Monday, June 30, 2008

Cerita Hujung Minggu

Sabtu lepas ada game hoki Inter Comp, seperti biasa aku akan cuba hadirkan sukan yang aku suka masa sekolah tapi tak dapat wakil mungkin masa skolah aku tak sempat mahirkan diri.(atau ramai lebih terror ). Pagi tu kalau takde game sure aku akan pergi membuat lambaian selamat tinggal si Delinn yang dah telah pun jadi orang Utara la ni. Takdelah aku nak rasa ralat sangat sebab jarang pun jumpa si Delinn kecuali ada mini ghatering yang di anjurkan oleh Geng Reban Bangla tu dan dan tentu mesti ada mini jumpaan kalau minah tu datang Kl nanti.

Berbalik pada game hoki, macam tahun lepas Sykt aku kali ini hanya sampai suku akhir ajo. Masa awal-awal dulu ada lah juga buat latihan sebulan sebelum perlawanan dan pernahlah masuk final 2 kali termasuk dapat Johan sekali. Kali ni aku jadi penjaga gol sebab ada keeper yang selalu main tak main kira aku jadi bidan terjun lah ni. Takpelah tahun depan ada lagi macam biasa aku akan main kalau takde hal-hal mustahak lain.

Ahad pulak paginya ada Gotong Royong kat perumahan yang aku tinggal. Aku turun dalam 9 pagi dengan cuaca yang redup kan best kalau sambung tidur aje, huhu. Takdelah aku berkerja keras sangat kerna DBKL siap datang bawa Buldozer dan gotong royong kali ni macam nak bersih kawasan sekitar aja. Adalah aku buat keja-keja ringan macam bersihkan longkang yang tersumbat kerna sejak 2 menjak ni nyamuk macam bermaharajelela plak. Lepak-lepak sembang dalam pukul 12 naik atas lah sebab hujan ada gak turun time tu. Ada lagi sambungan katanya.. (aduhh tak bestnya).

Dalam 3 Petang pulak bawa family jalan-jalan ke Midvely sebab wife nak tengok baju anak-anak . Ramainya manusia kat situ ek hanya sempat gi Jaya jusco aje couse adalah sales yang taklah diskaun sampai 70 %. Haa sempat aku tanya sorang staff kat situ ,jangan lupa pada yang suka shooping Jay Card members sales Day di Midvely pada 24 Julai nanti.(tulis dalam diari cepat). Mau si Delinn turun ni kalau 24 khamis tu cuti kat kedah . Adalah aku beli sepasang baju tidur beli kat si sulong, adik pula ambil baju gaun diskaun 50%. Lepastu aku suruh la si sulong ucapkan terima kasih, dia ikut aja.

Oh ya anak aku yang sulong 3 th 9 bln tu semenjak akhir ni dah pandai buat ayat peristiwa. Contohnya semalam time aku mandikan dia tiba-tiba macam kuku aku terkena badan dia, dan dan dia cakap abah nanti potong lah kuku. Lepastu time aku nak pakaikan baju tiba-tiba dia tanya sapa belikan baju. Then lepas tu dia katalah terima kasih abah , wahh first time dia cakap macam ni kena rekod ni. Bagus ni kita terapkan nilai-nilai positif dari awal semoga besar nanti menjadi anak yang berguna(alamak terskima plak).Oh ya buat pertama kalinya aku berjaya tengok game final Euro semalam couse pasukan Spain yang aku sokong lah jugak dari awal dan kali ni aku berjaya tengok sampai habis tapi sebelum rehat adalah aku tertidur gak.(huhuhu). Kalau rakyat sepanyol dapat cuti tak hari ni macam kerajaan negeri terengganu dapat cuti sehari sempena sukma depa johan.

Thursday, June 26, 2008

Gegar Balok Siri 4



Lepastu bila ramai atau semua dah naik atas dan siap kemas apa yang patut maka upacara ambil gambo beramai-ramai dilakukan. Kira ambik gambo semua sekalilah kecuali mcm Arc yang dah kena pergi bilik mandi, Kong pun takde kot time ni. Lepastu lepak lagi couse ada yang masih pergi cuci badan dan gi berenang kat kolam fantasia hotel puaka tu.Lepak-lepak dalam 12.30 kot semua dah ready ,then adalah hadiah yang belum di buka lagi. So kira cabutan by kereta maka nama Deo, Zura dan Ob yang naik. Upacara serah harta karun pun di lakukan atas kete bahagi pukul lebih kurang si Deo,Ima dan aku.

Lepas kong, fara dah sampai, aku pun adalah suruh si delinn wat ucapan apa yang kurang tapi member kata tak payah lah. Semua dah ready last-last decide nak lunch dekat kedai mamak Syed yang tak jauh aja dari pantai fantasia tu. Limah time ni kemain dia happy sebab adalah hamba allah tu kena belanja dia. Sampai dalam 1 tgh lepastu ada lah yang nak gerak balik dah macam mereka yang naik kereta afzal dan Ob (ke genting highlands katanya nak ambik gambo)

Aku ,Deo, Wan dan sapa lagi tah makan nasi berani bak kata Wan tak brapa sedap mcm yang ada kat KL. Aku makan ajelah maybe letak kuah madu paberet aku kalau makan nasi berani mamak ni.Lebih kurang 2 pm maka selesailah makan masing-masing salam dan yang perempuan macam biasa lah bercium pipian. Next si Deo nak isi minyak dan dia tanyalah kalau ada nak beli kopok lekor,lepastu aku dan Ima adalah turun bila nampak aje kedai tepi jalan yang juai kopok lekor ni.

