Monday, December 31, 2012

Dah poto*g

Lamanya tak hapdet blog(setahun 6 kali oklah kot?) , errr takdelah menda nak cerita ,Alhamdulilah  syukur si abang anak yang sulong kalau orang utaqa dok habaq dah bersunat.  Hmm kenapa awai benor? sian dia mula-mula macam tak mau aja. Mujur ada sepupu dia blah wife aku yang sebaya mak dia tolong daftar kat spital area kg halaman di. P.P tu. Jadi apa lagi selitkan lah juga masuk sekali nama si abang.

15 Dec kita orang balik sana, aku cuti sampai 25 siap habaq kat boss kecik anak pertama nak langsung. Ikutkan memang la banyak benda nak wat tapi oklah lama gak tak ambik cuti panjang-panjang kan. Selalunya aku akan balik sendiri naik bas kalau cuti skull panjang tapi mujur tahun ni wife kena jaga budak preksa lak jadi dia pun takleh nak dok lama kat sana,

Esoknya mak aku wat kenduri skit, wat pulut kuning +ayam kari panggil abg ipaq dan adik badik ja baca doa selamat . Ha  tu pun aku upah kak ipaq tolong masakkan couse pulut kuning dia memang sodap from aloq setaq mai naaaa. Ingat lagi masa aku masuk jawi, memang buat kat umah aku, ada kenduri gak lepastu tok mudim yang uruskan? Sakit ?? dah lama tak ingat dah tapi seriau ooo,kena tarikkk dan zaaaaassss. pedih kot , huhuhu. Time tu mengalir air mata ja couse aku dah tahun 4 kot ,dan ada la 5 orang so aku orang pertama kena kira lagak tahan  laa.. ekekeke.

17 dec, masa ditunggu telah tiba , saspen aja aku nak hadapi couse aku tahu si abang ni takut benar dengan jarum. Sampai spital dah 2 orang lepas , kira si abang  orang yang ke empat. Sepupu dia masuk dulu, agak lama 20 minit macam tu, kluaq jalan elok tak dengar nangis bagai. Time giliran anak masuk waktu tu aku dok ralit baca apa tah, ada adik ipaq aku kenai doktor atau pembantu spital tu terus dia di ajak masuk. Haa.. sudah aku rasa sure nangis kang budak ni.

Apa yang di risau memang  menjadi kenyataan , terdengar si abang dok nangis sakit- sakit..., hmm tentu sebab bapa menakan dia ada  sure dia nak buat simpati bagai. Lama gak dalam 30 minit macam tu baru kluaq. Apa lagi adik ipaq aku cerita la dia tak dok diam time Dr. nak cucuk tu , so kalau agresif secara logik darah sure mengalir kat semua tempat , so maybe la sakit la agaknya kena cucuk tu. Hmm rugi gak aku tak masuk tapi member opis dah cite budak-budak ni kadangkala time mak/abah ada la dok berlakon bagai kan? Balik pi umah kakak ipaq aku kira dok la dengan sepupu sekali  kira ada geng la kasi dia tak sedih-sedih ngadu sakit.

Sampai aja umah makan ubat siap-siap, kang bius dah abis sure rasa punya kan. Ada 3 jenis ubat aja, dan tengok takde pun di balut bagai , kira doktor cakap kaedah ni paling senang dan cepat baik. Alhamdulilah lepas makan ubat terus dia lena. Adalah dia ngadu sakit-sakit tapi sebab ada geng depa 2 orang kira control gaklah sakit tu. Masing-masing tak nak tunjuk lah kot ataupun aku rasa masa aku time kena ja ,then time nak makan , nak mandi susah skit kan.

Malam tu aku dok google bagai blog yang cite pasal bersunat ni.. Banyak pantang larang tapi ada gak yang susah nak ikut contoh makan ayam. Alhamdulilah si abang tu selain ikan bakaq di beri gak ayam goreng , ok aja cuma ada bengkak skit la tapi ubat bengkak dah ada kira dia surut balik lepastu.. hehehe.. Hari ke 3 rabu malam skit,aku bawa si abang dan family stay kat tg bungah island, bawa bercuti jap sebab dah tempah. Member hangat hati tak dapat mandi kolam . Kira khamis tu dok ajelah kat tempat cuti tu tapi malam tu kluaq makan ikan bakaq kat batu uban area lepas Penang Bridge tu. Kali ni dia leh pakai slack tapi jalan masih control dan kengkang lah skit, hahaha.

