Thursday, August 26, 2010

Pertengahan Ramadhan

Diam tak diam dah sampai pun kita di pertengahan ramadhan. Insya allah setakat ni semua ok , cuma baby dan anak pompuan tu plak demam minggu ni. Ni aku baru je berbuka 3 butir kurma dan air suam , uikkk itu je? tak aihh ada sup ayam wife buat kan untuk baby demam tu . Buka puasa sorang je tadi wife ada program berbuka puasa kat skull dia so bawa 2 kanak-kanak ribena tu, aku lak kena jaga baby ,kang kalau bawa meragam plak.

Setakat ni aku berbuka puasa kat luar,last week opis buat 1 program dan semalam Vendor ada buat seminar sikit pukul 5 gitu dan lepastu terus berbuka puasa kat otel dekat dengan opis tu.
Risau gak kot berat tiba -tiba bertambah tapi masih maintain turun beberapa kg , woww... hehehe. Ni sebab dok bawa anak aku tu kot, then ada la aku wat larian sikit beberapa kali ,alhamdulilah ok aje tapi takdelah berat-berat just untuk maintain ajo lari tu.

Err apa ke halnya tiba-tiba rajin ni dok bersenam? takde lah opis aku ada wat pertandingan sapa paling banyak turun berat , kira percentage hilang berat tapi mencabar gak sebab sesi timbang final di buat lepas raya ,err hari raya ke 12 kot.Alamak kalau aku tak jaga makan hmmmm susah gak ni kang pi umah orang jenuh aku nak tepis tolak hidangan tapi kenalah gak rasa nanti. Selain hadiah individu ada gak adiah berkumpulan kira dalam 100 orang yang join tu ada 10 kumpulan plak , hmm yang ni susah lah skit kan ,biaq pi la kat depa nak ilangkan berat ke dak sebab ada gak yang saja je join walaupun dia bukan lah kategori berisi pun.. hua hua

Dah la pasal berat, so malam ni insya allah terawih macam biasa . Sekatat ni 1 malam je buat kat rumah , tu pun terlajak menjamu makan kat otel semalam. huhu. So lepas ni kena tingkatkan amalan ,moga- moga dapatlah bertemu malam lailatul qadar,insya allah. Oklah nak mandi ,pray then baru makan maggie sup ayam menu berbuka puasa hari ni...

Monday, August 16, 2010

Awal Ramadhan

Alhamdulilah, dah masuk hari ke 6 dah hari ini. Syukur kali ni puasa katanya cuaca mendung dan hujan di petang hari (ramalan kaji cuaca malaysia barat di jangka asyik hujan sampai le ujung ogos nanti). Oh ya aku dok suspen puasa kali ni perut selalu senak aje di pagi hari tapi kali ni dah ok aja. Mungkin lah aku rasa sejak dok amlkan senaman jogging/lari tu dah banyak kot lemak toksik dah kluaq melalui proses semulajadi tu agaknya. huhu

Oh ya kali ni org umah dok masak tiap-tiap ptg, keja kat skolah ni 3-4 ptg dah sampai umah, lepastu rehat lah sekejap. Bila aku balik sampai umah dalam 5- 5.30 baru dia start masak, so aku lah layan anak-anak, bawa baby turun bawah letak dalam stroller dia then pusing la kat area parking keta tu dalam 3-4 round, ok gak berpeluh la juga skit. Hari pertama aje aku sempat wat larian kononya nak maintain stamina lepastu weekend nak buat hujan plak di ptg hari termasuklah hari ni. huhu

Malam plak alhamdulilah masih maintain gi surau dekat umah aku ni . Hanya wat sunat terawikh 8 dan witir 3 .Jemaah macam biasa hari pertama penuh la jugak ni nak masuk minggu ke 2 kira dah nampak lapang skit(hmm maybe depa pi surau atau mesjid lain kot). Oklah takdelah kisah ada moreh ke dak kadang-kadang aku tak tunggu terus balik je memandangkan kadang-kadang ada mee, bihun yang tak abis lagi

Ha posa kali ni makan nasi masa sahur aje, berbuka aku dah bagi tau kat org umah tak kisah tak makan nasi , kira makan skit dulu macam cucuq pisang ka , cucuq udang ka lepastu baru makan hat berat. Jiran seblah ada gak bagi juadah kira start jumaat lepas org umah bagi cucur udang then esok nya sabtu dia bagi cucur jagung, nyum nyum. Ahad plak akak depan umah tu bagi laksa penang fuhhhh sedap plak memang rasa blah sana lah laksa dia.

