Tuesday, September 30, 2008

Salam Raya




Semalam last aku gi Trawih kat masjid , rasa sedih pula meninggalkan bulan yang penuh dengan keberkatan ini. Tahun depan kalau boleh hendak petingkatkan lagi amal ibadat. Semalam juga last shopping raya kat pekan P.Buntar. Beli baju raya 1 family dan motif utama beli baju wife dahulu sebab size SS wife aku pakai memang terhad di pasaran . Thn lepas kita orang beli kain meter siap-siap tapi tahun ni tah macam mana tah tak preapare buat awal-awal.

Tema raya kali ni warna kuning pulak , mujur ada baju anak-anak warna kuning. Semalam gak dalam 3 ptg hujan lebat sampai ke hari ni. Sampai ke pagi tadi hujan masih turun, sure tak best kalau hujan pagi esok. Aku ingat petang ni pergi umah mak tolong apa yang patut. Maybe malam tidur sana , pagi esok lepas sembahyang raya baru balik ke umah wife pulak. lepastu pusing lah 1 kg umah mak-pak menakan wife aku. Petang baru balik semula pusing rumah pak/mak menakan aku lak. Raya ke 2 -3 baru plan pi umah rakan-rakan sekolah aku dan wife aku lak.

Itu ajelah kot entry terakhir 30 ramadhan , semoga berjumpa lagi di ramadahan akan datang. Selamat Hari raya aidilfitri, Maaf zahir dan batin.

Monday, September 29, 2008

Raya - Dah Selamat sampai

Maka seperti yang telah di rancangkan petang jumaat 26hb tu lepas keja. Oleh kerna hujan petang tu sure KL akan mengalami kesesakkan yang teruk, sure ramai berpusu-pusu nak balik kg masing-masing. Aku nekad jelah keluar umah dalam 6 ptg , ikut jln tun razak susur ke jalan duta. Memang sah jalan jem, (mujur dah beli serba skit kuih nak buka posa lepas balik opis ).

Seperti yang di jangka dalam 40 minit gitu baru sampai tol jalan duta, tapi alhamdulilah masuk je PLUS dah tak jem dah. Dalam 7.15 sampai area sg buloh berbukalah atas keta sambil drive. So drive la kau menuju ke Tapah, tapi kat hentian Rnr mana tah anak lak buang air besar. Sampai Tapah macam penuh plak so wife aku cadang makan kat Sg Perak sebab kat situ makanan dia sedap -sedap.

Aku macamana tah mungkin dengan semangat raya terus drive, takde la nak mengantuk ke apa ke, mungkin la aku rasa.. baru je beli cd lagu raya datin seri ct nurhalija..so layan lagu raya nyanyian merdu datin tu. hiks. Sampai rnr Sg Perak dalam pukul 10.00 mlm kot. Makan la nasi kat ditu dan pray siap-siap. Dalam 11 lebih kot baru gerak dan aku selalunya dah letih tapi semangat plak nak bawa jugak dan akhirnya sampai jawi 12.00 tengah malam gitu. OK lah balik kali ni,tak sesak sangat terutama time nak bayar tol bila sampai kat ipoh tu. Ataupun maybe tak ramai orang gerak lagi rasanya.

So sabtu pagi aku keletihan memandu so asik tiduq aje kejanya. Petang jalan-jalan bawa anak lepastu malam aku gi trawih kat masjid besar Jawi ni yang dekat balai polis tu. Jemaah nampak macam kurang aje, adalah 2 saf tapi lepas je 8 rakaat tinggal 1 saf aje. Tahun ni aku cuma tertinggal 1 hari je trawih, 3 hari buat kat rumah, so tahun ni rasa ada peningkatan di bandingkan tahun-tahun yang lepas.

Itu ajelah kot, ala aku lom tampal kad raya la. Takpelah aku ucapkan selamat hari raya pada semua, smoga sentiasa gembirra di hari raya tahun ni. Maaf andai ada kesilapan dan pada yang memandu, pandu cermat , jiwa selamat, ingat orang yang tersayang. Selamat hari raya aidil fitri!

Friday, September 26, 2008

Raya di mana?

Yezaaaaaaaaaaaaaaaaaaa, cuti dah lulus pun, tak sia-sia aku bertungkus lumus siapkan apa yang patut sebelum balik kg hari ni, tudia semangat betul aku nak balik awal , maybe lah wife aku 1 tgh dah balik rumah dah dan sempat la nak siap-siapkan apa yang patut sebelum balik tu. Aku cadang nak pray trawih dulu sebab belum tinggal pun tapi sempat lah buat kat rumah kat jawi sana kalau sampai . Jadinya 5.30 ptg ni gerak kot pulang ke utara dan kalau tak singgah banyak tempat tu 11-12 mlm dah sampai . Harap-harap tak sesak kot PLUS hari ni. Next week kalau tak de apa-apa nak buat kenalah gi CC ni , tapi malam tadi adalah aku cadang kat wife nak buah kuih raya kat umah kakak ipar sebab si Joe bangla dah sound awal-awal kat blog dia nak menerima kuih raya je tahun ni..


