Wednesday, December 31, 2008

Dah 2009 esok

Tah, macam malas pulak aku nak sambung kisah 25 disember yang lepas , hihihihi. Rasanya majlis tu pun majlis santai jadi takdelah yang aku sebagai pengacara majlis kena kerah kea pa ke. Lepas acara sesi kenalan semula tu bagi hadiah kat kanak-kanak yang masuk pertandingan mewarna. Kira setiap yang masuk bagi hadiah snek. Kira yang tak menang pun takdelah kecewa dapat gak snek +makanan ringan.

Then acara kanak-kanak yang terakhir iaitu kerusi muzik. Oklah ramai gak yang join, sian kat peserta pompuan tak dapat top 3. Lepastu ada pulak member yang dewasa nak main..(alamak tak di sediakan hadiah) . Lepastu aku jemput semua minum petang yang telah tersedia iaitu laksa utara, bihun , bubur kacang & hitam, kek batik, puding jagung. Tak lupa gak puding buah-buahan yang orang umah ramai pulak kata sodap dan abis licin.

Dalam 4.30 acara bergambaq beramai-ramai kat depan skolah . Tak semua yang join couse ada yang balik dan yang pompuan dok membungkus lauk tengahari tak habis.
Jadi acara terakhir menapau makanan (geng reban sapa tah suka ni? Opss). So bawa balik lah aku makanan yang tak habis tu serba sedikit. Lepas aku tolong kemas kawasan tu dengan comitee dalam pukul 6 bergerak lah pulang . Akhirnya berjaya lah juga majlis santai homecoming tu yang di rancang enam bulan kot . (tapi sebulan nak mula baru lah dok kutip duit )

Masa dalam keta aku tanyalah orang umah ok dak aku mengacarakan. Dia kata ok aje, hanya cuma mike aje takde so macam aku cakap suara di kuatkan pulak. Oppss terpanjang lah jugak waima aku nak malas nak menaip ni. Yelah untuk 2009 aku cuba tingkatkan lagi mengarang.. sebulan kalau dapat buat 10-12 entry tu dah oklah kot noo.. Lagipun si deo tu nak baca sebulan atau setahun sekali dia kata kat aku semalam kat tag.

Oklah nak ucapkan selamat tahun baru masihi 2009 esok, siapa yang bercuti selamat bercuti macam aku, yang keja kat kedah, johor dan US sana selamat bekerja lah ek.
(terengganu tak cuti gak kan?). Lupa lak aku nak ucap awal muaharam pada semua, kira catatan baru dosa/pahala ikut maal hijrah lah kan. Macam nak berhijrah gak ni, tapi ekonomi tahun 2009 di jangka slow, nak tukar keja balik utara kena fikir banyak kali gak ni. Kay adios amigos

Sunday, December 28, 2008

Happening kah

25 Disember , Khamis lepas. Seperti yang di janjikan berlangsunglah homecoming ghatering Ex sekolah lama aku area Masjid P.P itu. Seperti yang di janjikan aku telah di amanahkan oleh comitee di lantik menjadi MC yang tak di bayar gaji. Mula-mula punyalah suspen, ketaq semua ada. Lepas aku tanya kat wakzushi mcm mana nak jadi MC yang bagus dia kata aku dah semulajadi happening katanya so aku ambik kata azimat itu untuk jadi MC yang happening lah pada majlis itu.

Pagi tu wife aku dah janji nak buat puding caremel so tunggulah semua siap dulu dalam 11 pagi baru gerak. Pagi yang mendung aje itu memang la seronok couse Penang ni kalau cuaca panas tu memang la kadang-kadang rimas gak. Alhamdulilah dengan cuaca yang nyaman maka sampai lah aku kat tempat yang di janjikan majlis itu iaitu bertempat di kantin sekolah sahaja tepat jam 12 tgh.

Ramailah yang datang , ada yang aku jumpa dah tetapi ada juga dalam berbelas-belas tahun tak jumpa. Saiz masing-masing semuanya nampak macam type XL.. opsss. Kalau L pun tapi perut nampak ke depan aja. (opss tak baik aku ni.) Aku macam berazam nak kekalkan keperutan ni maintain tapi kenalah rajin gi exercise mulai tahun depan. Nanti aku publishkan gambo.. huhu.

