Monday, November 30, 2009

Bercuti lagi

Hari ni raya haji ke 4, kira hari terakhir jemaah kat Mina sana melontar . Lani dok kat umah dan pinjam Laptop kak Ipar jap untuk aku mengechek world cafe dan harvest game kat FB tu,ekekeke . Pagi tadi kira hari ke 4 berturut2 jogging di pagi hari, setakat 1 jam je janji dah berpeluh tu kira lemak terbakar lah hendaknya,hihihi.

Semalam hanya pergi 1 rumh je kenduri korban, couse di ptg hari wife dan adik badiknya mask bihun sup daging, (banyk plak dpt daging korban kali ni). Hari ni dah takde kenduri korban so rasanya menu tgh sure lauk daging ni. Ptg ni plan mcm nak jalan kat Jusco BM tu, rasa mcm nak tengok filem 2012 tu aje.

Saturday, November 28, 2009

Eppy hari Raya Haji + eppy menjamu selera

Salam hari raya aidl adha. Alhamdulilah hari raya korban kali ni balik juga aku ke kg halaman memandangkan cuti tahunan banyak lagi + dah start cuti sekolah. Khamis lepas bertolak awal lepas lunch ,itupun mujur boss kecil luluskan kerna sepatutnya aku dah cuti khamis tu . Err dah apply cuti tapi oleh kerna ramai cuti time tu boss suruh ambik lepas raya .

Perjalanan lancar waima kenderaan banyak kenderaan berpusu2 di PLUS bergerak seperti biasa. Aku cuma berhenti pun di stesen petronas kat tapah dan 1 lagi kat Rnr Bkt gantang. Itupun dalam 10 minit aje couse bajet nak sampai sebelum 7 ptg. Sampai rumah dalam 6 ptg (4 jam plak kali ni) rehat jap then pergi pasar malam area umah. Best pasar malam kat s.perai ni rega makanan tak semahal pasar malam kat area kl tu.

Semalam raya haji aku balik kg dalam tgh, pray jumaat lepas tu ada jamuan nasi + kenduri aqiqah yang aku join tu, kira buat kat masjid senang, makan nasi merah daging ayaq asam ,fuhh kenyang aku sampai ke malam tak makan dah...,err ptg tu belasah lah gak 2-3 ketul ketupat rendang adik pompuan aku buat.

Hari ni pula ada 2 kenduri korban kat kg wife aku area jawi ,sg bakap ni. Kira tengahari makan nasi daging + ayam merah, dalca daging dan acar timun, nyum nyum tapi aku tak tambah nasi, Fuhh nasib baik aku dah jogging di pagi hari tadi. Lepastu ptg tadi dalam pukul 6 pergi lagi 1 rumah, kali ni nasi putih ,daging masak dalca, daging kuah kicap lada itam dan jelatah. Esok plak ada 2 lagi jemputan.. hmmmm tengok lah maybe pergi 1 tempat aje dan sudah semestinya maggie pagi esok kena gi jog ni.

Tuesday, November 24, 2009

Konsert akhir tahun katanya


(Darwis yang pakai costum gajah berdiri kiri ,seblah budak rama2)

Konsert akhir tahun tadika anak aku berlangsung dengan jayanya ahad lepas. Aku macam family yang lain rasa teruja terutama bagi mereka yang pertama kali hantar anak kat tadika. Berlangsung di dewan Teatert Lembaga getah M'sia depan Klcc . Konsert bermula 2 ptg tapi ibu/bapa diminta bawa anak seawal 1.30.

Pagi tu Darwis tu berdrama tak nak join , nak demam katanya..kekekek, sure dia suspen gak buat persembahan atas pentas..hehehehe. Aku gerak usai pray zuhur so sampai lagi 10 minit pukul 2, dan parking penuh..alamak so aku gi park Avenue depan klcc tu. So anak 2 org tu dan org umah turun dulu so park la aku sorang-sorang. Sampai -sampai masuk dewan ,penuh takde tempat duduk so aku ajaklah wife dan syaza anak no 2 duduk la atas tangga.

So menunggu lah aku dengan suspennya, tapi persembahan depa ni bukan la macam konsert..,takde pun nyanyi2.. yang ada menari dan membuat pesembahan ala drama muzik aja.. kira berlakon lah tapi suara tak kluar, cuma beberapa orang budak sahaja yang depa bagi mike kalau ada babak yang kena bagi penonton paham. Keseluruhan oklah budak-budak 4-6 tahun ni buat kira aku first time tengok takdelah best, dan jumpa la rakan2 opis yang hantar anak ke tempat sama depa kata tempat mengecewakan dan konsert tu macam takbest sebab takde nyanyian.. hmmm,aku ok aje .

