Sabor jelah minggu ni kat opis rasa macam tak best aja memandangkan cuti tahunan 3 hari aku ambil next week belum di lulus kan lagi. Amboi macam aku plak nak sambut CNY tu , takde la org umah 1 minggu cuti sekolah so alang-alang tu ambik gaklah . Tambahan pula 5 hari cuti lepas di bawa ke tahun ni. fuhh mewah gue dengan cuti tahun ni. kekekke
Errr keja opis macam biasa, belum ada surat lagi memandangkan CEO yang baru di lantik tiba-tiba masuk spital plak so dia belum sign lagi kot surat,huhu. Jadi mood nak menulis kat sini pun rasa takde semangat aje, ingat nak gak buat ulasan raja lawak. Oklah last week si Faiz tu kluar (memang patut pun dan hari ahad lepas si An 2 lak kluar, nama je gruop antu tapi lawak2 antu depa tak menjadi) ,kekeke.
Setakat ni macam nak sokong Alex,Pak Kasim, kump. Mamu oklah lagi. Rasanya depa kena buat persembahan tanpa ganguan la (bunyi ayam kokok) couse masa persembahan muzikal elok aje depa plan.. so harap minggu ni biaqla depa buat lawak lebih sikit. Mujur aksi spontan zizan dan johan boleh la menghiburkan kalau dak memang tak nak layan pun raja lawak kali ni.
Opsss terpanjang lak entry kali ni, itulah plan jumaat ni terus gerak balik utara sana. Sabtu ada kenduri kat bagan serai .Hari ahad plak ada 2 kenduri kat baling (kawan opis dan kawan skull org umah). Kenduri kalau kat Kg jangan cerita la weekend hari cuti panjang ni , selalu aku pi bawa mak aku tu kalau ada panggilan kat kg tu. Lepastu Selasa atau rabu macam plan nak ke Taiping. Jumaat sampai ahad lagi sekali tu dah tempah penginapan kat Tg Bungah Penang. Fuhh mood nak berjalan dan cuti panjang je ni.