Hari Jumaat balik semula ke umah, dah leh pakai sluaq slack dengan elok tapi jalan masih lagi tak betul. huhu. Hari ke tujuh atau ahad barulah baik dan dah boleh pakai seluar dengan selesa , kira seminggu gaklah .Legalah gak couse si abang ni makan tak pantang sangat macam aku dulu-dulu 3-4 hari gak makan nasi berlauk ikan masin .. hehehe seksa oooo.


Thursday, May 17, 2012

Alhamdulilah kali ni baby girl pula

Semalam petang kat opis orang umah dah mengadu sakit kontraksi yang kerap . Balik opis terus bersiap bawa semua anak anak ke hospital Ampang putri. Sampai je terus masuk labour room ,anak-anak aku letakkan di bilik mainan tingkat 3 tu. Dalam 7 lebih doktor ,scan dan keputusanya baby masih belum pusing kebawah, bermakna songsang . Alamak kena bedah ni kecut perut sebab sebelum ni 3 orang anak tu bersalin normal. Selamba aku tanya doktor, bila ni, terus doktor cakap emergency ni malam ni juga ,dan dan aku terpanik kejap sedangkan wife relax aja. Lepas pray maghrib aku bawa anak-anak jumpa Mama depa, cium tangan muka bagai ,nurse kata aku tak boleh masuk,kes emergency..Alaaa kalau di beri masuk memang aku nak masuk tapi maybe tengok kat tepi atau muka jelah sebab aku ni cepat gak rasa mual kalau tengok darah ni..Lepastu aku pi seben eleven sebelah beli roti/coklat air bagai bagi anak anak dok la dalam bilik mainan depa suka tu. Aku lak tunggu kat bilik bedah tk 2,Tunngu punya tunggu alhamdulilah lahirlah puteri atau anak ke 4 pada 9 malam yang beratnya hanya 2.33 kg aja. Kecil dan sespen aja bila aku pegang azan dan qamat baby tu, mula-mula nak qamat ja lepastu tu nurse kata tak salah kalau azan sekali kan.. so aku buat dua dua. Anak- anak depa tak masuk time tu depa main lagi so aku sorang jelah tengok. Alhamdulilah syukur semuanya selamat dan sihat ,orang umah mengadu tak rasa apa-apa cuma lepas bedah dia sejuk dan time aku nak balik dalam 11 malam tu dia mengadu rasa kebas dah . Anak lak doktor letak dalam incubutor.,penafasan baby masih memerlukan oxygen tambahan, belum boleh sesuaikan lagi sebab lahir pramatang macam ke tiga2 anak sebelum ni,

Tuesday, April 10, 2012

Kongsi Ilmu

Malam tadi kat tempat aku ada tazkirah lepas Maghrib , errr ceramah pendek lah sebab dari pukul 8 sampai 9 lebih gitu oleh Ust. Muhamad (Mad Cina gelaran dia.) Sebenarnya aku kena bawa note lah untuk taip isi kandunganya ,supaya lebih senang nak taip kembali. Err tapi kali ni oleh kerna dia ahli P*S banyakla isi kandunganya ada unsur unsur politik.. takpa layannnnnn.kekeke

Antara intipati ceramah dia nasihat kita kena sebarkan lah ilmu , kat laman web ,pacbook ka , moga-moga orang yang baca dan amal kita dapat manfaatnya. Dia ada cite aktif dalam NGO yang mana cuba masuk dalam golongan Mat rempit, kira berdakwah pada mereka. Contoh baru- baru dia dan ahlinya buat rombongan motor pergi Janda baik . Dia citela pengalaman macam-macam terutama mengutamakan sholat kat ahli rombongan. Memang la payah dia kata tapi secara perlahan -lahan depa ingin Mat rempit ni kembali ingati kepada Allah yang Maha Esa.

Lepastu ada dia buat tazkirah sambil karoeke kat area Bandar utama sana. Sambil nyanyi sambil buat syarahan gitu... Mat rempit dan ada gak gadis2 remaja join gak. Macam pelik tapi dia bagitau lepas ja ceramah ada soal jawap banyak je Mat2 rempit ni dok tanya.

