Thursday, April 30, 2009

Kongsi Imu

Lama aku tak kongsi cerita pengajaran ala –ala ustad, opss takde lah ustad sangat lagipun berkongsi ilmu ni kalau korang baca insya allah ada lah kebaikkan sesama kita. Topik ni kira topik motibasi lah juga kerna yang baik kalau di ikuti moga ada manfaat.

Saja lah aku nak cite perkara yang baik yang di berikan semasa aku pergi kursus Min ja roes haritu. Bukanya apa bila aku baca blog poi dan anne pagi ni rasa macam depa down pulak di sebabkan beberapa perkara terjadi. (aku turut simpati ni...)

Ni aku nak berkongsi air botol ustad baca di kala masa kita sekolah dulu-dulu yang mak/bapak hantar ke asrama tu memang ada kebaikkan dan mujarab. Contohnya masa jawab exam kita boleh tenang dan tenteram sebab ada doa-doa dari ayat Al quran yang memang bila di baca kepada air tersebut memberi kesan.

Penceramah tu telah belajar di Indonesia di mana air tu merupakan benda yang hidup. So malam tu kita orang di beri 2 botol air. 1 botol di beri puji-pujian, di doakan air tu semoga ia menjadi segar dan sedap di minum. 1 lagi botol kita maki air tu ,dengan erti kata menghina air tersebut.

Aku takdelah nak maki sangat contohnya aku kata airlah di kala hujan menyebabkan banjir yang menyusahkan orang. Di kala berlaku tsunami air laut mengorbakan beratus ribu orang. Macam-macam lah kalau ada perkara yang air boleh susahkan orang, tapi aku takde lah maki giler kan. So lepas tu dia suruh letak beberapa cuit nasi dalam botor tu.

Esoknya ya, air yang di puji tu enak sekali rasanya. Manakala air yang di caci itu telah berubah bentuk warnanya mengikut tahap maksima ke makian terhadapnya. Ada yang warna perang pekat dan ada yang macam kuning aje. So terbukti lah air itu hidup jadi kita boleh guna untuk ke arah kebaikkan.

Contohnya kalau dalam kesusahan bolehlah membaca ayat al-quran di depan air botol. Cari ayat2 yang boleh menyebab kan kita kuat, surah yasin, ayat kursi salah 1 nya boleh di amalkan. Esoknya minum air tersebut , kalau ada surah alquran untuk rawatan sakit, kena tanya yang arif ni kita boleh baca tapi tak salah kita doakan dalam bahasa melayu semoga air tu memang mujarab .

Kalau ada anak-anak pun boleh kita bagi minum insya allah kalau kita terapkan nilai-nilai positif maka ada kebaikkanya dan anggaplah kuasa yang Tentukan adalah Allah Swt jua. Kita kena percaya juga qada dan qadar telah di tetapkan jadi tak salah kita berusaha kalau ada nilai kebaikkan. Itu ajelah topik berat hari ini.. semoga korang amalkan kalau ada kelapangan.

Sunday, April 26, 2009

Min Ja Ro E S

Min ja roes ke arah pembentukan individu dan semangat berpasukan (nama kursus tu).
Selasa sampai jumaat lepas walau nampak macam panjang dan lama tapi kursus Min ja ro es yang aku lalui rasa cepat pulak masa berlalu. Aku rasa la sure ada lah rakan tag yang pernah pi kursus minda, jasmani, rohani ,emosi dan sosial ni terutama pada mereka yang dah ke jepun. ( wakzhusi sure tahu kot ni?)

Kursus ni memang banyak aktiviti dalam dewan tapi setiap modul ada roleplay dia. Kira tak banyak dengar ceramah dan sure tak boring punya. Apa yang menariknya kadang-kadang apa yang pernah di buat di tag/dimain kah, ada dalam salah 1 modul tu. Contoh dulu pernah kat tag Joe tu main tulis lirik so masa kat kursus tu ada ,ala lebih kurang bagi perkataan cinta so carilah dan nyanyi melodi lirik cinta tu. huhu

Apa apa pun insya allah dah lalui kursus ni rasa semangat berkobar-kobar pulak. Salah 1 perkara yang aku belajar setiap dalam diri kita ada tenaga dalaman yang boleh membuat sesuatu perkara itu menjadi positif dan boleh di lakukan . Setiap pekara tu boleh berjaya kalau lah dalam diri sendiri sentiasa berkata boleh dan hal yang sama setiap kegagalan pasti ada kejayaan di 1 hari nanti.