Oh ya, aku rasa tak pernah aku raya di rantau orang ,sebab aku rasa macam malam raya dan pagi raya tu waktu paling penting atau paling utama lah . Aku setuju delinn buat entry airitu diri sendirilah nak memeriahkan /menizarah –ziarahi pergi ke rumah sanak saudara ,rakan taulan. Tahun ni aku rasa macam kena raya kat umah wife , tapi aku dah plan macam nak gerak pulang ke umah aku selepas subuh untuk beraya dengan mak aku dulu dan sembahyang raya kat masjid ,lepastu ziarah kubur ayahanda . Then baru balik semula ke Jawi so baru la pergi beraya rumah Mak/pak menakan wife aku .


Tahun ni gak abang aku yang keja Mas tu dapat cuti Raya so dia balik 3 hari sebelum Raya dan gerak semula ke Umah mertua dia kat S’lngor. Abang aku no 1 yang dok kat Rawang susah sikit nak balik ,selalu raya ke 4-5 dan kadang2 seminggu baru pulang. Tahun lepas macam mana tah Mak aku macam sedih sebab raya ke 2-3 tu dah takde orang kat umah sebab kakak aku selalu raya pertama kat umah, then petang baru balik umah mertua. Aku pula tahun lepas raya kat umah dulu then baru balik umah Isteri.


Abang aku no 3 plak memang confirm akan balik kedah dulu sebab umah depa pun dah dekat dgn umah mak aku jadi wife dia selalu lah suruh balik kedah dulu. Adik lelaki aku lak keja Hotel area penang so memang susah la nak ambik cuti , balik pun hanya nak makan ketupat sebab dia pun dok sewa umah bujang kat island sana . Adik pompuan aku yang dok kat Perda, BM pun confirm balik umah suami dia kat kedah dulu.. Errr orang kedah ni guna kuasa veto ke ek? Oopppsss, So raya ke 4-5 baru balik bm.



Jadinya aku kena pastikan lah sapa ada atau tidak raya ke 2- 3 tu sebab tak nak lah takde orang kat kg tu . Jadi tahun ni macam kena raya kat jawi dulu then baru balik kg kat Bm tu. Oklah takpe yang penting bagaimana nak adaptasikan raya tu yang penting. Aku pun malas benarnya nak jalan-jalan ,kang rancangan kat Astro tu terlepas tapi don’t worry, rancangan ulangan kat Astro tu sampai minggu ke 2-3 ulangan bila aku belek-belek buku astro . Itu ajelah nak cite , selamat memandu pada mereka yang balik pada Weekend ni, berhati- hati di jalan raya. Pandu perlahan, jimat minyak, nyawa selamat... hihihi

Wednesday, September 24, 2008

Raya - terkenang dulu dulu

Seperti yang di janjikan meh nak cite pasal raya plak masa aku zaman kanak-kanak dulu.Tahun 80 an ,abah aku dah pencen jadi soldier , so memang la kami 1 family tak payah pening kapla nak balik raya pulang ke desa. Abah dan Mak aku sebenarnya tinggal berdekatan aja.Agaknya jarak rumah depa tu dalam 500 meter kot. So aku ada Tok wan/ Tok kat kg tapi semenjak kecil aku hanya ada sorang je TOK, yang tiga lagi dah lama meninggal dunia. So Tok (Emak aruah abah aku) yang tinggal tu ajelah yang selalu /wajib di lawat lepas sembahyang hari raya.

So malam raya , selalunya aku dan adik -adik aku tak pi masjid dah. Kita orang tolong siapkan apa yang patut dalam umah. Tukar kain langsir lah, bersih tingkap lah , mop lantai kekadang tu. Selalunya Mak aku akan buat kan ketupat dan rendang ayam. Petang kalau ada ayam kg ,abah aku akan sembelih dan aku la kadang-kadang dok pegang kaki ayam tu. Kalau kakak aku rajin lagi, tolong lah gak dia buat kuih raya, selalu jadi tukang jaga oven ataupun tukang isi dalam balang. Selalu buat samprit , kuih kacang, dah moden skit buat la conflakes letak madu tu.

Aku macam setuju lah pagi raya kat kg merupakan saat-saat paling best lah , tu yang selalu suami -isteri berebut nak balik raya ke kg masing -masing dahulu.Pagi raya (ni masih thn 80-90 an) ,lepas bangun , mandi semua , mak dan abah aku dah ready siapkan apa yang patut, kita orang makan la ketupat tu dalam sorang 1 macam tu. Lepastu aku adik badik berbaris beramai-ramai salam ke dua orang tua. Time ni takdelah nak sedih sedih apa sangat sebab sonok dapat duit raya abah kasi.Lepastu baru adik badik semua salam masing-masing mohon kemaafan.

