Friday, August 29, 2008

Merdeka ! Merdeka! Merdeka!







Yay, next week cuti merdeka hari isnin, best ni start awal puasa, then boleh la tidur sampai 10-11 pagi ni. So 31 ni ,ahad ingat nak gi jogging awal pagi, then pergi la tengok sambutan kemerdekaan ke 51 dekat Dataran Merdeka. Sempena merdeka ni naklah aku cerita sikit pasal perasaan sambut merdeka tahun lepas.






( gambar kat atas ni time reheasel, ada muka aku tengah terjengul)



Tahun lepas , ulang tahun ke 50 aku sukarela join pembarisan. HR/admin opis aku mulanya nak beri pada muka-muka baru tapi aku scara semangat nak join jugak. Jadi yang join tu semua yang single mingle kecuali aku (wakil dlm comp. aku). Bulan 7 dah start dah belatih/berkawad dalam seminggu tu adalah 2 atau 3 kali, tapi seingat aku time tu selalu hujan jadi selalunya dapat makan/minum free aje couse lepas berlatih minum petang di sediakan . Bulan 8 bergabung pulak dengan beberapa lagi badan berkanun kat luar dan macvam biasa tahun lepas selalu aje hujan di waktu petang.








(Gambar kat atas pada 31 Ogos, 2007 ,ada gak nampak sipi sipi aja)



Merdeka tahun lepas hari jumaat so 3 hari kena buat raptai mulai hari isnin sampai hari rabu. Time tu juga 6 pagi dah bangun , mandi ala kadar terus menuju ke opis couse bas bergerak dalam 6.30. Bangun dan mandi awal ni kira pengorbanan lah ni dan hari jumaat walau ketua suruh datang awal aku tetap bangun dalam 6 pagi kalau terlepas bas no hal aku bermotor aje pergi park area dayabumi tu ka. Bas akan berhenti depan masjid negara dan tempat team aku berkumpul jalan menuju ke Bukit aman. Kiranya dari masjid negara tu akan berjalan/kawad sehingga ke persimpangan jln sultan Ismail ( depan Bangunan Sime darby),









( ni dah nak sampai ke tempat bersurai tapi tetap semangat berkawad sampai ujung jalan)


Time berkawad tu masa reheasal ada lagi yang dok salah gerak kaki dahulu, sure depa ni malas nak datang berlatih. Hari jumaat pun tiba, berkobar-kobar aku nak berjalan/kawad pagi tu. Cuaca pulak baik sekali so dalam 9.30 kot kontingen yang aku join mula , wahh ramai nya orang sampai nak berkawad pun tersekat-sekat tapi bila sampai depan pentas utama berjalan dengan lancar. Kontingen yang aku join dapat tempat ke 3 keseluruhan dari segi pakaian dan pembarisan terbaik. Bangga lah jugak at least penat lelah tu mendapat kepuasan kalau di iktirafkan. Lebih kurang 10.30 dah habis, tunggu bas terus balik. Itu aje kot nak cite pasal merdeka ke 50 thn lepas, thn ni kalau rajin adalah aku kat dataran merdeka tu. Ok Salam Merdeka , kekalkan kemerdekaan kita selamanya!





( Pesawat Sukhoi kot ni, berdesing telinga bila lalu)




Monday, August 25, 2008

Cuti berfamily day Opis di Tiara,PD

Jumaat lepas masih kerja dan seperti yang di rancang thn ni Family day Opis di PD lagi. ,Yay 3 petang dah boleh gerak ke PD, mujur Boss kata ok. Lagipun ramai dah nak gerak time tu sebab kang rugi pulak sampai lewat kan. Aku gerak dalam 3 lebih so sampai bdr PD singgah Bilion dulu beli jajan apa yang patut dalam pukul 5 rasanya. Nak dekat pukul 6 baru sampai Tiara dan terus check -in . Sampai je bilik 6 ptg berita tv1 umum rega minyak turun , oklah gimik politik ni, Paklah ni kadang-kadang takleh jangka ek. Then aku bawa anak-anak turun lihat sekitar kawasan PD tu cari playground dulu kat taman.









Malam pula dinner start pukul 8, so awal lah aku turun, gambar kat atas tu tempat makan sepanjang berada di sana. Yelah sebut pasal makanan biasa aje makanan yang di sediakan macam sapa cakap tah aritu. Lepastu aku sefamily pergi tempat mainan kanak-kanak di yang memang di sediakan.Punya lah ramai budak-budak main siap ada pertandingan mewarna lagi. Agak-agak anak dah penat baru lah berangkat beradu ,sempat gak singgah kat tempat makanan sebab ada sesi ceramah motivasi rupenya.





