Wednesday, May 27, 2009

Mimpi jadi nyata?

Ahad lepas aku sembang dgn Deo tanya pendapat dia wajar atau tidak aku masuk bidang latihan @ hr , mula-mula aku ingat minat macam bidang PR. Mamat tu kata aku tak sesuai PR, dada belum bidang lagi nak kelentong orang.. heheheh. So bidang Training tu dia kata ok. Yalah bila aku buat kuiz kat pacebook tu macam aku kena tukar kerjaya aja kalau nak capai achievment yang baik dalam kehidupan..ecececcece.

Lepas tu kan, semalam tiba-tiba sorang manager(HR) panggil aku tanya selama aku kat sini ni aku minat masuki bidang mana. Bincang dok bincang so aku cakapla nak cuba bidang kat atas tu kalau di beri pilihan. Aku rasa la bulan 6 ni ada 2 couple budak Opis ni sesama unit akan dirikan rumah tangga so kalau ikut peraturan baru depa kena bertukar unit. So kemungkinan ada yang kena masuk unit yang aku stay sekarang ni.

Tak kisah la kan tapi macam gabra gak ni kalau betulah kena tukar, mungkin kah awal bulan 6 ni, atau pun maybe tahun depan. Setakat ni rasanya rasa ok dah dok unit baru ni tapi aku pun bukan ada kuasa , at least lepas dia tanya kemungkinan aku kena tukar tu ada dan kalau dapat unit tu nanti,insya allah lah kena lah beri komitmen yang tinggi ni.

Sunday, May 24, 2009

Gambo kat KB, Kelantan plak











Ni gambo aptment Pelangi Kota Bharu yang kita orang stay, 4 bilik rm 250 semalam. Kat bawah ada kolam renang , Gym dan playground kanak2. Lokasinya terletak berhampiran hotel Grand Riview Kb.


Ni ruang tamu rumah tu, selesa dok sini tapi kalau musim hujan tak baper sesuai couse letak sebelah je dengan sg kelantan tu..
haa.. ni gambaq sungai kelantan..

Gambar sebahagian bandar K.B (gambo di ambik dari apmrt pelangi) , nampak tak pasar besar khadijah? kat area atas masjid tu aje.


Bandar serambi mekah, Kb yang semakin membangun !

Pasar besar Khadijah , dah tengahari ni kot, penjual banyak dah takde.

Perjalanan pulang... warna hijau sentiasa berada di mana sahaja.hehehhe

Friday, May 22, 2009

Hampeh

Saborje lah takde dah AF nak ulas macam sunyi plak catatan kat sini . Af 7 ni pun sonyap depa ni siap 2 orang terbang ke Jakarta ,kasi la promosi kat dalam negara dulu. Astro kena bertindak pantas kang sejuk jadi macam-macam Af yang lain-lain tu. Ehh macam best plak tengok si Heliza AF 5 tu berlakon dgn Awall tu. Ehh aku lari topik ni... sebenarnya aku nak cite 2 kisah hampeh

Kisah pertama ada member aku ni . Badan dia agak besar ,aku dok suruh dia gi exercise jaga permakanan sikit. Bukanyaa apa mamat ni (saiz besar) ada masalah penafasan sikit.. kalau lalu tempat dia di petang hari sure dia telentok + berdengkor baik punya. Cuma hari ni je dia buat slack sikit... time dia tidur tu terleleh ayaq liuq basi.. mak aii..kalau aku dok mengunyah biskut sure tersembul kluar...ekekekek, agak2 la sikit kan. huhu

Kisah kedua yang hampeh plak ,ada gak sorang ni.. badan pun saiz XL gak. Masa aku pray zohor, dia kira nak abis dah dok depan aku.. masa aku nak bagi salam tiba -tiba bunyi kentut yang agak kuat... agak-agaklah juga nak lepas bom kan.. ni dalam surau... tak bernafas kejap aku.. huhuhu.
Itujelah nak gebang kisah ada lagi orang-orang yang dewasa kononya tapi masih belum matang kah kah? huhu