Lepastu baru pergi masjid, ada 2 masjid kat kg aku ni . Selalu pergi masjid yang ada kubur sebab lepastu nak ziarah kubuk tok/tokwan aku yang dah tiada tu. Lepasr je ziarah apa lagi mulalah aku dan adik, sepupu aku 2-3 orang mulalah perjalanan ziarah nak kumpul duit raya. Destanasi pertama umah Tok aku sebab umah dia paling ujung dan Tok aku yang tinggal sekali dengan Maksu ,selalu sediakan juadah hidangan ketupat dan dodol yang sedap. (err lupa nak bagitau Tok aku pun dah meninggal dah 4 tahun yang lepas). Kat situ dah dapat duit raya dah. Lepastu pergi umah Pak Jang pula, then Mak teh termasuk la umah -umah yang ada kat situ belasah gak bagi salam kutip duit cukai katanya..err takde lagikan istilah tol time tu ek.

Selalunya lah kan, kalau yang malas nak jamu hidang tu, terus je tanya nak makan kuih raya dulu dak? Kami belasah takmo aje sebab banyak lagi rumah nak di kunjungi ni. So lepastu bermulalah perjalanan sampai ke petang tak salah aku dalam 5-6 ptg sampai pi tempat yang jauh ,kira kg sebelah siap tanya ni anak sapa ni. So explain lah , anak org ni org tu, oleh kerna kami yang dtg ni banyak dari kalangan sepupu so depa dapat agak dah anak sapa.. tapi time tu orang -orang kg bagi dalam duit syiling, nak dapatkan rm 1 memang la perit sikit.. tapi oklah banyak rumah pergi sebenarnya.

Hasilnya??? wahh tahun 83-90 rasanya dapat dalam linkungan rm 100 pun dah cukup bersyukur dah. Aku pun tak ingat buat apa dengan duit tu, selain boh dalam tabung guna gak bila ikut abah aku pi pekan BM belilah mainan yang dah lama di idam-idam kan. Itu ajelah nak cite zaman dulu-dulu, segan tu segan lah tapi mak aku kata orang kg aku ni banyak yang ada kaitan, kira adik badik jauh la, elok lah pergi melawat.

Friday, September 19, 2008

Puasa - terkenang dulu dulu

Alhamdulillah, sehingga hari ke 19 ni, aku masih sempat pergi Terawih walaupun ada jamuan atau makan kat luar sempat gak aku balik semula ke rumah dah pray kat surau tempat tinggal aku ni. Jemaah pulak macam dah kembali ke 30-40 orang aje. Nampaknya kalau aku mempertahakanya berjayalah aku buat sepenuhnya memandangkan sebelum -sebelum ni ada je yang berlopong. Sabtu ni dah start mlm ke 21 , kira malam-malam ganjil ni lah lebih apdal lebihkan amalan moga dapat lah berjumpa dengan malam lailatul qadar .

Aku rasa aku start sembahyang trawih ni dalam form 3 kot, sebab masa darjah 1 hingga ke form 2 aku banyak main kat luar masjid dari dok sembayang . Ingat lagi aku masa tu game yang paling best main aci ligan menyorok. Game ni di bahagi kan 2 kumpulan so kira kumpulan pertama cari la dulu kump. yg 1 lagi dan kena tepuk badan org tu kalau terjumpa sebanyak 3 kali. Lepas dapat tu org yg di jumpai kena duduk dalam kandang di bawah pokok mempelam depan mesjid kat kg aku tu.

Orang yang di cari boleh selamatkan kawan dalam kandang tapi bahaya la sikit , kang kena tepuk 3 kali dah kena masuk dalam kandang. Lepas semua dah dapat yang dok dalam kandang pula kena swapp dan cari ligan balik dan main lah macam tu sampai bila dengar aje imam habiskan terawih/witir tu bila dia sebut la -ila ha illah yang banyak kali tu. Kalau malam 7 likur time ni tak main dah acara ligan-ligan sebab dok main mercun dan bunga api lak. Ehh lupa ada gak di selitkan main meriam kabat tapi aku takdelah nak join sebab risiko beb! aku just pi tengok -tengok macam tu ja.