Bila aku sampai tu ingatkan tetamu-tetamu yang di jemput datang tapi takde nampak muka pun. Oklah gak taklah ketaq aku nak mengacarakan majlis itu. Sebenarnya aku dah buat text ucapan bagai tapi memandangkan majlis tu tak rasmi maka aku taklah nak buat skima lagi berhemah. Jadi aku ambik kata-kata azimat yang wakzhusi kata tu jadilah MC yang ringkas tapi happining lah katanya .

Namun yang mendukacita kan aku mikerofon takleh guna sebab apa tah. So aku macam tak best plak takde mike kena cakap kuat-kuat pulak. Mujur awal-awal tu budak-budak kecil yang datang takdelah nak bising ke apa.Lepas aku berucap skit lepastu pangggil salah sorang baca doa makan/doa majlis ,mula-mula ada ustad nak datang tapi dia batal pula last minit. So 12.30 tu makanan semua dah ready aku panggil aje depa makan. Nasi putih lauk ayam goreng, kari ikan dan ulam-ulam sambal belacan amatlah selera sekali. Semua yang makan tu macam amatlah berpuas hati lepas aku tanya ok ke dak.

Dalam 1.30 lebih agak semua dah makan tgh aku pun ajak lah depa beramai-ramai berjemaah kat surau dulu. Mula-mula kalau ikut agenda nak buat tahlil dan yassin tapi oleh kerna ustad tu tak dapat datang maka sembahyang jemaah saja lah hari tu. DAlam 2.15 acara di teruskan iaitu acara mewarna untuk kanak-kanak. Pensil warna di berikan kepada anak-anak yang hadir, seronok depa aku tengok dan masa acara mewarna di langsungkan sorang kawan aku bagi idea sesi perkenalan semula di adakan.

Mujur aku print semua senarai yang hadir mengikut kelas. So aku panggil la sorang-sorang mai ke depan cerita lah serba sedikit, keja kat mana, anak-anak dah berapa ,tinggal kat mana dan apa-apa ajelah depa nak cerita. Memang lah suspen gak manalah tau depa yang aku panggil depa tak mai tapi alahamdulilah oklah waima adalah 2-3 orang tak mai depan sebab malu kot atau masa dulu-dulu depa ni memang jenis kahaq gitu.. opsss/

Oklah aku nak balik rumah ada jiran buat majlis aqiqah.. nanti-nantilah aku sambung...(kat cyber cape ni)

Wednesday, December 24, 2008

Alamakkkkk

Sebelum aku nak cite ni , bersabar ajelah ek.. opsss
Err kalau tengah nak makan tu , makan lah dulu... kekeke
Ceritanya macam ni, aku rasa maybe ada kot yang pernah mengalaminya

Masa aku umur dalam 19 thn kat kolej mana tah namanya. Aku sakit perut yang sangat lalu terus pergi toilet. Oleh sebab tak tahan aku terus aje membuang . Tiba-tiba aku buka ayaq takde rupenya..sapa la wat dajjal . Aku bawa tisu time tu aku lap apa yg patut ,lepas tu aku pakai seluar tak sepenuhnya, sebab kajadian tu malam (kelas malam kat kampus) baju aku labuhkan,

Jalan lah terkodek -kodek naik ke atas .Time nak naik atas tu member aku dtg plak untuk buang, (dia pandang hairan aja). Lepastu aku masuk kelas aku lalu dia buat tanda pekup idup... (sah dia tau aku nak gi basuh ayaq besaq.. uwaa...)

Sejak peristiwa kalau aku nak pi toilet selalu aku pastikan ayaq ada ke tak. Tapi malangnya hari ni selepas 15 thn kejadian yang sama telah berulang. Kali ni mujur sebelum aku masuk aku ternampak paper utusan malaysia bhgn hiburan depa letak kat sinki. Mungkinlah aku teralit nak tengok sangat (maybe ada pekahwinan si mawi kot) aku terus semangat nak baca sampai aku lupa check ada tak air.

