Sunday, October 25, 2009

Hmmmm

Hmmm..., Semakin bertambah usia hari ini, maknanya semakin lama -semakin dekat di hujung usia... opsss tak tau bila moga depa dok doakan semoga dipanjangkan umur kat FB tu aku amin kan lah aje! Terima kasih siap-siap sapa dok bagi ucapan tu.ek

Cuma aku pernah dengan ustad ada bagi ceramah usia ni memang la di tulis saat -saat kejadian di dalam perut ibu jadi kalau doa tu di ambik kira kah .emm apa-apa jelahh semoga usia yang panjang ini akan di isi dengan amal kebaikkan dan di berkati nYA...

Alhamdulilah tadi 4 ptg dah selamat sampai dari kg. Kira rindu yang aku dok tulis sebelum ni akan terubat dengan baliknya 1 family ke kuala lumpur. Boleh di kira hadiah gak ni di hari ulangtahun kelahiran hari tua ini.. ekekekeke .

Tu jelah kot nak tulis di hari ulang tahun ni,semoga berjayalah hendaknya hidup yang aku hadapi ini di dunia dan akhirat., Amin!

Thursday, October 22, 2009

Rindu

Weeknd lepas atau jumaat lepas aku gerak lagi pulang ke kg halaman. Ni kes rindu punya pasal la.. hehehe. Ye aku akui kalau duduk sorang memang rasa sepi mencengkam jiwa waima aku rasa oklah juga aman nak main game kat pacebook tu.. opssss.ekekeke. Namun begitu tiada orang untuk aku berkomunikasi memang terasa amat kosong se sepi filem sepi tu... hehehhee.

Apasal ek kalau berjauhan terasa rindu.. hehehhe, dah lumrah kehidupan ,apa la aku dok bertanya lagi.. Paling nak aku tengok dan rindu sekali baby baru tu. Bau badan baby tu memang tak dapat nak cerita macamana tapi harum aje.... hehehhee. (aku ada pernah dengar org2 tua kata bau tu macam bau di alam syurga... ).

Ahad petang masa nak pulang ,sepatutnya aku kenalah sediakan sugus atau apa-apa coklat untuk syaza anak no 2 tu. Elok je berangkat dia menangis nak ikut balik kl, sebelum ni dia ok aja. Habis ramai orang memerhati tapi biasalah kena lah mama dia pujuk dan aku rasa dia akan ok kalau mama dia beli jajan nanti. Itulah aku rasa dia macam kehilangan aku aje, yelah masa aku ada abang dia tak berani sangat nak buli atau dok kacau dia.

Mungkin dia rindukan aku gak selalunya kalau aku dok mengadap laptop (dok busy main game,ekekek) dia akan dok sebelah bahu aku lepastu dia pun macam nak hidu bau badan aku je..opsss kira dia cium lah bahu aku tu. Lepastu aku nak sayang dia balik dia lari... heheheh. Yelah dah 3 tahun sure dia macam tak selesa je. Anak aku yang sulong lagilah,kalau dok nak sayang pipi dia mulalah dia nak mengamuk dan macam nak nangis ja.. huhuhu.

Itujelah nak cite pasal rindu...rindu pada wife? sudah tentu dan biarlah rahsia..ekekekek. Esok gerak lagi ke kg halaman nak jemput depa balik kl. Minggu depan akan hilanglah rindu pada mereka lepas ni dan mungkin juga kena kurangkan mengadap laptop lepas ni.. huhu.

Wednesday, October 14, 2009

Balik Kg lagi

Jumaat ,lepas opis aku gerak ke penang. Misi setelah 2minggu tak jumpa family rasa sungguh rindu..opsss,hehhehe. Aku rasa bila anak 2 org tu dah besar dan depa pandai berkomunikasi memang aku rasa diri macam terasing aje dok kat kl ni. Tu belum dgn org umah lagi..opsss ,macam orang kehilangan kekasih pun ada... huhuhu.

Gerak dalam 6 ptg so macam balik raya aritu aku suspect 10 dah sampai S.perai,rupe-rupenya lepas trowong kledang ek, ada plak kerja pembinaan... aduhhh 30 minit sangkut kat situ, dengan minyak yang macam tinggal sikit,mensuspenkan kerna niat memang nak isi kat RnR Sg perak. Apa apa pun selamat sampai dalam 10.30,terlepas tengok nur kasih.. fuhh mujur member ada download kat opis.. hehehe

So sabtu tu lepak je,pagi macam biasa exercise dulu ,lepas tu memang aku layan 2-2 kanak -kanak ribena tu sampai la depa tidur(kira sampai mlmlah). Ahad lak ada open house adik badik ipar ,layan ja ada nasi minyak macam nasi kenduri plak,lemang ,rendang dan laksa. Fuhh aku makan nasi aje la dan 2-3 ketul lemang.Petang tu aku bawa ke 2 anak tu balik umah mak tok dia kat kg aku tu dok sana sampai 11 mlm.

Aku ambik cuti tahunan sehari so Isnin pagi tu hujan tapi aku tetap meneruskan exercise di koridor umah..hehhehe, makan dan banyak kenalah bersenam sukmo. Pukul 2 ptg bus bergerak dari P.B dan sampai Kl dalam 7 ptg. Weeknd ni aku rasa macam nak balik, japlagi kot gi cari tiket... ,setakat ni hari ahad je panggilan umah terbuka.. dan lagipun mcm tak best aku gerak solo ajo..sob sob sob.

Monday, October 5, 2009

Raya @ KL

Sabtu lepas dah mula start jalan-jalan berhari raya at KL pula. Ada la beberapa jemputan tapi aku yg hanya solo aje pergi 1 rumah kawan se opis sahaja. Ini kerana sabtu lepas kebanyakkan jalan raya di KL mengalami kesesakkan dan aku tak brapa mood asyik dok ingat family kat kg. Pagi sabtu tu dengan cuaca yang amat best untuk tidurkan diri so dalam 11 pergi kota damansara. Singgah Giant dulu beli buah tangan kat member opis tu.

Sampai sana ada nasi ayam ,mee kari, nasi impit rendang daging,semua aku rasa . Lepastu tu terus balik umah nak layan Awan Dania musim 2 kat astro ria tu, sampai 2 minggu astro ria ni dok ulang cite raya so tahun depan , raya 1 hingga ke 4 aku nak layan cite kat tv1,2,3,9 dahulu.. couse dah tahu sure ulangan balik sampai raya ke 14. Petang tu kwn se opis bujang datang bawa makanan bakal tunang dia kasi.. so malas nak ke mana makan jelah soto ayam, rendang ayam dan nasi impit.

Ahad pula sebagai ajk untuk hari raya kat tempat aku tinggal ni kernalah bertugas, so pagi-pagi jogging dulu lepastu singgah tengok apa yang patut. Buat pun kat dewan terbuka so depa boh tikar aja kira ala style kampung la plak kan. Tugas aku haritu jaga sate so nyum-nyum best tapi aku lepas makan lemang rendang ayam terus takleh makan banyak,ke sebab jogg tu yg takde selera makan plak.

Kira banyaklah bawa balik makanan tak abis termasuk sate tu jenuh gak nak abiskan so kwan opis gak yang datang habiskan sate tu. Minggu ni macam nak balik kampung jelah, raya kat sana pulak tapi yg paling utama sure lah nak jumpa family . Anak no 2 dok tanya bila nak balik dia kata abah dah lama pi keja tak balik-balik pun.. sob sob sob..sedih la plak.. huhu