Monday, June 28, 2010

SCKLM

Ahad lepas akhirnya alhamdulilah berjaya jugak membuat larian 10 km SCKLM 2010. Mula-mula cuak lah jugak nak join ,rasa suspen lah ,berdebar-debar pun ada. Mujur last week dah join larian explore race yang hanya 4-5 km aja, dan sebenarnya takde la buat latihan insentif lari 10 km kira paling kuat pun 8 km ajo kat klcc park tu.


Pagi ahad tu lepas suboh dalam 6.15 gerak plan nak park area lrt star , tapi terlajak masuk sampai nak dekat sogo dan jalan pula dah mula tutup, terus park area balai polis Dang wangi tu , kira sampai situ dalam 6.30. Berlari-lari anak lah aku dan sampai area dataran merdeka dalam 6.45 terus buat streching.. belum puas alamak ramai dah orang beratuq dalam pagar ke garis permulaan terus aku meluru gak tapi tersekat di tengah-tengah.


Sambil menunggu 7.00 tepat aku dok aktifkan kaki , errr goyangkan paha sambil buat strech di ruang yg sempit tu.. hihihi. Bila mula aja fuhh rasa macam tak percaya pun ada akan berlari sejauh 10 km, yelah zaman skull dulu habis kuat pun wakil rumah sukan dalam 400 m & 800 ajo, jarak jauh memang bukan kegemaran.. huhu


Berlari lah aku sambil dok ingat petua kawan se E.R sentiasa bernafas ikut hidung then kekal kan rentak larian tapi masuk 6 km alamak rasa dah nak pancit plak.. hua hua. Tapi semangat nak berlari mula bangkit sebab masa naik bukit perdana area tmn burung tu ternampaklah aweks chiness ni yang takdelah kurus sgt tapi dia maintain lari terus aku ekori dia.. hua hua.


Tapi naik bukit tu aku macam ada terjalan gak, yolah first time lari ni opss alasan lah plak. Masa nak masuk jln raja laut terus aku lari macam biasa sampai lah bila pusing balik tu nak menghampiri dataran merdeka terdengarlah beberapa orang minta ambulan ,ada orang pengsan dan dari segi riak muka yang menjerit memanggil ambulan tu memang suspen aja. Fuhh dan paper star hari ni pemuda chiness tu tak dapat di selamatkan, yalah tak relevan dah dekat dengan dataran takde plak ambulan nak pergi cepat ke area orang tu pengsan.


Akhirnya sampai gak le garisan penamat dengan kaki yang amat tak tertanggung menahan sakit ,hmm aku tak streching betul-betul rasanya ni. Masa tak rasmi 75 minit tapi aku start lambat sebab punyalah panjang nak pi garis mula kan.. hihihi. Sampai sana terus gi cari air ,fuhh lega ya amat.. then pi ambik finished medal. Itujelah catatan larian SCKLM,kena berlatih lagi ni, yelah kena pandai curi masa berlatih, time weeknd kena wat larian 10 km ke atas kot ni.


Antara barangan yang dapat sempena SCKLM ni, malaih plak nak beratuq kat bahagian bagi produk susu tu, terus aku plan balik ajolah + teringat game kat FB. dan macam nak sambung tiduq aja.. huhu.Lagipun dok teringat beg duit,hp kat dlm kereta yang ditinggalkan kat kawasan terbuka area Dang Wangi tu. Itujelah cite larian, insya allah akan join mana-mana event demi kesihatan diri gak sebenarnya ni.

Saturday, June 26, 2010

Ramal lagi

Huhuhu..sabarjelah 4 negara aku teka masuk semi final 3 tepat jadi johan kumpulan, cuma Englang aje tersasar, so dia dok kump. maut kena atasi jermang dulu. Jadi kenalah ubah dulu dengan meramalkan 8 pasukan yang akan masuk ke suku akhir...

Analisa dan statistik setiap pasukan kenalah check, sapa yg takleh main next match(kena kad) ,sapa yg cedera. Err aku takdelah nak check detail tu semua so aku meramalkan ajelah, tengok brapa yang tepat... (hmm harap dpt lulus, 5 ke atas, kekeke)

Jadinya aku pilih yang lepas layak ke suku akhir
Uruguay
Ghana
England
Argentina
Belanda
Brazil
Japan
Spain

hehehe.. ni semua pasukan paberet kan.. takpelah at least pasukan yang aku teka banyak yg lepas,, yg beriya sokong Italy & France elok hampa takyah dok kutuk pasukan lain.. hua hua hua tak de faedah pun.. tapi untuk sronok-sronok oklah kot , kot-kot ada yang dok masuk geng-geng bg duit memperjudikan nasib tak tau lak yang tu.. Apa apa pun ni suka suka ja.. tengok brapa yang kena. huhuhu

Friday, June 25, 2010

Iklan sat


Sebenarnya nak cite lagi part 3 minggu lepas , rasa macam dah lama and malaih plak nak ulas dah.. huhuhu. Takpe nanti leh sambung part 3 kalau ada masa.. hua hua


Takde la apa sangat ,semalam aku dah pi ambik kl-marathon 2010 goodie beg. Sampai stadium titiwangsa tu dalam 2 lebih, sesak plak jalan nak kesana kerna PM ptg tu nak lancar saham menda tah..saham untuk org miskin bandar katanya.


