Thursday, January 5, 2012

Part 3- Bdg & Jkt

Pagi macam biasa sesudah suboh tidur balik then pukul 7.30 kot baru turun breakfast , takde la menarik sangat makanan kat otel 2 bintang ni . Agenda seterusnya pagi tu ada lah lawatan ke Sekolah agama terkenal di sana , SMA 5 apa tah namanya. Gerak dalam 8.30 ,9 pagi dah sampai. Taklimat dan majlis untuk sesi melawat di buat di dewan. Mengantuklah gak dok dengar cikgu penolong kanan dok cite pasal skolah tu.

Mujur lepastu ada persembahan muzik angklong dari budak2 form 4-5 kalau nak compare kat malaysia umur 16-17 tahun macam tu.Best juga depa wat persembahan tu hilang mengantuk. Lepastu aku kluar saje -saje jalan cari kanten .



Terjumpa beberapa orang yang dok leka main muzik kat coridor -waktu rehat depa kot so dok berlatih la sambil interbiew depa. Tak berapa paham depa punya exam tapi ada lah gah exam besar sebelum depa masuk Univ atau apa-apa kolej.Aku masuk balik dewan untuk dengar apa tah lagi P.kanan dok present. Lepas abis bagi cenderahati bagai dan sesi bergambar kami di bawa masuk ke beberapa kelas , ikut lah ada yang pergi kelas sains, math, bahasa ataupun sejarah macam tu.

Kemudian dalam 10.30 sesi lawatan pun abis tapi malang menimpa sekali lagi bas persiaran rosak buat kali ke 2, kena tunggu bas 1 lagi. Alaaa malang betul lawatan kali ni ,ni yang tak best kalau gi group ni, masa terbuang tunggu bas,dan ada gak tunggu orang,masa terbuang macam tu ja.. opss.. pengalaman gak tu.. kekeke. Lepastu terus langsung di bawa ke restoren masakan sunda dalam pukul 12 gitu. Sebenarnya ramai dok bising dah nak pergi ke pasar baru sudah lewat benar.



Selepas makan kemudian di bawa pula kami ke toko jeans , alaaaa.. beberapa orang yang dah pernah pergi bandung dok risau kot tak sempat shopping ke pasar baru. Kat sini aku tak beli apa sebab dah sambar jeans dan tshirt hari pertama haritu. Lebih kurang pukul 2 baru gerak sampai ke pasar baru dalam pukul 3 macam tu. Gambar kat bawah ambik kat tingkat paling atas p.baru -area surau ,elok je sampai terus naik situ dulu.


Ala 2 jam je kat PB ni,aku dok baca kat forum dan blogger depa mai sini at least dari pagi sampai petang kan. Orang umah dok cari telekung dan aku lak cari jubah untuk kakak and mum yang dah pesan .Oleh kerna aku dok baca kat blog toko laris paling ok untuk tawar menawar langsung kesana. Ya memang dia bagi murah kononya aku bagitau sudah ramai orang malaysia ke toko nya dan di recomended gitu. Oklah rega nya kain telekung bersulam dalam 120-130K tak salah aku.

Kemudian orang umah terus cari kain ela plak tersempak dengan wife Pnolong Kanan skull dia, nak borong banyak so wife join sekali untuk dapat lebih diskaun katanya. Aku lak bergegas kat tingkat bawah cari jubah lak. Cari dok cari terjumpa 1 toko jubah ni, dia dah nak tutup kedai so aku ambil peluang la minta diskaun dalam 150K dapat 120 k jubah biru lip lap untuk my sister. Untuk my Mum esoknya ke jakarta si kamal bagitau nak singgah Tamrin shoping complex,situ banyak gak jubah.


(Suasana taman dalam F.O Rumah Mode)

Dalam 5.30 kot dah nak malam gitu baru pergi berkumpul untuk naik bas ke tempat shopping seterusnya iaitu Rumah Mode pulak.Hmm Rega F.O ni rupenya lebih kurang kat sogo atau JJ -kalau ada sale la.., so tak beli apa apa pun ,maybe tak banyak diskaun lagi.Terkilan jugak tak pergi jalan riau kat situ ada banyak F.O yang jual pakaian murah (dok baca blogger kat situ murah) ,so kena gi lagi ni berdua dengan orang umah(this year?) kekeke. Lepak kat situ sejam lepastu baru gi makan seafood restoren kat Band*ng ni.

Seterusnya dalam 9.30 mlm kot baru lah ke Hotel Orchad kat Jkt so perjalanan ke sana lebih kurang 3 jam ,sampai dalam 12 lebih, untung rupenya agensi pelancung tu sebab rega bilik dah ada diskaun kalau check-in 12 lebih, kang 8.30 katanya dah nak gerak check-out balik M'sia. Sampai je bilik ,letih ya amat dari petang asyik berjalan dan langsung ke tiduran dengan nyenyak sekali.