Lepastu kami pun bergerak lah ikut jalan sambil masing-masing conpius sebab masa datang folow keta depan sahaja. Adalah nampak keta si CL yang membawa Limah memecut laju dan kadang -kadang tersasar sebab papan tanda balik ke Highway ke KL pun macam terhilang gitu. Deo pulak buka lagu retro yang memang lah aku tak beberapa boleh layan tapi bila kluar lagu wings aku nyanyi lah jugak. Lepastu Deo ajak main Jangan lupa lirik sebelum berhenti rehat dekat RnR lepas Gambang . Punyala susah aku rasa macam kalau masuk betul sure takleh lepas ni. Ima ada gak bantu tapi aku macam jadi blur gitu..wakakakkaa

Lepas semua dah ada kami pun terus bergerak, sambung balik main jangan lupa lirik yang memang aku tak dapat apa -apa pun siap bagi diskaun kat Deo sebab dia kena pulang balik baki Rm 5 aku kot. Macam Ima cite dalam blog dia lepastu main teka huruf mengenai Akademi fantasia bila keta memotong aje masing-masing cari idea nak kata apa contoh WLJ, dengan cepatnya aku sebut Linda Jasmim, (terpegun jap si deo). Rupenya mamat ni masukkan astro kat rumah dia sempena Af 1 di perkatakan time tu so memang la dia kategori pengundi senyap rupenya. (but sure ada lagi cite menarik kan ko masukkan astreww).

Perhentian berikutnya singgah di RnR Genting Sempah , berpusing jap cari parking.Toliet dia kecik la pulak terutama toilet wanita yang nampak macam melimpah kluar. Then si Deo singgah henti beli buah berangan ,tipah tetipu ingat gerai yang ada huruf jawi melayu tapi semua penjualnya kaum ****. Belilah lah jugak sebab maybe la si Deo ni mengantuk agaknya tapi aku macam biasa buat lawak spontan macam tiru aksi ning menari time dia bertiga bawa lagu drama kat Anugerah Era kot dan macam- macam lagilah borak siap tanya kalau joe balik dia bagi ke menumpang kat rumah dia yang di jangka kosong bulan 8 nanti .

Akhirnya dalam 6.10 sampailah jugak kat depan Apartment yang aku tinggal walaupun time nak sampai rumah si Deo kata macam susah aja tapi dia tetap kagum berview kan klcc aptmnet aku tu..wakakka. Ima pun kembali dok seat depan , ambil barang then ucap thank u maka baliklah si Deo yang sempat kata gile kat aku time aku wat lawak last-last minit dia nak balik dah(aku tak dengar plak). Maka berakhirlah percutian atau camping kali ni yang di jangka di buat lagi maybe di tempat si Delinn yang akan berpindah ke Utara sabtu nanti.(Langkawi ek?)

So terima kasih pada semua yang join kali ini, pada Deo yang sudi menumpangi keretanya, Ima rakan se-car dan thanks bagi copy paste kan gambo dari blognya. Dan tentulah penganjur kali ini macam zura (ricky tempat), Alangz pemuda harapan bangsa, limah yg tak putus-putus buat lawak serta rakan pengajur lain macam seksetari si Ima, Angah dan Wan dan tetulah si Wak punya idea ke ni masa berkumpul di bangi time zura turun KL bulan 2 kot. Budak & Arc yang prepare kan hadiah dan juga di rumah merekalah perancangan nak ke Balok di mulakan. Alamak dah tentu Delinn(thanks gambo jugak) yang kemungkinan akan sentiasa beri support dan join kalau buat acara macam ni lagi. Ramai lagi ni nak sebut tapi dah penuh pulak ucapan ek. Thanks pada semua yang pergi Balok haritu!

Wednesday, June 25, 2008

Gegar Balok Siri 3

Sebenarnya aku masuk dalam khemah dalam keadaan mamai gitu so tak brapa ingat dah tutup belum zipnya. Adalah nyamuk juga rupenya sebab Deo kata dia tolong tutupkan tapi aku macam best plak bila masuk dalam khemah compare time aku kat luar yang aku rasa ada ada nyamuk sentiasa. Rupenya Khemah mamat ni good condition rupenya dengan angin laut menderu deru masuk terus aje terlelap waima aku hanya berbantalkan kain selimut + kain pelikat sebab yang tu je aku bawa. Risau jugak kalau time aku tidur tersasar couse member setent dah beri amaran tak boleh tidur melepasi sempadan masa berbual-bual dalam tag.(wakakakka skima plak aku).









