Friday, October 31, 2008

Eppy besday Joe & Tazkirah again

Minggu ni dah abis jamuan raya kat opis, oklah boleh la aku tahan dari makan banyak sepanjang minggu lepas. Last week aku ingatkan hari rabu tu last tapi sampai ke hari jumaat ada lagi unit /department lain jemput lagi. Kesudahanya masa cuti 3 hari berturut-turut sampai ke deepavali hari isnin, pagi –pagi lagi aku men joggingkan diri. Eh hari ahad aku tak jogging aku ikut senam robik kat astaka. Best gak layan , basah gaklah baju tu .


Sesambil tu aku bayangkan agaknya Joe yang sambut besday hari ni sure buat step-step senam robik yang aku dok ikuti tu. Timbang lah berat pada hari ke 3 aku buat senaman tu, turun 1 kg beb, tapi semalam naik pula 1 kg semula(kena exercise pagi-pagi kot ni). Opss terlupa nak ucap besday boy kat Joe(ehh boy lagi ka) , smoga terus sihat sentiasa , dipanjangkan umur/di murahkan rezki dan moga berjumpa dengan nya 1 hari nanti.


Semalam lepas baca Yassin Ustaz jemputan tu citelah bab haji . Dia tercerita tu sedih sebab kawan dia yang sepatutnya pergi tahun ni tiba-tiba telah meninggal dunia. Sebelum tu dia ceritalah kebaikkan kawan dia tu sehingga ustad tu sendiri yang memandikan jenazah atas sebab kebaikkan yang di buat oleh kawanya itu.

Ustad tu cite lah juga dia pergi Haji masa zaman orang naik kapal, tahun 70 an kot. Bayar dlm Rm 1300 tapi masa tu memang dia tak berduit tapi dia simpan juga sikit-sikit sampai nama dia telah naik atau tabung haji panggil. Dia cite lah masa tu sapa nak ke Mekah orang kampung atau kampung seblah sanggup mai ziarah dan bagilah derma dalam rm 1 untuk buat belanja bila dia sampai ke sana.


Jadi dia katalah alhamdulilah berkat nak ke haji memang rezeki murah dan kalau boleh dia bagitau lah masa muda-mudalah senang nak buat semua segala rukun Haji. Yelah Haji memerlukan tenaga dan kudrat terutama perjalanan /tinggal di padang Arafah dan masa hendak melontar ke tiga-tiga Jamrah pada hari tasyrik.

Dia citelah masa dia pergi tu time musim panas (dalam bulan jun lah kot). Ada sahabat dia meninggal masa dalam bas akibat kepanasan dan duduk terlalu lama dalam bas antara madinah ke mekah(sampai 12 jam kot). Now maybe dah beraircond dah dia cite dan padang arafah pun dah bagus khemah yang di sediakan oleh Tabung haji yang di akui paling tersusun dan bagus sebab masa dia pergi tu memang panas terik sentiasa .


Apa yang penting katanya Sabar , itulah perkara paling penting dan sentiasa di Uji oleh Nya. Banyak jugalah ilmu yang di kongsi oleh ustaz tu yang penting niat untuk ke sana kena ada samada Umrah atau Haji terpulang pada individu mana nak pergi dahulu. Semalam gak ada jemaah yang dah pergi ke sana dan di harap mereka yang pergi ke sana dapat pulang semula dan mendapat menunaikan segala rukun yang telah ditetapkan.Amin!

Tuesday, October 28, 2008

Cite beraya Reban 08

Sebelum nak cite beraya reban ayam 08,sabor ajelah ada mamat Us tu dok tertanya -tanya apa la aku dapat ek from my wife. Malam tu aku dapat macam-macam..hikss... takde lah speku aje.