Dan selepas aku membuang beberapa das atom aku cuba pam, tapi takde ayaq. Dah suspen dah.. buka kepala paip ..uwaaaaaaaaaaaaaa takde ayaq... terperangkap lagi aku dalam dilema. Mujurlah.. ada newpaper tu.. habis aku guna lap apa yg patut sebelum aku pakai seluar naik kat tkt atas pi tandas lain..

1 kertas tu aku kepit kan ..opsss kepit katanya... supaya taklah kena seluar..,so aku pakai baju/.seluar dengan suspen lalu jalan dengan langkah wakzushi..opss org jepun lalu naiklah ke tingkat atas tanpa ada orang melihatnya.. fuuh lega... mujur ada paper hiburan..(sapa la artis malang itu kena jadi mangsa calitan..opss) kekekke.

Begitulah malangnya nasib menimpa, semoga aku lebih berhati-hati lain kali... huhuhu
Ni aku kat cyber lagi ni, ptg ni balik ke utara. Esok ke penang ada majlis perjumpaan skolah lama.. dilantik menjadi MC oleh rakan-rakan.. hope ok kot esok walau aku macam gabra aje ni... huhuhu

Sunday, December 21, 2008

Balik kg lai

Aku kat cyber cafe ni baru balik cuci keta awal-awal pagi. Semalam dah settle kenduri kahwin adik ipar aku. Lupa aku nak publish jemput pembaca-pembaca setia katanya datang kenduri adik ipar aku. Jangan risau ada sorang lagi adik ipar belum kahwin, adik sendiri semua dah kahwin. Lupa nak ajak prapp ek yang boleh di katakan dekat lah juga kalau nak datang. Yang lain-lain dok lembah klang, changlun, Jb memang la nampak sukar nak mai.

Hari ni kenduri blah lelaki ,lepastu aku pulang smula ke KL ptg ni sebab malam ni ada dinner opis. Tema werldd katanya tapi aku tak ready lah nak beli baju antarabangsa ni tapi aku tengok contoh pakai baju melayu pun boleh. Maybe tema pakain tradisiional antarabangsa kot. So sampai kl terus aku pergi salin kat toilet jelah kot baju nanti.

Sebut pasal kenduri semalam letihla jugak badan, ke hulu ke hilir menolong apa yg patut.Pagi-pagi lagi dah kluar cari barang yang tak cukup lagi, lepastu pergi pulak tampal penunjuk arah/bungga manggar kat simpang jalan dengan anak menakan. Majlis mula dalam 11 pagi buat tahlil aruah kat ayah/mak mertua yang dah meninggal.

Habis dalam 11.30 tapi lauk pauk yanng di tempah belum sampai (kontrak aje). Cuaklah gak mujur ada kuih muih tradisional bagi kat ahli surau yang mai. Agak -agak nak 12 tgh baru lori mai, kalut lah gak sebab nampak macam dah ada tetamu yang datang. So jiran dan yang mai tahlil tu yang dok nolong letak kat bekas dan angkat barang-barang tu.

Alhamdulilah settle bab tu ,lain kali kena lah lauk/nasi sampai awal . Lepastu aku mula dok sambut tetamu datang. Anak-anak pula macam tiba-tiba nak kena dok dukong dan mai dok seblah aja. Nasib baik antara tugas-tugas aku cedok lauk kat tetamu. Lepastu aku ganti abang ipar sambut tetamu yang mai, kira sambut salam berisi la.

Banyak benda aku dok risau macam lauk/pauk cukup kat tak, bingkisan untuk tetamu cukup ke tak, alhamdulilah semuanya ok. Alamak aku dok ralit kat sini ,brekpes pun belum ni, sambung lah lagi nanti .

Tuesday, December 16, 2008

Fadilat Surah Yassin

Lepas Delinn sound kata aku tak sesuai cite yang bukan-bukan terinsaf jap aku jadinya. Takde idea aku nak taip ni, so baru-baru ni aku gi 1 ceramah agama jadi adalah dia cite pasal fadilat Surah ni. Lagipun aku tengok ada beberapa orang geng reban yang kalau amalkan setiap hari insya allah di makbulkan tuhan.