So lepas main tu dah penat selamba aje dok makan moreh ,yelah time tu dah penat berkejar -kejaran ,dapat aje menu roti canai ka, kea tiau goreng ka dah cukup syukur dah. Abis makan terus balik rumah dan masuk tidur... hiks

Oh Ya! aku start posa penuh macam darjah 5 atau 6 aje.,yang lain tu macam ada la tertinggal, ala dah balik rumah penat tu time mak /abah aku takde selamba je pi ambik ayaq dalam cerek minum. hehehe, tapi taklah selalu time darjah 2-3 yelah kot. Darjah 1 aku tak baper ingat plak. Itujelah ,nanti cite pasal raya plak lah

Tuesday, September 16, 2008

Weekend ber Mega Sale kah, opss

Sabtu lepas , pagi tu org umah macam biasa boring katanya dok rumah, bukan boleh makan pun, last week ye lah dia kena gi skull. Jadi cadang la nak gi berwindows shopping kat Jusco lagi. Pergi dalam tengahari gitu bagi anak-anak mamam dulu.
Depa dua orang tu kalau nak ke jusco cukup suka sebab aku akan bawa depa pergi ke tempat mainan dulu, yang ada bas, keta ,keta bomba la.

Sampai aje terus ke tempat mainan dulu sementara wife gi survey dulu. 1 jam kot aku dok layan anak –anak baru call wife dah ada ke baju raya anak yang dia dah jumpa. Then aku pergilah kat bahagian baju kanak2 dan check apa yang patut tengok harga munasabah ke dak, ok ada diskaun so ambiklah sepasang baju si abg dan adik.

Lepastu macam mana tah wife aku rasa macam tak best aje baju-baju kat situ lalu ajak pulak ke Sogo. Balik rumah dulu dalam 3 ptg,lepas pray baru keluar semula. Bawa yang sulong aja sebab adik dia dah mamai nak tidur tapi nangis gak nak ikut. Parking keta kat lrt Star aje lepastu turun kat bandaraya. Aku bawa yang abang gi mainan lagi kat tingkat 8. Wahh first time pergi ,besar jugak rupenya tempat mainan kanak-kanak dia ni, seblah je dengan karoeke red box.

Lepas si Darwis tu boring aku bawa dia turun pulak kat bawah beli la makanan utk dia makan. Wife aku dalam 6 ptg baru abis beli siap dia beli baju blouse yang memang tengah sale tu. Adalah gak baju raya anak yang dia jumpa dan berkenan ,beli lagi sorang 1. 6.30 ptg baru gi pray asar then lepastu terus balik umah dan rasa macam tak sempat kitaorang berbuka kat kedai area kg baru. Aku belasah je kedai makan tom yam apa tah so berbuka lah kali ke 3 kat luar. Oklah masakan dia ,habis licin 3 orang kami makan.

Sampai rumah dok belek baju raya anak pompuan rupenya baju dia ngam-ngam aje, yelah tak bawa dia tadi. Jadinya esok kita orang putuskan lagi pergi untuk tukar dan aku pun bercadang nak beli sepasang gak baju dan seluar jeans raya, hiks. Malam tu terawih, 30 orang aje kot, maybe ada yang balik kg aku andaikan.

Ahad, dalam 9.30 terjaga , terus aje bersiap-siap couse kali ni tak bawa anak-anak. Susah sebenarnya nak bawa anak ni,Sogo tu ramai manusia dan aku plan nak cari kasut area jln TAR tu. Kali ni park juga kat lrt star, turun depan Sogo aje. So kali ni aku gi cari baju raya aku,wife aku lak gi cari apa tah lagi barang dia nak beli. Lama gak aku dok perati/survey last –last dapatlah kemeja dan jeans sehelai. Lepastu cari lak kasut untuk pakai keja couse kasut aku yang dok pakai tu dah terkoyak pun skit, huhuhu.

Lepas aku dapat kasut baru aku call org umah dan berjumpa kat depan Sogo tu. Then kita orang gi cari baju melayu plak sebab tahun ni tema purple lembut pulak. Tak jumpa yang berkenan dan rasa macam nak cari kat kg aje , manusia ramai susah betul nak cari. Dalam pukul 2 pun kita orang chow. Balik tu terus terbaring keletihan , kekeke, so weekend ni macam nak jalan lagi..opss.

Malamnya macam biasa terawih kat surau dan wahhhh oleh kerna jemaah tak ramai (dalam 35 orang kot), banyak pula makanan moreh lebihan yang aku bawa pulang ke rumah, kali ni depa bagi jamu sate kajang la plak . Alhamdulilah.. syukur !

Friday, September 12, 2008

Hari ke 8 sampai ke 12 posa

Isnin lepas hari ke 8 posa, petang macam biasa gi market dulu beli bahan-bahan untuk masak berbuka dan sahur. Ayam dah naik rupenya, dulu aku beli dlm rm 12 now dah jadi rm 13, tu pun mujur aku beli tempat yang sama boleh la dia bagi kurang. Malas plak aku nak tawar menawar macam dah jadi kawan plak kalau selalu gi beli tu. Aku harap rega minyak turun lagi, kos pengankuntan yang boleh sebabkan bahan2 mentah ni meningkat di bulan ramadhan ni.Then beli sayur-sayuran , daging dan pisang untuk buat cucuq.