Pagi lagi dah terjaga dalam 6.50 kot, gi bersihkan diri apa yg patut ,lepastu balik khemah semula ingat nak sambung tidur tapi nampak meriah pulak terutama si delinn beriya-iya ajak gi mandi laut seawal mungkin. Aku sempat exercise senam rimau dulu masa deo ajak turun ke laut then barulah aku pergi sebab rasa tak pernah aku mandi laut awal-awal pagi gitu. Yang dah berenang time tu terdiri dari Delinn,Chombi errr OD ek? dan juga si deo yg membawa pelampung yang amat sensual sekali. Banyak kali lah juga aku cuba membaringkan diri tapi tak berjaya.







Bersungguh-sungguh kwn setent aku nak bagi terapung tapi tak berjaya-jaya. Lepastu dia ambik balik pelampung tu dan cuba baring pulak. Berjaya plak dia buat macam tu last-last dia kasi aku try pulak. Yay, berjaya juga akhirnya aku melentangkan diri, wahh best rasanya bila di lambung ombak kadang kala slow, kadang-kadang datang mengejut. Akhirnya tewas juga bila 1 ombak deras tak dapat aku elak. Lepastu bagi pulak kat si kong yang tiba-tiba datang join mandi. Masa tu jugak adalah nelayan tepi pantai yang menjala ikan so kita orang pun pi tengoklah baper banyak ikan yang dapat di jalanya.Pakcik tangkap ikan siap sound suruh mandi kat tepian sebab ada lah kes orang mati lemas yang berdekatan dengan tempat kita orang bersantai tu. Rasanya yang dekat dengan pulau batu putih kot.









Lepastu aku naik sorang diri couse macam terlapar pulak dan aku join lah sesi makan kat atas. Aku hanya makan 2 ketul ayam ,satar 3 -4 ketul kot sebab nak makan nasi kemudian. Sapa tah Limah ke Angah sound aku suruh makan tanpa lepak di tikar ,yelah dah basah gitu ada hati nak join bergossip kan. 15 minit gitu aku turun balik ke laut ,kali ni dah ramai join macam Limah, Ob,Alangz,Arc, dan family. Lepastu datang pulak Afzal dan anak buah dia sambil bawa bola . Then deo,Delinn dan yang turun awal tadi naiklah semula ke atas maybe dah dah penat kot . Aku masih lagi bermandi-mandi kat situ tapi macam dah panas pulak maybe cuaca redup di awal kembali cerah dan aku rasa macam penat lah jugak dan naik ke atas semula.









Naik atas aku pi mandi dulu kat Toilet yang di sediakan baru join mereka mcm fara anak branak, Delinn(amboi nama hang lagi) makan nasi lemak yang aku rasa sambal bilisnya agak keras ke sebab aku masih kenyang ek jadi aku tak makan habis. Lepas makan deo dah ajak berkemas dan simpan balik khemah dia jadi aku tolonglah juga dah nama pun menumpang kan... kekekke. Yang lain lain terutama si Alangz,Par, Bdk and Arc ,Zura dan sapa lagilah mengemas apa yang patut. Lepastu aku join Ila and hubby baca paper kat wakaf yang di sediakan then datang si afzal,Boy,Man dan Deo,Par gak mai join sama sambil baring gitu. Ada gak yang tertidur atau terlelap sampai terdengar bunyi dengkuran yang amat sensual sekali... kekekek(sapa tah tak taw). Lepastuu kan (wahh bersambung lagi......siri ke 4)

Tuesday, June 24, 2008

Gegar Balok Siri 2






Lepas siap khemah si driber ajak gi ambik barang lagi , dan sempat dia pi berkokok sebelum masuk reban,(oppss ni limah kata semalam). Habis punggah angkut air Ima yang berat tu barulah sesi berlepak dan bergosipp di adakan. Sepatutnya time ni wat la sesi suai kenal tapi program kali ni berkhemah free and easy so masing-masing buat hal sendirilah. Alangz lepas tu suruh aku dan si mat deq voluenter bersihkan alas dawai Bbq sebab ada pasir katanya. Itu aje kot yang aku tolong selain angkat –angkat barang kerja mengemas biarlah dari kalangan yang pakar lagipun aku kenalah respek pada otai –otai yang selalu bercamping. (wakaka ayat mohon maap tak tolong apa-apa yg patut)

Dalam dok kemas-kemas tu datang la Afzal dan 2 boys nya Suria(boy-boy) dan Man. Depa sampai terus makan apa yang ada lepastu si Limah adalah seru nama aku untuk cari kayu api. Aku dengan selamba je subcorn kat anak buah afzal yg masa tu dok berlepak jugak.. (hehehehe selamat aku). Tapi apasal depa tak bakar pulak kayu tu penat aje depa pi cari ,kalau yang kena kerah cari sure ada wat pembakaran terbuka. Lepastu masing-masing buat keja sendiri dan aku pun cubalah nak lelapkan mata , oleh kerna tak nak kacau deo tidur(kalau aku masuk khemah takut dia tersedar lak) aku lepak lah kat khemah yang masih kosong.

