main takraw mai tegur aku thn lepas pesal tak wakil sebab dia nampak aku selalu turun.. ,kira dia pun simpati lah tengok aku gigih tapi tak dapat,huhu.

Macam biasa lah aku cakap lah mungkin adalah tahun-tahun akan datang, aku tetap akan turun walaupun keciwa tu tetap ada, alhamdulilah ada gak rezeki tahun ni, tahun depan belum tau lagi mungkin kalau ada hal atau sukan tu jatuh hari sekolah mungkin susah la sikit ,tengok lah macam mana nanti. Ehh tapi sukan tu di jangka di buat di Seremban, boleh balik hari ni.. hehehe

Dahlah pasal sukan, ni nak cite pasal minggu yang best tu sebelum tu hari isnin aku sefamily pergi ke Cameron Highlands lagi... ehh pesal selalu pi C.H a'aa tahun ni? Tahla aku rasa macam nyaman aje cuaca kat sana.. ,siap 2 pagi sebelum sarapan tu aku gi jogging dulu. Ya stamina kena maintain walaupun cuti ye.. kekeke.Kali ni kita orang menginap kat sini.








Oklah Strawberry park ni, luas bilik nya, ada 1 katil queen dan 1 single, bawa gaklah toto anak-anak suka lepak bawah kalau pergi jalan -jalan . Alamak aku macam nak tengok semi final spain viva espania tu , hope buatlah kejutan walaupunn jerman nampak konsisten plak.. ,bola apa-apa je boleh berlaku kan.. Layan gambaq jalah nooo