Saturday, March 28, 2009

Merundum di Konsert 3 AF 7

Konsert di mulakan kononya tak nak guna lampu yang banyak so pelajar pun nyanyi ala koir gitu. Oklah aku pun support gak ,sanggup bergelap dok menaip kat laptop ni sampai 9.30 .ekekekke. Macam tak best pulak menari puncak tanpa menari..aku suka gak tengok style alur-alur tangan di perkenal kan musim ni..kira nak tunjuk no 7 ke huruf T ek? (transformasi katanya kan)

Yazid - Pawana (Search)

Pesembahan pembukaan yang agresive dan padu pada mulanya tapi mai kat choros dah semput sikit.. energy menurun... . But improve lah jugak kalau nak compare last week.

Claudia - Lama Tak Jumpa (Zur Eda)

Agak menurun dan menyanyi secara selamat claudia ni. Mungkin lagu slow ni agak tak menguji suara dia maka nyanyi pun secara selamat aje.

Aril- Andainya Aku Pergi Dulu (Alleycats)

Persembahan sederhana jugak, mungkin dia terlalu berhati-hati jadi nyanyian nampak takde dinamik kira dari awal sampai akhir sama ajo. Suara tak dinafikan unik tapi macam simpan gitu tak nak kasi kow-kow punya.

Rini -Seloka Cinta Remaja (Seha Freedom)

Step menari nyanyian yang berhati-hati tak menyerlah vokal yang mantap jadi persembahan sederhana ajelah..tarian pun tak brapa sharp atau boleh menyebabkan penonton terhibur kira semualah persembahan rini yang sedang sedang aja.

Qhaud -Pilihlah Aku (Latif Ibrahim)

Ala... menurun pulak persembahan kali ni., maybe lagu ni lirik dia banyak di ulang maka pengkritik nampak macam sama aja.. kena ada buat kelainan setiap lirik tu nyayian kena bagi lebih dan dinamik baru best tengok dan kekaguman akan sama macam last week.

Rubisa - Angan-angan (Raja Ema)

Nyanyian yang hanya ikut tempo dan melodi.. takde yang boleh impress menyebabkan lagu ni nampak sama aje macam penyanyi asal..wah lagu pun tak mencabar aku rasa ni jadi rubi pun buat ala-ala kadar sahaja.

Akim- Anak Gembala (Sudirman)

Pada awalnya nampak macam ok tapi mai kat chorus dah nampak si akim ni lelah penat gitu. Kira macam kena tingkatkan stamina gitu.. menari dah ok, persembahan kurang mantap sebab vokal semput sedikit dan takde dinamik dalam nyanyian

Zizi -Ini Rindu (Farid Harja)

Permulaan yang baik dan suara yang bagus sesuai dia bawa lagu ni tapi mai kat rapers dah ilang dah lirik berterabur.. tak blend dengan muzik... opss terblend mcm si adlin lak bagi komen. Kurang stamina untuk sustance sampai ke hujung.

Obri -Abang Beca (Broery Marantika)

Ya masih tak power sebab lagu ni dia tumpukan pada persembahan gerak tari dan sebagainya menyebabkan kayuhan melodi tak seimbang hinggakan muzik dan tempo tak di blend dengan baik. Kurang stamina gak mamat ni nak bawa lagu berentak macam ni.

Sidi - Hanya di Radio (Headwind)

Persembahan sederhana atau kata kunci lain playing save. Vokal kurang dinamik sebab lagu ni pun lirik di ulang-ulang so nampak boring aje di nyanyi.

Aishah- Mata ( Noorkumalasari)

Nampaknya menurun pulak dia bawa lagu ni, nada rendah tak clear dengan jelas sampai tak dengar lirik yang sepatutnya dia kena nyanyi, mungkin la dia tumpukan nak menari dengan penari latar jadi persembahan sederhana aje.