Oklah ni baru aku nak kongsi ilmu baru.. kekeke .Paginya ,oleh kerna org umah cuti rehat aku bawa baby ke umah Pengasuh. Entah sejak 2 menjak ni radio suria FM selalu aku layan. Pagi tu oleh kerna hujan si Halim Osman tanya la Nabil sepanjang dia jadi Mat Despatch adakan dia redah aja hantar surat @ bungkusan.

Nabil tanpa di sangka menjawab dia memang seorang didikasi. Katanya memang la kalau ikutkan diri dia rehat aja bawah jambatan ka,kedai mamak ka, tapi oleh kerna dia dah pasang niat dan berdoa pada tuhan demi jalankan tugas. Dia berdoa moga setiap titik hujan yang di harungnya atau ditimpanya semoga tuhan menghapus dosa-dosa kecilnya.

Hmm ya 1 motivasi yang baik, so pagi tadi aku redah lah jugak ke opis , rintik2 aja sambil berdoa atau niat macam si Nabil tu , ya memang rasa kelainan yang tak dapat di gambarkan,.. dapat sampai sebelum 8.30 dan laksakan tugas macam biasa. Yelah keja makan gaji ikut masa kenalah tepati, kalau terlambat skit kena ganti balik masa tu,barulah berkat . Insya allah yang baik jadikan teladan ya...

Tuesday, March 27, 2012

Sihat

Baru- baru ni aku gi wat ujian kesihatan percuma , couse ingatkan ada ujian koles . Takde rupenya ,yg ada ujian tekanan darah, BMI, glukos dan % lemak dalam badan. Mula-mula test tekanan, ok aja good kata nurse yang check tu. Lepastu pi wat ujian darah , aku bg tau nak ambik untuk glukos aja, sbab dah tau darah jenis apa.

Alhamdulilah 5.0 ,kira itupun pagi sbelum tu dah minum ayaq milo O stengah cawan + roti sekeping letak telur separuh. Last sekali % lemak, ok gak bawah 25% ,perunding kesihatan tengok semua result dia kata ok ja,kecuali lemak tu jangan dok makan roti canai kari aja.. Itulah sebut pasal kari sejak 2 menjak ni selalu ja aku beli kari ikan atau ayam untuk anak bujang aku tu makan bila dia balik skull.

So lepas ni kena kurang letak lah kuah kari tu, kira ambik sayur lebih lah ni. Sebenarnya takdela menda sangat cuma masa aku dok beratur tu ada lah 2 org lelaki yg memang nampak berisi dok sembang .

Lelaki A: Aku kan lepas wat ujian ni saje je nak tahu , bukanya apa memang la dok jogging
Lelaki B: Ha habistu pesal perut tu asyik kedepan aja... (sambil gelak2)

A : Yelah aku memang la jog 2-3 kali pusing taman lepastu mesti singgah mamak perkena roti
B : Yolah patut tak da perubahan pun

A: Kalau nak ikutkan tak nak nya aku jogging ni tapi kerna nak makan aku gagahkan gak

Lebih kurang la dialog depa macam tu. Kira aku olah sikit-sikit ja.. kekeke
Sebenarnya takde la menarik sangat tapi isunya di sini selalu je orang yang obesiti ambik mudah benda-benda macam ni . Contohnya asal dia jalan-jalan atau lari skit je tak sampai 15 minit terus dia kata dah bersenam tapi kesudahanya ke gerai mamak gak. Jadi bila dia nak capai berat ideal?


Isunya di sini depa ni paham ke dak cara nak ilangkan lemak kat perut tu..., kekeke. Tapi oklah depa ada kesedaran wat ujian sempat aku usyar mamat obes tu nya % lemak,. melebihi 30% kira kena kasi bakar la lemak tu. Itu ajalah bebelan aku hari ni lama tak menulis ni sekali sekala isu sihat ni kenalah do kongsi untuk renungan bersama.

Monday, January 9, 2012

Part 4(Final) Jkt - KL


Hari terakhir jalan -jalan ke luar negara. Pagi yang amat letih, lepas suboh tidur balik then 8 pagi baru turun makan -oklah makanan lagi meriah kalau compare otel kat bdg tempohari. Lepas breafast naik atas balik kena kemas masuk beg segala barang yang dah beli . lebih kurang 8.45 kot bas bergerak ke Tamrin City area tanah Abang, katanya tak sesak nak ke situ dan barang lebih kurang kat T.A je kata si Kamal tu.