Yelah nak cite sikit je lah, mula-mula dapat kek coklat yang comel. Lepastu dpt 1 pakej yang ada 2 benda dalam dia ,tu pun si Darwis nak buka dulu adiah tu. Takde apa sangat lah Joe (wallet dan talipinggang ), aku pun takdelah demand minta apa-apa. Bagi aku lah adiah-adiah ni sampingan je untuk buktikan cinta kasih sayang sentiasa bersemi..oppss taknaklah kang ada yang nak muntah sat gi..ekkekeke


Berbalik pada cite raya di umah alangz+ zura tempohari, tengahari si Deo dah call tanya kat mana, yelah maybe dia nak tersampai dengan aku. Siap prihatin tanya si Fraape sapa ambik tu, bagusla ada cik Yam nak ambik, (kot-kot ada cinta baru ni leh makan nasi minyak ni). Dalam 3 ptg kot lepas siap semua anak-anak(siap suap nasi dulu) baru lah gerak, dapat lagi masej kek Oren tinggal 2 aje lagi(Deo lagi). Amejing race lah lepastu siap call tanya jalan nak ke mahkota Cheras couse takde pun signboard lepas tol batu 3 Cheras-kajang tu.


Sampai je Mahkota tu sudah nak cari syeksen 8 plak, mujur ternampak keta Yam lalu renti tanya dulu lalu ikut si Yam hang akhirnya sampai jua (itupun aku bergegas masuk umah dulu sebab dalam keta yam ada 3 orang ,kalau aku lambat sure tak dapat kek tu,ahaks). So salahkan sapa tah tak tau yang hantar masej beriya kata kek oren nak abis dah.

Hampeh rupenya mujur aku orang ke 10 kot sampai , siap tinggal anak dulu tu kat keta tapi aku buat-buat la bagi puding /agar-agar buah2 an dulu kat tuan rumah kononnya, Ekekeke. Sampai serentak dengan Yam, Delinn dan Prrap meriah la suasana tiba-tiba kat umah tu kan. Jumpa buat pertama kali si Prapp ni ,yelah nampak berkesan kot dia buat facial ni..muka kemain nampak dah lain ek... opsss (yelah pernah la tengok muka dia bila dia mendisplaykan dirinya) .


Yang dah sampai Cl (siap tulis nama lagi sapa sampai dulu), Combi , Ob, Oc,Limah, Lis , Nini (lom interbiew dah blah ), Angah + Wan,Deo , dan tentu tuan rumah alangz dan zura. Lepastu baru Arc/LB , Par, Kong, Poii kira muka-muka yang sama ajelah kecuali si Prapp yang memunculkan diri buat pertama kali. Ada lagi ke yang sampai sebab aku dah tulis kan Yam, Delinn dan Praapp se kereta.


Lepastu ada kezutan Af depa dok nyanyi lagu besday... rupenya besday untuk aku la plak walaupun kek tu di beli untuk jamuan raya tapi si Deo sudi memahat nama aku kek situ.. Ala, aku kan dah tahu Deo nak bawa kek SR, takdelah terkezut sangat, lihgt2 aje katanya. Anyway thanks lah jugak ye, si Delinn tu tak abis-abis mengusik , takpelah aku tak kisah la walaupun dia kata ada ucapan eppy depavalli kat situ ,sepatutnya tulis la aidil fitri lebih apdal kan . Thanks sekali lagi couse mengintemprame kan jamuan raya tu sebenarnya.


Dalam dok sembang kat luar tu tiba –tiba gedegang... eksiden la plak, bunyi kuat tapi kena lah tinjau sebab di lindungi pokok, tudia Crv langgaq Viva rupenya. Abis remuk viva tu. Chiness yang bawa Crv tu nampak dok kalut call panggil geng dialah tu sebab nampak Crv tu mcm nak buat U-Turn so dia tak sabar le tu yang langgaq viva yang memang nampak baru lagi(opss terober cite eksiden plak).


Itu ajelah kot, lepas makan minum beberapa kali ambik makanan pun tak tau. Rasanya nak masuk senja dah ada yang dah nak pulang maka aku sefamily pun beransur lah jugak pulang. Lagipun tengok anak-anak macam dah boring aja tambah-tambah si Syaza terus kena dukung lepas di kejar anjing belaan yang dok kat luar umah ,(sian kat dia sure fobia lepas ni apa). Oh ya, walaupun belum dapat t-shit dapatlah adiah besday lah kot ni dari Joe(via Arc) yang ada perkataan NY – PD (port dickson kah?) Thanks Joe!