Masa aku nak terlelap dalam 4.30 gitu baru lah depa dok suruh bangun ajak gi mandi laut dan buat la aktibiti apa-apa pun. Si deo ajak main natang apa tah mcm piring terbang tu, oklah layan then Wan dan Kong pun join sama. Lepastu aku pi ambik bola tampar sebab si Lb dan sapa tah dok suruh wat game. Maka aku bertriple dengan Deo dan boy-boy lawan geng Wan, Lb dan Afzal. Pertarungan pertama di menangi oleh group aku seterusnya group aku lawan dengan par,man dan mat deq(menang jugak). Akhirnya tanpa rehat kita orang lawan set ke tiga bertemu lawan yang sama (group Lb) dan pertarungan kali ni sengit tambahan group diaorang di sokong oleh Angah , Delinn aku tak tahu dia sokong mana tapi depa punya ulasan amboi. Akhirnya macam biasa semangat berpasukan (chewah) menang jugak hasil mata yang dikutip berterusan oleh kapten(sapa tah ek) menang dengan 25-19 kot.(congrat my team)

Lepastu ada la beberapa org awek turun main tapi kita orang maybe dah penat kot di samping ada yang dah nak ready nak buat bara api untuk bbq malamnya nanti. Adalah aku ajak depa main galah panjang tapi masing-masing tak berminat aje join. Aku dah plan nak bawa bola tennis untuk main baling tuju tin ke, kasut ke, tapi tertinggal lah plak.
Then barang-barang mentah sampai aku pergi la tolong angkat apa yang patut. Chewah aku ni mcm kena beritahu pulak aku buat apa . Lepastu aku pergi merebankan diri (toilet le) dan menunggu untuk malamnya acara bbq yang di tunggu-tunggu. Err Zure sorrylah ek couse bila aku habis mandi dah siap potong pun buah tembikai tu..(kekeke beriya suruh aku wat kan..)

Dalam 7.45 malam kot depa start mula bbq aku ada lah tolong apa yang patut macam mengipas dan bersembang/bergosiip membuat lawak pada mereka yang berkeja keras memastikan sotong,udang ,ayam,ikan dan daging kambing. Rasanya aku makan 2 ketul ayam ,satar,udang dan sotong aku belasah berapa tah .Ikan dan daging aku tak berapa beriya nak makan maybe dah kenyang makan yang awal-awal aku sebut tadi. Lepastu si Deo mengeluh sakit perut lagi then aku pun offer bagi minyak gamat kat dia then dia nak berehat dan tidur awal. Budak-budak lain dok tanya kat aku then aku jawaplah apa yang patut ,risau benarnya depa tu maklumlah maybe nak bersembang-sembang .

Aku pulak dok kerah si Delinn tanya bila acara suai kenal nak di adakan tapi non ada maybe terlupa kot sebab dok cakap nanti-nanti ajo. (hiks). Aku layanlah depa besembang-sembang sambil tolong apa yang patut part bbq tu. Paling best layan anak si Fara ,Lydia tu main nyanyi2 lagu apa tah (but lagu Kemahuan Matta yang dia paling suka). Sesi mengusik pengatin tak beberapa baru pun best gak (zure +alangz) . Hairan gak aku pesal Alangz tak masuk tidur sekali dengan zure couse dahla seminggu tak bersua kan.. opssss.. (saje je gossip)

Lepastu aku ,Alang,Afzal dan anak buah dia mula lah main acara Apollo atau bakar surat khabar lama. Ob, Combi ,OD ,Par dan Mat diq,Delinn join juga lepastu. Punyala banyak kertas di bakar tapi yang berjaya naik ke atas hanya 2 aje. Agak dah boring kita orang pergilah kat khemah tapi ramai dah pulang ke penginapan ,maybe dalam 11.30 kot. Last-last hanya aku,Alangz, Ob ,Mat deq,Afzal dan anak buah dia yang lepak sembang tapi aku takdelah sangat nak join kira buat-buat tidur ayam kat luar. Dalam 2 pagi kot baru aku masuk khemah dan zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz (bersambung)

Monday, June 23, 2008

Gegar Balok Siri 1



Pagi-pagi lagi aku dah bangun dengan penuh semangatlah sekali . Yelah dah berapa tahun ek aku tak tidur dalam khemah yang seingat aku masa skull dan lepas SPM je aku suka aktiviti berkhemah ni. Dalam 8 pagi aku dah siapkan barang /baru habis pack then baru breakfast sebab wife aku dah buat couse dia pun kena pergi skolah ada Majlis apa ke tah nya . Mula-mula nak suruh adik ipar hantar tapi masih tidur last-last wife curi keluar jap antar aku kat stesen petronas dalam 8.20 pagi. Sampai aje dalam 8.30 dah ada pun kereta si Deo yang baru nak isi minyak. Mujur aku sampai tanpa dia menunggu lama kerna si Joe dan Delin dah peringat awal-awal (opsssss lawak je) sebab janji dalam 8.45 kot dia sampai dari S.A. Ima pun tukar seat dok belakang jadi akulah kena temankan sembang dengan deo sepanjang jalan nak ke Balok tu( mamposla tak banyak idea nak sembang ,wakakkaka)

Lepastu kita gerak ke amazing race seterusnya iaitu ambil kuih seri muka yang Mak Ety dah sediakan. Sampai aje Stesen Petronas Tmn Melati dah sampai pun M.E. Sedap kuih seri muka tu mujur afizal yang habiskan makan masa sesi borak dinihari.(alamak tercite yang tgh malamnya) . Borak-borak jap then terus ke check point seterusnya iaitu Hentian sebelah Tol Gombak(lepas bayar tol). Sebelum tu aku call lah Delinn untuk Tanya dia kat mana , rupe-rupenya masih di Tol Sg besi. Then aku bg cadanganlah tunggu diaorang dekat stesen minya BhP couse panas plak nak menunggu kat seblah jalan lepas tol tu.

