Sunday, June 12, 2011

Konsert Final AF terakhir

HMmm kejap aja , last entry bulan 4 pasal af, ingat nak wat ulasan tapi peserta kali ni banyak yang nyanyi hampeh ,buang masa ja dan tak mengundi kecuali 1 kali yang undian di beri pada tabung mangsa hulu langat ,(diam plak astro ni tak umum pun berapa depa kaut malam tu).

Final kali ni selepas membaca paper tadi macam Hazama ja leh juara. Rasa macam ya jugak tapi selagi depa semua belum buat persembahan tak dapat agak lagi,kecuali kalau undian dia dah 50% ke atas masa sekarang susah yang lain nak kejar, kalau undian tak jauh beza Fina ,Azri atau Lena leh kejar lagi untuk jadi juara.

Plan macam nak pergi P3 Putrajaya malam ni tapi budak- budak nak skolah dah esok, tengok kat stdium astro ria ja lah. Oklah tekaan aku maybe Hazama atau Fina leh menang tapi dari segi kosistensi setiap konsert Hazama lebih menyerlah jadi juara. Undi? tak yah laa... kekeke.

Note: Masa live tadi baru paknil umum nak dekat 167 ribu lebih jugalah kutipan mangsa tanah runtuh H.Langat, alhamdulilah.Apa apa pun tahniah Hazama !