Saturday, October 25, 2008

Laa dah bertambah umur lagi

Selamat hari lahir kat diri aku... hikss.. dengan ucapan semoga hidup berbahagia di samping keluarga tercinta , di murahkan rezeki dan dipanjangkan umur!

Oh ya semalam gi JJ , aku jaga anak-anak main,wife aku pi shopping so aku tak tau la dia beli apa, tak perasan la hari ni hari jadi aku ,so tepat 12 mlm tadi wife aku suprisekan diri (time aku light2 nak tidur dah) dan berilah hadiah 2 benda kat aku.



Kepada pembaca pembaca tu ... hehehe

Wednesday, October 22, 2008

Entry hari raya lagi ka

Sabarjelah mamat penang tu, beriya suruh aku hapdet. Aku pun tak tau nak tulis apa, rasa mcm nak cari geng main basketball pun ada ni ,err ada gak anak kawan opis aku main leh join ni kalau weekend tapi macam jauh plak nak gi umah depa kat pandan tu. Patut la aku hairan tengok dua kawan masa kat kolej dulu yang cekap benar bila depa main .Lupa lak aku nak interbiew pasal apa depa terror ,hiks. Sorang tak salah aku ex-alam shah, sorang lagi ex sains muoor So padanlah depa terror sure depa wakil skolah macam si deo dan frappe tu.

Ya aku pun main gak dengan depa time petang-petang tu kalau dah ramai main volleyball. La ni sejak 2 minggu lepas kl selalu ujan so nak main volleyball asyik tertangguh aje. Tapi aku dalam 5 hari keja ni at least 2 atau 3 kali lepas bawa anak-anak turun aku akan exercise sendiri, berjogging ke atau aku naik turun tangga dalam 3-4 kali.

Menitik - nitik air peluh gak at least 20-30 minit dah berpeluh dah. Takdelah aku beriya nak kuruskan badan yang penting stamina kena jaga untuk kesihatan diri. Sabtu plak sejak 2 menjak ni macam best lak dok buat keja di luar rumah dan dalam rumah. kekekee. Ahad pula kalau tak pi jogging di paginya aku akan cuba gak buat sendiri exrecise di petang hari.

Ehh lupa nak cite, dalam minggu ni kan masa jamuan adalah bakal P M tahun depan di jemput datang . Oleh kerna tetamu dah penuh kat dalam dewan, lepak je kat luar lagipun banyak makanan terhidang kat luar jugak. Setengah jam lambat kot bakal P M ni mai, yelah sure jalan jem kat kl kan (tapi depa pakai polis peronda gak noo). Sampai -sampai tu aku tersalam la sambil ucap tahniah Dato seri, kekeke, maybe slow aku ckp dia tak prasan tapi dia tengok gaklah aku lepastu tu.. Senyum macam baru lepas kahwin je bila dia tengok aku balik tu..,hiks. Yelah sure dah tak sabar tu , silap-silap bulan 12 ni dah jadi P M ni.. huhu

Takpelah rakyat sekarang dah pandai nak memilih pemimpin. Kalau takde aapa apa perubahan drastik pasal ekonomi dan kronisme PRU ke 14 nanti lah rakyat menterjemahkanya di peti undi.. chewah.opss. Malas pula nak sembang politik carca marba la ni. Oh ya jamuan tu aku tak ambik lemang /ketupat walau dah terhidang couse macam serik je nak makan. Macam biasa lah ambik sate ayam, mee goreng, kuih-kuih serta kek coklat dan buah-buahan . Bagus makan buah-buahan ni ,senang lawas di pagi hari .. muhahahaha.. tujelah kot sembang raya lagi

Monday, October 20, 2008

Takkan citer raya lagi

Hari ni jamuan raya ,gambo-gambo nanti lah publish. Jamuan ni kira setiap unit kena bawa makanan masing-masing. Hr/Admin atau boss besar sediakan sate ayam dan daging. Aku hanya bagi duit ajelah kang boleh lah unit aku buat lebih sikit sebab jemput semua staff dalam 200 orang lebih kot. So unit aku beli lemang/ketupat + rendang tadi termasuk depa beli nasi lemak sebab jamuan start dalam 12.00 tgh.