Nabi kita telah bersabda yang bermaksud " bacalah surah yassin kerana ia mengandungi keberkatan " ,iaitu :

* Apabila orang lapar membaca yassin ,ia boleh menjadi kenyang.

* Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

* Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

* Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

* Jika terpenjara akan di bebaskan. (err adakah Mr. Rzk B*ginda selalu baca)

* Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

* Jika di bacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah akan meringankan siksanya.

* Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

* Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.


Antara hikmah lain jikalau amalkan bacaan surah Yassin
" Barangsiapa mengamalkan bacaan Yassin di pagi hari , Allah SWT akan mempermudahkan urusanya di sepajang siang hari"

" Barangsiapa mengamalkan bacaan Yassin di ptg hari (magrihb) Allah SWT akan memelihara kehidupanya si sepanjang malam.

Arakian lah kuliah kita hari ni, semoga yang baik di amalkan selalu, Insya allah di berkati Tuhan.




*

Friday, December 12, 2008

??

Hihihi, nak gelak sat dulu sebab aku pun nak cite la pasal benda yang Angah dok gebang . Ala cite pasal nak sebut apakah itu dot dot dot? Jadi ni untuk baby girl aku. La ni dia dok bantai ikut benda alah dia tu sama sebutan dengan macam si abang dia.. ops

Yelah nampak remeh benda ni tapi aku dgn org umah macam serba salah pulak, hangpa ada idea dak? Anak aku yang sulong Mak aku jaga sampai 2 thn lebih so orang-orang tua ni cakap berkias. So panggil yang anu tu burung, tapi aku tak naklah bg anak aku conpius. So satu hari tu masa dia umur 3 tahun dia dengar sepupu dia sebut Tot* .

Alamak entry aku berbaur l*cah la, takpalah aku nak gak tau perkataan apa ek dan bila boleh sebut? adakah lepas baby girl aku tu umur 5 tahun? Adakah mama dia aje kena beritahu. Adakah aku perlu melarang baby girl aku bila dia sebut t*te atau aku hanya perlu diamkan diri aje. Orang-orang kg aku ada sebut pip*t , ok kot perkataan tu? Betulah kata Angah benda ni macam taboo aje ek.

Em tapi la ni time nak kencing anak laki selalu je dia sebut t*te kalau time nak basuh air kencing tu, aku diamkan diri aje.,lagi layan lagi dia nak sebut. Selalunya time lepas mandi selalu gak dia sebut. Yang nak tergelaknya di bantai cakap adik dia t*te belum ada lagi(ke belum tumbuh lagi lupa lak aku)... mamposlah tak reti aku nak explain. Jadi adakah aku kena explain kat si abang dia dan adik dia tak sama... kkekekeke., yolah pening gak ni.

Oklah tu je entry merapu aku tapi ada signifikan sendiri pada yang dah ada anak.Kalau boleh yang ada anak tu boleh lah share ek. Apa ek hangpa dok sebut, ke hangpa buat dek aje biar anak tu paham sendiri ? Segala nasihat dan panduan aku ucapkan terima kasih in advance! hiks. Ok ,Selamat berhujung minggu people!

Wednesday, December 10, 2008

Sambung cite

Saborjelah besday boy 4 Dec si Deo tu, bagi cadangan la pulak, yelah tak best cite raya aku ek. Ataupun aku kena ubah skit style penulisan. Macam mana ek nak ada idea macam si Deo tu ek.. opss tak ade idea leh tiru ka... huhuhu

So berbalik citeRaya korban, takdelah meriah sangat. Malam tu rupenya geng surau kat tempat aku ni ada buat aktiviti takbir macam sesetengah tempat macam kat Ipoh (umah Delinn kot) atau perak pergi umah jemaah dan bertakbir. Aku tak delah nak join tapi kalau lah di takdirkan aku balik kerja sini kena join ni akitibi masyarakat ni.