Aku rasa tak sampai rm 25 kot barang yang aku beli tu so makan maybe boleh 2 hari rasanya ni. Hari selasa pula seblah paginya ada seminar, aku join lah gak paginya then petang tu ada jamuan berbuka puasa kat Dewan perdana . So hari ke 9 aku berbuka posa di luar ,wife dan anak-anak tak join couse untuk staff aje. Oh ya jemaah surau dah naik sikit minggu ni , dalam 50 - 60 orang minggu ni.

Hari rabu dan khamis buka posa kat umah, gi market gak rabu . Aku hanya beli murtabak macam tu ja kat pasar ramadan. Bagi aku lah posa ni boleh melatih diri juga sebenarnya . Dah seharian puasa memang la teringin nak beli macam -macamm tapi takut tak terhabis pulak. Lainlah kalau lauk masak kat umah, leh simpan dalam peti ais. Kalau beli lauk kat luar selalu tak tahan lama.

Hari ni pula petangnya aku and family gi buka kat luar, kat K-four Wangsa Maju..Oklah jugak sekali sekali buka posa kat luar ni kan, yelah dari hari ke 1 sampai ke 11 kat umah aje (kecuali aku lah dah buka dgn kawan-kawan opis hari selasa tempohari). Oh ya berat hari ni turun lagi 1 kg, ok gak aku buat senaman hari -hari ni, sahur pun makan nasi sikit aje. Opssss diet katanya plak kan couse cik yam tu boleh plak turun 4 kg ek. Esok cadangnya nak pi serbis keta dan lepastu windows shopping lagi kot... Jusco ke Sogo ek esok...

Thursday, September 11, 2008

Puasa hari ke 7

Hari puasa ke 7 aku membuat timbangan berat, wahh dah turun 2 kg, so aku mcm fikir start esok atau hari seterusnya aku akan cuba pergi exercise tiap2 petang tu sambil bawa anak jalan tu sesambil la buat aktiviti ringan sikit. Lari laju pun dah ok sebenarnya kalau buat berterusan 20 minit. Oh ya pagi ahad tu macam biasa tidur balik sesudah suboh dan bangun dalam 10-11 pagi gak.

Lepas zohor gi Jaya Jusco plak kali ni, dah start pun sale hari raya dan wife aku nak buat survey katanya.Adalah dalam 4 lebih kot baru abis beli siap beli bahan basah kat situ lepastu masa nak bayar tu ,time tu aku dok sorang . Wife dan anak-anak tunggu kat depan food cout mengadap kaunter pembayaran. Adalah aku teralit dok kat kaunter tu ,lepastu macam aku tak terperasan ada orang ambik barang dlm troli yang wife aku beli dah sebelum tu(adalah dalam rm 60 barang tu kot) so bila pergi kat dia tu baru wife aku tanya. Alamak dah kena songlap, sabar jela bulan puasa ni boleh plak mencopek barang orang ek.

Aku pun pergi la buat aduan kat customer servis tapi depa macam nak tak nak tak layan aja. Ke kena isi form ek tulis atau pun memang sebab salah aku cuai tak tengok masa nak bayar tu, kira time aku bayar macam troli ada kat belakang aku, so next time kena troli kat depan lah kot ni. Nak tak nak aku lah kena ganti nanti beli semula, huhuhu. Takpe bulan puasa ni otomatik aku leh sabar

Oleh kerna aku sorang je puasa haritu aku terplan nak gi pasar ramadan, akhirnya aku tertewas takleh ikut macam sapa tu ek yang belum pergi-pergi lagi . Sebenarnya aku nak gi gunting rambut, tapi sampai dalam 6 lebih dah tutup dah so aku round la pasar keramat tu dulu. Kat situ aku beli air laici kang, kuih-muih 5 ketul, mee goreng dan lauk kentang chili untuk sahur , itu pun lepas fikir dah beli bahan basah tadi takkan wife aku tak buat untuk makan malam kan,kekeke. So belanja tadi hanyalah RM 2 + 2 + 2 + 1 sahaja... Ooo masih boleh tahan napsu makan aku ni..lom sampai rm 10 lagi. Hehehhe

Malam macam biasa gi terawih kat surau,aku tengok bilangan kehadiran macam dah kurang sebab hari pertama hingga ke 3 macam kira penuh la (70 orang kot), masuk hari ke 4 dah dalam 60. Sabtu dan hari ke 7 ni macam dalam lingkungan 30-40 orang aje. Maybe ada yang balik kg kot ni ,so takpe aku akan cuba survey minggu ke 2 plak. Adakah teori hari ke 25 adakah semakin kurang atau tidak boleh la hitung nanti. Aku plan mcm nak balik hari ke 26 (jumaat ) balik ke utara untuk pulang beraya, si Deo siap dah ambik cuti kan.. takleh jadi ni, kekekke, oklah tu je nak cite hari ke 7 posa.