Ehh lupa nak cite weekend lepas hari sabtu pergi 3 rumah terbuka termasuk umah abang aku dekat area KLIA. Hari ahad pula start pagi aku dengan wife dah kena turun awal . Pukul 9 lebih gi keramat ambil rendang ayam (blok aku kena uruskan). Macam tak adil pula aku rasa blok lain nampak macam buat sikit aje sebab kutip 1 blok dalam rm 160. Rendang ayam tu nak dalam rm 280 untuk 9 ekor ayam. Yelah rega ayam tengah naik time beli tu dan termasuk upah lagi kat kawan wife aku tu.

Pukul 10 kot majlis bermula kira aku jadi penyambut tetamu. Yang tension tu time aku dok sambut –sambut tamu ni ada la brother ajk sorang ni suruh aku cari/sediakan air basuh tangan siap dia gi ambil baldi suruh aku basuh ,uwaaa abis baju melayu lengkap bersampin basah jenuh dok mengankat air paip yang jauh dari tempat/dewan yang kami anjurkan tu. Aku membebel plak ek, sebab aku rasa la dah ada pun tiga bekas air untuk basuh tangan dan lagipun majlis tu buat area skolah sure depa leh pi tandas kan.

Bukannya apa abis je jamuan tengok kat tempat basuh tangan tak luak pun airnya.. Lepastu aku gak yang kena ambik semua perkakas tu simpan ,chewah tak puas hati lak aku.. majlis tu abis dalam pukul 1 kot dan aku tengok ajk yang dok suruh aku tadi takde pula munculkan diri kemas apa apa yang patut, kalau pengurusi oklah jugak kan dia perintah aja. Oppsss mood membebel lagi, ekekekke. Takpelah aku andai kan dia kena gi mana-mana open house kot.Lagipun sapa yang stay dapatlah bekalan makanan yang tak abis termasuklah sate.

Balik rumah rehat apa lagi usai makan dah kekenyangan lalu ketiduran la plak . Malam pula pergi 2 rumah lagi dekat area tempat aku tinggal ni. Makan lontong kat rumah pertama lepastu umah kedua nasi impit kuah kacang utara sodap sekali. Ada lemang dan rendang tobat aku tak ambih dah. Hanya makan nasi impit kuah kacang tu dan jugak kuih raya sikit.

Sabtu baru ni pergi lah umah yam satu family. Peta yang yam kasi tu taklah detail lalu aku google sekali lagi dan check betul2 tanpa print yach! . Pukul 1 gerak ke sana dan tepat sekali berjaya gi umah yam buat pertama kali tanpa sesat barat(err yam ko tak kagum pun). Sepatutnya si yam lah ek tulis sapa yang datang dari tag reban kan so biarla dia cite. Lepastu kami p bkt beruntung umah best friend time sekolah yang aku tak dapat pi raya umah depa kat tasik glugor time raya dulu. Pasangan ni 1 kelas dengan aku sebenarnya so laki bini aku kenal so lepak dari petang sampai ke malam.

Ahad, semalam asrama skolah wife aku jemput lagi tahun ni (makan sate lagi). Sebelum tu pergi rumah kawan orang umah. Ada gak kawan opis sms ajak gi raya umah dia kat sg buloh. Oleh kerna semalam dah berjalan jauh hari maka ahad pergi umah yang berdekatan ajalah. Itujelah kot nak cite tapi kan ahad pagi lani macam best pulak gi join exercise dalam 8 pagi kat Tmn tasik titi tu. Asyik menjamu selera je badan kenalah jaga ek, kang terdemam macam minggu lepas plak. huhuhu, daaa