Sunday, May 17, 2009

Konsert AF 7 Final transformasi yang tak perform

Fuhhh lega aku.., dah abis pun konsert akhir semalam. Seperti yang di ramalkan samada Hafiz atau Akim atau Aril yang menang. Aku macam sapa ek semalam.. yang mengulas kat tag si joe tu, ha si Deo & Roe nak si Akim tu menang tapi afundi air liur je... tak de la harapan lagi pun depa dok kata susah nak kejar dah beza 20 % , sepatutnya kan sabtu petang tu di bukalah kejap sampai 7 ptg ke ,kedudukan undian terkini. hihihi

Bagi aku tak kisah sangat si Hafiz ni menang, memang persembahan dia setiap minggu tak mengecewakan kalau compare konsert teater tu dia lebih power dari Akim, manakala konsert lepas Akim baru je power nyanyi lagi I'am yours tu. Tu belum nak compare minggu-minggu sebelum tu kan. Boleh kot korang check aku ada buat ribiew gak kat bulan Mac kot.

Si Aril pula ,susah nak jadi juara, Afmasuk ni ramai masih pertikaikan, kalau la masa Aril tu time dia nak kluar tu, tak payah kasi dia kluar,ada sesetengah konsert AF(musim yg Mila kot, sebelum ni pernah di pertengahan takde sapa kluar.. Permulaan konsert lagu ramai-ramai, boleh la tapi suara Isma tak dengar langsung. Ok mari kita mulakan dengan


Hafiz
Hafiz dah beriya nyanyi time awal-awal ni then next dia pula kena nyanyi. Nampak masa si Ac dok menuramah Hafiz sebelum dia nyanyi nampak dah penat, lepastu kena bawa lagu Anuar zain siap banyak kena hapal koreograpi si Cigku Aris tu,sian dia tak terkejar-kejar Hapiz, so nada rendah tak clear sangat, kalau ikut Final persembahan Hafiz leh potong dengan si Aril. huhuhu(kalau ada juri profosional lah kot). Lagu kedua ok, slow dan masih baru serta tak beberapa nak tangkap lagi best ke tak.

Akim.
Lagu pertama masih tak sedap aku rasa lagu baru dia ni. Entahla macam tak best aje kali ni AF 7 bagi lagu-lagu depa, sure lepas ni kena buat album lain baru best. Pengkritik pun masih komen ada lagi dengar suara tersekat si Akim ni. Lagu kedua si Bercinta Faizal tahir... ,dengan tangan di ikat ,memang susah Akim nak kawal suara tapi dia bejaya lakukan dengan baik, memang berat melodi lagu ni dia kena bawa at least dia harus bangga dapat bawa lagu ni waima ada la terkucil di hujung-hujung nya.

Aril
Ya ,lagu pertama dia bawa memang penuh penghayatan dan penuh emosi sekali. Memang pusingan awal berpihak kepada si Aril ni. Cuma ramai yang masih tak puas hati dengan afmasuk si Aril ni, dan memang sukar nak menang . Lagu ke dua, ya memang hampeh lagi sakitkan telinga aje. Takpelah mungkin ada rezeki lain menanti ,oklah tu dapat naib johan ,memang sukar rasanya afmasuk ni nak jadi juara AF.

Yazid
Lagu pertama dah lemah, takde tenaga atau energy langsung tengok dia waima dia dok pusing keliling pentas.. Err aku tak ingat la apa yang dia buat lagi.,(betul la adlin cakap takde benda nak ingati mamat ni lepas ni). Lagu baru pun sama , aku pun rasa tak sedap betul lagu ,mai tangkap muat kah ... opsss.

Isma
Persembahan awal, biasa aja suara Isma ni sebenarnya, dah 10 minggu sama aje note-note dia takde nampak dia nyanyi lantang atau pun macam mana ek..sedap le kot. Lagu yang terbang rambut tu... Adam dan Hawa.. ya .terlalu besar melodi lagu Misha tu dia nak bawa. Oklah dapat no 5 dah kalau Toomok sudi boleh la buat album dengan kakak dia ni nanti.