Isma - Rambu Ramba (Nursheila Amin)

Sebenarnya Isma ni simple dan dah ada suara yang merdu so bila dapat lagu ni dia bawa dngn baik kira blend melodi baik punyalah kot. Stamina sampai ke hujung tu yang pengkritik 3 orang tu puji, tapi lagu ni taklah mencabar sangat vokal si Isma ni

Hafiz - Mat Disko (Sudirman)

Cukup syarat sebagai seorang penghibur yang baik dan versetail, tapi kena la ada lagu yang mencabar untuk dia minggu depan. Walaupun ada kawan aku tak baper suka dia tapi dari segi suara dah memang layak dia jadi pelajar af 7 kali ni.

Penyingkiran ?
2 orang sekali? oklah takdelah best sangat Rini dan Obri tu. Lebih baik depa jadi pelakon sebab pandai gak depa dok berdrama dalam diari harian. Kalau 11 yang tinggal lagi ok sebab nampak macam tak fair kalau diari harian asyik tunjuk orang yang sama contoh last week akim-rubisa-zizi... bosan lah jugak kan .
Persembahan ok - Hafiz, Isma , Zizi
Sedehana ok -Claudia, Rubisa, Qaud , Aril ,Akim, Aishah, Yazid

Err aku suka yang di atas stay tapi hope Aishah dan Akim meningkatkan prestasi next week. AKu harap lagu pilihan akan datang tak sama macam lagu depa nyanyi konsert ke 3 ni, kena ada lagu baru dan lagu lama contoh masa zaman af3 dulu. Lagu inggeris pun belum depa nyanyikan.


Pengkritik
Aku suka la si Edrie hashim tu takde malam ni, hope adlin di ganti dengan akak Ogy next konsert(kata nak prepare kahwin kan...huhu). Bagi le dia rehat seminggu ajekan.. Edrie tu takpe rehatkan dia lama-lama.

Thursday, March 26, 2009

Volley


Sabtu 2 minggu lepas sebelum aku pergi bercuti bersama family pagi tu sempat aku join main suka kegemaran sejak zaman belajar dulu. Ye aku akui aku tak baper tinggi untuk block orang spike tapi kalau body ringan sure leh lompat tinggi kan. Jadi kena lah berusaha keras lagi ni.

Maybe la sebab aku boleh set bola cantik untuk kawan opis aku yang tinggi untuk spike tu yang boleh wakil waima aku taklah main sepenuh masa sebab ramai pulak yang boleh set bola.Kadang kala geram gak kalau aku set bola lawa depa spike tak masuk atau bagi bola keluar.

Jadi untuk game pusingan awal seperti gambar di atas aku main 2 set aje dalam 12 tengahari ,matahari tepat ke sasaran dia atas kapla. Mujur aku ada cap dari NY yang berjaya mengelakkan aku dari demam kus kus. Peringkat liga ni sykt yang aku wakil ni menang juara kumpulan ,lawan 3 sykt lain.

Petang kelmarin semi final pasukan aku berjaya menang 3 - 0. Dapat la aku main 2 game itupun aku macam tak sabar je nak masuk waima kapten suruh tunggu game ke 2 baru aku leh main. Gambar member aku belum share, nanti lah aku publish, hat atas tu gambar masa pusingan awal. Final hari jumaat ni, belum tentu aku boleh main ,tapi takpe piala dah dalam gengaman ( selalunya dapat baucar jusco ,bole la shoppping baju keja baru, opss)

Sunday, March 22, 2009

Persembahan sederhana aja(Konsert 2)

Menuju Puncak

Kali ni secara keseluruhan semua pelajar tampak menari dengan yakin dan keserasian telah ada ,maybe dah 2 minggu berlatih jadi ada kelebihan.

Akim

Slow: Starting ok , nada suara sederhana oleh kerna ada rupa undian mamat ni sure boleh maintain

Rancak: agak lari tempo dan nada suara tak sampai, mungkin kena ada lebih stamina


Rubisa

Slow: bolehlah lagi ok dari minggu lepas, lagu ziana zain memang sukar tapi di bawa secara sederhana

Rancak : oleh kerna dia bawa lagu ni dulu stamina ada dan persembahan boleh kata menghiburkan


Qhaud

Slow:Lagu pertama memang terserlah suara , siap kening terangkat-angkat kira penuh penghayatan.