Tuesday, October 14, 2008

Teringat kisah raya lagi

Aku baru perasan pasai apa tahun ni macam malas je nak beraya umah sanak saudara rakan taluan. Rupe-rupenya mengenangkan anak-anak dok selsema dan yang bongsu selsema + batuk. Bukanya apa kekadang tuan rumah jamu air ais ,so si darwis tu pandai dah demand nak air ais walaupun sehingga di kala ini memang tak bagi pun lagi siap walau tuan rumah nak bagi selamba je aku minta air kosong. huhu( aku cakap la baik baik budak ni selsema + batuk kalau minum ais)

Jadinya lepas balik KL ni aku rasa macam ralat je tak jumpa member-member skolah Men. dulu terutama budak High skull Bm , yang selalu jumpa masa raya(selalunya raya ke 3-4) atau dekat raya(jamuan buka posa). Aku ingat lagi masa dalam umur 18-19 tahun aku dah start raya ikut raya dalam 10-12 orang sekali harung naik motor sampai mak kawan aku sound ni geng vrom vrom mai raya . Yelah masa tu ramai bujang tak terikat dengan mana –mana komitmen dan kami sentiasa beraya dari umah ke umah mulai 9 am pagi sampai ke 10-11 malam.

Tempat pertemuan selalunya adalah di stesen ketapi BM. Antara tempat rumah member2 aku ni kira bermula dari Pmtg pauh, kg pertama, ke kg paya, Sg rambai, Pmtg rawa terus menuju ke Kebun Sireh, Bkt kecil, Sg Sembilang . Lepastu ke Alma , Cherok tok kun ,Machang Bubuk hingga ke Kulim. Kira kami start dlm thn 94 gitu sampai ke 2004 lepas ramai yang dah kahwin. Masa ada anak sorang aku still ikut depa beraya walaupun time tu tinggal 2-3 orang bujang. But yang join pun cuma 5-6 orang.

Tapi yang bestnya kadang-kadang kami buat gempak melawat umah awek member-member sampai ayah awek tu dok interbiew mana 1 yang dok berkenan kat anak dia. Nii kira kes segan nak pi beraya la tu yang ajak ramai-ramai tu. Itu aje yang aku rasa miss bila semua pakat dah kahwin dan kadang-kadang tu aku rasa nak je lalui semula kalau depa ada ruang dan peluang tapi masing-masing dah kahwin ni banyak tempat yg kena pergi, kalau ada adik badik pak menakan ramai lagilah kan .

Sehinggalah 2008 ni aku rasa tinggal sorang je bujang itupun dia dah pi merantau ke Negara Asia tengah tak salah aku. Agaknya thn lepas kot dah berkubur geng vroom ni, tahun lepas adala 2 -3 orang depa call lah ajak mai raya, tapi tahun ni takde pula yang call aku. Yelah aku pun tak call la plak depa nak pi beraya atas sebab tiba-tiba leh termalas nak beraya (kecuali sorang lah yang aku pi hari raya ke 4 kot). Takpe tahun depan kalau bertemu lagi hari raya akan di pastikan aku akan buat panggilan nak beraya. hihihi

Sunday, October 12, 2008

Demam raya la plak -Entry malam ahad

Khamis ,raya ke 9 time lunch ada lah jamuan raya kat opis. Aku dok pulun makan nasi lepastu perkena plak lemang. Petang aku gi tengok kat meja jamuan ada lagi lemang ,so makan lagi. Malamnya aku gi bayar kutipan maintenance kat bendahari dia ajak join makan lemang lagi . Tapi aku ambik 1-2 je la ketul but sedap plak serunding daging dia.

Jumaat plak aku rilex je gi opis ,tapi sebelum tu perut aku macam dah memulas aje, lama lah dok dalam bilik dr. Tan . Sampai je depa suruh turun ada jamuan raya pulak kantin buat. Ada la lemang lagi, rasa lah gak, lepastu siap ada air ginseng tongkat ali. Lepas-lepas minum tu aku mula lah rasa tak sihat badan. Ding dong ding dong aku gi lah klinik , Dr check apa yg patut belum ada simptom demam lagi.