Itujelah nak bagi komen, harap-harap tahun depan kasi la lagu baik sikit masa final. Macam tahun lepas ada buat pertandingan lagu untuk peminat hantar kee.. Ni bagi lagu macam nak membunuh aje karier yang baru nak naik ni. Err aku pun kalau boleh rehat la setahun ke AF ni.. takpun tukar format, 30 % ke undian juri.. (boleh ke... ubah-ubah ni)

Juara? Yelah dah rezeki Hafiz, takpe buat Akim dan Aril masih ada peluang untuk bangkit. Terkejut gak dapat hadiah keta honda tu ek. Takleh nak komen banyak sebab sendiri pun tak undi kan, hehehhe. Bulan 6 ni layan anak wayang pulaklah ,best ke tak layan ajelah nanti.

Saturday, May 16, 2009

AF 7 -Transformasi berakhir sudah

Malam ni berakhir sudah konsert akademi yang saban malam aku tak miss menonton waima adalah bertembung dgn Aim dan apa tah 1 lagi, tetapi tetap gak tengok ulangan ,hehehhe.
Jadi malam ni adalah penentu juara jadi kalau yang nak undi pelajar pilihan anda sila undi , aku setakat konsert ke 9 belum undi lagi , wowwwwwww...

Yelah masa awal-awal aku dah pilih beberapa peserta yang boleh masuk final so depa lepas masuk konsert ke 8, ke 9 so takyah la aku undi , eekekeke. Antaranya hafiz & Isma . Aril dan Akim plak nak dekat ujung baru ok persembahan depa ni. Jadi siapakah yang layak menang kali ni? Analisis -analis ,check depa punya prestasi...

Juara kali ni nampak macam Hafiz boleh menang tetapi ramai juga menantikan kemunculan Akim dan Aril, yakni masa persembahan akhir nanti kalau depa 2 ni nyanyi dan mendapat pujian dari pengkritik tetap boleh juga menarik perhatian pengundi. Aril rasanya habis kuat aku rasa dapat no 2 atau 3. Linda af masuk musim 2 dan Loter Af4 masuk musim 4 pun muncul jadi naib johan sahaja.

Isma dan Yazid? emm.. depa ni persembahan tak konsisten dan agak susah nak cari x-faktor kalau depa kluar nanti boleh tak kekal sebagai penyanyi tersohor?. Isma boleh buat album dengan bantuan Tomok yang dah menang 1 juta tu so tak salah rasanya Tomok bantu kan, kalau tomok dapat duit dah sure dia labur gak untuk kakak dia malam ni kan..

Oklah juara pilihan aku malam ni samada Hafiz atau Akim lah,pencabar kuat maybe si Aril. Kalau depa kalah depa 2 ni boleh berlakon teater arahan si Tiara tu.. ekekekek . Masa awal aku kan ada rasa pelik si Tiara tu boleh jadi pengetua dan adakah beliau nak anak2 murid dia berlakon teater muzikal?

Aku rasa ya sebab masa konsert ke 8 yang ala-ala teater tu yang paling nampak menyerlah bakat-bakat pelajar af 7 ni . Itu jelah nak ramal AF 7 berakhir sudah aku rasa transformasi kali ni tak berapa nak menjadi.. maybe boleh menang artis baru terbaik tahun depan (ABP 2009) hehheheeh.

Saturday, May 9, 2009

Gambo -gambo jalan pantai timur






Bandar KT, siap ada bas antik ek..


Ni kat balkoni otel mengadap Primula Beach , Batu burok.Ni ruang tamu aptment otel Sumai Resort KT, 3 rooms, anak-anak tidur sini, mak/bapak dalam bilik, huhuhu

Pasar besar payang tempat kaum wanita shooping cari batik sutera

Anak buah , conpius aku yg mana 1 abg or adik kdg2

Senyum.........

Wednesday, May 6, 2009

Air mata

Tajuk kali ni sebenarnya ambik dari si jogho tu, suruh bagi pendapat adakah air mata terutama lelaki ni akan tertumpah dengan senangnya.. huhu . So buat wakz tak yah la malu-malu, betul pendapat rakan-rakan tu tak salah termengalir air mata kalau itu memang boleh melegakan diri.

