Salam hari raya aidl adha. Alhamdulilah hari raya korban kali ni balik juga aku ke kg halaman memandangkan cuti tahunan banyak lagi + dah start cuti sekolah. Khamis lepas bertolak awal lepas lunch ,itupun mujur boss kecil luluskan kerna sepatutnya aku dah cuti khamis tu . Err dah apply cuti tapi oleh kerna ramai cuti time tu boss suruh ambik lepas raya .
Perjalanan lancar waima kenderaan banyak kenderaan berpusu2 di PLUS bergerak seperti biasa. Aku cuma berhenti pun di stesen petronas kat tapah dan 1 lagi kat Rnr Bkt gantang. Itupun dalam 10 minit aje couse bajet nak sampai sebelum 7 ptg. Sampai rumah dalam 6 ptg (4 jam plak kali ni) rehat jap then pergi pasar malam area umah. Best pasar malam kat s.perai ni rega makanan tak semahal pasar malam kat area kl tu.
Semalam raya haji aku balik kg dalam tgh, pray jumaat lepas tu ada jamuan nasi + kenduri aqiqah yang aku join tu, kira buat kat masjid senang, makan nasi merah daging ayaq asam ,fuhh kenyang aku sampai ke malam tak makan dah...,err ptg tu belasah lah gak 2-3 ketul ketupat rendang adik pompuan aku buat.
Hari ni pula ada 2 kenduri korban kat kg wife aku area jawi ,sg bakap ni. Kira tengahari makan nasi daging + ayam merah, dalca daging dan acar timun, nyum nyum tapi aku tak tambah nasi, Fuhh nasib baik aku dah jogging di pagi hari tadi. Lepastu ptg tadi dalam pukul 6 pergi lagi 1 rumah, kali ni nasi putih ,daging masak dalca, daging kuah kicap lada itam dan jelatah. Esok plak ada 2 lagi jemputan.. hmmmm tengok lah maybe pergi 1 tempat aje dan sudah semestinya maggie pagi esok kena gi jog ni.