Wednesday, April 6, 2011
Akedemi Aquarium
Sabtu lepas ada konsert tirai Af kat jusco au2 . Hmm best lagi ke nak layan AF ni..,baik layan anak-anak kat umah dari hadiri konsert tirai yang belum menjanjikan apa-apa yang menarik, kejutan Pengetua Af si Amy Search aku rasa semua orang dah dapat agak. Pelajar kali ni girls ramai gak yang cun melecun(lepas di make-up kah). Lelaki plak memang nak pancing girls,makcik-makcik dok mengundi, biasalah strategi marketing kena ada. Aku undi? hmm lepas zaman mila je kot jadi juara af aku undi, tu pun tak banyak. Eh kenapa aku mengarut lak ni,sebenarnya nak cite lawatan ke Akademi Aquarium,hihihi . Yelah dari af 1 layan sampai ke 9 ni aku rasa macam ok aje uncle Aznil tu ambik balik jadi pengacara, sure rating astro ria naik balik setiap sabtu malam ahad tu. Harap -harap tahun depan buat lah lagi umah kaca ni,jadi akademi jusco ria, rancangan baru, konsep lebih kurang af tapi undian kena wat macam mentor baru adil skit.(manalah tau kutipan berjuta-juta rugi astro tak buat rancangan realiti ni) . Kali ni kelas diari pelajar di buat secara terbuka plak,umah kaca katanya. Ahad lepas , gi library dgn anak2 ribena pi pinjam buku untuk si abg long . Lepas tu dalam 3 ptg berangkatlah pergi ke Jusco AU 2 , nak tengok lah secara live best ke akademi aquarium yang bisa menjadi fenomena tak lama lagi..(err fenomena ni maybe aku rasa pelajar nyanyi best-best,ada kejutan melampau macam student yg nyanyi paling best terkluar minggu tu ka), kekeke Kalau pelajar tu nyanyi tangkap muat aja ataupun macam zaman kegelapan Af 4 tu atau time af last yang tak brapa best maybe af terakhir ni paling tak best walaupun aku rasa macam best aja kalau penerbit pandai main drama dalam umah aquarium tu.. huhu. Jadi berbalik lawatan aku dengan 2 anak tu, yang si abang dah biasa tengok akademi fantasia dok tanya mana si Akim, Hafiz, Shahir ,Adiralah, puas aku meng'explain' depa tu dah tak belajar dah,hat ni orang baru.kekeke Mula-mula takde pelajar lagi, so macam biasa lah gi beli jajan untuk anak2 dan barang dapur sikit. Kluar ja alamak depa dah masuk pun umah kaca tu, tak sempat aku nak salam.. pelajar yang nyanyi best masa tirai macam Eurol, Aida ,Amir .. sapa lagi ek. Lepastu ada lah si Kay yang nyanyi kurang mantap tertengok kita orang kat tepi pagar tu(macam melawat zoo plak rasanya ye.. kekeke) Teruih aku buat isyarat macam konsert akan datang suara kena power , hampa imagen la mcm mana tangan aku buat signal ,entah2 dia pun tak paham aku kata apa, so dia senyum ja lah. Depa masuk kelas motivasi cikgu faty, so bagi peminat af (ehh ada ka lagi peminat dari af baca catatan ni ek ,ke dah takde.. kekeke?) boleh la pi layan hari ahad petang sambil bawa anak-anak leh lawat aquarium tu ataupun bawa kekasih ka atau buah hati ka.. . Kalau bernasib baik leh layan drama airmata ,yelah kalau kelas hari ahad ,lepas konsert sabtu sure ada plajar kawan karibnya terkluar so mestilah ada drama-drama ni air mata.. opss teremosi aku. kekeke. Err tapi tak janji plak setiap ahad ada,kot depa ada aktivi luar hampa tengok jelah staff astro yang kena kerja di hari weeknd.. hihi. Semasa cikgu faty dok bagi motibasi tu nampak memang depa tekun tak pandang kluar dah so kalau nak berinteraksi maybe time depa masuk atau depa rehat atau nak balik. Hmm kelakar plak aku rasa yelah dah dekat dengan umah ni boleh la nak tengok dengan mata sendiri macam mana aquarium tu, oklah ada gak hiburan kat jusco tu. Tak lupa terkejut gak aku yang Jusco au2 yang memang tak ramai orang kalau hari ahad leh Q panjang lak bila nak park keta tu. Senyum lebar manager AU 2 ni dalam 11 minggu akdemi aquarium kat situ ye nanti. Alamak terpanjang plak.. adakah aku dah start demam af? Noted: ehh pesal aku punya catatan ni dah puas tekan enter bagi ada perenggan tak jadi plak ,jenuh nak membacanya ye