(Gambar atas ni babak terakir ,depa lambai2 je tangan ikut lagu one voice )

Darwis pula berlakon aja dia di pakaikan costum gajah dan buat la persembahan kat atas pentas tu ikut muzik... hmmmmm oklah first time dia join benda2 macam ni,kira masih pemalu lagi dia tu. Lepastu pemberian sijil tamat tadika 5 tahun dengan hadiah saguhati. Dalam 4 ptg majlis berakhir dengan jamuan bihun keras..(jgn le tempah catering depa tu), karipap ,kuih seri muka,(oklah sedap gaklah) dan ada air teh o dan pencuci mulut puding tawar ajo(hehehe complain aje) . Lepas dari tu salin baju di darwis bawa 1 family jalan-jalan ke KLCC .

Monday, November 16, 2009

Baby baru



Gambo Danish umur 25 hari , bersedia untuk di botakkan kepala,huhu



Dah genap 2 bulan time ni, khasiat susu ibu memang terjamin! ekekeke

Sunday, November 1, 2009

Weeknd di PD

AKu baru balik Pd dalam 3ptg tadi (family day skull wife aku). Pergi tengahari semalam but sebelum tu pergi Pjbt Pos yang ada kastam kat KLIA nak ambik barang dari Canada adik ipar yg dok sana tu. Malang sekali dah elok nak ambik barang sampai bahagian kenakan tafsir cukai takde la pula bahan bukti macam resit pembelian barang yang adik ipar aku krim, kira kastam tu check baju/seluar tu semua kena cukai . Hmm..kena tunggu adik ipar aku fax dulu untuk ambil barang tu semula.

Tapikan dalam surat kiriman dari Pos M'sia tu,wakil dari Pos boleh hantar ke umah tapi bayaran caj rm 49. Ada sesiapa tahu tak prosedur benda alah ni,ke kalau wakil pos tu ambik pihak kastam still ada kenakan cukai tak barang-barang tu?,penat dah nak drive ke sana.. , heheheh. Nampaknya sabtu ni kena gi lagi ni kalau nak ambik cepat.

Lepastu baru gerak ke Glory Beach Rst PD dan sampai sana nak dekat 4 ptg dah,ingat sampai awal boleh la aku nak ke bangi sekejap dalam 5 ptg ke,Tapi aku dah bagitau kat tag Deo tak leh join jumpaan di kelab house bangi so harap depa faham noooo.. hehehe. Rupenya ada plak game volleyball so aku join game yang start 5 ptg tu. Ada 4 pasukan,main dalam 2 perlawanan macam biasa pasukan bidan terjun aku join ni menang di final.. so akan dapatlah adiah malam tu.. ecececce. Lepastu aku bawa 2 kanak-kanak ribena tu main kolam renang sampai dalam 7 ptg.

Malam tu dinner BBq dan terkezut aku bila masuk dewan, Wowwwwwwww , punyalah banyak hadiah untuk cabutan bertuah (hampir 70 kot).Staff skull wife aku dalam 100 orang tapi yang datang hanya 52 orang so kebarangkalian dapat 2 cabutan hadiah memang ada. Masa register aku pilih no 50 kononya macam bertuah la dan memang la bertuah dapatlah org umah aku hamper dalam rega rm 50 kot.

Cabutan bertuah lepas semua org dapat,wife aku dapat lagi kain pelikat(berapa ribu tenum ek) + perfume..Kira rezeki baby baru ni dapat 2. Hadiah volley lak benda hiasan letak atas dashboard keta. Acara plak macam santai je, ada pemberian staff cemerlang (banyak kategori plak). Lepastu ada sorang tetamu(penolong ydp PIBG kot) tu dia sorang je dok menyanyi, Oklah dia macam jadi mc jemputan plak sebab tak salah aku dia keja soldier dan biasalah soldier ni suka majlis2 ada karoeke ni,,ekekekek .dalam 10.30 mlm majlis pun bersurai .

Pagi tadi ada acara untuk staff , depa buat team buliding tapi wife aku di kecualikan couse isnin esok baru dia start keja. Aku lak macam malas nak bawa anak-anak gi mandi kat pool ujan rintik2 lak pagi tu so aku bawa depa ke bilik kanak-kanak kat otel sebelah glory tu. Dalam 11.30 baru depa renti main dah bertolak lah aku pulang ke kl. Tu jelah nak cite cuti-cuti di PD weeknd minggu ni.