Aku mcm tak sedap badan balik umah dulu untuk rehatkan diri, so petang tu aku gagahkan diri gi opis walaupun rasa macam tak sihat ja but macam dah ok skit lepas aku perkena ubat Dr. bagi. Balik tu lepas mandi semua lepas magrib tu aku rasa macam dah start semula demam , ni demam kus kus kot, kekkeee. Yelah aku macam dah tak lama alami demam ni. MC macam ziro je 5-6 tahun keja tak pernag aku ambil rasanya.

Masa tu adalah filem Indon ayat- ayat cinta tapi aku takleh layan siap sakit kapla lagi. (err best ke cite tu deo ? yam? ). Aku dengar dari jauh je ayat-ayat romantik couse rehat dalam bilik. Dalam 10 mlm aku mengayat cintakan kat wife aku suruh tolong bubuh air asam jawa kat kepala aku kasi panas tu kurang sikit. Err Deo ko kena cari wife solehah yang boleh jaga hang time sakit -sakit demam ni, errr dengar cite tengah dok buat ayat-ayat cinta la ni kan? hiks

Rupenya lepas wife aku urutt bagai kat kapla ni hilang la sakit peningnya. Demam pun dah kurang kira power gak lah air tangan/asam jawa wife aku buat. Time ni aku terinsaf la skit bagus ada peneman hidup ni (di tujukan khas pada Deo gak). Ingat tu Deo,cari pasangan yang boleh hadapi kehidupan semasa susah dan senang , kekeke. Aku dapat rasakan ada lah warga tag yang boleh di usyar macam Yam ,Delinn(oppps ni kakak ek). Opss topik hilang arahh ni, Err Mr. Joe, Mr Frappe pun boleh kot usyar sekali aweks2 reban. Tapikan susah gak nak uji/test bakal isteri tu juga ya, emmm sembahyang istiqarah ok gak rasanya ni kalau dah berkenan di hati.

Paginya wife aku kejutkan suruh mandi air asam jawa lagi, aku macam dah ok dah lepas mandi tu so terus aku tak tidur lagi gi buat senaman ringan dan berjogging area umah aku ni dan lepastu siap basuh skit keta aku tu .Keluar peluh bagai dan aku dah rasa macam ok dah lepastu. Oklah itu ajelah nak hapdet esok ada lak jamuan raya persatuan penduduk, kena kluar awal ambik tempahan ni . Errr cite ni di tujukan pada Deo, carilah pasangan yang membahagiakan hidup di dunia dan akhirat, amin! Laa lupa dah tentu untuk wife tercinta gak, terima kasih la buat susah susah aja!.. hihihi

Tuesday, October 7, 2008

Citer Raya lagi -

Rupe-rupenya mood nak beraya tahun ni bukan melanda kat aku sorang bila aku baca blog kawan-kawan banyak yang tak beraya sakan termasuk lah aku.(tapi baru baca blog angah kemain raya dia still meriah jalan sana sini) So raya ke 2 sampai ke 5 aku macam dah malas nak contact member-member sekolah dulu nak pi beraya . Sebenarnya raya ke 2 tu aku ,selalunya Mak aku akan ajak gi mana-mana umah saudara/sepupu dia ataupun gi umah Pak Ngah aku kat kulim atau Makcik kat Tanah liat.

Bila aku tanya rupenya my Mum lepas makan nasi berlaukkan daging kat Masjid semalam , dia dah rasa pening menandakan dia kena rehat kat umah ,sebab ada la skit mak aku kena jaga/pantang makan daging. Pagi tu , aku pun malaslah nak gi jalan-jalan lagipun mak aku terplan nak buat lauk gulai nenas/udang, terung goreng bercili dan 1 lagi lauk ikan apa tah, so aku pun tolong la kat dapur sama-sama dengan wife. Fuhh memang sedap lauk tu siap bertambah ,mujur pagi tu aku buat exercise + cuci keta, hiks.

