Sabtu lepas dah mula start jalan-jalan berhari raya at KL pula. Ada la beberapa jemputan tapi aku yg hanya solo aje pergi 1 rumah kawan se opis sahaja. Ini kerana sabtu lepas kebanyakkan jalan raya di KL mengalami kesesakkan dan aku tak brapa mood asyik dok ingat family kat kg. Pagi sabtu tu dengan cuaca yang amat best untuk tidurkan diri so dalam 11 pergi kota damansara. Singgah Giant dulu beli buah tangan kat member opis tu.
Sampai sana ada nasi ayam ,mee kari, nasi impit rendang daging,semua aku rasa . Lepastu tu terus balik umah nak layan Awan Dania musim 2 kat astro ria tu, sampai 2 minggu astro ria ni dok ulang cite raya so tahun depan , raya 1 hingga ke 4 aku nak layan cite kat tv1,2,3,9 dahulu.. couse dah tahu sure ulangan balik sampai raya ke 14. Petang tu kwn se opis bujang datang bawa makanan bakal tunang dia kasi.. so malas nak ke mana makan jelah soto ayam, rendang ayam dan nasi impit.
Ahad pula sebagai ajk untuk hari raya kat tempat aku tinggal ni kernalah bertugas, so pagi-pagi jogging dulu lepastu singgah tengok apa yang patut. Buat pun kat dewan terbuka so depa boh tikar aja kira ala style kampung la plak kan. Tugas aku haritu jaga sate so nyum-nyum best tapi aku lepas makan lemang rendang ayam terus takleh makan banyak,ke sebab jogg tu yg takde selera makan plak.
Kira banyaklah bawa balik makanan tak abis termasuk sate tu jenuh gak nak abiskan so kwan opis gak yang datang habiskan sate tu. Minggu ni macam nak balik kampung jelah, raya kat sana pulak tapi yg paling utama sure lah nak jumpa family . Anak no 2 dok tanya bila nak balik dia kata abah dah lama pi keja tak balik-balik pun.. sob sob sob..sedih la plak.. huhu