Monday, June 28, 2010

SCKLM

Ahad lepas akhirnya alhamdulilah berjaya jugak membuat larian 10 km SCKLM 2010. Mula-mula cuak lah jugak nak join ,rasa suspen lah ,berdebar-debar pun ada. Mujur last week dah join larian explore race yang hanya 4-5 km aja, dan sebenarnya takde la buat latihan insentif lari 10 km kira paling kuat pun 8 km ajo kat klcc park tu.


Pagi ahad tu lepas suboh dalam 6.15 gerak plan nak park area lrt star , tapi terlajak masuk sampai nak dekat sogo dan jalan pula dah mula tutup, terus park area balai polis Dang wangi tu , kira sampai situ dalam 6.30. Berlari-lari anak lah aku dan sampai area dataran merdeka dalam 6.45 terus buat streching.. belum puas alamak ramai dah orang beratuq dalam pagar ke garis permulaan terus aku meluru gak tapi tersekat di tengah-tengah.


Sambil menunggu 7.00 tepat aku dok aktifkan kaki , errr goyangkan paha sambil buat strech di ruang yg sempit tu.. hihihi. Bila mula aja fuhh rasa macam tak percaya pun ada akan berlari sejauh 10 km, yelah zaman skull dulu habis kuat pun wakil rumah sukan dalam 400 m & 800 ajo, jarak jauh memang bukan kegemaran.. huhu


Berlari lah aku sambil dok ingat petua kawan se E.R sentiasa bernafas ikut hidung then kekal kan rentak larian tapi masuk 6 km alamak rasa dah nak pancit plak.. hua hua. Tapi semangat nak berlari mula bangkit sebab masa naik bukit perdana area tmn burung tu ternampaklah aweks chiness ni yang takdelah kurus sgt tapi dia maintain lari terus aku ekori dia.. hua hua.


Tapi naik bukit tu aku macam ada terjalan gak, yolah first time lari ni opss alasan lah plak. Masa nak masuk jln raja laut terus aku lari macam biasa sampai lah bila pusing balik tu nak menghampiri dataran merdeka terdengarlah beberapa orang minta ambulan ,ada orang pengsan dan dari segi riak muka yang menjerit memanggil ambulan tu memang suspen aja. Fuhh dan paper star hari ni pemuda chiness tu tak dapat di selamatkan, yalah tak relevan dah dekat dengan dataran takde plak ambulan nak pergi cepat ke area orang tu pengsan.


Akhirnya sampai gak le garisan penamat dengan kaki yang amat tak tertanggung menahan sakit ,hmm aku tak streching betul-betul rasanya ni. Masa tak rasmi 75 minit tapi aku start lambat sebab punyalah panjang nak pi garis mula kan.. hihihi. Sampai sana terus gi cari air ,fuhh lega ya amat.. then pi ambik finished medal. Itujelah catatan larian SCKLM,kena berlatih lagi ni, yelah kena pandai curi masa berlatih, time weeknd kena wat larian 10 km ke atas kot ni.


Antara barangan yang dapat sempena SCKLM ni, malaih plak nak beratuq kat bahagian bagi produk susu tu, terus aku plan balik ajolah + teringat game kat FB. dan macam nak sambung tiduq aja.. huhu.Lagipun dok teringat beg duit,hp kat dlm kereta yang ditinggalkan kat kawasan terbuka area Dang Wangi tu. Itujelah cite larian, insya allah akan join mana-mana event demi kesihatan diri gak sebenarnya ni.

Saturday, June 26, 2010

Ramal lagi

Huhuhu..sabarjelah 4 negara aku teka masuk semi final 3 tepat jadi johan kumpulan, cuma Englang aje tersasar, so dia dok kump. maut kena atasi jermang dulu. Jadi kenalah ubah dulu dengan meramalkan 8 pasukan yang akan masuk ke suku akhir...

Analisa dan statistik setiap pasukan kenalah check, sapa yg takleh main next match(kena kad) ,sapa yg cedera. Err aku takdelah nak check detail tu semua so aku meramalkan ajelah, tengok brapa yang tepat... (hmm harap dpt lulus, 5 ke atas, kekeke)

Jadinya aku pilih yang lepas layak ke suku akhir
Uruguay
Ghana
England
Argentina
Belanda
Brazil
Japan
Spain

hehehe.. ni semua pasukan paberet kan.. takpelah at least pasukan yang aku teka banyak yg lepas,, yg beriya sokong Italy & France elok hampa takyah dok kutuk pasukan lain.. hua hua hua tak de faedah pun.. tapi untuk sronok-sronok oklah kot , kot-kot ada yang dok masuk geng-geng bg duit memperjudikan nasib tak tau lak yang tu.. Apa apa pun ni suka suka ja.. tengok brapa yang kena. huhuhu

Friday, June 25, 2010

Iklan sat


Sebenarnya nak cite lagi part 3 minggu lepas , rasa macam dah lama and malaih plak nak ulas dah.. huhuhu. Takpe nanti leh sambung part 3 kalau ada masa.. hua hua


Takde la apa sangat ,semalam aku dah pi ambik kl-marathon 2010 goodie beg. Sampai stadium titiwangsa tu dalam 2 lebih, sesak plak jalan nak kesana kerna PM ptg tu nak lancar saham menda tah..saham untuk org miskin bandar katanya.


Sampai aje terus beratuq kategori yg aku join, panjang lah gak tapi cepat couse kauter 10 km ni banyak. Suspen gak sure ramai pelari ni ,takpelah aku lari nak sihat kan badan + pertama kali join event macam ni. Kalau menarik dan ok cubalah aktifkan mana-mana event marothon area lembah klang ni.. ececece. oklah layann..iklan jap sebelum sambungan part 3, kekeke