Tuesday, September 9, 2008

Cite hari sabtu &Takzirah lagi

Saborjela sahabat yang berada ni NY (Joe),aku dok cite pasal takzirah terus insaf dia ek dok cite pasal nak pi konsert aje . Sabtu lepas, lepas terawih ada lagi Takzirah Ramadan dari Ustaz fauzi ,guru agama Sek.Men area Kl ni. Oh ya sebelum tu sabtu dan ahad cuaca amat membestkan, tidur je aku lepas subuh tu sampai ke 10-11 pagi. Adala aku termimpi best lepas terjaga siap paksa dan plan nak sambung balik mimpi tu.. kekeke,tapi non ado lah sambungan, sebab anak anak dah terjaga so depa dok mai sendeng.

Sabtu tgh gi klinik couse anak no2 tu dok batuk & selsema. Lepastu pi K-four Cheras nak beli barang –barang skit. Balik tu hujan renyai –renyai sampai aku bantai tiduq lepas asar tu sampai dalam 6 lebih kot. Wife aku voluenter plak gi pasar malal walaupun lauk dia dah masak tapi still nak ke pasar malam yg ada jual sate kegeramaran dia,so jaga lah aku anak-anak macam biasa. But masa dia keluar tu aku dan anak –anak masih tidur lagi.

Malam pula terawih kali ni ada takzirah lagi, sebenarnya kat surau tempat aku tu hanya buat 8 + 3 (witir je) , so selalu nya lepas doa tu buat tahlil aruah pada sesiapa yang nak di samping dapat juga derma daripada penghuni yang nak hadiahkan tahlil bolehla surau beli apa-apa je makanan untuk More’ tu. Habis lebih kurang 9.40 gitu selalunya tapi aku selalunya dok tunggu la juga tambahan dah mula kamceng dengan beberapa ajk surau yang asai dari utara sana. So selalu la dok sembang dan cite pasal hal ehwal semasa, kalau guru ni depa selalunya lebih berfikiran terbuka dan senang la nak sembang.

Eh terlupa lak nak cite pasal takzirah, dapat pahala ni juga di bulan puasa yang pahalanya di gandakan.Kali ni banyak gak isinya iaitu macamana hendak mendaptkan ganjaran berpuasa di bulan ramadhan ni. Adalah juga di selitkan 1 cerita ni yang ustad bg tau elok di ceritakan pada anak –anak remaja (kalau anak dalam persekolahan pun ok). Sebenarnya dia nak relate kan dgn hubungkait sifat-sifat yang boleh di contohi semasa berpuasa iaitu seperti taat dan patuh kepada tuhan, lepas tu sentiasa berselawat ke atas Nabi . Ceritanya macam ni

Pada zaman nabi Muhammad S.A.W dahulu adalah seorang sahabat nabi ni yang inginkan atau nak kahwin dgn 1 gadis rupawan lagi menawan tapi saad nama sahabat nabi ni miskin, tidak hensem, pendek ,berkulit gelap dan tidak sesuai nak di gandingkan dng gadis tu. (ustaz tu la cite ye). Saad jumpa Nabi 1 hari lalu Nabi dapat membaca kesusahan saad ni dari air muka pun nabi dah tau. Saad pun cerita la jadi Nabi pun bagitau takpe , ambil 1 kertas, biar saya tulis nama kau dan beri jaminan yang saya setuju kau berkahwin dengan gadis tu.(kira rekmen lah ni ek)

Lalu Saad pergilah meminang berjumpa dengan bapa gadis tersebut. Alangkah sedihnya Saad pinangan nya di tolak waima di tunjukkan surat waranti tu..opsss... kekeke. Gadis tu dengan perbualan bapanya dengan saad dan hairan bapanya menolak cadangan Nabi kerana pada ketika itu Nabilah tempat mereka membuat rujukan dan mereka cintakan Nabi melebehi segalanya, kira gadis ni bersetuju andai takdir dia di jodohkan dengan Saad tersebut. Bapanya tanpa buang masa berjumpa terus dengan Nabi dan kebetulan Saad pun ada ketika itu. Bincang punya bincang dan Bapanya tanya nabi betul ke dia yang sign surat waranti dan Nabi pun Iyakan maka setujulah Bapa gadis tersebut.

Selang beberapa hari sedang Saad membuat persiapan untuk bertunang datang 1 anounsemeng bahawa peperangan menentang musuh akan berlaku, belia di perlukan dan Saad terus aja beli pedang dan ikut bersama berperang. Malang menimpa Saad perperangan tersebut menyebabkan dia gugur syahid. Nabi tersempak dengan jenazah Saad dan hairan bagaimana saad boleh juga join walau dia tengah busy nak kahwin..Lepas dia tengok mula-mula wajah Nabi berduka selang taklama Nabi tersenyum.