Wahhh ,semangat nampak..,eekekekkeke. kursus tu walau di ambil terms dari jepun(salah 1 nya chikara... but tak berjaya group aku buat..huhuhu) pemikiran dan aktibitinya boleh di sesuaikan dengan unsur-unsur islamik juga. Itu jelah kot, sempat gak aku pi mandi di kaki gunung Nuang tu di hari terakhir .. sejuk air sungai nya.

Monday, April 20, 2009

Ala tak dapat join esok

Alaaaaaaaaaaa., tak dapat lah aku jumpa wakz dan rakan2 tag kat KLIA esok malam.. Pagi tadi ada member yang dok depan aku(unit lain) ingatkan aku esok kena pi kursus..
Apa? terkejut badak aku rupenya aku kena pergi esok tengahari sampai hari jumaat. Jadi
pada wak bukan aku tak sudi nak jumpa, dah la banyak mini ghatering dia tak dapat join kan, takpe dah tak lama kan hang dok kat Jepun tu.

Cuma bengang jugaklah aku kat Admin @ HR aku ni, dah aku MC aritu e-mail aku dah penuh so aku tak dapat lah info(takkan dia tak set mail yg dibounced kan). Tempat kursus ni kat lembah pangsun,Hulu Langat (kat umah family Arc kah?). Oklah juga dapat aku menikmati keindahan alam dan lama pulak tak pi kursus out door ni. Ada sapa pernah pergi ? best ke tak?? sure tak sebest pergi a.d kan.. ekekkkee

Oleh kerna short notice ni anak aku kat tadika nampaknya 3 hari lah tak dapat pi. Ingat nak suruh adik ipar yang masih bercuti kat kg tu datang tolong. Tengoklah hope dia boleh maik kl esok atau lusa ke. Mujur juga orang umah aku dah start tegas kat PR baru tu.. kang dia semakin lemak plak malas -malasan aje.

Saturday, April 18, 2009

Konflik PR

Hihihi.. tajukk.. mcm aku ada masalah public relationship plak. Sebenarnya aku ada masalah sikit dengan pembantu rumah yang baru datang keja pada 4hb 4 besamaan masa aku dok dalam wad. Takdelah masalah sangat cuma sejak 2 menjak ni banyak pula dia buat songeh.. opssss .

Ni sebab masa dia masuk aku takde dan banyaklah peraturan tak di buat since aku pun dok kat spital kan. Antaranya ialah

- Umur dia ni 45 dah, berasal dari medan sana. So dia tak nak la di panggil bibik sebab dia bukan dari jawa katanya. Masalahnya nama dia mula dgn UMI jadi dia macam suruh anak-anak aku panggil makcik umi.. tapi korang taulah kan budak-budak ni manalah nak sebut panjag-panjang, so kadang -kadang mcm dengar Umi aje. Umi ni ada lah anak buah wife aku kat penang tu panggil Umi kat mama depa.. so aku risau macam
depa akan terconpius nanti..(ke sebab aku takut masalah kasih syg kemudian hari akan terjejas?)

- So mulai beberapa hari lepas aku dah start panggil dia bibik Umi, lagi pun bibik tu makna makcik kan(ni LB bagitau kat Ym td). Respon nampak dia macam ok aje.. tapi wife aku still panggil dia umi lagi. Aku bukanya apa lepas kami dok buat baik dengan dia sukmo nampak macam dia dah kemalasan gitu , kadang-kadang dok berkurung dalam bilik aja.Time aku balik tgh nak lunch pun dia biarkan anak aku tidur kat luar dia dok berkurung dalam bilik.

- satu lagi dia dok panggil aku abang pulak.. so macam mana ek.. aku kena bertegas dia kena panggil bapak ke tuan? ke encik?? aku ni bukan apa kalau terlampau baik kang dia macam naik minyak pulak kan.. nanti majikan pulak di bulinya,.ekekkeke. Dekat wife aku dia panggil nama aje.. ke kena panggil Puan? chewah...

