Sunday, June 28, 2009

Mengelak lebih baik dari berubat

Sure boring ek topik aku nak cite ni,, emmm macam rencana kesihatan pun ada gak ni. Aku la ni sejak banyak makan ni.. opsss ,berat tu macam biasalah lepas kahwin naik lah . Tu yang sejak 2 menjak ni kadang-kadang hari sabtu pagi petang aku berexerise.., Dok baca artikel 3-4 kali semminggu di syorkan tapi bagi aku kena 5 kali seminggu baru lemak-lemak boleh terbakar.. ia ke..? ke kena diet sama .. huhu.

Oh ya lupa nak cite khamis lepas berjaya aku join geng baru berbolibol. Oklah aku banyak setting bola bagi depa spike baik punya. Awal-awal ni kenalah aku rajinkan dulu bagi depa spike.. nanti2 lah aku belajar spike plak kalau dah imrove set bola baik punya. Jumaat petang hujan sikit so depa tak turun dan kelmarin ptg aku join lagi, dah ilang rasa segan , ok aje penerimaan depa tu asal boleh digging ,set dan ambik bola susah2.. ececece.

Sebenarnya aku nak cite pasal last week , time tu aku nak gi toilet so masa kat area tempat lepak(utk org merokok ada la aku terdengar depa bersembang.
A umur dlm 50 an: Ehh tengok ko macam pucat aja , tak sihat ka?
B umur dlm 50 an : Yap. , baru ambik mc 2-3 hari lepas, diabetis dah naik.
A: oooo , dah lama ka hang kena ni, aku ni belum gi check doktor apa yang patut.
B: itulah lepas aku gi check ni doktor suruh pantang banyak makan.., takleh merokok
A: haa sebab tu lah aku tak pi jumpa doktor nak check status kesihatan aku, lagi pun aku takleh tinggal hisap rokok ni.
B: hehehhe

Itu je yang sempat aku dengar depa dok bersembang,, takdelah sebiji aku olah sikit2.. hehehhe.
Tapi yelah, yang mana masuk umur 50 ni terutama lelaki dah sakit mengejut baru la dok jaga pantang, tak hisap rokok dah. Ada member se-opis lingkungan nak dekat 50 aritu kena stoke kecil, kira minor ajelah.. terus tak isap rokok dah. Sebulan lepas tu ada sorang lagi, dia ni nak pencen dah, lepas main badminton gile2 nya main terus kena kejutan jantung, kira dia ni pun isap rokok jugak. Jadi tak semestinya yang aktif bersukan tak dapat kejutan jantung ni kan.

Moralnya paham paham sendiri lah, terutama yang merokok tu, hargai lah nyawa anda, ingat orang-orang tersayang terutama yang ada anak-anak lah (opss terskima). Tapi yang tak merokok tu kena juga check kesihatan diri, kalau dah masuk 40 an tu kena dok check kesihatan diri dah. Aku agak opis aku ni masih tak galakkan staff dia gi check so aku ingat nak hantar cadangan kat admin lah umur 35 ke atas boleh bagi staff claim kalau buat ujian kesihatan diri... banyak plan check kesihatan pula ni kalau nak baca blog Deo nak 1 ribu gak kos ek. emmm check yang minor dulu boleh kot cadang ni. Itu jelah jadi mengelak lebih baik dari mengubat ya!

Thursday, June 25, 2009

Haaa ini sudah bagus!

Petang selasa lepas ,kira lepas aku cite pasal bolibol tu bawa lah 2 kanak-kanak ribena tu gi play ground kat 1 area blok perumahan (3-4 minit je dari umah). Bila sampai je terkasima aku ,Yessss , tak sangka lepas dok tak puas hati akhirnya aku ada tempat berlatih bolibol sampingan… yahoooo. Tapi mula tu segan gak la nak tanya boleh join ke depa tu main. huhu

Masa aku sampai tu kira depa pun nak abis dah jadi aku tanyalah kat salah sorang. So sorang bro kata datang ajelah ,depa pun tak cukup org yang selalunya dalam 8-10 org je main. Sebelum ni aku ada lah bawa depa 2 anak aku tu kat situ tapi tak nampak plak depa main, oklah tu alhamdulilah.. ada gak tempat baru nak kasi improve lag skill nii .

Yalah harapkan kan kawan-kawan opis kalau berlatih seminggu hanya 1-2 kali tu dan yang datang main hanya 4-5 orang aje. Kalau game persahabatan baru ramai turun so macammana aku nak mahir kan lagi skill?.. heheheh. Tapi macam serba salah gak nak biarkan anak-anak aku main kat playground tu.. kang kalau depa tak berhati-hati bahaya gak. Tengoklah macam mana kalau ok aku bawa jelah suruh depa main buai , papan gelungsor tu macam tinggi gak, takut depa tak berhati-hati je kalau kyusuk bermain.