Sampai kat stesen minyak dalam 9.00 pagi dan adalah rest. mamak dalam tu. Lepak kami bertiga dulu sambil menikmati sandwich buatan Deo.Lepastu baru Angah dan Wan sampai di ikuti keta Alangz (2 org awek) dan kereta OB ( ada Mat deq,OC dan OD). Dalam 9.30 kot baru sampai si LB yang di tumpangi oleh Delinn dan masa tu gak keta si Kong dan Par (bersama aweks gak ) sampai. Maka kami bertolak lah ke Balok dan plan seterusnya berhenti ke check point seterusnya RnR Temeloh untuk pembuangan sisa2 dalam perut.

Sampai aje Temerloh dalam 10.30 pagi then bila sampai aje si Delinn terus aje memberitahu dia tersempak dengan Keta CL yang telah merancang/menDq bawa si Limah senyap-senyap(mamposlah aku kena belanja limah lunch time nak balik ke KL nanti). Takde hal sebenarnya lagipun Limah dah doakan moga rezeki aku bertambah nanti. (wakakak opsss ayat cober).Masing-masing bawa dalam 100-120 km/j aje untuk menjimatkan minyak lah katanya kan. Oklah tew kang kena saman kena bayar lagi. Dalam perjalanan cuma layan lagu-lagu yang Ipod yang Deo bawa tu sambil dok meneka-neka sapa yang bawa dan turut lah nyanyi untuk hilang mengantuk katanya. Sambil-sambil tu aku tanya la seolan cepu emas pada Ima adakah si Duff telah mendeclarekan Ima tu aweks dia.. opsss... oklah tew tanya seolan dircect gitu kan.

Akhirnya sampai di Gambang dalam 12.00 tgh dan terus pergi ke check point seterusnya untuk ambil si Zure. Lepastu baru gerak ke Pantai Balok dan sampai dalam 1 tgh kat Restoren Melayu juai nasi campur. Limah dan CL tengah dok makan time tu dan kami pun menjamu selera sampai pukul 2.00 ptg. Tak jauh pantai fantasia ,Balok dengan gerai yang kami lunch dan akhirnya sampai juga untuk sesi berkhemah dalam 2.10 gitu. Sampai aje angkat barang dan bawa ke tempat khemah yang agak jauh juga sebenarnya untuk menapak. Lepastu tolonglah si Deo ni sebab dah namapun camping baik kena pasang khemah sendiri baru thrill katanya lah. Lb dan sapa lagi tah tolong apa yang patut sebab khemah-khemah yang lain dah pasang siap tunggu nak tidur aje. (bersambung)

Friday, June 20, 2008

Ada Kezutan lagi lah pulak

Petang tadi aku call lagi kg, kali ni bercakap dengan kakak pula. Saje nak tanya khbar dan tiba-tiba dia cite 1 kisah yg baru berlaku pagi tadi, wahhh masih panassssss. Patut la aku nak call dia dari pagi tapi takde jawapan, ptg call baru dapat rupenya ada berita sensasi belaku. Itulah apa yang aku selalu tengok dalam tv terutama cite drama swasta tu rupe-rupenya memang ada aja kaitan dengan orang melayu terutama yang tinggal di kg dan masih berfikiran kolot. Opssss terlebih sudah aku ni.

Emak aku masih ada sorang lagi abang yang kita orang gelarkan Pak Ngah . Sejak kecil hingga dewasa hubungan Pak Ngah dengan adik beradik aku memang renggang. Aku pun tak berapa paham dan kemungkinan dia adalah bekas polis jadi sifatnya yang kadang-kadang cenge’ tak bertempat itu menyebabkan kami jarang bergurau senda mauhupun bertegur sapa. Mujur Mak Ngah aku ok ,so kalau pergi rumah dia kadang-kadang tengok dulu ada tak motor si Pak Ngah ni. Rumah PakNgah aku sebelah dan sepelaung aja kalau nak ikutkan aku tengok saudara-saudara lain sure kalau rumah dekat mungkinlah hubungan nampak mesra tapi non ada sejak aku kecil hinggalah dewasa.

Ceritanya macam ni ,abang aku ada plan nak buat projek bela lintah dekat area belakang rumah aku ataupun dekat dengan rumah anak dia yang no 2. Jadi kemungkinan abang aku takdelah nak minta izin bagai sebab tanah yang kita orang duduk tu tanah pusaka jadi sapa-sapa pun berhak kalau nak menanam ke, atapun nak guna skit nak buat tempat pembiakan lintah tu(buat kolam ke ek nak kena google ni). Jadinya pagi tadi Pakngah aku datang serang marah-marah abang aku yang kononya buat projek tu tanpa persetujuan darinya. Wahhh apa lagi abang aku pun lawan lah cakap balik (agak tinggi kot suara dia dalam pertelingkahan tersebut)

Waahh ni macam betul-betul ni cerita kat tv ni kes dengki dan berebut tanah lah ni. Sebenarnya kalau Pakngah aku tak serang atau cakap baik-baik sure abang aku tak berkasar mcm bergaduh pula(kira perang mulut lah kot ni) . Tapi yang bengkaknya cucu dia tu yang tidak kena mengena boleh pula mengadu domba kata abang aku tu tak berbudi bahasa. Errr yelah kot ek, tapi member dah kena serang/marah sure lah nak pertahankan hak dia lagipun takdelah banyak sangat tanah yang di gunakan.