Sabtu pagi ,aku bangun awal sebab nak brekpes lepastu ada senam robik dalam 8.15, so aku aje kluar dulu kasi anak-anak dan wife tidur dulu. Pagi tu cuaca dah mendung tapi mujur la tak hujan. Mujur dah habis senam baru aku pergi balik bilik bawa wife dan anak -anak brekpes. Telematch start 9.00 pagi tapi biasa la untuk kategori anak-anak dahulu. Tahun ni opis aku buat kelainan kerna buat pertama kali petugas di pecahkan kepada 5 kumpulan. So aku kena join group orange. Aku join acara kena ambik buat epal dalam baldi guna gigi jadi Dapat naib johan dan hadiah nya towel. Lepastu ada beberapa acara lagi yang aku daftar main tapi aku bagi la peluang orang main couse dah dapat hadiah kan.


Last-last ada acara makan buah -buahan tempatan sapa habis dia menang, mengikut group la, aku join gak tapi dpt no 3 so harapan nak menang johan tu dah tak tercapai. Lepas abis semua acara baru aku naik atas tengok budak-budak , ooo layan cite kartun hari sabtu . Pukul 1 turun lunch then lepastu bawa lagi anak-anak ke tempat semalam tu ,lega kali ni tak ramai orang dan tak bising, siap aku leh baring sambil layan cite kartun apa tah. Dalam 2.15 baru balik bilik nak rehat atau lelap sekejap couse dalam pukul 4 acara paberet aku bola tampar pantai .Wahh seronok aku couse ada game ni lagipun baru je main kat balok aritu, sronok stand sana stand sini. hehehe


Dalam 3.30 kot aku turun, wife dan anak-anak tidur lagi , best kot tidur dalam airc0nd ek.Game belum start lagi couse bola tampar wanita dahulu, mujur main 11 mata aje... kekeke. Selain dari tu ajk siap sediakan buah-buahan tempatan untuk santapan petang. Ada rambutan, pulasan dan dokong aje. Lepastu acara voleyball pun mula, macam biasa menang 2 kali, kalah sekali , tapi masuk gak final sebab kalah sekali kot. Final yay group orange yang aku wakil menang. Dapat lagi tuala , kekeke, oklah besar plak tuala yang dapat tu , ada gak lutut aku tercedera sebab aku stand kat tempat pasir kerikil rasanya. Then aku naik bilik couse dah janji nak bawa family jalan-jalan atau minum ptg kat pantai sebab tiara ni hanya ada pantai buatan manusia sahaja.

6.10 ptg kot baru turun gi cari gerai jual laksa/mee kari dekat depan politeknik PD kot wife bg tau. Sebab semalam dah tau makan lambat walau turun 7.50, so ni makan lah awal skit dahulu kang sure ada ucapan panjang-panjang dari big boss. Ingat nak jalan -jalan kat pantai area situ tapi masa dah suntuk so balik Tiara semula. Sampai je aku dan wife tukar baju ,kena pakai baju ada flower katanya, santai flora plak tema dinner malam tu. Dalam 8.15 kot sampai kat tempat dinner tu, cari port yg dekat dengan makanan ,senang nak ulang alik ambik.

Artis jemputan depa panggil Abon, oklah dia jadi MC majlis mlm tu, lepas tu ada macam-macam persembahan(staff baru kena buat ), pertandingan karoke ( 4 org ke kot masuk final). Ada main Binggo sebab nak suruh tetamu tunggu sampai di ujung majlis, aku nyaris nak dapat hadiah hamper lepas dapat buat 1 baris Binggo tu tapi oleh sebab sampai lambat depan pentas tak dapat l adiah, takpe takde rezki leh cuba taun depan.(kalau buat lagilah couse mcm susah aje nak buat dengan ramai staff ni). Tal sempat aku nak tunggu sapa menang perlbagai acara khas ,dah chow sebab yg kecil dah mengantuk, darwis pulak masih tak sihat lagi,(demam sebelum dtg Pd)
So balik bilik layan Olimpik dan terus zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Paginya macam biasa gi sarapan dalam 9 pagi kot, susah nak gerak anak2 suruh mandi, depa tak mandi basuh je muka terus gi makan, huhuhu. Sarapan kat Tiara memang kureng lah, couse sebab ramai kot so depa buat ala -ala kadar aje. Lepas makan bawa 2 anak-anak kasi terjun kolam. Mula-mula abg dia tak nak mandi, lepastu tengok adik dia turun elok je ,dia pun join lah, ala takat lutut kaki depa aje, tu pun berkeras gak aku nak suruh darwis mandi. Dalam pukul 10.20 kogt depa habis ,then giliran aku lak nak mandi, hihihi.