Bagi akulah air mata lelaki ni memang mahal rasanya. Aku pun dari kecil memang di asuh oleh orang tua tak boleh nangis selalu., (kang jadi buta lah,,pengaruh cite ibu mertuaku lah tu..hihihi). Bila besar sikit memang la kalau boleh kontrol gile kalau nak nangis...(pi la balik pintu menyorok sambil menangis sedu sedan , ni masa sek.ren kot).

Masuk alam dewasa lagilah.. jarang lah nak mengalir air mata kan. Tapi nak bagitau kat hang wak aku ni lebih kurang macam joe perantau tu, kalau dok tengok filem yang kadang kala menyentuh jiwa dan perasaan boleh mengalir air mata tanpa di sedari..chewah.

Kali terakhir termengalir air mata masa aku gi kursus min ja roes tu, bila time penceramah tu masuk bab emosi adalah benda dia nak bg kita orang nangis.. huhuhu.
Semua peserta kena tutup mata dengan kain, lepastu ada sajak sedih di bacakan. Mulalah dia suruh kenangkan masa kecil-kecil dahulu.

Diceritakan saat masa kecil dahulu, suruh kenangkan saat bersama adik,abang,kakak. Lepastu suruh ingat jasa guru-guru yang jasanya banyak sekali dalam mendidik menjadi insan berguna. Lepastu mai kat ayah di cerita nya saat ayah yang bersusah payah mencari sesuap nasi untuk di kongsi oleh ahli keluarga yang lain..(dah start bergenang dah)

Bila mai tang mak.,, maka mengalirlah air mata ku ini, mengenang jasa ,asuhan ,didikan , segala keperluan makan minum, bekal ke sekolah semuanya di sediakan tanpa mengeluh waima kita tak tahu banyak yang di lakukan itu merupakan kadangkala adalah kesedihan yang terpaksa dia tempuhi tanpa memberitahu pada diri kita.

Itu jelah kesedihan yang menyentuh emosi aku di kala itu. Tapi yang tu macam bila di cerita oleh penceramah maka sedihnya sampai. Hat yang lain macam aku tengok AF lah, contoh masa zarina ,linda terkeluar masa AF 2. AF 1 mestilah budak rosma tu, errr sapa lagi ek maybe af 3 time akma mengusung beg kluar. Af lain aku dah boleh terima kenyataan, kalau terkluar pun ramai orang akan beli albumnya tak payah la dok nangis.. buang karen aje.. ekekekeke.

Err masa termengalir air mata tu cepat-cepat la aku cober. Yelah aku simpati lah juga walau nyanyi best tapi tetap terkluar, hihihi.Af 7 ni aku rasa masa zizi lah kot, time aril aku tahan lah jugak walau macam nak kluar je air mata.. huhuhu.
Tu jelah tah apa apa , layan ajelah ek

Tuesday, May 5, 2009

Sambungan cuti

Sambungan la plak, atas permintaan katanya..Ekekekeke, sabar jelah , nak gak aku buat sambungan entry bercuti ni. Lupa la aku nak cite sebab senang ingatkan tarikh 1 mei lepas, anak aku yang nak masuk 3 thn tak lama lagi baru berani tak nak pakai pampers lepas mandi pagi pagi tu. Terkejut gak aku dan aku yakinkan dia kalau nak buang air gi toilet macam si abg dia.

Mula- mula tu ok, aku tanya dia nak kencing tak, then dia kata nak. Sejam lepas tu aku bawa depa 2 org pi beli paper jap naik keta(jajan sudah tentu kena beli). Nak balik tu.., alamak dia tak tahan , terkencing skit, mujur dia berdiri kat belakang. sampai umah basah sikit je kat seluar. Takdelah marah-marah dia.. kang dia sentapz tak nak cuba dah kan.