Pagi raya bangun awal, anak -anak aku lani depa jarang tidur siang so malam depa tidur awal so pagi dah bangun awal. Dalam 8 lebih aku kluar rumah , so pray dekat masjid Jawi besar seblah balai polis kalau ikut jalan lama sure boleh perasan. Cuaca pagi tu mendung aje, best plak, kalau sembahyang sunat kat kg best lag gak leh aku layan tengok lembu kena semblih(4 ekor ). So tahun depan ingat nak raya korban kat kg lah. Takdelah pulak aku tengok lembu untuk di sembelih kat masjid tu, maybe kat tempat lain kot depa sembelih.

Tengahari pi umah Menakan (Mak Ndak wife aku),depa ajak makan nasi kat sana ada ayam berempah,daging kurma, ulam pegaga + Nyoq(fuhh berselera makan). 2 petang gerak dari sana terus pi umah aku kat bm tu. Sampai dok umah aje, malas pulak nak jalan-jalan raya haji ni. Malam tu ada nasi merah daging + aup daging +air asam tengahari masjid kat kg buat korban so abang ipar aku yang jadi ajk masjid bawa lah balik lauk tak habis tu. Petang tu ada yang mai hantaq daging kira dok kg ni bagus sebenarnya.

Lupa nak cite Adik Ipar aku yang keja Kulim hi tech tak balik alur setar so dia mai malam tu ambik adik aku jadi sembang lah pasal keja. Dia beritahu ada kekosongan MIS kat Kilang dia tu, tengoklah macam menarik je, tahun depan lah plan sebab penukaran sekolah dalam bulan september kot. Kena fikir habis-habis ni nak berpindah ni rupenya.

Malam tu ada cite anak halal, tapi aku tak perasan kira layan cite drama korban kat tv 3.Hope ada ulangan macam menarik gak terlayan sat anak halal tu macam Deo cite kat blog dia tu. Kelmarin selasa aku cuti lagi jadi aku bergerak pulang semula ke Kuala lumpur lepas asar.

Tuesday, December 9, 2008

Salam Aidil Adha- Cuti balik kg lagi

Khamis ,4 dec, 5.20 terus balik umah bersiap-siap pulang ke kg halaman. Sampai rumah terus kemas dan angkut barang dari tingkat atas(3) ke bawah. Aku rasa time tu macam nak pindah aja cari keja di kg halaman tahun depan. Ni baru 2 anak,kang kalau dah bertambah sure bertambah lagi trip ulang alik angkat barang. Oh ya adik ipar aku macam nak rekmen aku keja kat tempat dia, ni sat lagi lah cite. So geraklah aku dari umah 6.45 ikut wangsa maju-tmn melati-MRR2 ke sg buloh. Laju je maybe hujan dan renti dan cuti skolah so jln clear .

Mak aku sebenarnya ada kat kl so dia ikut sekali balik P.P . Singgah Rnr Tapah makan nasi dulu lepastu aku maintain drive dari Tapah terus ke P.P. Selalunya kalau balik malam ,surh gak org umah drive tukar kat taiping tapi ok pulak cuma aku macam mengantuk skit aje so renti jap kat stesen minyak beli air dulu. Hantar mak aku dulu lepastu sampai kat sg bakap dalam 12 mlm kot.,tu pun maybe rehat dalam 1 jam tapah.

Jumaat plak hari rehat so keja tidur aje maybe letih ko mendrive . Petang kluar bawa anak-anak gi taman mainan kat area tmn aku dok ni. Sabtu aku bawa anak-anak balik kg umah aku. Petang aku ada meeting dengan kawan skolah Ti dulu , jadi aku kluar la sorang-sorang tunggu kat megamall kawan aku dtg ambik.

Meeting kat Penang sebenarnya so kita orang bincang agenda/menu sebab plan nak buat pada cuti krismas ni.Dalam 6/30 baru abis dan kawan aku hantar semula, Singgah sembahyang kat mesjid ,then gi K-four. Balik rumah anak-anak ok aje , nampaknya boleh la tinggal kat kg ni bagi yang no 2 tu kenal sepupu-sepupu dia so senang kalau ada apa-apa kakak aku leh jaga contoh kalau dapat baby lagi ke next year./opss kalau ada rezkilah yang tu ek,kita hanya merancang tuhan yang menentukanNYA.Dalam 10 baru balik semula ke sg bakap.