Lebih kurang pukul 11 kot aku selesai naik atas semula dan terus berkemas. Kita orang balik awal lah ,kang jalan sesak pulak kalau nak kluar PD lagipun lunch tak di sediakan hari check-out tu. Dalam 11.15 kot berangkat pulang dan terus menuju ke JJ wangsa maju untuk lunch kat situ. berakhirlah cuti cuti di tiara, PD

Wednesday, August 20, 2008

Cuti , berkenduri sambil berolimpik aje

Jumaat lepas ,kononya nak gerak dalam 6 ptg gitu tapi oleh kerna nak tengok semi final badminton yang di harap bakal membawa pingat emas katanya . Layanlah dulu sampai habis game baru bersiap-siap pack2 barang nak bawa balik kg. Dalam 9 mlm gerak lah pulang menuju ke utara. Sampai tapah beli makanan ringan dulu/ air kopi (tapau aje) kang kalau dok RnR tu mau ambik sejam, so buang apa yang patut baru gerak.

Aku drive sampai hentian RnR bkt gantang Perak ajo tertiba mengantuk la pulak, mujur adik ipar aku ada and dia leh drive. Anak-anak kalau jalan malam selalunya depa akan tidur aja. Sampai Jawi dalam 2 pagi rasanya. Layan Olimpik jap then tidur. Oleh kerna keletihan bangun awal then tidur balik dek keletihan then dalam 11 pagi tu bersiap-siap apa yg patut baru pergi kenduri tapi layan la Olimpik dulu acara renang yang habis dalam 11.30 kot .

Dalam 40 minit kot sampai la ke rumah kenduri , sampai aja terus la terkam ,hehehe, lama tak makan masak gulai kawah daging, depa buat gotong royong kot sebab sembelih lembu, dagingnya empuk -empuk, ada 4 mata kot, ayam masak merah, daging dalca, daging gulai dan tomato/air asam kot . Fuhh selera sekali couse aku makan 1 dulang dengan wife + anak -anak aje. Lepastu lepak kg aje sampai petang, then balik rumah sampai aje layan Olimpik lah . Mujur rumah kat Jawi tu ada astro super sport gak so hari selasa lah plan balik ke kl semula.

Ahadnya pula macam biasa selalunya aku gi jogging so berexercise lah aku dahulu sebab ahad ni ada 2 jemputan kenduri katanya (kena pecahkan lemak dahulu, hehehe). Lepas aje habis acara berenang olimpik baru keluar pergi kenduri 2 tempat kali ni iaitu dekat dgn rumah kat kg dan 1 lagi kat Batu ferinngi. Pergi ambik emak dan adik couse kali ni kenduri kat Penang tu Jiran adik yang jemput. Oleh kerna adik ipar Overtime so pergilah aku sefamily ke bt feringgi sana. Sampai dalam 1.30 kot , memang nasi berani Penang lazat dan enak sekali, ke nasi kandaq ek couse ada gak kuah gulai, ayam masak merah, acar bawang kot.

Balik tu baru pi kenduri ke 2 , so sampai dalam 3.30 ,orang pun dah tak ramai. Ada laksa gak tapi oleh kerna ada lauk pengantin belum habis aku balun sekali lagi makan nasi. Tapi lauk lebih ajelah nasi sejemput aja . Oleh kerna anak sepupu yg kahwin aku kenalah tolong apa yang patut, angkat pinggan lah, kemaskan meja mujur basuh pinggan dah ada orang. So lepastu lepak jap kat rumah Emak then baru pulang semula ke Jawi couse rumah kakak tv nya rosak la pulak sebab dalam 9.30 mlm perlawanan akhir chong wei dan Lei Dan. Balik tu layanlah olimpik, bila lah si joe nak balik kl nak berbadminton dengan dia couse terror katanya aritu. Oklah tu dapat pingat perak, rm 3000 sebulan tu pencen dan dpt rm 300 K lagi kan.