Emmm rasa macam ralat lah jugak perkara kecil macam ni pun mereka nak besarkan dan kononya cucu Pakngah tu kata depa nak buat mesyuarat pulak kot minggu ni nak buat bantahan projek Lintah abang aku tu. Kalau aku ada kat kg sure aku akan pertahankan abang aku. Sudah la 2 anak dia dah bina rumah kat tanah tu sedangkan keluarga aku baru 1 rumah je iaitu abang aku .Kakak aku pula dok sekali dengan mak aku yg cuma dia tambah aje sebelah atau rumah asal . Aku rasalah orang tua ni(Pak Ngah) dari dulu kot tak suka adik bradik aku tu yang tiba-tiba dia boleh angin aja. Entah apa salah abang aku pun tak tau maybe dah umur 80 an peringkat nyanyuk dah sampai kot. Emmmm macam-macam minggu ni so esok berehat kat Balok boleh lupa kot benda remeh temeh macam ni. Alamak sure tertekan next week dengan pertanyaan Joe dan Geng reban lain bila nak updated? huhuhu

Thursday, June 19, 2008

Minggu Terkezut ..oppps pocot!

Isnin lepas balik dari keja berlakulah kejutan akademi fantasia. Sampai-sampai aje rumah tiba-tiba penuh 3 beg besar siap ada banyak baju, coklat dan beberapa set pinggan mangkuk. Kira penuh berlimpangan lah kat ruang tamu. Wife aku dengan tanpa rasa bersalah kata dia nak jual barang –barang ni. Aku yang masih terkejut kata eehhh apa lak nak jual benda banyak-banyak ni dan terus berfikir beberapa kemungkinan.

Bila terpandang aja coklat dan baju-baju yang nampak aneh terus la aku teka adik dia balik dan bagi ni dari canada. Tiba-tiba termunculah adik ipar aku yang nyorok kat dapur, fuhh kezutan akademi fantasia rupenya.Nasib baik aku dah boleh agak kalau tidak sure percaya wife aku nak berniaga pulak ka sempena kos sara hidup semakin tinggi sekarang ni... (opsss lari tajuk). Mewah la pulak ek pinjaman yang pelajar dapat sekarang tak sampai setahun dah kembali balik malaysia. Oklah la jugak dpt lah aku tshirt baru dari Canada yang aku akan pakai nak pi Balok nanti..wakakakak

Kejutan ke 2 berlaku bila aku call kg hari rabu lepas bercakap dengan my Mum. Adalah dia cerita kat daerah tempat aku tu ada perkara tak elok berlaku. Kira 1 family ni yang sentiasa bermegah-megah, sering bertukar kereta, kalau buat jamuan memang nak gah selalu telah berlaku tragedi pada salah sorang dari ahli keluarga mereka. Ya cara mereka yang sentiasa nampak klass tu dan menunjuk-nunjuk akhirnya bila berlaku perkara tersebut memang lah dapat menginsafkan keluarga mereka tu yang 1 hari nanti mereka tak perlu dan tunjuk harta bagai tapi taklah dapat membanggakan mereka.

Cara layanan mereka nanti mestilah akan berlainan ,yelah dah 1 daerah tahu perkara tersebut dah tentu mereka tak nampak klass dah. Wahh aku ni macam berdendam pulak ,tak baik kan?, yelah org kampung ni kalau dah terjadi perkara macam tu barulah layanan mereka akan berubah . Harap harap mereka tabah kerana tak guna harta di dunia jika budi perketi dan nilai kemanusian tidak di jaga dengan baik. Sekian sahaja cerita 2 kezutan yang aku akan ingat sampai bila-bila.

Sunday, June 15, 2008

Ehh jimat rupenya dan KL dah tak sesak sangat?

Sejak dua menjak ni di mana-mana sahaja terutama di akhbar dan jua blog persendirian heboh di perkatakan mengenai minyak. Aku tertarik menarik rencana cara-cara untuk menjimatkan minyak jadi aku ikutlah beberapa petua. Jumaat lepas aku kena bertugas di luar kawasan. Mujurlah tak sabtu ni yang memang dah plan ke kuantan.(laa kejap je masa berlalu ek).

Jadinya malam sebelum pergi aku isilah RM 40 (baper liter ek,korang calculate sendirilah(time tu dah kluar tanda minyak kena isi). Then aku ikutlah petua bawa dalam 90-100 km/j tanpa mempresskan minyak melebihi 3 par. So nak tau aku pergi/balik dalam 250 (km), dan bila sampai kl ada lagi minyak tu ,kira jimat la ni Ini bermakna kalau balik sg bakap tu tambah 70 km, maknanya kalau aku bawa slow memang confirm ajelah leh isi rm 50 aje. Sebelum ni aku kalau gerak malam tu aku isi rm 45 ,then bawa 120-130 km , kira aku cuma perlu tambah 5 ajelah ni but tak bestnya kenalah bawa slow ek.