Sampai aje terus beratuq kategori yg aku join, panjang lah gak tapi cepat couse kauter 10 km ni banyak. Suspen gak sure ramai pelari ni ,takpelah aku lari nak sihat kan badan + pertama kali join event macam ni. Kalau menarik dan ok cubalah aktifkan mana-mana event marothon area lembah klang ni.. ececece. oklah layann..iklan jap sebelum sambungan part 3, kekeke

Wednesday, June 23, 2010

Seminggu yang best- part 2

Balik dari PB yakni membeli blah lepak bilik dulu ,sebelum tu dok berbincang dengan beberapa rakan samada nak pergi jamuan makan malam (berbaju batik) ,ataupun nak dinner kat jeti Kuala Perlis tu. Oleh kerna aku tak bawa baju batik tu so aku ikut lah beberapa rakan gi makan sea food yang memang terkenal kalau gi K.P tu.





Sebelum tu aku nak cite masa breakfast pagi jumaat tu beberapa rakan se -team volley tak confident aku dan member sorang lagi boleh menang explore race tu, katanya aku kena berfikir secara luar kotak di samping stamina yang tinggi. Terus aku bertekad dalam jiwa raga akan berusaha gigih untuk expore race tu couse kalau nak berlari aku dah confident boleh punya..hihihi





Malam tu balik dari KP terus masuk bilik sembang skit dengan member se-team then terus masuk tidur,kira nak tidur mencukupi untuk aku lari pagi tu. Pagi macam biasa 6.40 am dah bangun ,ada 1 kereta (4 org) dah nak gerak pulang ke KL so dalam pukul 7 depa cau. Aku lak macam dah suspen dengan belum breakfast tapi nak lari so dalam 7.30 gi daftar dulu kat kompleks sukan dengan member se-team kira setiap 11 wilayah yang ada hantar 1 pasangan untuk E. R tu.(expl race)


Dalam 8.30 baru lah taklimat di beri, rupenya taklah mecabar sebab aku ingat macam ada road block yang kena wat macam amazing race tu. Senang aje rupenya, kena cari 10 point atau 10 stesyen lepastu dah jumpa kena stapler kan kat kertas (yg kena usung). Kira dia bagi peta Uitm keseluruhan so kena tandakan no 1- sampai 10. Takdelah kena buat kuiz ke, atau main apa-apa just lari berpandukan peta yang diberi..

Dalam 9 am baru start ,kita orang team ke 3, so aku mencadangkan member aku ubah strategi buat no lain yang nampak dekat-dekat, so kita orang tak ikut peserta depan yang depa lari ikut stesyen no 1. (setiap team di beli perlepasan selang 2minit). So macam biasa lah aku sentiasa lari di depan kasi member aku yg kurus dari aku lari laju gak.. kekeke (jauh jugak dalam 4-5 km je). Akhirnya kita orang sampai ke garisan penamat dalam 42 minit tanpa ada peserta 2 team lagi yg di lepas awal tadi.




Tunggu punya tunggu ,semua team yang datang tak dapat potong time (42 minit tu) yakni kita orang sampai so akhirnya team KL di nobatkan sebagai juara baru ,yabeda bedu... siap ketua kontingen datang ucap tahniah dan tahun depan dia kata hampa lagilah wakill.. ececece. Geram sangat dengan member2 yang dok perkecilkan aku dan terutama kata aku tak layak lagi main bolibol terus aku sms depa bg tau aku Johan E.R , biaq depa rasakan aku ni akan berusaha sungguh2... so tak usahlah memperkotak katikkan orang lain... opsss memperkecilkan orang lain sebenarnya.. hihi

Pagi Isnin yang lepas siap e-mail lagi kat depa gambaq adiah E.R dengan pertanyaan bila depa nak wat latihan bolibol lagi, fuhh semangat aku ni tak puas hati gi arau wakil E.R aje.. hihihi. Oklah dah panjang ni macam nak cite lagi takpelah tunggu part 3 plak seminggu yg best tu. hu hu. Eh lupa nak bagtau dapat beg galas hadiahnya (ada tempat boh laptop) + 1 lagi adiah bila balik sini ,semalam dapat lagi insentif menang E.R tu.. wahh rasa mcm atlit negara plak.. ops