Isnin dan selasa aku hanya layan olimpik aja, Isninya pergi rumah kakak ipar(jamu mee kari) pun layan olimpik, mcm deo kata aksi volleyball wanita pantai paling best tengok, bergegar paha2, dan buah da** opsss bila depa main tu. Selasa pagi pulak pi jogging lagi area perumahan dan abistu cuci pulam kereta so bermandi peluh la aku.Petang tu dalam 4 petang baru bergerak pulang ke kl, kali ni saje ikut jalan lama pulak sampai ke kuala langsar baru naik Plus. Dalam 7.30 sampai dinner kat RnR tapah. 8.30 baru gerak semula dan sampai kat Kl dalam 10.15 rasanya.

Friday, August 15, 2008

Masej tak bernama dan cuti skull

Pagi rabu lepas aku dapat masej dari no 012*******, Dia taip bapa aku meninggal smlm pkl 3.30 pagi. Selamat di kebumikan pukul 4 ptg. Maaf tak sempat inform.

Alamak, aku pun suspen aje, dah la tak tulis nama sapa pengirim, maybe dia tukar no h.p baru aku teka atau pun dia salah hantar masej pada orang lain terhantar kat aku. So aku rasa maybe tersalah send masej lah ni.

Pagi ni aku buka forum Ex- skolah aku rupenya kawan sekolah dulu, IC , kena buat call lah ni atau kena reply masej dia . Yelah dia pun tak tulis nama sedangkan nombor dia dalam simpanan aku nombor celcom tu yang conpius tu. So lenkali kalau ada berita mengejut macam tu baik tulis nama ek kang conpius plak orang yang terima tu

Oh ya cuti skull menjelma lagi jadi selalunya aku akan ambik cuti tahunan sebab senang tulis alasan nak cuti , (balik kg lah). Petang ni lepas tengok chong wei main badminton maybe gerak balik ,lepas magrib kot ni. Hope badminton dapat lah pingat , kalau tak emas, perak pun dah ok .(tapi semua nak emas ek). Aku rasa macam boleh je dia lepas masuk final esok.

Sabtu ada kenduri anak sepupu aruah abah kahwin, ahad pulak anak saudara seblah emak lak kahwin. So cuti ni layan kenduri kahwin dan layan sukan olimpik lah nampaknya. Selasa depan baru balik Kl semula, tengoklah kalau boring astro super sport takde kat penang balik hari isnin lah gamaknya nanti.

Wednesday, August 13, 2008

Sepetang bersama anak -anak

Rasa macam nyesal lak tak bawa camera ke FFM 21 lepas, tapi takpelah aku tengok artis-artis pompuan ni makeup aje lebih tu yang nampak cun . Oklah berbalik tajuk entry kali ni adalah sepetang bersama dengan anak -anak. Aku ada banyak baca rencana pentingnya ayah turut sama meluangkan waktu bersama dengan anak -anak jadi sedaya upaya aku akan tunaikan tanggungjawab yang di amanahkan itu.




Petang selalunya rutin aku selalu bawa anak -anak turun. Mungkin lah aku rasa masa aku sekolah men. dulu masa tu Emak aku ada mengasuh anak orang so petang-petang tu dia suruh la aku bawa main kat laman sebelum Emak budak tu datang ambik. So aku rasa macam happy je tengok diaorang main lepas bdak-budak ni seharian berkurung kat rumah.






(gmbar kat atas baru je masuk laman skull tu)





(yang ni pulak berlatang belakang salah 1 taman kat skull tu)


Selalunya sejak ada bola ni aku selalu bagi di Darwis main sepak sepak dan adik dia pun ada bawa bola plastik couse adik dia ni apa yang abang dia buat semua dia nak ikut dan nak. Tempat pertama yang selalu pegi di laman tapak perhimpuanan sekolah. Kat situ lapang je tapi bahaya gak kalau terjatuh sure darahnya lutut.






(kat area sini la tempat jatuh dan berdarah lutut si Darwis, sian kat dia,sob sob)







Kat bawah ni tempat -tempt yang anak aku selalu dok main. last sekali baru bawa kat taman mainan sebab selalunya taman mainan tu penuh couse tak banyak alat permainan di sediakan macam yang ada kat Taman perumahan yang besar -besar tu.




