Sebelum nak cite ni hampa layan dak Adam maya 6.30 ptg kat tv3 setiap isnin sampai khamis?
Aku tak lah layan sangat kalau tertengok pun baru balik ber exercise atau bawa anak-anak turun main kat halaman luar tu. Cite dia aku tengok biasa je tapi skrip drama dia macam oklah jugak di samping ada budak pompuan cute lagi comel berjaya membawa wataknya. huhu
Nak di jadikan cerita weeknd 2 minggu lepas hari sabtu tak salah aku. Lepas pergi membeli belah di Jusco Au 2 , bawa si adik gi cucuk kali ke 3 (hat 6 bulan). Lokasi nya berdepan sikit aja dengan klinik Izham Setiawangsa tu ternampaklah beberapa orang pelokon drama adamaya tengah buat 1 babak lakonan.
So gambaq hat ataih ni mamat yg tengah jalan tu perlakon agak baru ,apa tah nama dia..Watak dia ala yang kahwin dengan wanita yg agak berusia tapi wanita tu di matikan wataknya last week, kekeke .
Gambaq hat ataih 2 pelakon utama lelaki drama ni, si faizal bekas suami Nana tu dan yang pegang watak Adam tu, si Maya atau Lisa yang cun tu tak nampak plak petang tu,hihihi . Tu jelah nak cite dan babak episod ni aku tak tau ada ke dak lagi , harap-harap belum lah kot.kekeke