Sahabat hairan dan bertanya pada Nabi, jawab Nabi mula –mula aku sedih Saad tak sempat berkahwin dengan gadis pujaanya dan kemudian aku terbayang wajah Saad yang kacak di syurga di samping ramai bidadari di sekelilinya. Jadi ye adik adik, abang ,kakak semua sentiasalah berselawat pada Nabi dan kena semaikan cinta pada Nabi kerana Nabi lah yang mendapat wahyu dan di jadikan Alquran sebagai pedoman di masa kini. Sekian sahaja takzirah di hari puasa ke 8.

Thursday, September 4, 2008

Tazkirah pada hari ke 2 Bulan Ramadan

Sebelum ke takzirah nak citelah dulu hari hari pertama berpuasa yang bermula hari isnin bersamaan dengan cuti hari merdeka amatlah best sekali. Sahur dengan nasi berlaukkan daging,sotong masak merah dan acar makcik yang aku buat memang rasa dah cukup dah. Yelah kadang-kadang untung juga dah ada isteri ni kalau dulu waktu bujang takde la sempat nak masak nasi bagai dan selalunya aku hanya makan roti dan cicah air nestum 3 In 1 atau Oat coklat 3 in 1 tu. Wife aku lak dia akan makan nasi kalau sahur sebab takde tenaga nak gerak ke sana –sini time skull tu jadi selalula aku makan nasi. Se ingat aku walaupun dia dalam cuti tetap dia masak siap siap juga untuk si suaminya bersahur.


Pagi tu bangun dalam 10.30, golek –golek jap lepastu baru mandi couse teringat ada lagi keja yang belum beres kat opis. Dalam 3 ptg kot aku gerak ke pasar nak beli bahan untuk berbuka. Berbukalah puasa malam tu dengan nasi juga berlaukkan ayam masak kurma dan wife aku buat bihun goreng sebab aku selalu makan makanan ringan dulu. Dalam 8 mlm baru ambik nasi ,itupun sikit aja aku makan couse aku cadang macam nak kurangkan berat sikit. Terawih pulak more’ ada di sediakan mee goreng tapi aku skip balik je macam nak tidur awal sebab hari selasa dah start keja.


Hari kedua pula bangun macam biasa sahur, lepas subuh tidur jap. Alamak baru aku terperasan waktu keja dah berubah ke pukul 8, kalut gak aku dan sampai terlewat 2 minit kot pagi tu. Hari pertama kerja, oklah, sebab semalam aku dah mai rasa macam biasa aja tapi mengantuklah jugak, siap lelap mata jap time waktu rehat.Petang walau boleh balik awal aku gerak dalam 5.15 keluar aje jalan area Opis aku tu ,tudia a’aihh sesak walau aku naik motor macam susah je nak cilok sana sini.


Malamnya pula lepas terawih maka takzirah bulan ramadhan pun bermula. Kali ni surau kat tempat aku tu jemput penceramah Dr.Badr*l A*in yang dahulanya selalu di Forum Hal Ehwal Perdana dan kemudian telah di tangkap oleh ISA semasa tahun 98 oleh krisis politik . Tajuknya kemulian di bulan ramadhan dan pentingnya Al quran sebagai pembimbing umat. Al quran di turunkan pada bulan ramadhan jadi dia bagitaulah selalulah membaca Al quran setiap hari kalau boleh. Ibu/bapa yang dah ada anak tu dia suruh check dan periksa selalu anak boleh atau tidak mengaji Al-quran. Usah perkira dan memperkecilkan ilmu agama sedangkan m/pelajaran lain di utamakan cth sanggup habiskan duit untuk anak bertuisyen tapi bab al quran tak di jaga sepenuhnya.


Dia juga nasihatkan ibu/bapa sentiasa memantau anak-anak dari kecil dan sentiasa mempastikan anak di besarkan dengan suasana baik lalu dia selitkan juga suasana masa sekarang politik dah kacau bilau. Al-quran di buat sumpah –di permain-mainkan sedangkan dalam al-quran sendiri dah termakub undang-undang yang boleh di rujuk oleh Gomen masa kini. Tapi yelah dia kata al-quran tidak di guna pakai sepenuhnya dalam merujuk undang-undang masa kini tapi di biarkan orang mempermain-mainkan kitab suci al quran.


Dia juga bagitau setelah A*war menang di Pmtg Pauh terus dia sms ,kalau betul lah 16 sept ni dia dah bagitau lah pada A*war ahklak muda-mudi kena betulkan dahulu. Tapi yelah dia akui memang keadaan masa kini amat susah sekali dengan keadan fitnah yang berleluasa serta keruntuhan moral semakin menjadi –jadi tanpa ada pantauan tegas dari pihak berwajib. Itu ajelah nak kongsi betapa al quran menjadi benteng kekuatan kerana dari zaman Rosullulah sehingga kini setiap huruf/ayat tidak di ubah atau di pinda. Kalau boleh kena fahami isi Al-quran dan amalkan yang baik dan jauhi yang di larang oleh Nya. Itu ajelah entry takzirah skit di hari ke 4 puasa.