- akhir sekali dia sepatutnya 3 bulan tak diberi gaji kan.. tapi masa baru masuk dia kata naklah di beri skit-sikit. Oklah kami consider akan bagi.. tapi macam takut pulak 2-3 bulan dia lariiiiiiiiiiii.. kang rugi.. tapi takpe.. kira tawakal ajelah kot... maybe dia ada benda nak beli kan. Ya lah lagipun org umah aku dah jualkan henpon dia kat bibik tu rm 120 gitu.. tu pun dia nak bayar ansur-ansur jugak. Sure dia nak beli prepaid call saudara mara di kampung.

itu ajelahh setakat ni,yelah ni lah pertama kali ada PR.. sure yang lain dah ada banyak pengalaman kan.. tapi member aku cakap kena berjaga-jaga gak.. kang kat depan dia buat baik, tak tau kat belakang pulak. Aku ni taklah kijam sangat.. siap beli katil single baru kat dia.. kasi 1 lemari , 1 bilik kat dia. Itu ajelah kang ada yang tak puas hati aku coretkan lagi.. ekekee

Thursday, April 16, 2009

Fairus berundur di Penanti

Maihh nak cite pasal politik plak.. boring la pasal hiburan aje. ekekkeee.Rasanya lah sapa ek yang akan di calon kan di Dun Penanti ni? Aku dapat agak sure kroni Anwar ataupun dia sendiri jadi calon. Manalah tau dia pun teringin pegang jawatan kira tak dapat jawatan jadi PM yang di war warkan jadi TKM pun jadilah.

Yelah kalau dah pegang TKM banyaklah projek kat p.p tu abis kaum kerabat dia sapu kan. Alamak aku ni main hentam kromo aje tapi just nak bagitaulah masa zaman dia jadi tpm habis 1 family dia jadi O K B. Emm.. nampak macam tak puas hati tapikan orang politik ni susah nak cari yang betul-betul yang nak bantu rakyat yang terhimpit terutama rega barang yang tak turun -turun waima minyak dah turun .

Satu lagi macam membazir pulak wang rakyat ni, haritu habis 3 juta untuk 3 election sure kali ni 1 juta lagi. Tu belum duit kerajaan untuk bantu kempen parti. Lepastu nanti menyemak orang-orang u*no 1 seluruh negara nak mai berkempen., tu pun banyak gak guna pakai duit...kan duit sapa? duit kerajaaan lah yang banyak mengalir nanti.. opsss ada bukti ke aku dok bagi fakta ni,,, errr maksud aku sure duit menteri lah kot..

Menteri sure minta kat mana-mana Agensi di bawahnya... err GLC lah best sikit sebut kan. Haritu sia-sia aje dua bukit bn tak dapat daki ni nak tunggu penanti ,menanti lah sampai rakyat berpuas hati PM baru ni tadbir baru ada harapan nak menang.

Itu ajelah ketidak puashatian aku pasal politik carca merba sejak dua menjak ni.Pilih wakil rakyat yang hanya nak kan duit masuk dalam karung sendiri terutama parti yang baru kembali gah selepas pemimpinya keluar dari sg buloh. Aku rasa la sure mai tangkap muat aje pemimpin parti P*r tu pilih wakil rakyatnya so kalau ada pilihanraya lagi aku rasa macam nak pangkah bulan aje..kalau ada lain lain lambang aku rosakkan aje.. opssss... dah la malaih la nak ulas lagi..ekekeke

Tuesday, April 14, 2009

Konsert 5 AF

Sebenarnya aku macam malas nak mengulas memandangkan perserta paberet pilihan aku yang ramai tu si Zizi dah terkluar minggu lepas. Marah gak aku dengan penerbit astro ni dah Zizi perserta terakhir buat persembahan pesal dia tak timbang rasa sikit. Oklah kalau si Bisa tu yg kluar, ni menyebabkan aku malas nak tengok diari harian dah sebab kurang plak bunga.ekekeke

Mujur masih ada Aishah dan Isma waima anak 5 tapi dah slim ek minggu ni menari sensual and seksi sekali.. opsss. Lagi 3 orang lelaki aku pilih sapa ek... sapa -sapa jelah Hafiz , Yazid maybe Aril atau Akim leh masuk final ,ni aku rujuk lepas konsert undian depa memang tinggi. Tapi manalah tau kot yang sokong hat lain tunggu hari konsert baru mengundi.. susah nak ramal benda undian jari menjadi juri ini. Oklah berbalik pada konsert ke 5 :

Isma- Kau Mawarku (Datuk Siti Nurhaliza/ 2 By 2)

Wahhh , melekat ,romantis macam kalau takde sapa yang tengok aje sure depa akan pi masuk bilik lepastu.. opsss ekekke. Isma punya kawalan suara masih kurang mantap ,maybe dia kata Zul mengejutkannya tapi kalau aku peserta Af sure aku leh agak elemen2 kejutan macam ni sure dia akan dapat. Persembahan boleh la walau tak baper nak tiru siti tapi vokal agak sama pulak .