( ni antaq kat majalah PAMA tu ok kot)






( laaa , sapa yg dok menyebok gak tu)
(berehat jap lepas main bola)


Sunday, August 10, 2008

FFM 21 -Anugerah untuk lengkapkan kalendar saja?

Terlebih dahulu terima kasih kepada M. Ety yang sudi berikan kad jemputan. Betul juga Deo dah sound awal-awal taklah best sangat sebenarnya , huhuhu. Tapi takpe sajalah nak melihat sendiri sebab dari kecik memang aku akan ikuti apa-apa anugerah termasuklah untuk kategori Filem Malaysia. Masa tu tengok wah bestnya kalau dapat pegi dan jumpa artis yang menang tapi lani dah dok KL ,dah tersempak dengan ramai artis macam biasa ajelah kot... (kecuali kalau tersempak dgn ct sure aku terkasima gak.. kekeke)

Jadi dah lalui sendiri ni oklah untuk melihat persembahan selingan tapi kali ni banyak artis menyanyi tak ready sebab tak berlatih kah, macam si Stacy starting dah salah, Farah A2 dan Apek yang suara tenggelam , Atilia pun macam hambar gak. Inikan program siaran lagsung sebab aku pernah tengok Rakaman Raya Ct nurhaliza walaupun nampak macam mantap je persembahan di ulang rakam lagi, tudia kan siap compare artis dah menang lebih 100 hadiah tu.

Macam biasalah CT nurhalija gak yg nyanyi mantap lagi menikam jiwa waima badan dia pun dah naik mantap gak, (agaknya dia akan ikut jejak Kak sharipah ke nanti ) body naik bila menjelang umur 40 an?. Persembahan pembukaan petikan dari filem Estet walau miming oklah juga. Tapi rasanya kalau dah masuk 21 tahun takkan lah mutu persembahan atau pemilihan artis macam tidak di ambil berat oleh penganjur macam main tangkap muat aja. Misha Omar oklah juga di samping riz, yazer dan zahid ok ajelah walaupun sebenarnya bakat depa tu boleh improve kalau ada usaha dan betul caranya .

Keputusan pemenang macam biasa lepas ni esok/lusa sure wartawan akhbar tempatan akan memberi komen mereka masing -masing. Bagi aku takpelah Kala malam bulan mengembang tu jadi Filem terbaik walaupun aku ada baca filem tu agak slow dari tayangan dan kutipan tapi memang lain dari filem-filem yang lain. Pengarah , Pelokon utama yang aku jangka menang dan memang layak pun depa dapat,chewah. Bagus gak Zul yang selalu berlakon drama tu menang Pelakon Pembantu, pernah la aku tersempak dan sembang dengan dia kat airport, humble gitu.

Filem dan pelakon -pelakon lain ada harapan untuk menang couse lepas ni TV3 pula buat Anugerah Skrin pula ,sure yang tak menang PFM 21 boleh menang kat TV3 lak, yelah juri pun lain -lain kan. Itu aje kot komen , bolehla sekadar nak lalui dan best gak berdua aje dengan orang umah tanpa anak di sisi... hiks, err gambar tunggu kamera dari Ima sebab aku tak bawa.

Friday, August 8, 2008

Pra FFM ke 21

Yuhuuuuu, di umumkan ada 4 lagi kad jemputan ni, si Limah dan angah pulak tak dapat join. Haritu macam cik Yam ajekan nak Kad ni? Sila maklum dengan kadar segera , kalau tidak takde sapa lah aku nak cari /kasi kad tu. Berbalik pada FFM ni rasanya tahun ni aku tak ingat berapa movie aku layan tapi selalunya aku akan baca pengkritik /komen dalam surat khabar dan kadang-kadang memang tepat ulasan pengkritik tersebut.

Eh sebelum tu pagi tadi sempat lagi call M.Ety tanya macam mana nak masuk dalam Dewan tu couse takde pulak no kerusi, aras ke. M. Ety cakap kena pergi awal ,kalau dah lebih 8.30 selalunya dia akan bagi orang lain (krew-krew Filem kot masuk) sebab kad terhad dan nak bagi penuhkan dewan sebelum siaran langsung 9.00 mlm. Dia suruh lalu je karpet merah tu tapi kena lah awal kan kang 8.30 dah ada lintas langsung kat Astro ria. (tak mo la masuk tv).