Rancak : oklah tapi macam nampak sangat nak di buat-buat sampai nada suara lariiiiiii(tempo lari), mungkin nak tunjuk kelainan dari penyanyi asal


Aisah

Slow: nada suara clear penuh penghayatan dan ada dinamik yang tersendiri, last part yang tarik je kureng

Rancak : terlampau berhati –hati dan Nampak kurang selesa kat atas pentas tapi lagu rancak dia memang boleh bawa , boleh nyanyi lagu rancak dan slow minah ni

Obri

Rancak : takde lah rancak sangat lagu ni , lagi ok dari minggu lepas, kurang atitud dan suara kurang mantap

Slow : boleh bawa dengan baik tapi agak melodrama dia bawa


Rini

Rancak: suara ok tapi mendatar ,kira suara dia macam sama aje dan Nampak macam menjerit

Balad: ya ,masih tak sedap , lagu rancak lagi ok


Zizi

Rancak: suara rock macam shima nyanyi lagu ella , part tinggi kena asah lagi untuk lebih sharp

Slow: tak sesuai dengan zizi , mendatar takde dinamik


Aril

Slow: suara tak power la , lebih tumpukan menari /persembahan kira style adam la

Rancak: ya lebih kurang sama ,ada energy menari je, nyanyi still kureng


Adila

Slow: suara memang sesuai tapi gaya macam terikut2 stlye liza hanim

Rancak: lagu dangut tapi suara agak keras , menari oklah tapi Nampak macam beriya di buat-buat, sepatutnya addila bagi lebih padu


Sidi

Slow: entahlah Nampak macam dia berusaha sungguh-sungguh nak hayati tapi masih belum sampai, nada suara masih kurang mantap

Rancak: tak sesuai, not atitud kira tak sampai lah dia bawa lagu rancak ni


Yazid:

Slow : memang lemah, penghayatan tak sampai dengan nada suara

Rancak: memang di rancang nak buat happening lagu ni tapi tak sampai gak , sepatutnya dia antara yang kena kluar malam ni..opss


Claudia:

Slow: kali ni suara dah tak brapa dengar macam dayang... oklah boleh bawa lagu CT dengan style berbeza, nada suara ok

Rancak: ala lagu spa q musim pertama ni macamlari tempo skit, tak terkejar Claudia.


Hafiz

Slow :memang mamat ni boleh nyanyi dengan baik , nada rendah dengar dengan jelas

Rancak: wahh macam lagu diri sendiri pula dia bawa,persembahan mantap macam last week juga


Isma

Slow : nada suara clear , takde masalah bawa lagu slow dan agak macam tiru style CT

Rancak: kucar kacir kurang stamina agaknya dia nak substance lagu rancak ni


Pilihan pelajar yang membuat persembahan baik mengikut empat tahap nak bagi rangking

Hafiz, Claudia, Aisah,Qhaud dan Rubisa

Adila , Isma dan Zizi ( sederhana)

Akim, Obri, Sidi dan Rini

Lemah dan sepatutnya kluar ( Dari segi persembahan dan nada suara)

Aril @Yazid


Adila terkluar kemungkinan dia bawa lagu mudah dan masa dalam kelas (diari harian) kurang menonjol di samping ada isu di kalangan semua pelajar(kurang mesra atau bergaul dengan yang lain,). Yang ni nampak yang di tunjuk pada setiap hari so penting gak orang nak bagi afudi.