(gambar kat atas baner menjelang sukan Sea on the way ke Tamrin City)

Perjalanan ke situ rupenya takdela lama sangat so sampai 9.30 gitu ,kedai pun baru nak buka dalam tu.. Aku macam tak puas hati ja awal sangat tapi yelah si Kamal dok bagitau Jkt ni jem sesaknya tak tentu masa tambah-tambah hari kerja ,weekend ok kalau nak jalan-jalan ke Jkt katanya. Jadi bergeraklah aku dan wife pusing cari jubah/baju blouse sambil dok check barang apa yang murah . Hmmm takde apa menarik last-last kitaorang perkena bakso & es kelapa kat lantai atas sekali food court depa.



Lepastu baru sambung shopping , beli tambahan jubah ,baju apa tah lagi . Ingat nak cari tshirt dan Jeans lagi tapi si Kamal dah sound lepas ni ke Mangga 2 ,kat situ banyak lagi. Lebih kurang pukul 11 kot berkumpul smula,ada lah lagi yang sesat .Dok telefon tapi tak jumpa jalan kluar,last-last agent pi ambik depa berdua. So destanasi terakhir sekali Mangga 2 , si Kamal tu pilih sebab jalan nak T.A tu jem banget katanya dan ada la beberapa orang nak ke Tanah Abang complex(kira tak puah ati gitu), maybe nak beli kain ela lagi kot.


Rupenya Mangga 2 ni ni di pilih sebab senang nak kluar ke aiport, yelah pukul 7 petang flight berlepas so pukul 3 dah kena sampai untuk mengelak dari daftar masuk ,beringat gak kang terlepas flight kena beli tiket lain pulak kan. Tak tahu apa yang best Mangga 2 ni kira macam area Bukit Bintang Kl ja . Ada la beli sluar Jeans lagi kat situ , beli baju untuk anak-anak lagi , oklah kira cari yang ada pakej diskaun contoh 5 helai 50K rupiah,kalau beli selai 2 tak dapat la rega menarik.


Lunch pulak hari ni sendiri,ingat nak cari pizza yang di kata sedap di sana, KFC & M'donald dok baca ulasan blog memang tak best. Cari dok cari last-lat aku dengan orang umah naik atas sekali ada food court ,tengok yang ada nasi dan lauk pauk dan pekerja perempuan bertudung, susah nak beza muslim dan tidak kat jkrt ni. Akhirnya lebih kurang 3 petang baru berkumpul semula macam biasa ada yang tersesat lagi, mujur kejap ja tunggu sebab nak rush ke airport takut macet banget plak.


Perjalanan ke Airport memang jem dari Mangga 2 tu kira oklah sampai dalam 4.30 macam tu waima sebenarnya kalau ikut highway stengah jam leh sampai. Terus la kita orang pi daftar guna web tapi semua ahli rombongon si Kamal uruskan. Cuak juga nak masuk kot kena cukai ke apa ka.. tapi semua lepas.. hat risau adalah yang bawa 3-4 beg besar belum campur plastik beg hat besaq tu. Lepas keluar pemeriksaan imegresan terus aku dan orang umah gi cari makan malam siap2 ,singgah kedai roti apa tah dalam tu. Flight plak delay setengah jam,oklah leh solat siap-siap dulu .


(Nak sampai dah airpot, selamat tinggal Jkrt)

Lebih kurang 7.45 bertolak dan sampai ke KLIA lebih kurang 11 malam. Masa kat kastam malaysia hat mana bawa bagasi lebih pegawai tu suruh buka. Bila dia check nampak benda baru beli terus dia nak kira cukai., tak tahu aku benda apa maybe baju-baju kot. Jadi eloklah simpan resit bagi sapa yang beli banyak barang tu. Alhamdulilah aku dan orang umah lepas ,hanya bawa 2 beg besar dan 2 beg kecil (hat 7kg tu ja) .Kluar je balai ketibaan lega ada bas skull siap-siap tunggu dan berakhirlah percutian honeymoon aku ,opsss .hehehe

Thursday, January 5, 2012

Part 3- Bdg & Jkt

Pagi macam biasa sesudah suboh tidur balik then pukul 7.30 kot baru turun breakfast , takde la menarik sangat makanan kat otel 2 bintang ni . Agenda seterusnya pagi tu ada lah lawatan ke Sekolah agama terkenal di sana , SMA 5 apa tah namanya. Gerak dalam 8.30 ,9 pagi dah sampai. Taklimat dan majlis untuk sesi melawat di buat di dewan. Mengantuklah gak dok dengar cikgu penolong kanan dok cite pasal skolah tu.