Gambaq di atas saje je tak buka adiah lagi nak tunjuk kat member yang dok aloq staq tu ,,dia balik awal dan ajak lunch umah dia tgh sabtu tu.. time kami gerak pulang dari Arau. Err terus aku pakai baju no 3 sebab no 3 macam bertuah je pagi sabtu tu , no bid masa E.R pun 3 gak.. ececece

Monday, June 21, 2010

Seminggu yang best- part 1

Minggu lepas ,seminggu takde kat KL dan keterujaan aku berakhir dengan penutup yang best. Aku nak cite pasal aku join suF*ma lah dulu kat Arau Perlis. Yelah buat pertama kalinya aku wakil bolibol setelah banyak kali berlatih dapat gak aku turut serta, rasa macam boleh join lagi tahun depan tapi susah la jugak nak masuk pemain full time kecuali kalau umur aku dah 45 tahun sorang pemain veteran wajib main sepebuh masa dalam peraturan bolibol ni.





Perjalanan bermula depa ambik aku dekat hentian RnR Sg B*kap dalam 3 ptg, di iringi hujan yang agak lebat hari rabu lepas. Sampai dekat Arau dekat 6 ptg selepas henti kejap kat Gurun terus masuk bilik asrama Uitm tu , hmmm sure sapa yang dah jadi manager tentu tak tiduq dalam asrama ni. Teringat balik asrama yg pernah aku duduk zaman blajar dulu kat Pahang dan Ganu tu kira sebijiklah design depa buat ni.






Khamis tu game kitaorg bermula awal pagi, pertemuan pertama dgn Wil. Aloq Staq selaku tuan rumah, hajat di hati nak main tapi coach tak bagi lagi, dia suruh aku tengok dulu yelah ni kali pertama aku join. Game pertama menang ,lepastu lawan dengan Wil. JB plak dan letak pemain yang sama kecuali tukar pemain veteran aja tapi tetap kalah.






Kira 3 orang pemain simpanan termasuk aku tak dapat main... Hmm nak wat macam mana dah memang macam tu kot lagi pun depa yang main ni bukan selalu turun tapi atas tiket pernah join dan faktor ketinggian dapat lah depa main. Rasa geram tu adalah juga tapi mujur aku ada game 1 lagi di hari sabtu iaitu explore race , couse final bolibol ni depa buat hari jumaat tu.




Malam tu acara perasmian bermula, separuh dari ahli team bolibol tak join (yelah sebab depa dah pernah join). + di samping game Argentina Vs Korea khamis 7.30 ptg tu . Aku berbelah bahagi gak tapi demi nak jugak aku rasa pertama kali terliba, join lah jugak walaupun takdelah sehebat perasmian sukma melaka tu... (memang jauh la) kekeke. Tapi ramai dari team tak puas hati couse atleast ada perlawanan suku akhir tapi juara setiap kumpulan je layak terus ke semi final. So buat apa pi perasmian, game dah abiskan... huhu


Jumaat plak pagi tu bagi sokongan rakan-rakan yang masih main macam sukan badminton,lepastu pergi venue Tenis dan akhir sekali pergi tengok final bolibol. Oklah dapat juga coach dan rakan-rakan melihat kelebihan lawan couse tahun depan coach yang baru dilantik tahun ni plan nak bawa ke final.. huhu. but banyak lah benda kena pelajari balik katanya. Petang tu 1 kereta pi shooping kat padang besaq beli buah tangan tanda kenangan, hampeh aku cari baju werld cup agentina takdak last-last rembat rugbi punya tshirt... nanti sambung balik .

Friday, June 11, 2010

Teruja

Petang n i gerak lagi balik kg halaman, hujan plak dah turun tapi macam nak henti dah. Selalunya Kl ni kalau hujan di ptg hari sure nak redah sesak menjadi 1 kemestian kalau nak kluar KL ni. Kalau lepas sg buloh PLUS tu pun kadang-kadang sesak gak bila nak sampai Rawang tu. Teruja betul nak pulang kali ni kerna banyak benda akan berlaku.

Hari sabtu dan ahad ada kenduri lagi..layannn ajelah. Ahadnya kawan skolah baru nak langsung, teruja aku nak jumpa kawan lama, ramai gak geng-geng lama nak turun so boleh la tengok geng-geng dulunya masa skolah mat sport dah bulat dah huhu. Aku jumpa ja nanti pakat dok ajak depa aktifkan diri supaya mereka rajin2lah bersukan..ececcece.