Petangnya aku plan nak ke umah 2 kawan baik masa skolah , sorang kat bkt kecil dia takde pula couse raya umah wife dia sampai esok .Sorang lagi kat tasik glugor,aku call dia ,suruh mai ptg dan dia akan call aku balik kalau dia dah abis beraya umah pak menakan dia . So dalam pukul 3 aku dah gerak tapi kami pi Jaya Jusco kat Perda dulu sebab ada benda kena beli. Sampai kat sana, anak-anak aku pergi main dulu. Besar jugaklah JJ kat sini siap ada library untuk kanak-kanak.

Bila dah nak balik tu dalam 5 ptg member aku lom call, dah sah dia belum balik, so masuk je keta anak-anak pulak tidur. Last-last balik ajela umah couse mlm nanti nak gi beraya umah sepupu yang raya ke 2 selalu buat majlis .So hari ke 2 tu beraya 1 umah aje kaedahnya ,lagipun aku macam syok pula layan cite raya tahun ni. Balik dari umah layan filem Otai, ingat macam tak best, oklah layannn walau dah tahu lawak si Apek macam statik dah la ni.


Raya ke 3 plak pagi-pagi tu abang long aku dah balik, pagi hari jumaat macam singkat ja nak gi beraya mana-mana . Ada adik bradik mak(sepupu) aku datang ,lepastu bawa mak aku gi market beli ikan. Dalam pukul 12 kot aku gerak semula ke umah wife aku ,dia dah plan dengan kakak dia nak melawat adik bradik aruah abah depa kat area Pdg Serai .Petangnya dalam pukul 4 baru ke sana, pergi 1 umah aje hari jumaat tu, balik dari sana singgah Rnr juru ,lepastu balik umah layan tv lah. Aku baru prasan umah frape dah tak jauh rasanya dari Pdg Serai tu(jgn marah ek frape) ,oleh kerna lewat tak de lah nak call dia, takpe lenkali plan keluar awal boleh pi lunas kalau gi sana tu.


Raya ke 4 baru gi raya umah member skolah, jumpa dia kezutan la plak, dah ada 3 anak, kenalah aku kejar ni ,hiks. Aku kenal dengan kawan aku ni dari form 2 se kelas sampai lah form 5 (form 4 je tak sekelas). Mak dia siap nak kenenkan kawan aku tu dgn adik pompuan aku masa dia bujang ,hehehe but takde jodoh. Lepas balik dari umah dia terus ke umah kakak Ipar aku kat area S. Bakap plak. Ada di sediakan jamuan raya nasi ayam + soto. Oleh kerna kakak ipar aku tu ada baby kembar adalah mak saudara mai tolong. Lepak la sampai ke malam sebab wife aku lak tolong apa yang patut ,aku hanya layan anak-anak menakan sambil layan astro, hiks.

Raya ke 5 ,hari terakhir kat kg , punyalah panas terik dari pagi sampai ke petang. Ingat nak gi open house ahli politik tapi macam rasa malas nak kluar. So layan lah aku tengok berita dan radio era info trafik. Ingat nak gi beraya umah adik aku kat perda tu, tapi dia balik petang, so petang aku dah nak gerak pulang ke kl. Nak dekat pukul 7 gerak lah pulang ke KL, masuk plus keluar kat taiping ikut jalan lama sampai KK. Lepastu masuk balik Plus(tak jem lagi) dan seperti yang di beritahu dari gua tempurung sampai ke Bidor jalan mulai jem,so berjem lah dalam 50 minit gitu. Sempat lah rehat kat RnR Behrang dalam 45 minit dan akhirnya 2 pagi baru selamat sampai KL.

Monday, October 6, 2008

Citer Raya 1 Syawal la pulak

1 Syawal, tahun ni lepas aku membebel kat blog pasai abg aku tak balik kg beraya ,choiihh terus balik abg aku no 2 naik flight (dia dpt diskaun couse keja MAS). Baliknya pagi isnin sorang diri couse ptg raya pertama kena balik dah sebab dah kena keja malam so oklah dia sedar lah gak kena la balik umah mak sama.Plan aku nak gerak petang raya cancel sebab aku rasa wajarlah abang aku tu kena tolong sebab lama dah dia tak balik beraya kat P.P, asyik umah mertuanya di S'lngor itu aje.