Thursday, December 29, 2011

Part 2 - Band*ng

Day 2 - Lepas suboh (lebih kurang 5 am kot terbangun *kunci alarm hp*) ,ehh awal lagi so tidur dulu couse 8.30 baru nak bertolak ke Tangkuban perahu . Kira sarapan dlm 7.30 am lepastu lepak jap baca paper negara depa. Malang betul pagi tu sebab bas persiaran tiba-tiba rosak so kenalah tunggu bas lain , mujur dok kat otel so lepak lah aku kat bilik sambil layan tv (tingkap bilik mengadap bas so sesambil tu doklah perati kot bas lain datang).

Lebih kurang 10 lebih baru bas baru sampai so si Kamal dengan rasa bersalahnya memohon maap dan sebagai menggantikan kekeciwaan kami dia bagitau kita orang akan di bawa ke Kawah putih satu lagi wisata yang wajib selain tangkuban perahu tu. Perjalanan ke sana rupenya amat jauh so dalam 12.30 baru sampai ke situ. Oh ya dekat sini peniaga jalanan tidak terlalu mendesak seperti yang aku baca dekat T.Perahu lebih agresiiff kan.
(On the way ke kawah putih banyak betul kereta kuda)

Sampai di area parking bas rupenya kena naik van naik ke puncak kawah putih tu. Kawah putih ni rasanya lagi best dari T.Perahu sebab tak jauh sangat nak turun bawah ke kawah tempat letaknya lahar yang masih berbau sulfur nya, agak bahaya bagi yang ada lelah . Lebih kurang sejam kot dok menangkap gambar lepastu baru turun naik van ,tapi time nak menunggu punyalah lama sebab banyak rombongan bas. Nasihat pada yang nak pergi better awal pagi datang melawat kalau dak jenuh berebut nak naik van.

(Suasana meriah orang dok bergambar)

Perjalanan seterusnya apa lagi makan tengahari la dalam pukul 2.30 macam tu di Restoren masakan Sunda . Best nasi berbungkus daun pisang kot, lauk-lauk dia pun sedap , kira kali ni baru aku rasa masakan padang takdelah best compare masakkan jawa atau sunda bagi aku lah, cuma sambal ijau masakan padang tu boleh la .Depan restoren tu ada kedai jual buah strawbery , kira blakang kedai tu kebun depa aja. Manis dan besar-besar la buah strawbery kalau nak compare dengan made in cameron high. malaysia ni.

(Lunch masakan sunda yang yummy ,ke sebab lapar,kekeke)

Sejam kat situ baru bergerak turun ke perhentian seterusnya, ikut jadual ke pasar baru tapi masa tak izinkan so depa bawa ke toko kulit area cibadayut tak salah aku. Sampai dah 5.30 ptg gitu so takdelah aku minat sangat . Just beli jajan pisang salai ,pisang keju lepastu patung mickey mouse dan mimie sepasang rm 50 K untuk si kecil baby aku tu. Lupa aku sambaq kasut sukan jogging 1 dalam 50 K gak .. kekeke

(Makan nasi padang lagi,dah tak berapa nak masuk dah)

7 Petang baru berkumpul semula so pergi makan restoren masakan padang plak.. alaa.. tak best la dengar nak makan masakan tu. Kali ni nasi padang dekat Restoren Simpang raya nama kedai tu. Lepas makan sebelum balik singgah Paris Van java persis macam wangsa walk kat kl ni, errr jap nak ingat besar skit aje kot. Ada k-four dan Sogo kat situ so aku beli selai jeans glap nak pakai esoknya ada lawatan skull sebab dah bawa baju batik lawatan rasmi katanya. Balik tu jalan kaki aje ke otel ,tak jauh dalam 1 km je kot.Sampai otel layan tv dan ke babommmmmmmm tidur.

Thursday, December 8, 2011

Cuti cuti Jkt - Bdg 4h3m -Part 1

Fuhh lamanya blog ni tak berupdate, malas 1 hal di tambah macam dah tak semangat nak tulis semula. Memandang kan baru baru ni, buat pertama kalinya diri ni membuat pasport ke luar negara so nak citelah serba sedikit -maybe ada sambungan ikut mood ,kekeke. Yeah sebenarnya aku join trip orang umah aku (kawan2 skull dia) pergi melancong sambil belajar ke Jkt- bandung. Rombongan ni sebenarnya plan ke arah nak shopping cuma ada sekali je lawatan rasmi melawat salah 1 sekolah terkenal di Bdg sana.