Kira hari pertama je lah aku singgah beli cendol dan nasi kerabu kira rm 4 hinggit ajo, then 2 kali gi psr keramat beli bahan basah , sekali gi kedai runcit macam tak sampai rm 60 pun aku rasa . Ala beli ayam 2 ekor , sayur-sayur ,ikan pari haritu sekali rm 6, buah pisang, udang . Hmm oklah tu kan seminggu tak sampai rm 70 pun, kalau gi param tu mau lebih aku rasa maybe rm 100 kot ?. Tu jelah awal puasa kali ni hope boleh teruskan terutama cuba elakkan pembaziran di bulan yang penuh keberkatan ini, selamat beramal!

Monday, August 9, 2010

Cite awal Ogos

Ada banyak cite tertangguh nak taip tapi mood nak update tak datang -datang. Sabtu 2 minggu lepas tadika si abg long ada sukan air bertempat di Desa water park ,Tmn Desa sebelum Sri petaling tu. Dah betahun aku dok kl ni lah kali pertama aku masuk sebab sebelum ni member-member yang mana dah pi alang-alang nak mandi taman tema ni baik gi Sunway Lagoon je depa kata. Oh ya tahun ni dengar cite family day opis ke taman tema air jugak.. hmmm beh beh ni.








Acara di mulakan senam pagi lebih kurang 9.30 am gitu. Tengok kehadiran pelajar tak seramai tahun lepas di mana sukanekanya berlangsung berdekatan dengan tadika iaitu dekat padang bola saja. Tahun ni si Dar ni main 1 game aja sebab game ke 2 dia dah tak tahan nak terjun mandi dalam kolam. Tak mengapalah hadiah nya pingat ajo so dapatlah juga tempat pertama acara bawa bola dgn sudu.




Aku lak masuk acara kategori bapa-bapa acara duduk dalam pelampung dalam 8 orang lepastu (kira mcm ular la pelampung tu) lepastu berlari /jalan dalam air lumba dengan 1 group lagi. Ada 4 group so dia kira masa terpantas group yang aku wakil -umah biru lah dapat no 2.. Oklah tu dapat adiah kain pengelap dapur dan pisau hiris buah. Lepas abis acara hadiah aku ingat naklah pergi berenang tapi anak-anak dah siap pakai baju nak balik then dah bawa baby sama kelam kabut la la gi mandi kat beach sana tu sebelum balik.






Hari ahad dalam 12 tgh plak antaq adik ipar aku yang dok study kat Canada tu ke airport KLIA. Nak jadikan cite tiket return yg dia beli dengan Air Canada rupenya belum di sahkan oleh M*S tu.. Sebelum tu dia bagitau kawan dia dah check memang dah confirm rupenya ada masalah tapi flight tu katanya pergi ke KK dahulu sebelum gi Taipei so adik ipaq aku suspect sure M*S abaikan tempahan dia. Jenuh jugaklah minggu lepas ke hulu ke hilir nak confirm fly tapi akhirnya esok pagi jadual dia di susun semula so mujur tak yah beli lain sebab beberapa penerbangan sebelum ni penuh aja.




Lepastu kita orang menuju ke tempat makan mulanya nak pergi alamanda tapi aku teringat plak si del dok promote food court P9 kediaman dia dap dap belaka so teruih kita orang pergi (call gak tanya tutup dak nasi ayam di hari ahad ni). Err aku rasa ada ambik gambaq kedai nasi ayam tu tah tiba -tiba kluar kedai nasi dagang ganu kita la plak kat camera yang aku ambik ni. huhu. Err sebelum tu sempat aku membuat tinjauan sambil bawa anak-anak ribena tu main dekat playground yang depan dewan serbaguna tu .Fuhh semua kemudahan lengkap siap pray asar kat Surau situ. Kolam renang ,Gym semua ada nooo best gak kalau dok area PUJ ni. Kat bawah ni gambaq depan area playground anak-anak, tengok ayaq mandi bilalah last sekali tukaq.. dah keruh benar budak2 dok berkubang... opss .hihi


Lepas makan nasi ayam Pendang (kedah mai) berangkat lah plak ke Mesjid baru Tuanku Mizan iatu Mesjid Besi nama lama nya. Usai org umah solat kat situ berangkat lah plak membuat sesi fotografi kat atas jambatan yang menghala ke MOF tak salah aku. Err aku letak kat Fb jelah ek gambo-gambo area PUJ ni sebab lawa lanskap dan seni bina bangunan-bangunan dia..(termasuk la Mesjid). Dah penat bergambar dalam 7 ptg berangkatlah pulang ke kay ell dengan seribu kepenatan... ececece.