Haritu termiss nak update 1.1 so oklah hapdet 11.1.11 pulak ek. Takde menda pun saje nak hapdet pasal 2 kanak-kanak ribena. Sorang abg long dah masuk darjah 1, sorang lagi kak ngah dah masuk pun tadika 5 tahun. Pagi isnin minggu lepas hat no 2 semangat nak pi tadika sampai dia mandi dan siap dulu. Hat no 1 ni macam biasa sukar betul nak kejut dia bangun sejak zaman tadika lagi.
Sebelum tu 31.12 tahun lepas dah pergi ke sek.keb. untuk hari suai kenal,ada taklimat dan bayar yuran segala lah.. hampir rm 200 lah termasuk dengan buku latihan yang wajib di beli. Lepastu aku tinjau lah pi kelas sementara dia, ada ujian penentuan kelas, tapi bulan 3 ada lagi 1 katanya , hmmm okaylah lepas tiap-tiap malam aku dok ajar dia tulus, kira dan eja leh la dia dok kelas depan .
Kat atas ni gambar kelas sementara 31.12,10
Lepas gi sek.keb pergi plak daftar sek agama. (k) plak untuk bayar yuran + beli buku-buku, fuhh sekali lagi yuran pun lebih kurang sek.keb gak. Sek.agama dekat surau sebelah sek.keb tu aja, so tugas aku lah antar tapi time balik 5.30 sek. petang tu mama dia nak ambik + ambik baby kat pengasuh.
Isnin lepas 3hb 1, dah ambik cuti pun siap-siap nak antar dan rasai sendiri couse orang umah sure takleh bercuti nak memantau anak murid skolah dia gak. Pagi sampai terus gi tempat perhimpunan ,so lepak la aku dok dengar cikgu cikgi bagi nasihat macam dalam rancangan kanak-kanak pun ada style depa bercakap dengan budak skolah rendah ni.
Lepastu masa nak masuk kelas aku nampak je 2 kawan dia yang dok area umah aku ni panggil dia dok sekumpulan dengan depa , ada 6 meja .Legalah sebab aku tau kalau dia dah ada kawan kenal dan lebih kurang 5 minit aku bg isyarat nak dan bagitau nak hantar adik dia pi tadika plak.
Balik umah vrommm ambik kakngah terus dia tanya lambatnya dia tunggu ,sian plak aku tengok dia teruja nak pi tadika. Sampai tadika dia yang dekat dengan opis aku tu ,turun je tanpa nak nangis ke nak mengalir air mata. hmmm lega aku so cakap dengan guru dia suruh tunjuk bilik air dulu ke dulu... kekkeke. Lepas salam-salam dengan kak ngah terus chow balik.
Nak dekat 9.30 aku gi plak sek.keb ,nak tengok dia leh pergi kantin dengan kawan-kawan tak.Sampai je dah beratur pun depa nak menuju ke kantin. Pagi tu aku dah bagi rm 1 dan bekalkan dia air mimuman. Bila aku tengok dia macam lambat je nak beli nasi ,mee atau bihun tu terus pi panggil dia gi tempat jual roti & roti sosej (paberet dia) . Terus aku bagitau beli je kat tempat roti tu. Lepas makan bawa la dia gi tandas,suruh dia ingat lokasi kelas dan tandas dia.. kekekke.
Ni gambaq depa beratur nak pi kantin
Lepastu aku blah pi buat urusan bank.. jeng-jeng mengalir banyak betul so kena tengok akaun lain plak. Nak dekat pukul 1 aku pergi la tunggu bila je depa nak kluar terus tanya cikgu dia esok aku nak ambil dia dekat mana yang senang ,dia kata suruh budak-budak tahun 1 ni tunggu kat kantin, oklah risau lah jugak kan kot aku kluar opis pukul 1 kot sampai mesti 8-10 minit lepastu.
Petang gi plak sek agama , ada taklimat kejap lepastu ada ibu bapa ada yang belum bayar yuran. Lepas tengok kelas darjah 1 kat mana dan dia dok kejap baru panggil dia balik ,hari pertama hari tak belajar lagi.
Hari ke 2 sekolah , masa kat opis hmm rasa risau plak so dalam 9.20 aku pi lah tengok dia kejap .Masa hantar dia pagi pagi tu dah bagi rm 1 dan bawa bekal air.Aku pun dah beli sarapan ,so aku tengok dari jauh, memang dia gi beli roti sosej kesukaan dia tu ,terus aku panggil dia minum bersama . hhihihi. Memang risau jugak lah ye tapi alhamdulilah nampak macam dia dah ok dan boleh berdikari . Tengahari masa balik memang dia dok tunggu kat kantin sama-sama kawan kelas dia. Tu jelah kot diari seorang bapa hantar anak, baca paper kosmo last week ramai bapa yang pantau rupenya..