Nampaknya lepas ni kalau hari-hari depa ajak turun ,sabtu/ahad pagi boleh la excuse tak gi jog dah . Tengoklah macam mana kalau berat turun 2-3 kg lagi kira berat paling ideal lah kot ok lah so tak yah la beriya nak rejim turun kanlagi. Yang penting seminggu 4-5 kali kenalah exercise, baru kolestrol baik di up kan semaksima mungkin. hehehe

Malangnya dah semangat aku nak join turun semalam hujan lebat la plak , tapi takpe bagus gak hujan melanda, kasi ilang skit jerebu/kotoran asap area lembah klang ni. (alhamdulilaahh) Bagus lah jugak krisis air yang di katakan akan menjelma tak lama lagi di lembah klang ni nampaknya tak jadi lah kalau di selang seli dengan limpahan dari langit ni(kurnian tuhan jugak kan). Opss aku dah jauh kira lariiiiiiiiiii topik la plak ni, haa cuaca nampak ok tu, boleh la petang ni aku turun.. yezaaaa... !

Monday, June 22, 2009

Bersabar lah dahulu ek!

Hehehe, malaih nak cite apa yang aku rasa tak puas hati ni. Banyak sebenarnya tapi kena lah bawa bersabar. Biarlah depa nak buat anggapan apa pun yang penting aku tulis apa yang aku rasa ,nak tuduh yang bukan-bukan pun aku terima aja, dapat banyak pahala ni kalau banyak bersabar.

Petang tadi ada game persahabatan bola tampar, aku join gak main sebab aku memang nak exercisekan diri petang-petang. Sebenarnya aku kecewa lah jugak tak dapat di pilih ke JB haritu sukan antara Wilayah. Sejak tahun lepas aku selalu je turun training main tapi masa bulan 4 haritu aku kena gi kursus seminggu lah, demam denggi sampai 2 minggu la berehat kat umah. so nama aku tercicir sebab bulan 4 aku dak turun gitu .

Jadi tadi yang datang main muka yang sama, yang dipilih main ke jb tapi atas dasar kronisma tak nampak pula batang idungnya. Emmm.. takpleh walaupun member se opis kata aku sepatutnya di bawa pergi sebab dia nampak aku selalu turun tapi tak dipilih rasa macam malaih je nak turun dah tapi atas dasar semangat kesukanan yang tinggi aku abaikan je lah jauh-jauh.

Manalah tau kot aku start nak rajinkan diri ni dan bersabar berlatih dengan gigih lagi manalah tau dapat pergi ke A.Setar plak tahun depan. Kena set kan diri takleh meletakkan harapan tinggi nama aku naik lagipun azam sampingan nak kempiskan perut lagi ni.. ekekekke. Game persahabatan tadi kalah tapi aku enjoy main sebab niat aku pun nak keluarkan peluh di petang hari. Kata kunci hari ini dan akan mendatang bersabar lah dahulu manalah tau kesabaran tu akan di balas dengan kebaikkan oleh NYA!

Friday, June 19, 2009

Malu bertanya berjalan pulang

Aku kan hairan la sesetengah orang tu, yela kan aku dah tulis kat perenggan akhir , tidak mengapa lah bukan rezeki aku , nak buat macam mana kan.. kira aku boleh terima la, ni dok asyik perangat2 aku lagi.. apa ke halnya kan? Ikut suka la ni blog ni aku tulis ,korang komen yang bukan –bukan ikut suka aku la nak delete kan.. hahahahah

Sebenarnya kan aku nak citelah kisah dahulu, so bila aku teringat kembali tak salah kalau kadang-kadang kita tanya atau minta kah(kes sebeniur lah tu), kalau ada rezeki , adalah kalau takde tak payah la nak beriya-riya pula, tapi kes kat aym gols tu ada cuma aku tak tunggu di hujung rancangan.. huhuhu.

Ok kembali ke tajuk cite aku ni, aku dah lupakan lah cite sebeniur tu.., kalau ada sapa perangat balik aku nak delete lah. Teringat ketika waktu dulu, dalam darjah 4-5 tak salah aku. Waktu balik memang aku naik bas sekolah, jarak umah ke sek.rendah dalam 4-5 km. Rasanya masa tu nak hujung tahun ada hari penyampaian hadiah,. Tak salah aku aku dapat 1 bagi kategori subjek Geog paling tinggi markah jadi 1-2 masa sebelum balik sekolah ada buat reheasel.

Nak di jadikan cite aku bas sekolah yang aku naik tu terlepas, jadi kena lah naik bas awam. Masa tu aku memang sejak dari kecil aku dilarang sama sekali pinjam wang, wang saku 30-40 sen pun dah habis aku gunakan masa waktu rehat. Rasanya aku boleh pinjamkan duit kat rakan sekampung(tapi girl) sebab dia pun join reheasel tapi lidah aku macam kelu aje nak suarakan. Rasa amat besalah sangat kalau nak pinjam-pinjam ni. Ni kira malu lah berat nak tanya kat kawan aku tu mungkin sebab dia pompuan.