Abang aku no 1 balik jugak pagi raya ke 3 dengan beberapa orang anak, sebab 2 anak dia yang dah kahwin tu tak dpt balik sekali. Ada dia hantar kan dulu anak dia yang sorang baru abis belajar pulang ke kg tolong atoknya pulak. Jadinya raya kali ni mak aku taklah bermuram macam tahun lepas tapi semalam kakak aku bg tau mak aku still tak puas hati kat adik pompuan aku yg bongsu tu,raya ke 5 baru balik kg . Tahun lepas dan tahun tahun sebelumnya macam tu juga kecuali 1 tahun tu suami dia kena kursus kat German.

Raya pertama dalam 7.15 pagi ,aku gerak dari rumah wife aku sorang diri balik umah aku sebab aku rasa macam tak best aja pagi raya aku tak ziarah kubur aruah abah aku. (dan tok/tok wan aku gak). Wife aku tak kisah lagipun dia masih bercuti lagi, lagipun mak/ayah wife aku pun dah takde so dia plan nak ziarah kubur time dia dah boleh baca yassin nanti. Masjid kat tempat aku lepas pray raya ,kutbah,tahlil ada buat jamuan raya makan nasi merah/daging berlaukkan gulai daging dan air asam dan makan siap betalam . Lepas makan dalam 10 pagi baru ziarah kubur dengan cuaca yang masih mendung dan nyaman sekali (agaknya 25 C kot).

Lepastu baru balik , dan aku perkena pulak ketupat 1 cicah kuah rendang ayam . Lepas beraya bermaafan dengan mak, kakak ,abang serta bagi duit raya kat anak-anak buah baru aku bergegas pulang.Dalam 11.30 kot sampai Jawi , terus bersiap anak-anak untuk beraya umah Pak/Mak Menakan wife aku yang kampungnya terletak di Relau, Kedah (sempadan aje dgn S.perai ).Kat situ kami beraya 4 umah kot termasuk 1 umah kawan baik wife aku.

Dalam 3.30 kot balik semula Jawi, then aku pray,rehat jap sempat la terlelap jap dengan anak-anak pun sekali terlelap gak. Dalam 6 ptg baru gerak semula ke kg aku lak. Kakak aku dah balik umah mertua, abg aku pun dah balik ke Klia, adik aku yang keja Penang hantarkan couse dia balik gak ptg raya lepas dia balik keja Hotel tu. Terus aku menuju umah Pak Su aku yang memang 1 kampung pun. Petang raya selalunya Mak Menakan aku yg dok kat Tanah liat, BM akan datang gak so dia mai sekali dengan anak-anak dia. Cuma Pak ngah aku yang dok kat kulim tak pulak datang sebab dia selalu gak mai petang raya . Mungkin lah Tok/TOk wan dah takde jadi depa macam dan jarang balik raya kat area kg aku.

Selalunya aku akan singgah umah Mak Jang plak yang lokasinya hanya di belakang umah Paksu aku tu. Tapi takde pula depa anak beranak so tak pi la raya umah dia kali ni.Itu ajelah adik bradik aruah abah aku yang seramai 5 orang tu. Adik beradik Mak aku pulak tinggal sorang aja sebab Maklong dan Paksu aku dah meninggal. Hanya tinggal Pak ngah aku ja , aku plan beraya umah Pakngah raya ke 2 couse depa selalu buat jamuan raya ke 2. (kira buat open house kaedahnya).

Balik umah Mak ada lah anak abang aku sorang dan 3 anak adik lelaki aku yang keja hotel tu. Ehh lupa nak cite adik lelaki aku tu dah Duda jadi nya memang dia tak balik umah mertua dia kat Puchong tu. Balik tu terus mengadap tv yang aku rasa tertengok cite Anak Mami ka Mami tanjong karya Prof. Razak tu.