Wednesday, June 15, 2011

Pengalaman

Last week sukan antara W*layah opis aku ni berlangsung lagi. Kali ni bertempat di bandar utama N.sembilan. Macam biasa aku wakil lagi acara yang main tahun lepas. Entah macam mana kali ni ada beberapa perkara menyebabkan sukan explore race tak dapat di sertai,kira Hq tak hantar nama katanya, so terlepas peluang. Ada banyak drama sebenarnya tapi member aku se-team volley bagitau maybe lah ada taktik tuan rumah .



Cuma yang tak bestnya sukan yang aku wakil volley tu terkandas di suku akhir, oklah cuma post-mortem lepas game harap depa berlatih awal lah, game nak dekat baru pulun main. Ni depa nak wat latihan pagi sabtu.., beriya member sorang ajak silap -silap tak turun .Rasanya dia ambik idea aku gak couse sebelum tu ber-email dengan depa tempohari dah bagi cadangan latihan pagi sabtu.

Sebenarnya pengalaman yang nak aku cerita ni banyak tapi ringkas ajelah ,kekeke. Salah satunya sebut pasal sukan ,yelah dengan membuat latihan tubi bermain ,buat friendly dan masuk mana-mana tournement , hat ada sekarang boleh pergi jauh. So kalau masih tak berubah asyik terkandas je nak dapat pingat bila tah agaknya.

Pengalaman lain yang dapat aku tempuhi ialah dapat tahu mana tempat makanan best-best ,macam tahun lepas kat Arau pun sama dan boleh mahir gak jalan-jalan yang di lalui. Tahun depan Wilayah area Kelantan lak jadi tuan rumah, maybe kat KB lah agaknya .Hmmm best ni tapi belum tahu lagi dapat wakil ke tak, kot-kot ada hal di kemudian hari,tawakal ajelah.

Last sekali pengalaman yang aku rasa tak boleh di jual beli dapat temu rakan-rakan baru. Team aku kali ni ada 2 orang muka baru, sorang veteran so aku dok menumpang kereta dia dari Otel ke Venue pertandingan tu banyak betul aku bertanya . Bab yang aku boleh dapat ilmu mestilah hal-ehwal membesarkan anak. Dia ni dulu dok kawasan perak sana, kawasan desa gak, tahun lepas baru pindah KL, nak pencen 5 tahun lagi kot.

Dia ceritalah cara membesarkan anak -anak sampai berjaya , kira sorang anak dia dah keja(grad U), 2 orang dekat IPT ,sorang dekat sekolah asrama. Apa yang dia nasihatkan selalu ambil berat pelajaran anak, bawa mereka ke perpustakaan, beli buku buku , banyakkan membaca lah. Hmm rasa macam boleh aku lakukan tapi dia adalah bagitau persaingan di kota tak sama di desa. Kota banyak lagi cabaran nya, Insya allah kalau di pantau boleh berjaya anak-anak ni. Akhir sekali jangan lupa berdoa juga semoga anak-anak ni mendapat keberkatan doa dari kedua ibu bapanya. Apa-apa pun ni secebis aja coretan, banyak lagi kalau rajin membaca buku-buku yang banyak di pasaran..

Sunday, June 12, 2011

Konsert Final AF terakhir

HMmm kejap aja , last entry bulan 4 pasal af, ingat nak wat ulasan tapi peserta kali ni banyak yang nyanyi hampeh ,buang masa ja dan tak mengundi kecuali 1 kali yang undian di beri pada tabung mangsa hulu langat ,(diam plak astro ni tak umum pun berapa depa kaut malam tu).

Final kali ni selepas membaca paper tadi macam Hazama ja leh juara. Rasa macam ya jugak tapi selagi depa semua belum buat persembahan tak dapat agak lagi,kecuali kalau undian dia dah 50% ke atas masa sekarang susah yang lain nak kejar, kalau undian tak jauh beza Fina ,Azri atau Lena leh kejar lagi untuk jadi juara.

Plan macam nak pergi P3 Putrajaya malam ni tapi budak- budak nak skolah dah esok, tengok kat stdium astro ria ja lah. Oklah tekaan aku maybe Hazama atau Fina leh menang tapi dari segi kosistensi setiap konsert Hazama lebih menyerlah jadi juara. Undi? tak yah laa... kekeke.

Note: Masa live tadi baru paknil umum nak dekat 167 ribu lebih jugalah kutipan mangsa tanah runtuh H.Langat, alhamdulilah.Apa apa pun tahniah Hazama !