Kat bawah ni aku nak letak senarai calon-calon dan nak lah juga teka ikut suka pemerhatian aku , kekeke

Filem Terbaik ? Walau tak umum senarai 5 calon Filem terbaik , aku rasa yang kat bawah ni boleh dapat sebab banyak percalonan setiap kategori yang di pertandingkan . Jadi no1 tu pilihan pertama menang Filem Terbaik, huhu.
1. Anak halal
2. Kala Malam Bulan Mengambang
3. 1957 Hati malaya
4. Wayang
5. Sepi

Pengarah Filem Terbaik:

Prof Dr Hatta Azad Khan - Wayang
Mamat Khalid - Kala Malam Bulan Mengambang
Shuhaimi Baba - 1957 Hati Malaya
Osman Ali - Anak Halal
Ahmad Idham - Congkak

Pilihan : Mamat khalid

Pelakon Lelaki Terbaik:
Afdlin Shauki - Sepi
Adlin Aman Ramlie - Susuk
Rosyam Nor - Kala Malam Bulan Mengambang
Eman Manan - Wayang
Farid Kamil - Anak Halal

Pilihan : Farid kamil atau Rosyam ?

Pelakon Wanita Terbaik:
Maya Karin - Anak Halal
Erra Fazira - Anak
Fazura - Kayangan
Nasha Aziz - Otai
Vanidah Imran - Akhirat

Pilihan : Erra Fazira atau Maya (boleh ke teka 2 ni, kekeke)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik:
Zul Huzaimy - Wayang
Farid Kamil - Kala Malam Bulan Mengambang
Adlin Aman Ramlie - 1957 Hati Malaya
Eizlan Yusof - Impak Maksima
Fauzi Nawawi - Anak Halal

Pilihan : Fauzi Nawawi

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik:
Nabila Huda - Akhirat
Nanu Baharuddin - 1957 Hati Malaya
Azizah Mahzan - Anak
Ruminah Sidek - Pensil
Dynas Mokhtar - Kayangan

Pilihan : Nabila Huda

Lakon Layar Terbaik:
Hatta Azan Khan - Wayang
Mamat Khalid - Kala Malam Bulan Mengambang
Ara & Mira Mustaffa - Sepi
Osman Ali - Anak Halal
Hans Isaac - Cuci

Pilihan : Anak halal

Cerita Asal Terbaik:
Hatta Azad Khan - Wayang
Mamat Khalid - Kala Malam Bulan Mengambang
Ara & Mira Mustaffa - Sepi
Osman Ali - Anak Halal
M Subash - Pensil

Pilihan : Wayang

Sinematografi Terbaik:
Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamarudin - Evolusi KL Drift
Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamarudin - Kayangan
Mohd Nor Kassim - Sepi
Daven Raghaven - Susuk
Khalid Zakaria - Anak Halal

Pilihan : Sepi

Pengarah Harapan Terbaik:
Hans Isaac - Cuci
M Subash - Pensil
Mohd Latif Zami - Dunia Baru The Movie
Syamsul Yusof - Evolusi KL Drift
Barney Lee - Anak

Pilihan : Dunia Baru

Wednesday, August 6, 2008

Jemputan ke FFM 2008

Yeazaaaaaaaaaa , Akhirnya dah dapat pun kad jemputan. Pagi tadi aku call M.ety tanya pasal kad jemputan tu sebab dia ada masej tanya nak ambil kat mana. Adalah 2-3 minggu lepas dia tanya lah kat tag reban sapa nak join. Aku pun macam biasalah nak gak tengok secara live FFM ni sebab banyak dah sebenarnya acara live ni aku tengok kecuali FFM ni. Malam Anugerah FFM 21 akan di adakan di Dewan Plenary PICC, Putra Jaya sabtu ini.

So pada limah(& hubby) , Angah(& hubby) dan Ima(& teman ) sila lah maklum nak pergi ke tidak pada aku ,kang kalau tak pergi bolehla beri pada ahli reban lain pesan Mak ety tadi. Aku siap gi berdesupp time waktu keja tunggu M.ety kat Ampang park couse dia on the way balik from seremban 4.10 ptg tadi. So bagitaulah kat mana nak ambik kad hangpa ni. Ke nak tunggu hari sabtu ni sebelum perasmian baru nak ambik.?

