Tuesday, November 24, 2009
Konsert akhir tahun katanya
(Darwis yang pakai costum gajah berdiri kiri ,seblah budak rama2)
Konsert akhir tahun tadika anak aku berlangsung dengan jayanya ahad lepas. Aku macam family yang lain rasa teruja terutama bagi mereka yang pertama kali hantar anak kat tadika. Berlangsung di dewan Teatert Lembaga getah M'sia depan Klcc . Konsert bermula 2 ptg tapi ibu/bapa diminta bawa anak seawal 1.30.
Pagi tu Darwis tu berdrama tak nak join , nak demam katanya..kekekek, sure dia suspen gak buat persembahan atas pentas..hehehehe. Aku gerak usai pray zuhur so sampai lagi 10 minit pukul 2, dan parking penuh..alamak so aku gi park Avenue depan klcc tu. So anak 2 org tu dan org umah turun dulu so park la aku sorang-sorang. Sampai -sampai masuk dewan ,penuh takde tempat duduk so aku ajaklah wife dan syaza anak no 2 duduk la atas tangga.
So menunggu lah aku dengan suspennya, tapi persembahan depa ni bukan la macam konsert..,takde pun nyanyi2.. yang ada menari dan membuat pesembahan ala drama muzik aja.. kira berlakon lah tapi suara tak kluar, cuma beberapa orang budak sahaja yang depa bagi mike kalau ada babak yang kena bagi penonton paham. Keseluruhan oklah budak-budak 4-6 tahun ni buat kira aku first time tengok takdelah best, dan jumpa la rakan2 opis yang hantar anak ke tempat sama depa kata tempat mengecewakan dan konsert tu macam takbest sebab takde nyanyian.. hmmm,aku ok aje .
(Gambar atas ni babak terakir ,depa lambai2 je tangan ikut lagu one voice )
Darwis pula berlakon aja dia di pakaikan costum gajah dan buat la persembahan kat atas pentas tu ikut muzik... hmmmmm oklah first time dia join benda2 macam ni,kira masih pemalu lagi dia tu. Lepastu pemberian sijil tamat tadika 5 tahun dengan hadiah saguhati. Dalam 4 ptg majlis berakhir dengan jamuan bihun keras..(jgn le tempah catering depa tu), karipap ,kuih seri muka,(oklah sedap gaklah) dan ada air teh o dan pencuci mulut puding tawar ajo(hehehe complain aje) . Lepas dari tu salin baju di darwis bawa 1 family jalan-jalan ke KLCC .