Thursday, October 22, 2009

Rindu

Weeknd lepas atau jumaat lepas aku gerak lagi pulang ke kg halaman. Ni kes rindu punya pasal la.. hehehe. Ye aku akui kalau duduk sorang memang rasa sepi mencengkam jiwa waima aku rasa oklah juga aman nak main game kat pacebook tu.. opssss.ekekeke. Namun begitu tiada orang untuk aku berkomunikasi memang terasa amat kosong se sepi filem sepi tu... hehehhee.

Apasal ek kalau berjauhan terasa rindu.. hehehhe, dah lumrah kehidupan ,apa la aku dok bertanya lagi.. Paling nak aku tengok dan rindu sekali baby baru tu. Bau badan baby tu memang tak dapat nak cerita macamana tapi harum aje.... hehehhee. (aku ada pernah dengar org2 tua kata bau tu macam bau di alam syurga... ).

Ahad petang masa nak pulang ,sepatutnya aku kenalah sediakan sugus atau apa-apa coklat untuk syaza anak no 2 tu. Elok je berangkat dia menangis nak ikut balik kl, sebelum ni dia ok aja. Habis ramai orang memerhati tapi biasalah kena lah mama dia pujuk dan aku rasa dia akan ok kalau mama dia beli jajan nanti. Itulah aku rasa dia macam kehilangan aku aje, yelah masa aku ada abang dia tak berani sangat nak buli atau dok kacau dia.

Mungkin dia rindukan aku gak selalunya kalau aku dok mengadap laptop (dok busy main game,ekekek) dia akan dok sebelah bahu aku lepastu dia pun macam nak hidu bau badan aku je..opsss kira dia cium lah bahu aku tu. Lepastu aku nak sayang dia balik dia lari... heheheh. Yelah dah 3 tahun sure dia macam tak selesa je. Anak aku yang sulong lagilah,kalau dok nak sayang pipi dia mulalah dia nak mengamuk dan macam nak nangis ja.. huhuhu.

Itujelah nak cite pasal rindu...rindu pada wife? sudah tentu dan biarlah rahsia..ekekekek. Esok gerak lagi ke kg halaman nak jemput depa balik kl. Minggu depan akan hilanglah rindu pada mereka lepas ni dan mungkin juga kena kurangkan mengadap laptop lepas ni.. huhu.