Maka berjalan kaki lah aku di kala itu , walau suspen lah jugak tapi aku terpaksa redah jugak. Mujur waktu tak banyak kenderaan lalu. Jadinya sampai ke hari ni kadang-kadang memang aku rasa masa dahulu aku boleh lalui keperitan dan boleh bersederhana so apa salahnya hingga ke hari ini aku boleh ikuti bila dah lalui pengalaman macam yang aku cite tadi tu.

Bila masuk ke alam dewasa ni ,kena lah bertukar sikit , kadang-kadang kena suarakan pertanyaan ,tak boleh dah segan-segan dah, kalau ada rezeki dapat lah, kalau takde tu paham-paham sendiri lah.

Monday, June 15, 2009

Demam

Jumaat lepas aku balik penang lagi, sampai umah dalam 10 malam. Esoknya plan nak gi kenduri kahwin rakan seopis lagi kat kedah tapi nampaknya tak jadi kerna kedua-dua anak aku telah mengalami demam akibat beberapa hari lepas asyik berjalan sana sini . Cuaca kat utara sini memang panas membara tapi kat lembah klang la ni pun sama aja panasnya, huhuhu.

Akhirnya sabtu dok berehat aje jat umah tapi aku jogging macam biasa pagi tu, takde jerebu langsung area kg aku tu kalau nak compare khamis & jumaat lepas berjerubu aja k.l tu. Tengahari tu kakak ipar aku ajak adik bradik dia datang tolong buat makan-makan sikit so berangkat lah ke sana dalam 11 pagi. Masa tu 2-2 anak aku dah ok, dok bagi ubat demam yang memang sentiasa bawa tu. Tapi depa takdelah melompat macam sepupu-sepupu depa tu.. dok tengok ceria kat astro tu aja.

Ahadnya plak aku plan gerak awal takut macam bulan mei lepas tersangkut-sangkut kat PLUS tu kalau gerak petang. So sampai kl dalam 3 lebih ,kepenatan terus aku terlelap. Malam bawa budak2 tu ke klinik + mama dia sekali couse tiba-tiba lak mama dia demam. Rasanya ni sebab beberapa hari lepas dok makan durian aja... musim durian melanda di area utara la ni. Pagi tadi si abg tak nak gi tadika ,masih tak sihat katanya. Ada gak bawa balik durian isi dlm tuperware letak dalam peti ais ni, nampaknya buat bubur kacang ajelah kot ni...

Wednesday, June 10, 2009

Cite cuti lagi

Hari ni aku dah masuk opis, memang dah lama cuti nak start balik tu perlukan masa rasa malassss aja tapi, mujur hari ni dah rabu so 2 hari lagi balik kg smula. Tengok rakan-rakan opis semua macam mood bercuti, ada yang plan nak ambik esok, ada macam aku baru masuk keja.

Ha ,sambung cuti lepas, hari isnin lepas aku lepakking kat Nasmir (bukan kahsmir la) nasi kandaq tu depa semua dah siap terus aja menuju ke bukit larut tepeng. Aku rasa macam dah berbelas tahun tak pi mandi situ. Saja nak bagi anak-anak kecil tu rasa air semulajadi dingin yang turun dari bukit larut tu.

Sampai dalam 12 lebih ,ramai dah manusia terus kita orang cari port letak segala makanan dan baju mandi. Menu yang si sediakan oleh org umah+ kakak ipar + bibik adalah bihun goreng + telur ayam kenduri yg di bawa balik(kenduri yg last tu dia kasi lebih maklumlah dah 4 ptg tetamu dah takde).. nyum2 sebiji aku letak. ekekekke. Lepas tu makan nasi berlaukkan ayam masak kicap ,sambal udang dan timun . fuhh sedap selera sesekali berkelah ni.

Lepastu aku bawa anak-anak turun mandi.. sejukkkkkkkkkkkkkk.... Jenuh aku nak bawa depa turun tu.. so depa main kat tepian aje. Aku tak mandi couse ramai plak orang dan nak mandi kena panjat atas lagi ada kolam dewasa katanya.. Jenuh gak nak pujuk depa naik dalam 30-40 minit depa kat bawah aku ajak je depa kata nak melawat haiwan yang dikurungkan..zooooooo la.