Wednesday, March 18, 2009

Konsert 1 Af 7

Tertekannnnnnnnnnnnn.. aku, hehehhe. Rupenya tempat yang aku tempah tu memang ada astro ria so aku boleh layan konsertttttttt. Oleh kerna nak gi makan malam kat luar tepi pantai batu burok tu so takpelah ,lagi pun aku rasa konsert awal2 ni tak best selalunya.opss

Jadi aku dapat tengok 5 kot persembahan peserta terakhir , dan tiada lagu menuju puncak? Masa tak cukup ek alasan utama. Ke depa tak hapal step dengan baik? Kecewalah juga lagu tu lah lagu tujuan asal depa belajar dlm akademi tu. Hope ada kot konsert ke 2 nanti.

Petang tadi aku dah tengok semua, overall lagi baik dari peserta2 AF 4,5,6& 1. Bagi aku af 2 dan 3 paling best setakat ni (dari segi vokal dan boleh menyanyi baik). Komen detail.. alamak.. emm macam tak sempat nak tulis ni, lagipun dah 4 hari berlalu, sure boring ek. Lagipun dah 6.30 ni spak kiew pula nak start..ekekeke

Friday, March 13, 2009

Realiti tibi

Bulan ni aku tertekan betul banyak realiti tv nak kena tonton. Mujurlah Raja lawak yang tak brapa lawak dah habis. Oklah sepah tu menang sebab nampak macam depa ni ada idea gak nak buat lawak terutama yg lawak 18 SX. Lepastu sambil aku layan raja lawak aku dok tengok OIAM. Masa tu sekejap alih sana, sekejap alih siini

Stakat ni nampak macam Amylea boleh sampai ke top 3 tapi undian SMS ni mana boleh agak. Persembahan Tomok dan Awera tu pun bolehla..aku pun terjoin group awera pacebook lepas si afzal inbite. ekekekke. Setakat ni mcm nak afliur Awerra dan Amylea.. 2 -2 mai dari utara sana kena sokong lebih skit...opss . 1 je aku tak suka OIAM ni, muzik dia terlampau di ubah sesuai, kira no originality song... eceeccecce

Lepastu aku layan AI (america idol plak). Kalau tak sempat aku tengok ulangan aje. Si Scoot buta tu terkagum gak aku tengok. Top 13 malam tadi aku dah tengok ulangan kat 8 Tv kira malam ni ada la sorang kluar . Rasa macam sapa ek boleh maintain top 3? emmm maybe la aku nak sokong Alexis , Adam , Scott ke, err kena suka ramai kang kalau terkluar aku leh layan sampai final. ekekekeke

Last sekali tentunya AF musim ke 7. Nampak macam lemau aje peserta kali ni tapi tengok diari AF7 tadi sapa ek suara sedap? atitud kena tengok gak.. Ada dah couple macam biasa la nak buat drama lah kan. konsert pertama tak dapat la ku tengok, takpe leh layan ulangan.ekekeke. kalau keluar pun oklah. 14 orang macam semak je dalam bilik kurungan tu. Aku rasa macam tak best plak cikgu linda dah tak jadi guru tari. So nampak bosan aje ni(yelah dah 6 musim dia ajar).

Tapi malam tadi tengok cikgu Aris tu ajar oklah , ada banyak perubahan step , banyak guna alur tangan dan kaki..a lur? opss err guna step tengan yang lain dari Linda jasmin ajar. Drama? Ida Nerina ni macam nak suruh depa tu semua kluar emosi, kira kalau bawa lagu sedih tu kesedihan akan sampai ke penonton. Suara ? tah tak tengok konsert 1 macam susah plak nak suka suara sapa. Macam biasa lah aku kena suka ramai ,ekekeke, maybe la aku suka tengok telatah Zizi, Rinie maybe Isma waima dia dok bersedih 5 anak di tinggalkanya. Lelaki pula suara Hafiz macam ok aje ,yang lain? tunggu je lah konsert 1 nanti.

