Sunday, November 1, 2009

Weeknd di PD

AKu baru balik Pd dalam 3ptg tadi (family day skull wife aku). Pergi tengahari semalam but sebelum tu pergi Pjbt Pos yang ada kastam kat KLIA nak ambik barang dari Canada adik ipar yg dok sana tu. Malang sekali dah elok nak ambik barang sampai bahagian kenakan tafsir cukai takde la pula bahan bukti macam resit pembelian barang yang adik ipar aku krim, kira kastam tu check baju/seluar tu semua kena cukai . Hmm..kena tunggu adik ipar aku fax dulu untuk ambil barang tu semula.

Tapikan dalam surat kiriman dari Pos M'sia tu,wakil dari Pos boleh hantar ke umah tapi bayaran caj rm 49. Ada sesiapa tahu tak prosedur benda alah ni,ke kalau wakil pos tu ambik pihak kastam still ada kenakan cukai tak barang-barang tu?,penat dah nak drive ke sana.. , heheheh. Nampaknya sabtu ni kena gi lagi ni kalau nak ambik cepat.

Lepastu baru gerak ke Glory Beach Rst PD dan sampai sana nak dekat 4 ptg dah,ingat sampai awal boleh la aku nak ke bangi sekejap dalam 5 ptg ke,Tapi aku dah bagitau kat tag Deo tak leh join jumpaan di kelab house bangi so harap depa faham noooo.. hehehe. Rupenya ada plak game volleyball so aku join game yang start 5 ptg tu. Ada 4 pasukan,main dalam 2 perlawanan macam biasa pasukan bidan terjun aku join ni menang di final.. so akan dapatlah adiah malam tu.. ecececce. Lepastu aku bawa 2 kanak-kanak ribena tu main kolam renang sampai dalam 7 ptg.

Malam tu dinner BBq dan terkezut aku bila masuk dewan, Wowwwwwwww , punyalah banyak hadiah untuk cabutan bertuah (hampir 70 kot).Staff skull wife aku dalam 100 orang tapi yang datang hanya 52 orang so kebarangkalian dapat 2 cabutan hadiah memang ada. Masa register aku pilih no 50 kononya macam bertuah la dan memang la bertuah dapatlah org umah aku hamper dalam rega rm 50 kot.

Cabutan bertuah lepas semua org dapat,wife aku dapat lagi kain pelikat(berapa ribu tenum ek) + perfume..Kira rezeki baby baru ni dapat 2. Hadiah volley lak benda hiasan letak atas dashboard keta. Acara plak macam santai je, ada pemberian staff cemerlang (banyak kategori plak). Lepastu ada sorang tetamu(penolong ydp PIBG kot) tu dia sorang je dok menyanyi, Oklah dia macam jadi mc jemputan plak sebab tak salah aku dia keja soldier dan biasalah soldier ni suka majlis2 ada karoeke ni,,ekekekek .dalam 10.30 mlm majlis pun bersurai .

Pagi tadi ada acara untuk staff , depa buat team buliding tapi wife aku di kecualikan couse isnin esok baru dia start keja. Aku lak macam malas nak bawa anak-anak gi mandi kat pool ujan rintik2 lak pagi tu so aku bawa depa ke bilik kanak-kanak kat otel sebelah glory tu. Dalam 11.30 baru depa renti main dah bertolak lah aku pulang ke kl. Tu jelah nak cite cuti-cuti di PD weeknd minggu ni.