(Gambar kat bawah pemandangan nak sampai area airport Jkt )

Oh ya oleh kerna ni rombongan kerja so aku dan orang umah decide tak bawa anak-anak,kira ni plan nak gi berbulan madu berdua sebab lama dah tak gi berdua aja.. opss.. hehehe. Rombongan ni dalam 33 orang aje tapi percayalah ni lah rombongan terakhir aku nak join -kos nya dah 1.3 K sorang ,.(Kos di tanggung sendiri yach). Kalau tunggu tiket air asia murah dan aku dok baca forum orang gi sana tak sampai rm 500 pun kan(termasuk otel budget,supir, makan &jalan2) per person kalau pi 3h2 m ?(shopping rm 1 K kot?). Cuma yang best join ni org umah aku la sebab ramai kawan dia pi dan tak payah fikir segala pengangkutan -makanan -penginapan -tips,cukai kapai terbang semua depa uruskan .(tapi tak berbaloi gak aku rasa,huhu), takpe ni kira pertama kali kang dah biasa leh pi sendiri.

Day 1 - Pagi lagi lepas 6.30 gitu dah ke skull org umah ,naik bas di sediakan (byr rm 10 aja -pi & balik yach). Sampai Lcct dalam 8 lebih gitu ,terus daftar masuk , then sarap kat Kfc situ. Flight on time dalam 9.50 dan sampai airpot sana dalam pukul 11 pagi waktu sana. Sebaik sampai tunggu bas persiaran travel agent dan terus pergi lunch kat bandaraya jakarta , yang ambik masa 1 stengah jam gaklah sebab pemandu tu bawa kitaorang lalu depan Monas lah, Betawi lah(bangunan lama binaan belanda) . Restoren pertama di bawa mestilah makanan nasi padang kebetulan pemandu pelancong sana tu orang padang for sure dia mesti cari rest. tempat asai dia, (tah-tah dia dapat diskaun apa ni...). Bercakap nasi padang hari pertama ja aku lalu, masuk hari yang aku akan cite kemudian dah kurang, makan pun sebab dah bayar pakej kan.. kekeke.

(Makanan nasi Padang yang abis di jamah,tak baik membazir,kekeke)

Usai sembahyang jamak siap-siap situ bas pun bergerak ke bdg,kota tanah tinggi yang sejuk di bandingkan jkt yang sesak dan cuaca di kala itu agak berjerebu sebab hujan lom tiba katanya. Aduhai perjalanan naik highway jarak lebih kurang kl -bidor aje, tapi lebih kurang 4 jam lebih sampai .Mujur lah pemandu pelancong tu nama apa ek dia Kamal kot.. berilmu sejarah orangnya. So banyaklah dia cerita sejarah pasal kota Jkt dan bdg kat kami dalam bas sampai boringlah nak sampai tu.kekeke.

Sebenarnya sebelum sampai sana aku dah check google bagai blog2 orang yang dah pi sana termasuk blog di dell tu, so dah taulah benda apa nak beli, kena rajin tawar rega sebab kadang2 depa ni saja ja letak rega mahai awal-awal. Buktinya sampai aja lebih kurang 6 ptg waktu sana ke fO jalan dago tak salah aku dah ramai peniaga tepi jalan mai juai. Lagipun si Kamal dah pesan suruh diskaun kan separuh rega ,kalau tak dapat jangan beli. So kami serombongan berpakat contohnya orang juai key-chain tu adalah 30 pcs dia letak 100K rupiah -lebih kurang rm 35 kita, so tawar aje 50K. Last-last dapat gak , oklah lagipun kami dok sebut ramai nak beli ni.. hehehe. Tapi hari pertama aku lom beli lagi benda2 depa dok kerumun suruh beli ni. (sebab dah di nasihat di blog suruh check kat toko dulu kan).

Ok sambung kat FO jalan Dago ni adalah aku beli baju t-shirt jalan selai . Lepastu ada beli t-shirt untuk anak-anak,wife beli kat anak2 buah gak . (beli banyak dia kasilah lebih diskaun ), eh yang ni yang depa jual tepi-tepi jalan. Sempat aku berdua dengan wife lepak makan kat 1 rest. medan kot kat salah 1 Fo ni , murtabak medan yang memang sedap + air jus mangga dia . Lepastu sambung balik pusing kot jumpa baju anak-anak dan wife dok cari blouse nak pakai esok-lusanya.


Lepastu Jam 7.30 macam tu baru gerak gi makan malam kat rest. masakkan jawa , oklah sedap skit dari nasi padang lunch tadi. Habis je barulah check-in di Hotel N*val yang terletak di area jalan sukajadi. 2 bintang je kot tapi best otel kat sini leh layan tv 40 siaran lebih ,mcm astro plak. W-fi lak boleh dapat kalau dok tingkat 2 so mujur lah ada wi-fi nak baca berita malaysia dan ber Fb .kekeke. Tak ingat pukul brapa tiduq + letih berjalan seharian tadi maybe dalam 11 lebih kot sambil siaran tv di biarkan terbuka.