Monday, December 31, 2012

Dah poto*g

Lamanya tak hapdet blog(setahun 6 kali oklah kot?) , errr takdelah menda nak cerita ,Alhamdulilah  syukur si abang anak yang sulong kalau orang utaqa dok habaq dah bersunat.  Hmm kenapa awai benor? sian dia mula-mula macam tak mau aja. Mujur ada sepupu dia blah wife aku yang sebaya mak dia tolong daftar kat spital area kg halaman di. P.P tu. Jadi apa lagi selitkan lah juga masuk sekali nama si abang.

15 Dec kita orang balik sana, aku cuti sampai 25 siap habaq kat boss kecik anak pertama nak langsung. Ikutkan memang la banyak benda nak wat tapi oklah lama gak tak ambik cuti panjang-panjang kan. Selalunya aku akan balik sendiri naik bas kalau cuti skull panjang tapi mujur tahun ni wife kena jaga budak preksa lak jadi dia pun takleh nak dok lama kat sana,

Esoknya mak aku wat kenduri skit, wat pulut kuning +ayam kari panggil abg ipaq dan adik badik ja baca doa selamat . Ha  tu pun aku upah kak ipaq tolong masakkan couse pulut kuning dia memang sodap from aloq setaq mai naaaa. Ingat lagi masa aku masuk jawi, memang buat kat umah aku, ada kenduri gak lepastu tok mudim yang uruskan? Sakit ?? dah lama tak ingat dah tapi seriau ooo,kena tarikkk dan zaaaaassss. pedih kot , huhuhu. Time tu mengalir air mata ja couse aku dah tahun 4 kot ,dan ada la 5 orang so aku orang pertama kena kira lagak tahan  laa.. ekekeke.

17 dec, masa ditunggu telah tiba , saspen aja aku nak hadapi couse aku tahu si abang ni takut benar dengan jarum. Sampai spital dah 2 orang lepas , kira si abang  orang yang ke empat. Sepupu dia masuk dulu, agak lama 20 minit macam tu, kluaq jalan elok tak dengar nangis bagai. Time giliran anak masuk waktu tu aku dok ralit baca apa tah, ada adik ipaq aku kenai doktor atau pembantu spital tu terus dia di ajak masuk. Haa.. sudah aku rasa sure nangis kang budak ni.

Apa yang di risau memang  menjadi kenyataan , terdengar si abang dok nangis sakit- sakit..., hmm tentu sebab bapa menakan dia ada  sure dia nak buat simpati bagai. Lama gak dalam 30 minit macam tu baru kluaq. Apa lagi adik ipaq aku cerita la dia tak dok diam time Dr. nak cucuk tu , so kalau agresif secara logik darah sure mengalir kat semua tempat , so maybe la sakit la agaknya kena cucuk tu. Hmm rugi gak aku tak masuk tapi member opis dah cite budak-budak ni kadangkala time mak/abah ada la dok berlakon bagai kan? Balik pi umah kakak ipaq aku kira dok la dengan sepupu sekali  kira ada geng la kasi dia tak sedih-sedih ngadu sakit.

Sampai aja umah makan ubat siap-siap, kang bius dah abis sure rasa punya kan. Ada 3 jenis ubat aja, dan tengok takde pun di balut bagai , kira doktor cakap kaedah ni paling senang dan cepat baik. Alhamdulilah lepas makan ubat terus dia lena. Adalah dia ngadu sakit-sakit tapi sebab ada geng depa 2 orang kira control gaklah sakit tu. Masing-masing tak nak tunjuk lah kot ataupun aku rasa masa aku time kena ja ,then time nak makan , nak mandi susah skit kan.

Malam tu aku dok google bagai blog yang cite pasal bersunat ni.. Banyak pantang larang tapi ada gak yang susah nak ikut contoh makan ayam. Alhamdulilah si abang tu selain ikan bakaq di beri gak ayam goreng , ok aja cuma ada bengkak skit la tapi ubat bengkak dah ada kira dia surut balik lepastu.. hehehe.. Hari ke 3 rabu malam skit,aku bawa si abang dan family stay kat tg bungah island, bawa bercuti jap sebab dah tempah. Member hangat hati tak dapat mandi kolam . Kira khamis tu dok ajelah kat tempat cuti tu tapi malam tu kluaq makan ikan bakaq kat batu uban area lepas Penang Bridge tu. Kali ni dia leh pakai slack tapi jalan masih control dan kengkang lah skit, hahaha.

Hari Jumaat balik semula ke umah, dah leh pakai sluaq slack dengan elok tapi jalan masih lagi tak betul. huhu. Hari ke tujuh atau ahad barulah baik dan dah boleh pakai seluar dengan selesa , kira seminggu gaklah .Legalah gak couse si abang ni makan tak pantang sangat macam aku dulu-dulu 3-4 hari gak makan nasi berlauk ikan masin .. hehehe seksa oooo.