Jumaat lepas aku dan beberapa orang lagi (Fara, K.rozz ) kot dok berbalas kat twitter si Joe Perantau tu tanya bila nak berjumpa secara realiti geng rebanmaya tu. Terus setelah Joe berbincang dengan beberapa orang kuat.. hehehe akhirnya sabtu petang ,kelmarin Joe bersedia jumpa dengan peminat-peminat opss merangkap sahabat dah la ni.. kan... takkan peminat plak... ekekeke.
Yelah aku macam yang lain gak dari tahun 2004 atau 2005 ek dok bersembang kat tag dia takkan tak sudi nak berjumpa kan... Yelah ni aku terus terang ni tulis , lepas terbaca kat salah sorang penegar rebanmaya ni cite dia jumpa Joe (dengan 2 org lagi) aku pun nak gaklah jumpa dia kan... Hmm yelah aku pun kena paham susah gak tuan punya badan nak decide jumpa , kalau aku di tempat dia mungkin buat keputusan yang sama.. ececece
Dan aku nak bagitaulah ni lepas aku terbaca blog tu ,beberapa hari lepastu aku memang bermimpi jumpa Joe , kira bila jumpa ja terus peluk dan dakap dia.. ,lepastu aku tak ingat maybe sembang-sembang kot sebab ada gak muka-muka tegar lain reban maya kat situ gak ,ekekeke. Tengok tu bertapa semangatnya nak jumpa sampai terbawa dalam mimpi lah plak kan.
Jadinya kelmarin macam tak caya aja dapat jumpa walaupun bila baca twitter depa tu kejap sabtu kejap ahad ,terus call Arc meng confirmkan ada tak si Joe perantau tu. Wife pagi tu dah pegi dengar majlis 1malaysia apa tah kat Bkt Jalil bersama PM,TPM so dia memang nak berehat aje petang tu so pergilah ke Bangi dengan anak yg sulong, hat no 2 tak nak join dia dah penat gi library negara tengahari tu .
Dalam 4.15 kot sampai, bagi je salam depa kata Joe dah balik.. amboi tak caya aku lepastu nampaklah kelibat lelaki berbaju melayu biru yang memang dah kurus orangnya terus aku pergi ke Joe ,dia pun bangun untuk salam dan tanpa segan silu aku terus mendakapnya... hmmm ekekekee. takde isi lah mamat ni.. kan.. errrr .., taklah masa peluk dia tu memang aku rasa hormat sangat dengan dia, segala jerih perit dia kat US sana yang terpaksa dia tanggung sorang aku sangat sangat kagum mamat ni memang tabah orangnya. Kalau boleh masa time tu nak aje.kata . bersyukur la Joe..ko dah balik pun , kami memang nak sangat jumpa dengan hang ni.. tapi tak terkluar lah so aku kluar kat sini aci dak? ekekekeke
Pada mulanya aku rasa dia ni lebih kurang tinggi kong aje...tapi errrr hampa yang lain jumpa sendirilah bagi yang belum kan... hehehhee. Lepastu baru lah aku salam dengan yang dah sampai sungguh excited sampai lupa hat lain boleh? Hmm hampa dah tau kan yang mai so tak yah lah ulas lagi tapi happy lah dapat jumpa yang lain sebab masa raya lepas aku datang lambat kan so tak dapat sembang sangat .
Lepastu aku gi lah dok kat mana Joe bersembang nak tau lah apa yang lain-lain dok tanya errr aku takdelah nak tanya banyak just menyampuk kalau ada peluang sebab dia kan tetamu kehormat petang tu ramai lah berpusu -pusu bertanya kan.. ekkeke. Hmm takpa ada lagi kan mini perjumpaan hope leh jumpa lagi tah kenapa tah anak sulong aku tu nak balik awal so dalam 6 lebih aku pun balik dengan seribu tanda tak percaya dah jumpa pun mamat yang sungguh aku respect sekali dan aku rasa tak percaya lah leh jumpa... (oopss ter puji lebih ke ni.. hihih)
Joe Perantau..selamat kembali dan membina hidup baru, aku tahu ramai yang nak jumpa dengan hang so tak yah la malu -malu naa.. ekekeke
(Note: Senarai yang join kali ni ada kat blog baru Joe tu, blog Dellin pun ada ye.. hehehe)