Oh ya aturcara 8.00 - 8.30 jempputan tetamu,8.30 -9 mlm red carpet katanya. 8.45 pak lah datang. Pukul 9 tepat acara berlangsung couse Astro ria pun ada buat live. Pakaian pula glamour, kekekke, tapi wanita dia tulis sopan kat kad tu(yelah sejak 2 menjak artis ni selalu je tayang sampai kain pun terkurang kat bahagian ataih tu(tak terlalu seksi sepatutnya kan kena tulis)..opss. Pakaian lelaki pula Lounge suit/black tie katanya, tapi hubby M. ety kata pakai je kemas dah ok (takleh jeans lah ek), wahh kena pi tempat cik yam aritu ke nak cari baju glamour.. huhu

Jadi hangpa 3 orang ni sila confirm pergi ke tidak ni, si limah kalau abg ham tak balik kl cuba ko ajak Deo ke , ayu ke (abg dia balik kot) dan sapa -sapa lah temankan ko nanti. Tema Glamour boleh la pakai baju from Bandung nanti...ek

Sunday, August 3, 2008

Minggu aku keletihan Exercise

Isnin lepas ada member opis dok perangat aku dah nampak berisi, huhuhu terus aku berazam minggu tu aku nak jalani latihan cargas lagi padu. Oleh kerna area tempat dia ada penimbang aku buatlah timbangan (alamak dah naik 2-3 kg ni).Jadi petangnya aku balik awal lah gak, bawa anak-anak turun sekali aku pakai kasut siap siap. Pergila aku kat tapak perhimpunan skull wife aku tu nak buat latihan-latihan ringan dulu. Dalam 15 minit tu tiba –tiba si Darwis terjatuh sebab dia tak balance nak tendang bola. (silap aku gak nak pantau dia main). Habis lutut dia berdarah ,cepat –cepat aku gi basuh dengan air paip dan terus balik nak letak ubat pulak, potong lah gak sebab tak sempat nak basah bagai.

Selasa pula petangnya macam biasa ada latihan volleyball jadi memang main 3 set terus dan memang basah la kali ni peluh keluar mencurah-curah sebab yang main pun 6 org aje (3 seblah). Balik tu sempat aku bawa lagi anak -anak turun sambil buat la senaman tai chi atau senaman slow motion tu.

Rabu rest day couse petang gi JJ Wangsa Maju(Deo baik ko buat kad JJ ).Tibalah hari khamisnya memang menjadi hari letih aku. Petangnya 6 main volley balld dengan budak-budak opis lagi.Malamnya pula buat kali pertama aku join main Futsal sebab baru je kat seblah opis aku ni baru di buka gelanggangnya. Oleh sebab lama aku tak main posisi atas aku jadi keeper ajelah lagipun baru je jadi keeper hoki aritu aku rasa macam best lak main.Main dalam 45minit kot oleh kerna ramai main kena bertukar-tukar orang jadi peluh aku macam tak banyak keluar.

Jumaat pulak jadi hari rest day tapi petangnya adik ipar ajak gi cari Note book untuk kakak Ipar kat Penang sana kat PC Fair Klcc. Sampai dalam 6 ptg macam tu terus pi bawa anak-anak main kat Klcc park tu. Berpeluh gak aku rasa walau pakai baju kerja tapi dok ligan kawal anak tu memang la letih gak. lamalah jugak kat Klcc tu sampai umah dah 9-10 malam.

Sabtu paginya macam biasa aku gi Klcc park lagi selain nak exercise , nak ambik 1 beg yang berisi botol susu tertinggal dekat food court tapi dah takde rezki beg tu dah hilang walau tanya guard kot-kot ada orang terjumpa.(sure kaum luar ambik ni). Jadi berpusing lah aku kat Klcc tapi hanya buat 2 pusingan je sebab tiba tiba aku terplan nak tengok wayang jadi kena beratur awal ni jadi pi la aku tengok cite Mummy 3 plak.

Hari ni pagi dalam 8 lebih aku gi jogging lagi tapi dekat area skull wife aku aje couse dalam 9 pagi dah kena ready untuk meeting Persatuan penduduk pulak. Petang tadi aku gi jogging sekali lagi kat Titiwangsa park pulak.Kali ni aku pusing 2 kali kot dalam 45 minit gitu. Wahhh rasanya minggu ni jadi minggu Exercise dan esok aku nak timbang adakah ada penurunan atau pun tidak. Kalau tak menjadi ni aku kena kurangkan makan nasi lah nampaknya ,ambik sayur lebih lah ek. huhu