Cuma yang tak bestnya mengantuk la pulak drive but maybe sengsorang kot drive. Err sebelum pi tu aku sempat gi serbis keta ,kira tayar ,penapis sure check baik punyalah ek di samping tu aku ikut petua angah/elf kenalah tengok barang tak berkaitan elok di kluarkan. Di samping aku buka slow aje air-cond... sekadar nak test power berkesan tak petua depa ni. Oklah ni aku rasa di samping mengelak kena saman kalau buat laju sebab aku dah ada 3 ni .(ehh merdeka day nanti ada diskaun tak ek saman hadlaju?)

Berbalik perseolan ke dua,Ya selepas herga minyak di naikkan aku tengok KL macam dah tak baper sesak bg laluan aku dok lalu lah jln genting klang - jln pahang-jln tun razak. Bulatan pahang tu kalau cuti kdg-kdg jem tapi la ni mcm kurang. Agaknya ramai ambik langkah penjimatan iaitu kurang bergerak atau menggunakan kereta kecuali kalau ada hal dan perkara penting sahaja. Agaknya ramai kot dah guna pengankuntan awam atau guna motorsikal ataupun ramai dok umah layan ulangan Euro je time cuti ni. Kira ada hikmah lah gak setakat ni tapi orang malaysia ni kan mudah lupa so maybe kembali ke keadaaan asal 2-3 bln lagi? Takpe tunggu dan lihat ajelah... ,( Ehh tu belum delinn dah pindah utara, tuan alangz pindah jakarta kira kurang lagi ni 2 kereta bulan depan... lari//////////////////////)

Wednesday, June 11, 2008

Majlis pertunangan last week

Isnin 2 jun lepas time aku cuti kat kg berlangsungnya pertunangan aku, opsss silap pertunangan adik ipar. Rasanya tak salah aku ni lah first time aku duduk atau mengikuti aturcara majlis tunang ni. Suspen gak couse wife aku dah pesan aku kena prepare pantun kalau pihak di sana tertiba aja kluar rangkap pantun tapi non ado lah... (wat suspen aje... keh keh keh).

Mujur ada lah jiran/ustad seblah umah jadi wakil tuan rumah untuk bercakap atau jadi jurucakap ek. Bagus lah juga ayat aluan-aluan ustad tu yang pandai menyusun kata untuk menerima tunangan dari wakil pihak lelaki. Simple aje aku tengok,Pakcik tunangan tu adalah tanya berapa jumlah untuk hantaran/mas kahwin dan barang- barang lain. Jadi ustad tu pun bacalah jumlah yang telah di tulis atas kertas. Pakcik tu tanya lah abg tunang tu adakah boleh di terima dan di persetujui then angguk aja tanpa minta apa-apa perkurangan (hhehehhe) . Yelah adik ipar aku sure dah bincang dengan tunang dia tu yang kerjanya bissnesman katanya lah. Kat bawah ni 5 dulang dari pihak lelaki, dan 11 kot dari pihak pompuan, aku prasan kalau kat kg ni kadang-kadang depa selalu dok hantaq last-last minit tu yang hantaran jadi warna warni ni.




Lepastu ustad pun baca doa selamat then lepas aje doa tetamu di hidangkan dengan nasi daging yang di buat oleh pak menakan wife aku. Mujur ada lagi pak/mak saudara yang masih utuh ikatan lagi walaupun kenalah ambik depa kat kg relau kedah tu. Lepas makan nasi maka upacara menyarungkan cincin di lakukan . Macam biasa aku lah photograper tak rasmi. Make-up plak adik ipar aku yang ada butik pengantin yang uruskan. Lepas depa makan kuih-muih yg disediakan majlis pun selesai dalam 4 petang gitu.




Thursday, June 5, 2008

Cite minyak gak ke ni,guna pengankutan awam?

Tepat 5.15 ptg kelmarin 4 jun 2008, weeeiii jerit kawan opis aku, rega minyak naik sampai Rm 2.70 seliter kat nst online. Uwaaaaa apa yang di risaui sejak dua menjak ni akhirnya berlaku. Ko biar betul sambil terpacak aku kat depan pc dia nak lihat bukti. Yelah confirm naik, cuba ko check bernama, bharian, star, ada update tak manalah tau kot ada pencanggahan fakta lain. Hampeh yang lain -lain belum di kemaskini lagi. Lajunya nst update ye ,sidang akhbar bermula 5 ptg kan tak salah aku. 15 minit kemudian ada sorang rakan opis yang kakaknya keja bernama beritahu confirm memang naik sebanyak tu. huhuhu

Aku dengan cargasnya telefon org umah kat kg suruh dia yang tengah drive singgah serta merta kalau terjumpa stesen minyak. Kenalah isi segera kalau waktu selepas berita di umumkan terutama waktu malam akan berbaris panjanglah. Sempat gak sms adik suruh beritahu family kat penang sana isikan minyak dengan segera. Dalam 6 petang aku teruskan aktiviti berbola tampar saja join budak-budak opis yang ada tournement antara wilayah/pejabat tak lama lagi. Lepas dari tu baru gi isi minyak kat kuda tunggangan aku, siap isi penuh tu sampai rm 5 couse selalunya purata rm 4 aje isi, lepas ni sure rm 6 lah gamaknya ni. Kereta semua dah penuh mujurlah tunggu tak sampai 5 minit couse barisan untuk motor tak panjang kat stesen Mobil tu.

