Monday, March 29, 2010

Cuti Skull Gi Pangkor



Fuhh lepas balik kb, then pergi berkelah kat PD ingat tak nak jalan gi mana-mana dah. Lagipun Cuti skolah plan balik kg aje, tiba-tiba kakak dan adik ipar ajak gi jalan -jalan ke Pulau Pangkor. Pergi hari isnin balik hari selasa (hmm mcm sekejap je). Ini kira kali ke 2 pi sana, masa bujang pernah la pergi dengan member-member serumah (2002 kot). Yang tu menginap 2 mlm siap gi snookling bodoh2 je. ekeke.



Sebelum pi serbey penginapan kat sana, siap call tanya so tak payah book ,tak ramai orang menginap maybe time cuti skolah kali ni dah ujung orang abis gaji kot.. huhu. Sampai kat Lumut singgah kat 1 agensi pelancong dan book terus hotel Coral Bay resort. Stay kat Aptment 2 bilik rega rm 290, kalau time tak cuti skull dlm rm 240 .


Ni dari balkoni bilik nampak kolam renang. Oklah menginap kat sini, dekat dengan Jeti (4km je kot) dan hanya 100 m je jalan kaki ke Pantai bogak. Cuma yang tak best restoran tak banyak area ni kalau nak banding kat pantai teluk nipah lagi happening katanya .



Ni kat pantai pasir bogak (bersih dan oklah kalau nak mandi),boleh tengok matahari terbenam gak. Model pun dah tak larat nak dah nak poss ambik gambo time ni.. hihi. Si abg long dengan sepupu kamceng dia.


Gambar matahari nak terbenam tu guna kamera mahai(Nikkon brapa tah) adik ipar aku. Patut la ramai geng rebanmaya hobi mahai2 ni, ada kepuasan sebenar ambik gambo ni kalau hasilnya cantik menarik lagi tertarik kan..hehhee. Tu je kot nak cite jalan-jalan bersama family di cuti skolah.