Tuesday, November 2, 2010

Larian Belia anjuran Bahagian T*tiwangsa

Jumaat lepas aku baru daftar larian belia ni, mulanya macam malas ajo tapi yelah boleh dikatakan selalu gaklah dok jogging petang-petang dan sekali sekala kenalah join untuk mengukur keupayaan mana-mana acara larian. Secara jujurnya aku suka join yang senang aku nak pergi (area KL la buat setakat ni).

Kalau macam jauh sikit kena bangun awal bagai di hari cuti dua tiga kali gak nak pertimbangkan..ekekeke. Ha kebetulan weeknd nak balik kg ni ,ada 1 event lari kat area umah aku kat Jawi tu, ingat nak daftar walaupun dan tutup masa depa nak ambik nombor, kalau tak boleh join ajelah larian tu tak de orang nak menghalang nya. kan... hihi

So sabtu pagi tu elok aje aku nak bersiap mandi dalam 7 am tu hujan plak menderu turun. Hmmm terus aku pi kat katil golek-golek dulu walaupun penganjur kata 7.30 start kumpul sure larian tu akan di anjak punya masanya. Dalam 8 am tu hujan dah seriat so aku teruih mandi kerbau ,siap2 buat sarapan sikit (ala sapu roti dengan jem ja.) Orang umah kena skolah sabtu tu so aku gi antar anak kat pengasuh lepastu terus berdesup gi Kompleks Gurney tu.

Sampai ja dalam 8.30 lom mula pun, tiba-tiba hujan kembali lebat so mulanya DJ tu anounce lagi 10 minit so di tangguhkan lagi . Sempat la aku panaskan badan dan buat streching bagai...ekeke.
Punyalah lama nak tunggu ujan berenti akhirnya dalam 9.10 am baru lah dilepaskan larian 7km (seperti terdapat dalam borang). Kali ni aku tak bawa camera plak so aku bergambo dengan camera kat phone tu jadi ada la ambik gak.

Kali ni tah macam mana tah aku tak stop plak untuk berjalan kira aku dengan semangat membara terus je lari so sampai ke garisan penamat dalam 20 minit lebih je , ishh tak percaya aku tapi aku suspect macam tak 7 km je, maybe 5-6 km ni. Yang menang tu banyak plak dari geng-geng pelari berbangsa india. Oleh kerna yuran dia taklah macam larian puluh-puluh hengget tu hadiah sampai no 10 ajo .Kira dapat sijil penyertaan ajo lah dan lepas tu di beri makan nasi berani lah plak se bungkus sebelum aku pulang .

Hmm rupenya larian belia ni anjuran parti U*no rupenya siap ada kauter pendaftaran jadi ahli dan pendaftaran SPR. Aku gi kaunter SPR tu kononya nak tukar kawasan undi tapi di suruh tukar dulu kat IC anda baru boleh katanya. Dalam 11 am macam tu aku pun pulang .So next kat mana plak ek nak join, maybe bulan 12 nilah kot kalau tak balik kg boleh la sebab banyak gak aktiviti bersama family start cuti skolah ni.