Ahad paginya pulak gi Jusco Perda , adik ipar nak membeli belah skit di samping nak beli untuk hari raya jatuhnya hari isnin.Raya Haji kat P.P ni takdelah meriah sangat kecuali kalau dok kat kg boleh la join jemaah mesjid buat korban. So raya kali ni aku plan nak balik rumah mak aku dalam tgh couse mak menakan blah wife aku dah ajak gi umah dia . Lepas makan kat pizaa aku bawa anak aku yg sulong gi library yang memang tersedia kat tkt 2. Agak dia boring bawa plak kat tempat mainan. Dalam pukul 2 lebih baru abis singgah rnr Juru perkena nasi plak kat situ. Err bersambung lah kot dah lapar plak ni... hihihi

Tuesday, December 2, 2008

Tak sihat la pulak

Last week hari khamis balik korja kena ujan, sebelum tu rabu pun rasa mcm aku redah je waima hujan dah bergrimis. Last-last pagi jumaat tu dah tak sedap badan bila masuk opis tu. Selalunya sebelum nak gerak ke opis takdelah nak rasa demam ke apa ke, bila je kena aircond sejuk mula lah dah rasa lain macam terutama bahagian tekak .

Petang tu macam dah sihat sikit tapi hujan dok turun sampai cancel aku nak ke midveli jumpa artis(katanya si delinn tu). Kalau artis dari NY tu sure aku gagah pergi (dalam hati ku berkata) setakat dok kedah tu selalu mai leh jumpa banyak kali lagi kan (dalam hati jeles la tengok si LB tu..opss). Sampai rumah ingat aku nak pergi tapi badan macam rasa lemah gitu but belum start demam lagi.

Time nak tidur tu baru la demam melanda, kali ni aku tak suruh dah org umah buat air asam jawa,so aku bagitau jelah dah ambik ubat demam. Pagi sabtu tu tekak aku dah perit sampai batuk kluar kahak gitu. Err tak la batuk ,aku sesaje batuk untuk kluarkan kahak rasanya. Pagi tu lepas mandi pagi aku gagah kan diri untuk mengexercisekan diri sambil bawa anak-anak turun.

Pukul 9 sampai 10 pagi cuaca redup aje ,yelah hujan lebat memang turun lebat kawasan pantai timur sampai banjir weeknd lepas. Lepas aku jalan-jalan u baru dah reda sikit dan rasa macam dah kurang demam skit. Bagus rupenya kluarkan peluh ni time demam(err time mcm dah kurang skit) tapi bahaya gak kalau demam tu tak reda kang melarat plak.Sebab ada gak aku pernah baca artikel time sakit kenalah berehat banyak so senamam berat-berat wajar di elakkan.

Dalam 11 pagi gi pasar dgn org umah tapi sebelum tu aku singgah klinik saje je nak minta ubat sakit tekat + ubat demam + antibiotik dah abis (aritu guna stok lama). Petang tu lepas aku makan ubat tu semua ,dah berkurang. Tapi lunch tu aku suruh la wife buat sup ayam kasi ilang cepat skit kan demam-deman ni. Malam masih lom reda belasah lagi ubat sambil layan sehati berdansa time tengok tu sambil berselimut .

Pagi ahadnya alhamdulilah sesudah subuh dah lega sikit dah,mandi awal lepastu gi senam robik kat Titiwangsa tu. Fuhhh lega berpeluh banyak ni bagus juga,yelah last week hujan je petang-petang sampai aku tak sempat nak exercise. Semalam gi opis dah ok cuma tekak aje belum pulih sampai lah ke hari ni tak selesa aje asyik nak kluarkan kahak ja ni. Itu jelah kot entry tak sihat weekend lepas tapi macam biasalah ada hikmahnya sebalik aku tak sihat ni kan. Bersyukur lah jugak sebab tengok si Frappe tu mau seminggu demam dia nak kebah ek,tengok ketahanan badan diri masing-masing gak ni.