Akim -Jika Kau Tiada (Yusry/ Erra Fazira)

Sian Akim dapat lagu yang tak baper sedap ni tapi kenalah sahut cabaran. Vokal masih keras ,err macam mana ek nak lembutkan vokal mengikut melodi kan lirik dia ,kena masuk kelas vokal baru tau kot ni . Persembahan menari ada peningkatan mantap sikit dari konsert ke 4 . Suara masih kureng atau kali ni menurun sikit


Qhaud- Di Bius Cinta (Yusry/ Melly Goeslow)

Aku rasa macam ok aje dia bawa tapi ada part tinggi tak boleh tarik. Persembahan qhaud menurun kali ni dengan pengkritik bagi alasan pasangan duet dia yang tak perform.. Bagi aku la lagu ni tak berapa menarik jadi maybe lah qhoud pun mai tangkap muat aje nyanyi.

Hafiz – Terlanjur Cinta ( Rossa/ Pasha/ Ungu)

Hafiz macam biasa suara dia tetap mantap walaupun ada drama atas pentas tapi still penghayatan dia terhadap lagu yang di bawa masih adil. Persembahan masih tahap sama macam minggu lepas ,errr susah cikgu nak bagi reward kat dia ni waima dia still perform ok.


Claudia– Kau Muzik Di Hatiku (Jaclyn Victor/ Vincent Chong)

Beruntung Cladia dapat lagu sedap dan pasangan duetnya pun juara AF 1. Persembahan ada peningkatan dan suara macam dayang dah tak baper jelas dah di dengar. Oklah dia ni leh lepas masuk final tapi susah gak ada 2 orang srwk lagi yang dia kena fight untuk lepas.

Aishah – Dua Hati Jadi Satu (Dafi/ Gita Gutawa)

Minggu ni dapat lagu yang kena dengan vokal aishah di samping lagu ni agak popular so ada kelebihan untuk perform dengan baik. Persembahan ada peningkatan yang ketara kalau nak compare 2 konsert sebelum ni. Nak puji gak si Aishah ni walau teman duet dia si ALiff tu kira kejutan untuknya dia leh bawa dengan baik sebab yang lain sure dah berlatih kan.


Yazid – Terharu (Jamal Abdillah/ Mawi)

Kali ni walau agak penat jugak sebab menari terlebih vokal Yazid masih lemah di hujung persembahan. Tapi dari keselesaan di pentas, gerak geri di pentas serta persembahan sebagai penghibur Yazid agak berjaya kali ni mungkin partner dia pun memang ada energy yang baik so oklah ada peningkatan sikit.


Aril – Aku Dan Dirimu (Ari Lasso/ Bunga Cinta Lestari)

Aril kira bertuah dapat lagu yang sedap serta teman duet si marsha yang memang nyanyi baik sekali. Persembahan vokal kali ni ada peningkatan sebab ada nada rendah di bawa dengan baik dan part tinggi pun sampai si Aril ni bawa. Oklah minggu ni cikgu bagi dia perserta cemerlang .

Sidi? Takyah la komen sepatutnya minggu yang Zizi kluar tu Sidi yang kena kluar dulu..opsss ter emo plak.. tu lahh pasal sapa suruh tak undi.. ekekkeke.. Mujur aku dah set sejak konsert 1 aku suka ramai peserta..kalau ada kluar pun takdelah aku kisah sangat kan... hehehhee. Minggu depan tema rock.. hope semakin baiklah persembahan depa kali ni.

Monday, April 13, 2009

Positif ke 3

Sebenarnya berita ni geng tag dah ada yang tau cuma aku saje nak imbas kembali time bila yang positifnya. 2 bulan lepas kot org umah aku buat test kertas litmus secara sendiri. Aku tak ingat bila tiba tiba je dia mai tunjuk positif positf, aku terblur gak apa yang positfnya sampai tunjuk tunjuk kertas ni.. ekkekekeke

Laaa.. ujian sendiri rupenya, kira tak sabor benar kot nak tau .Esoknya gi uji kat klinik dah sah dan di jangka awal bulan 10. Tapikan ni nak bagitau kat wakzhusi yang beriya benar dia dengan seksitari i Yam dah rancang majlis berbuka puasa (bersama anak yatim), so aku leh jadi ajk kecil ajelah takut plak aku takleh bagi komitmen couse manalah tau kalau ikut sebelum ni (2 org anak aku tu)minggu ke 35 + 3/4hari baby nak keluar so kemungkinan bulan puasa kalau ikut histery nih. Take note ek Yam aku leh jadi penyambut tetamu kot ni... ?