Monday, September 1, 2008

Cuti Merdeka!

Sabtu ,sebelum merdeka skull wife aku ada buat majlis gotong rotong sempena ada kem Ibadat untuk anak-anak mridnya. Pagi bangun macam biasa aku suka gi jogging dulu kasi buang lemak berlebihan nak menjelang puasa nanti. Sebab aku ada terbaca artikel time puasa nanti air dalam badan aje yang hilang, lemak hanya terbakar kalau buat exercise time puasa tu macam yoga, tai chi ke apa-apa jelah. Jadi sebelum ni belum pernah aku try exercise berlebihan tapi maybe lah aku nak try buat alang-alang dah balik 4.45(maybe 5 kot aku gerak pulang).

Lepas exercise aku singgah surau dulu ada gotong royong khas sempena ramadhan ,cuma vakum carpet aje , ibadat gak tu kan. Then baru aku pergi skull wife couse pengetua baru dia (baca: lelaki) sangat menggalakan staff bawa pasangan dan anak masing-masing berbanding pengetua lama(baca: pompuan) yang agak cerewet takleh bawa anak takut ganggu majlis katanya.

Sampai aje ada sesi penerangan cara nak sembelih kambing /lembu. Jadi aku ikuti lah dan ambik intipati macam nak sembelih kena mengadap ke kiblat, mengucap dan selawat masa nak sembelih (sama kot macam sembelih ayam ek?) . Lepastu aku ingat nak lah juga tolong tapi macam orang asing gitu so blah pi ambik anak yang rasanya dok tidur lagi. Lepas bawa anak oklah ,tak yah la nak tonjolkan diri apa-apa couse dok layan depa aja pusing 1 sekolah. Lepas lunch makan nasi berlauk kan kampung terus balik.

Malam pula ada majlis bacaan yassin untuk pelajar nak exam (pmr,spm,stp) so aku join gak dan dinner dulu sebelum magrib makan nasi lauk kari kambing plak. Lepas isyak tu balik tengok TV ajelah yang ada live kat klcc dan Dataran Merdeka. Tepat jam 12 aku dok tunggu bunga api aje, yang ada hanya kat bkt bintang dan dataran merdeka. Kalau tengok kat bilik nampaklah view bunga api tu sambil layan anak-anak lom tidur. lepas tu dok paksa anak tidur couse ada projek merdeka....(hiks)

Paginya 31 Ogos 2008, jeng jeng ,aku semangat bangun awal nak tengok siaran langsung kat tv sebelum aku plan nak jogging kat tempat biasa. Dalam 8.40 kot lepas boring macam tak best je formasi kali ni aku kluar tapi sampai sana aerobik yang biasa depa buat dah habis awal.. alaaaaaaaaaaaaaaaa, so aku jogging la pusing lake tu dalam 40 minit.

Tahun ni aku rasa macam sama aje macam tahun-tahun sebelum tu(kecuali last year), cuti selalu je pi shopping ,yelah jualan merdeka jadi aku gi Tesco dalam pukul 12, ramainya manusia sampai rasa borring je nak membeli tu.Petang pulak lepas bawa anak main kat taman area rumah aku pi jogging lagi, hehehe. Nak stamina berterawih dan tadi alhamdulilah dah beres pun terawih yang pertama. Ada gak moreh di sediakan dan jemaah pun macam deo bagitau memenuhi ruang surau tu, (tapi takle melimpah ruah ). Yelah time 10 hari nak habis ramadhan jemaah pun semakin kurang, kalau kat KL ni maybe jemaah balik kampung lah kot, kalau kat kg lak pesal leh kurang ek?

Itu aje kot hari merdeka ni tapi macam rasa tak best aja kalau tak ikuti ek, rasa macam cuti-cuti lain aje, thn depan maybe merdeka di lambat atau di awalkan sebagai menghormati bulan puasa. Ada 1 tahun aritu thn baru jatuh pada bulan ramadan (thn 2000 kot) so macam takde sambutan pun kat dataran atau klcc tu.
Cuma nak gak rasa bangga Malaysia masih merdeka dan bebas dari penjajah. Kita tak dapat merasa perit juang orang lama masa nak tuntut kemerdekaan. Ada lah tok aku pernah la cite masa zaman dulu-dulu tapi aku takleh ingat lak.

Tok Wan aku (ayah my mum) masa zaman komunis, dia jadi polis gomen, hilang bergitu sahaja di culik oleh komunis di Perak. Kuburnya entah kemana jadi aku dapat rasakan betapa sengsaranya bagi yang kehilangan orang tersayang masa nak bebaskan dari penjajah dan komunis. Aku akui banyak fakta sejarah aku takleh ingat walau subjek sejarah menjadi subjek kegemaran masa form 3. Opss terpanjang pulak so Salam Merdeka! semoga terus merdeka sampai bila-bila!