Pengetua plak ada ke di beri pada pelakon si T*ara itu.opsss Adakah nak ambik ramai bekas AF 7 ni jadi pelakon teater? PGL? Muzikal P Ramlee? ekekekke. Dari segi pengalaman kredebiliti berlakon memang best tapi aku lebih suka tengok Ramli MS, Roslan Aziz, M Nasir memperbetulkan nyanyian sumbang anak-anak murid dia. Kalau SI pelakon? sure dia lebihkan dari aspek persembahan aje aku rasa. Layan ajelah dulu kata kunci pun transformasi....kita tengok je final .opppss konsert 1 nanti

Wednesday, March 11, 2009

Plan bercuti

Sabarjelah , minggu hadapan cuti sekolah, aku pun sebok je nak bercuti gak. huhuhu. Takdelah sebenarnya wife aku dan family dia ada plan nak bercuti kat pantai timur (KT & KB). Jadinya kami dah plan dari hari sabtu petang tu (lepas aku habis game voleyball) sampai hari rabu. Fuhh lamanya.... Segala penginapan di KT dan KB dah ditempah. Mula-mula plan nak ke Redang tapi memandangkan laut masih bergelora/hujan lagi ni so cancel ,jadi plan 3 mlm di Kt dan 1 di KB

Nak di jadikan cerita cuti yang aku aplly minggu ni tiba-tiba bos macam tak bagi aje (siap reject tu). Apa lagi terusla aku jumpa dia explain bagai, nak habiskan cuti tahun lepas la, dah book penginapan la...Lepastu siap dia suruh ambik cuti minggu lain dan cepat-cepat aku ber DQ oppss berkata " takkan le saya nak cuti sorang-sorang dok umah", time cuti sekolah la nak bawa family jalan-jalan"(dah org umah cikgu kan kenala dia paham,ekekkeke). Last-last dia bagi 2 hari bercuti sebabnya dia, 3 hari kena out-station..kena ada orang stand by kat opis katanya.

Takpelah ,jadi 2 hari ajelah lepas tapi ada tapinya pulak hari selasa malam rabu tu dah book 1 apertment kat KB. Hari ni baru wife aku masej cancel sebab yg perkenalkan aptmnt tu kawan guru sekolah dia.(ramai cikgi from K'late ni). So nak beranjaklah ke hari isnin. Malangnya hari yang nak di ubah tu dah penuh.. alamak.... macam mana ni, takkan nak call akak limah kot tolong check esok..opssss

Lepas aku call cancel , aku pun google la apartment kat KB ni , ada pun siap buat blog lagi apartmernt sewa harian. Alhamdulilah ada kosongnya lepas aku call dan rega pun berpatutan sebab yang di tempah awal tu bezanya lebih rm 100 .
Oklah tu kan janji dah ada lah tempat menginap nanti. Lama gak aku tak pi KB ni , dalam 7-8 tahun aku rasa . So tak dapat la aku pergi kenduri Par dan Aisah nanti, takpe ramai dah plan nak pergi kan, err kirim salam pengantin baru buat mereka berdua yach.

Saturday, March 7, 2009

Si Dar

Lepas cerita pasal si Sya ,kali ni aku nak cite pasal si abang dia plak.... Masuk bulan ke 3 ni , tiba-tiba bila time aku hantar dia macam tersedih pulak . Kira nak menangis la. ala -ala buat drama tak nak masuk kelas. Aku tak layan sangat,, suruh dia salam dan cium pipi dia terus aku gi kerja.

Prestasi pelajaran dia?? chewah aku ni takdelah nak paksa-paksa dia belajar. Aku kagum lah jugak kalau dia balik rumah tu terus je dia ambik kertas dan pensil. Terus dia menulis apa yang dia tulis hari ni. Setakat ni rasanya dia boleh tulis dari huruf A sampai Q aku rasa..opp spa Q kah(mamposlah aku tak tengok sangat dah spa q kang si limah nak tanya,ekekekek). Aku rasa la kalau dia masuk darjah 1 baru leh pantau kot, tadika ni nak bagi dia seronok dan biasakan berkawan dahulu.