Lepastu isnin sampai rabu.. yezaaa.. bawa famliy bercuti di CH . Dah tempah pun tempat penginapan awal-awal risiko lah jugak takut-takut boss tak luluskan. ALhamduliilah takde urgent apa pun tugas menanti tapi balik dari cuti sure banyak dengan ada Audit plak. Oh ya kali ni menginap di tempah best skit ,jauh di atas bukit sikit..sure sejuk membeku ni..opsss..

Hari rabu sampai sabtu plak akan berada di u*tm Perlis . Tak pasti lagi aku di suruh main ke tak tapi no hal dah selalu turun berlatih takkan coach tak bagi main pulak kan.. huhu. Sabtunya kalau ada yang boleh ganti explore race tu nak join larian 5 km. Itu jelah minggu teruja aku nak lalui hope semuanya dapat di lalui dengan best dan jayanya!

Wednesday, June 9, 2010

Ramalan W.C 2010

Musim bola dah nak mai dah.. Semua orang tiba-tiba akan cakap pasal bola menjelang jumaat nanti sampai awal julai. Sebulan tu nak layan tapi aku tak nak lah layan game pukui 2.00 am tu kecuali semi final atau final kalau team pilihan masuk lah kot.. kekek

Jumaat ni nak gerak pulang ke kg halaman lagi, sure ramai berpusu-pusu kluaq ni. Kalau 5.30 aku gerak maybe (kalau tak jem sangat kat tol jalan duta tu) di jangka sampai pukul 10.00 mlm , Sempat lah kot nak tengok Shakira nyanyi lagu tema... huhu, tak aihhh tengok game pembukaan , harap-harap adalah kot tarian singa africa ke... hari mau ke... kekeke

Minggu depan yezaa.. cuti dan join kejohonan Sukan antara Wilayah . Ha tadi dapat e-mail jemputan join Explore Race + di samping wakil volley ,ingatkan nak join larian sebab tengok jadual sama plak time pagi sabtu. Takpe exlpore ni kena lari-lari gak di samping mencari harta karun katanya.. huhu

Ehh melalut plak aku, aku nak meramalkan 4 pasukan lah dulu masuk semi final tapi ke empat-empat ni kena jadi johan kumpulan baru senang nak jumpa di semi final, so aku teka separuh akhir 1 , Bra vs Eng , 1 lagi Spa Vs Arg. Pasukan pilihan aku Spa dan Arg setakat ni dulu, kena sokong 2 lah at -least boleh tertiduq depan tv(game 2.am) sampai final nanti, huhu layannnnnnnn.

Wednesday, June 2, 2010

Musim kend. dah mai

Weeknd lepas balik kg ptg khamis tu zassss 5.40 bergerak dari umah naik DUKE , terus ke PLUS. Henti kat petronas RnR Tpah dalam 25 minit mcm tu (jamak siap2) dah akhirnya sampai umah kat Jawi tu dalam 9.30. Oklah tu sejak Ipoh direct ni cepat aja sampai. Mulanya tak cadang nak balik time wesak tapi panggilan kend @ kenduri tiba-tiba mengaamit pulang ke desa.

Org umah plak baru start sakit mata rabu lepas terus dia confident leh cuti lama so sampai cuti sekolah la dia cuti... best plak bersambung macam sebulan plak dia cuti. Malam tu masa drive balik tu aku macam tak sihat so pagi jumaat tu lepas perkena panodal ,petang dah baik.


Sabtu nya kenduri dah mula start awal tengahari ,kenduri Aqiqah tapi jiran sekampung pakat buat 7 orang nama sekali terus tumbang sekor lembu.




Fuhh nasi merah daging fresh,gulai kawah ,ayaq asam tomato fuhh memang terangkat yumyyy!.. Err gulai ikan sebelah tu anak aku yang makan (lom baik sakit mata nya si abg long). Balik dalam 2 ptg tu jiran sepupu plak anak dia akad nikah so depa masak gulai ikan gak so aku tak makan nasi la kat situ hanya makan kuih-muih dalam seketul 2 aje.

Ha ni sabtu ni baru kenduri so balik lagi lah aku this weeknd kira dah ada 3 kenduri termasuk hari ahad. Hmm kasut jog kena letak siap-siap la dalam keta nanti... Minggu sekali lagi balik lagi aku ke kg,member skolah plak kahwin.. hmmm berulang alik lah nampaknya aku ni.

Petang tu layan 2 kanak-kanak ribena tu depa main pondok-pondok. Maktok depa upahkan org indon buatkan untuk cucu-cucu bila balik kg , best kira pangkin ni siap boleh tiduq.. layan...