Sampai dalam pukul 2 kot tudia penuh kenderaan kena parking jauh plak, dekat aje kan taman tasik tepeng ni best pergi tapi cuaca panas sangat so aku sorang je masuk bawa 2 orang kanak-kanak ribena tu. Yang lain nak berehat di bawah rimbunan pokok..penat nak berjalan masuk sana. Masuk je terus naik ketapi yang di sediakan so seronok la depa dok tengok haiwan-haiwan yg nampak lesu dan tidur je di bawah pokok. huhu

Kira ketapi tu pusing semua tempat last sekali dia berenti kat tempat gajah.. Dan elok-elok turun pekerja zoo antar makanan kat gajah ni..nampak macam daun nangka dan rumput apa tah panjang2. Lepastu jalan sikit ke depan then ada playground kanak2 so depa main dulu situ. Dah agak depa penat ajak la balik lebih kurang pukul 3 kot. Malam pula abang ipar yang bisness nya semakin kencang ajak makan makanan laut kat area pantai seagate tu.. ke sebelum sampai seagate sebab sotong goreng dia antara menu yg sodap tapi malangnya depa macam dah tukar tukang masak atau resepi.. macam lebih kemasinan plak kali ni.

Selasa pagi pulak macam biasa awal-awal lagi dalam 7.30 aku dah start pi jogging ,kena exercise lebih sebab makan dah lebih ni. Dalam 11 pagi singgah dulu ambil mak aku terus menuju ke Baling kenduri kawan se-opis. Sian dia buat hari selasa memang aku sorang je yang mai umah dia ,lagipun wife dia pun 1 opis gak dah umah kat tg malim aje, sure yang lain2 pi tg malim 6.6 lepas.

Aku sampai kira adik dia layan baik punya maklumlah wakil dari kl katanya, hehehe. Meriah betul ada nasi merah lauk ayam, daging ,acar . Lepastu menu sampingan ada laksa, laksam, cendull siap aiskrim untuk anak-anak. Cuaca memang panas so aku macam tersalah makan ,balik tu macam tak sedap badan terus muntah... opsss. makan terlalu banyak kah.. huhu
Dalam pukul 6 aku balik sendiri naik bas pulang ke kl... huuhu.. mujur ok dah (sapu minyak gamat ok dah). Tu jelah cite 2 hari penuh aktibiti.

Monday, June 8, 2009

Lepakking & kenduri

Now aku masih kat jawi, s.perai. Ni tengah online kat kedai nasi kandaq khasmir tepi jalan . Saje je nak try online kat sini, ecececce. Sat lagi dalam 10.3o kot nak jalan-jalan ke bandar taiping ,bawa family pi berkelah katanya.. (Sure nak melawat zoo tu apa, ataupun air terjun kat area tasik taiping tu). Dah lama tak pi sana, last sekali masa pi honeymoon tahun 2003 kot, opss.

Cite pasal kenduri sabtu dan ahad lepas jenuh aku mengisi perut dengan lauk-pauk kenduri yang sedap sedap. Mujur kedua-dua hari tu pagi-pagi aku pi jogging + buat senamrobik kira berpeluh-peluh jugak dalam 1 jam gitu. Ni pagi tadi dalam 7.30 pun aku pi buat senaman gak, makan dah banyak exercise kenalah buat.

Hari sabtu ada 4 kenduri +1 kenduri 2 pupu bertunang. Aku hanya pi 2 kenduri je dan ptgnya ke majlis pertunangan yang ada macam-macam seperti laksa penang, laksam, bihun goreng, kuih muih, ayam rempah , fuhhhh penuh sampai mengah di buat nya. Semalam pulak ada 2 kenduri so nasi merah ,ada daging tempatan yang sedap cicah ayaq asam fuhhh... (sian plak yg dok obersea kalau depa baca nooo.)

Kenduri semalam kat area parit buntar sempat aku jadi penyanyi jemputan menyanyi karoke kat situ, ala dalam pukul 4 dan tetamu tak ramai, takdelah ketaq sangat aku nyanyi, tapi yelah ni la first time aku nyanyi kat majlis kenduri siapa bawa lagu mahakarya cinta yang aku tak sampai tu dan 1 lagi mungkir bahagia si Hazami tu. Ingat nak sambung nyanyi rama rama ella sebab kat cd tu ada lagu tu(malas nak selak lagu2 lain), takpelah kasi orang lain nyanyi sama, hahahha.

Tu jelah nak cite pasal kenduri, esok gi baling kawan 1 opis lak menikah, so dalam 6 petang esok baru balik kl naik bas, weeknd ni baru ambik balik family bawa ke kl lagi pun ada 2 kenduri lagi kat kg halaman ni... fuhh layan.... yahoo selamat bercuti pada yg dok jalan-jalan tu!

Tuesday, June 2, 2009

Mana aku???? hehhhee



Gambo ni di ambil dari paper berita harian rabu lepas, kalau korang tengok muka surat 2 ada. 1 malaysia ni kalau beli paper b. h ni, tapi malangnya aku kat mana? huhuhu