Mujur lepastu ada persembahan muzik angklong dari budak2 form 4-5 kalau nak compare kat malaysia umur 16-17 tahun macam tu.Best juga depa wat persembahan tu hilang mengantuk. Lepastu aku kluar saje -saje jalan cari kanten .



Terjumpa beberapa orang yang dok leka main muzik kat coridor -waktu rehat depa kot so dok berlatih la sambil interbiew depa. Tak berapa paham depa punya exam tapi ada lah gah exam besar sebelum depa masuk Univ atau apa-apa kolej.Aku masuk balik dewan untuk dengar apa tah lagi P.kanan dok present. Lepas abis bagi cenderahati bagai dan sesi bergambar kami di bawa masuk ke beberapa kelas , ikut lah ada yang pergi kelas sains, math, bahasa ataupun sejarah macam tu.

Kemudian dalam 10.30 sesi lawatan pun abis tapi malang menimpa sekali lagi bas persiaran rosak buat kali ke 2, kena tunggu bas 1 lagi. Alaaa malang betul lawatan kali ni ,ni yang tak best kalau gi group ni, masa terbuang tunggu bas,dan ada gak tunggu orang,masa terbuang macam tu ja.. opss.. pengalaman gak tu.. kekeke. Lepastu terus langsung di bawa ke restoren masakan sunda dalam pukul 12 gitu. Sebenarnya ramai dok bising dah nak pergi ke pasar baru sudah lewat benar.



Selepas makan kemudian di bawa pula kami ke toko jeans , alaaaa.. beberapa orang yang dah pernah pergi bandung dok risau kot tak sempat shopping ke pasar baru. Kat sini aku tak beli apa sebab dah sambar jeans dan tshirt hari pertama haritu. Lebih kurang pukul 2 baru gerak sampai ke pasar baru dalam pukul 3 macam tu. Gambar kat bawah ambik kat tingkat paling atas p.baru -area surau ,elok je sampai terus naik situ dulu.


Ala 2 jam je kat PB ni,aku dok baca kat forum dan blogger depa mai sini at least dari pagi sampai petang kan. Orang umah dok cari telekung dan aku lak cari jubah untuk kakak and mum yang dah pesan .Oleh kerna aku dok baca kat blog toko laris paling ok untuk tawar menawar langsung kesana. Ya memang dia bagi murah kononya aku bagitau sudah ramai orang malaysia ke toko nya dan di recomended gitu. Oklah rega nya kain telekung bersulam dalam 120-130K tak salah aku.

Kemudian orang umah terus cari kain ela plak tersempak dengan wife Pnolong Kanan skull dia, nak borong banyak so wife join sekali untuk dapat lebih diskaun katanya. Aku lak bergegas kat tingkat bawah cari jubah lak. Cari dok cari terjumpa 1 toko jubah ni, dia dah nak tutup kedai so aku ambil peluang la minta diskaun dalam 150K dapat 120 k jubah biru lip lap untuk my sister. Untuk my Mum esoknya ke jakarta si kamal bagitau nak singgah Tamrin shoping complex,situ banyak gak jubah.


(Suasana taman dalam F.O Rumah Mode)

Dalam 5.30 kot dah nak malam gitu baru pergi berkumpul untuk naik bas ke tempat shopping seterusnya iaitu Rumah Mode pulak.Hmm Rega F.O ni rupenya lebih kurang kat sogo atau JJ -kalau ada sale la.., so tak beli apa apa pun ,maybe tak banyak diskaun lagi.Terkilan jugak tak pergi jalan riau kat situ ada banyak F.O yang jual pakaian murah (dok baca blogger kat situ murah) ,so kena gi lagi ni berdua dengan orang umah(this year?) kekeke. Lepak kat situ sejam lepastu baru gi makan seafood restoren kat Band*ng ni.

Seterusnya dalam 9.30 mlm kot baru lah ke Hotel Orchad kat Jkt so perjalanan ke sana lebih kurang 3 jam ,sampai dalam 12 lebih, untung rupenya agensi pelancung tu sebab rega bilik dah ada diskaun kalau check-in 12 lebih, kang 8.30 katanya dah nak gerak check-out balik M'sia. Sampai je bilik ,letih ya amat dari petang asyik berjalan dan langsung ke tiduran dengan nyenyak sekali.