Wednesday, May 6, 2015

Menulis kembali kah?

Adehhh  ada permintaan katanya.. di wassup  suruh cheq update blog hari ni. Mula-mula seriau juga kot terlupa e-mail dan password. Alhamdulilah lepas gak hanya sekali ja try tadi. ekekeke. Jadi apakah yang hendak di tulis ya setelah sekian lama tak menulis ni? hmm kira 2 tahun jugalah tak bercerita.

Sebenarnya banyak benda yang ingin di luahkan jadi mungkin boleh update sikit ja kot. Sekarang ni dunia ku hanya lebih tertumpu membesarkan empat orang anak tu. Tambahan pula tinggal di KL memang amat mencabar di mana kalau tersilap langkah boleh menyebabkan banyak perkara negatif berlaku.

Cerita tahun lepas kenangan manis dapat berjumpa semula dengan rakan-rakan sekolah rendah. Depa ni semua dapat bertemu balik dengan wassup tu lah juga. Itu pun sepupu girl yang rakan sebaya add kan masuk group.Sekolah rendah dulu jauh dari rumah, 4 km jauh ke haa? ekeke.Jadinya banyak geng sekelas dok jauh dari rumah.  Lepas sekolah menengah  terus tak contact langsung sebab yang rapat dengan aku depa p asrama. huhu  

Takpa ada masa lapang cheq updat lagi pasal lepa ni, boh gambaq sekeping 2 baru syok kan. Perihal opis pula masih sama kerjanya cuma lani dok tertunggu dan sedih la juga ni  opis yang dok sekarang bakal berpindah ke tempat lain pula. Haru biru gak ni bln 6 d jangka pindah?takkan time posa kot.. hmm ikut arahan jelah.

Oh ya dunia blog plak.. si cekna suruh updat hari ni (delinn pagi tadi paling beriya). Lepas baca blog abangtam si Joe tu semangat tag membara pula nak menaip ni. ekekeke. Lepa pun dapat jejak kembali melalui wassup group gak. Kalau la si KONGsi nama Joe tu tak save nombor phone sure tak dapat join rasanya.  Kay setakat ni dulu bersiaran jumpa lagi kalau terajin ,kekeke.