Positif yang ke 3 ni sebenarnya kalau merujuk kepada semua adik badik aku depa semua dah dapat 3 anak ke atas, termasuk adik pompuan aku di jangka melahirkan anak ke 3nya bulan 5 ni. Insya allah hope kalian semua doakan juga waima aku tak dapat rasa aku tau seksa betul kan saat-saat kelahiran itu. Tak kisah dapat baby boy atau girl apa yang penting semuanya selamat kan.

Thursday, April 9, 2009

Cuti terlebih la plak

Saborjelah entry tajuk cuti, mula-mula ingat 2 hari aje.. , last-last sehingga minggu depan aku bercuti ni. Apa apa pun betullah kadang-kadang niat tu boleh jadi di makbulkan tuhan contohnya sebelum ni, ada la member-member opis aku dok kena tahan wad. Last-last telah terniat plak aku macam nak merasa dok dalam wad... akhirnya jumaat lepas sampai selasa kena tahan wad

Aku syak nyamuk yang hinggap kat aku ni time aku jalan bawa anak-anak. Aku rasalah sebab aku sorang aje kena gigit nyamuk sesat . Jumaat petang tu doktor telefon dia syorkan aku masuk wad. So ptg tu gak aku pergilah P*srawi kira menyerah la diri untuk baik cepat. Dok bilik 2 orang tapi sampai ke hari selasa cuma aku sorang aje dok, best lah gak leh pasang tv kuat-kuat tambahan pulak masa konsert ke 4 Af 7 kemain aku kuatkan suara..

Takde yang bestnya masuk wad ni ye, tapi aku banyak layan movie astro ,abis semua kisah tak best pun aku layan. Cuma pagi-pagi selama 4 hari tu gile kena tahan sakit di cucuk oleh nurse untuk ambik ujian darah. Takpelah pengalaman jugak ni at least dapat lah aku tahu susah payah dok dalam wad .rasainn lah kan . Nurse ? oklah kalau Deo teringin ramai gak nurse muda-muda kat p*srawi tu ,ramah tamah pulak tu.

Alhamdulilah dah semakin sihat ni, ingat nak ke opis tapi kang takut aku terpening pula. Takpelah dr. dah bagi cuti so berehat ajelah kat rumah. Oh ya tak lupa juga pada rakan-rakan yang sudi melawat ,terima kasih di ucapkan sapa ek Lb,Arc ,Kong and Yam .

Thursday, April 2, 2009

cuti

Aku dapat cuti 2 hari. Cuti berehat di rumah sebab suhu badan 38.8 bila doktor periksa pagi tadi. Sebenarnya aku selalu tak lupa kalau kena hujan selalu je aku terus mandi tapi aritu terlupa la plak. Tak kuat anti bodi kot atau maybe sebab aku main volleyball aritu di panas terik matahari baru kesan dia minggu ni.

Sebut pasal volleyball kalah gak final jumaat lepas. Aku main 1 set dan aku macam tak paham je kapten susun pemain kali ni. Takpelah boleh cuba lagi,lepas ni kalau tak diturun penuh pun aku akan tetap main apabila di suruh. Malas aku mintak simpati nak main ..opsss

Esok sebenarnya kena jumpa lagi doktor, nak tambahkan cuti lagi lah gamaknya. Taklah nak kena check darah couse ada kata dah deman siki hari selasa,kot suspect denggi dia kata. Mujur next week ada tugasan baru sebab boss kecik kena pi kursus minggu ni. Oklah berehat la kat rumah sama kan .

Oh ya, malam sebelum aku demam ni aku ada mimpi macam makhluk jahat/syaitan yang mengacau aku dalam mimpi. Kononya dia macam nak mengampiri aku lalu masa mimpi tu aku cuba baca doa ayat kursi fuhh.., berpeluh jugak aku bila sedar..mainan syaitan ni tidur tak baca doa. Tapikan aku suspen gak betul ke mimpi... yelah kot.. mimpi aje ni.

Nampaknya ada hikmahnya aku dok cuti ni. Banyak benda kena fikir terutama hal-hal akan datang.. yelah demam ni ujian dari NYA semoga terus atau aku sentiasa bersedia apa-apa perkara boleh berlaku tanpa di rancang. Jadi di kesempatan ini sebagai insan aku berharap kalau ada perkara-perkara yang telah menyentapkan korang mohon maaf dari aku awal-awal.
Harap takdelah kot ek, kalau ada jangan di simpan dalam hati yach! oklah aku nak sambung berehat!