So bebalik cite di atas sebenarnya aku baru pulang dari kampung selasa lepas. Sampai pudu dalam 8.40 mlm then decide lah nak naik lrt ke titiwangsa dan lepastu naik bas ajelah sampai ke setapak sana. Naik star oklah panjang tren dia leh dapat tempat duduk, kalau putra yang memang pakar tak kaji nak buat panjang-panjang seperti yang angah selalu komplen sure takde tempat duduknya waima waktu macm tu. 9.15 malam dah sampai pun titiwangsa tunggulah pulak bas U33 menuju ke Ayer panas. Lebih kurang 9.45 malam bas rapid kl tu pun sampai then pemandu suruh gi duduk dulu. Bas tu buat pusingan dulu pergi ke chow kit dan elok-elok je lepas Grand Sesion tiba-tiba bas tu macam tersengguk -sengguk nak berhenti. Ya tiba -tiba bas tu terstop di bahu jalan.

Rupe-rupenya minyak habis kata pemandunya.. Mak aiiiii mulalah aku nak carut-carut ni kat rapid kl. Takkan la pemandu tak check sebelum bawa ,takkan bas baru takde penunjuk minyak nak habis ke dak, nak aja maki pemandu bas tapi aku ni bukanlah jenis nak maki-maki ni... Beritahunya dari pagi dia keja sampai tak sempat nak pergi isi kat melawati, ehhh pesal takleh isi kat mana-mana stesen ek, ooo kena isi kat depot lah baru ada subsidi kan. Then aku tanya ada ka bas lagi, non ada katanya, kena tunggu lori datang dari melawati isikan minyak. Tunggu dalam 10 minit last-last aku ambik teksi ajelah couse aku tahu dalam lingkungan rm 4-5 aje nak sampai rumah tu.. hampeh betul rapid kl ni , so baik aku tunggang ajelah kuda aku tu dari nak guna perkhidmatan awam terutama rapid kl kepunyaan menantu Paklah kan.. yang memang nampak bagus aje tapi hampeh sebenarnya. Sebenarnya kasihan jugak aku tengok ada beberapa orang yang memang nampak gaya kena tunggu lah jugak sebab kalau naik teksi lainlah harganya.

Monday, June 2, 2008

Cuti-cuti jaga anak

Cuti datang lagi,Jumaat petang gerak pulang ke kg halaman. Hari sabtu berehat aje, tgh nya pi jalan-jalan ke Perai Megamaal.. window shopping katanya. Then balik rumah sendiri kat kg sampai malam. Hari ahad pula ada majlis tunang kat kg wife, kenduri aruah lepastu dalam pukul 2.30 sampai la rumah. 10 minit lepastu bermulalah tugas menjaga anak
Jadi topik di atas adalah untuk aku cerita dari 3 sampai 10 malam jaga anak yang 2 orang tu.., kira nak test power la senang dak jaga 2 orang anak tu. Actualy wife ikut adik ipar couse pergi barang atau persediaan untuk bertunang yang jatuhnya pada hari isnin. Jadi kalau bawa anak-anak ni leceh la sikit jadinya aku jadi la suami mitali jap. So sebenarnya takdelah susah sgt aku rasa sebab yg abg dah 4 thn, adik la nak masuk 2 thn
2.30 - anak no 2 tidur... hahha, yg sulong aku buka tv astro ceria kasi layan
3.40 - yg no 1 lak nak tidur, then 10 minit kemudian anak no 2 bangun, angkat letak dia layan ceria jugak, bagi biskut Tiger
4.20 - anak no 1 bangun, then layan ceria gak
5.00- anak no 2 nak mandi/buang air besar , alamak.. ni yg den lemah .. tapi takpe den teringat kat joe dok jaga H tu.. lagilah cirit bagai kan.. SO joe hang memang kalau dpt anak nanti senang aja nak basuh bagai. Anak no 1 mandi gak, seronok aje kalau depa mandi berdua
5.15 - habis aje siapkan -bg pakai pampers ,baju bagai..
5.30- buatkan susu untuk ke dua-duanya sambil depa layan ceria aku lak gi mandi and pray
6.00 - bawa depa berdua gi taman mainan kat taman perumahan tu
6.45 - sampai aje bersihkan diaorang and bancuh air kurma, then buka lagi tv ceria
7.30- bersihkan diri apa yg patut , mandi lagi, pray
8.00 - panaskan lauk/telur kurma/ nasi
8.15 - suapkan si abg makan, adik dia nak suap sendirri, bagi ajelah...
9.00 - selesai depa makan buatkan air lagi
9.30 - si abg dah tanya.. mama ni lamanya bila nak balik ni.. hehhe
10.00 - dah sampai pun rumah ..fuhh lega emm mujur ada ceria ek...