Tgh tu pi umah kakak ipar wife aku pakaikan dia pampers,, tak berapa confident takut dia lupa. Hari sabtu.. . ha , kira sambungan lah ni. Pagi tu dia still boleh lepas lagi tak kencing kat seluar tapi kena tanya dan ajak dia ke toilet. Dalam 12 lebih kot 1 family keluar termasuk adik and kakak ipar gi jalan ke Jusco perda (so pakai lah pampers).

Sampai Jusco tu macam biasa main dekat tmn mainan kat bawah. Agak lama lepastu bawa depa pi library. Sampai situ ada pc yang boleh access internet. Apa lagi cargasla aku guna tapi berbayar la. OKlah lama tak check facebook.. , blog kawan-kawan. Sempat sembang dengan Deo kononya nak tengok AIM daripada nak tengok AF.. (tapi aku tertewas banyak tengok AF dari AIM, kira time iklan buka AIM jap... huhuhu)

Lepastu balik singgah makan bihun sup kat area Jawi tu, tapi takdelah aku makan hanya order kopi aje couse dah terbeli 6 donut big apple. So kat situ ada buai, papan lungsur bagai so aku layan anak-anak aku main . Balik terus rehat dan bersiap sedia layan konsert ke 8 dan AIM ke 16 ek..

Hari ahad, tak nak pakai pampers lagi anak aku tu. Ok layan.. masa lepak kat balkoni tiba -tiba terkencing gak dia. Lupa aku nak tanya dia, kena layan ek tanya selalu..Kena latih tubi ni..ke nak minta bibik sure dia malas nak layan ni. Oh ya
pagi ahad tu hujang memanjang dan sesudah subuh ..opsssss.

Lepas bagi dia pakai pampers dalam 10 am terus aku bawa anak-anak gi umah adik aku kat bm, err org umah pi facial katanya pagi tu dengan adik dia . Mak aku pula baru sampai dari kelantan, rombongan cik kiah ke sana sempena cuti 3 hari ni . So lepas jumpa adik pompuan aku tu, aku balik umah mak lepak sana sampai ptg sikit. Lepastu balik jawi baru gerak pulang ke kl. Tu jelah nak cite ..hihihi ,takde dah sambungan tau.. ekekkeke

Monday, May 4, 2009

Cuti -cuti balik kg

Khamis lepas, abis keja je berdesuupp balik umah, plan nak bergerak dalam 6 ptg. Buka radio era semua jalan keluar dari kl mengalami kesesakkan. So 6.30 gerak jugak keluar ambil jalan gombak, then masuk duke. Lepas tu ambil lingkaran tengah kat batu caves tu terus aje ke sg buloh ikut Link tu. Ahamdulilah tak sesak sangat jalan kira pukul 7 lebih dah sampai pun R&R rawang.

Macam biasalah kalau cuti bersambung ni ,PLUS memang la banyak keta. Dalam 11.30 baru sampai Jawi terus aku layan tidur. Pagi esoknya lepak aje dok rumah layan anak -anak di hari perkerja. Tengahari sebelum gi pray jumaat aku gi cc dahulu.. opss. Lepas pray menuju terus umah kakak ipar ,depa dah bergotong royong masak.

Lepastu balik umah, org umah gi jalan2 cari kain ela kat mana tah dengan kakak-kakak dia tu. So aku buka chanell ceria ada cite ultraman, aku bagi 2 anak aku tu layan then aku masuk bilik sambung ketiduran di hari cuti..ekekek.(ada bibik dia lah tengok-tengokkan).

Malam tu apa lagi layan tv la.. OIAM , sian kat aweera, ingat ada peluang menang, rupenya ada undian peserta ke 3 rendah kekal. Oklah tomok tu menang couse setiap minggu memang juri dok puji je, dibandingkan dengan aweera tu.. asyik di kritik oleh Paul Maus tu aje. Aku rasa AF 7 final kena beritahu sapa leading bila persembahan terakhir, manalah tau masa ada selingan lagu-lagu sebelum undian tertutup banyak gak duit masyukkk . Sebelum tidur layan result American idol. Itu jelah cuti hari pekerja...