Hari rabu tak salah masa aku nak ambik dia ,depa still dok dalam kelas sambil belajar tulis. Terus aku supraiskan dia dok sebelah sambil aku suruh dia abiskan dulu menulis huruf. Sambil-sambil tu aku layan kawan-kawan dia sembang. Ada nama along, awie, shafiz, moktar ..errr pompuan aina , dania.. . Lepastu aku tanyalah sorang-sorang tentang si Dar ni , depa ok kan aje, kira anak aku ni masih belum sesuaikan diri atau kira nak buat kecoh dalam kelas.

Kira masih pemalu lagi lah ni, kawan pun hanya dengan geng lelaki je sebab time aku tanya kawan pompuan dia tak leh ingat lagi nama girls. Takpelah aku tak risau sangat dia dok situ walaupun ada kawan dia nakal setakat ni dia hanya memerhati aje tingkah laku kawan-kawan dia. Cuma sampai bila dia boleh sesuai kan diri maybe mau 2-3 bulan lagi lah kot ni , takpe bulan 6 ni ada sesi dengan guru dia bolehla tanya apa-apa nanti.

Tuesday, March 3, 2009

Si Sya

Syaza yang dah akan 3 thn bulan 7 ni memang berlainan sekali dengan abang dia. Now dia selalu je bergaduh dengan abang dia. Kalau tak puas hati cepat je dia karate si abg. Aku cepat -cepat alihkan si abang takut berlarutan. Mula-mula dulu aku tak perasan sangat, rupenya budak-budak ni cepat ikut contoh kalau abang dia marah dia cepat aje dia marah balik. Selalunya depa suka berebut benda , kalau ada 1 tu nak aje berebut. Selalunya aku akan bawa si abang dan pujuk bagi pada adik, cakap baik-baik ,kira suruh si abang beralah. (sian plak abang dia)

Satu lagi , oleh kerna abang dia kasar dia pun macam ikut kasar jugak dan cepat sensitif gak.Kalau aku marah tu cepat-cepat aku pujuk dia balik takut dia memendam ka sebab aku dok baca blog anne tu lebih kurang kot budak perempuan style macam ni. (lebih kurang si jasmin tu cepat sentapz kot). So sekarang aku cuba belajar control tak marah-marah dia sebab kalau aku pujuk baik-baik dukong dia ka.. cakap pelan-pelan baru boleh dia ikut.

Contoh semalam dia buat perangai tak nak pakai seluar lah, jenuh mama dia ,lepas aku pujuk baik-baik baru ok. Emm kena ada ilmu gak nak jaga anak ni terutama anak pompuan sebab depa sensitif sikit ek? . Tapi aku rasa macam ada baiknya cakap/berlembut dengan dia contoh gak semalam aku nak ke kedai siap bagitau kalau bawa dia takleh minta macam-macam tapi aku belilah gak jajan untuk 2 orang anak aku tu. Kenalah bagi depa eppy jugak kan. Moral entry ni kena banyak bersabar dalam mendidik anak-anak ni, err moral ka..ke memang dah termaktub. hiihihi

Monday, March 2, 2009

Hobi Possing?




Entry kali ni adalah berkenaan dengan hobi. Hobi anak lah pulak yang memang aku rasakan inilah hobi depa ,bleh? NI pun atas permintaan katanya( si zhusi tu), yelah lama aku tak letak gambo-gambo anak-anak aku itu. Oleh kerna depa ni kecil lagi so takdelah ada hobi contohnya apa ek ? mengumpul setem?Ooooo depa ni suka membaca kira hobi gak .

Cuma yang pasti depa ni akan singgah
tempat permainan kanak-kanak kalau gi mana-mana shopping complex . So gambaq ni di ambil masa balik bercuti kat penang bulan 12 haritu. Lokasinya adalah tingkat bawah Jusco bandar Perda, Bm. Sebut pasal hobi, depa 2 orang ni suka tengok buku.majalah. Lupa pulak nak ambik gambo depa lepak baca buka kat library masa mama depa shopping .

Tapi kan aku perasan anak aku yang sulong ni suka plak dok possing gaya model(American next top model lelaki kah) tapi kalau ada orang lain yang ambik terus dia tak jadi nak possing.