Tuesday, July 20, 2010

Siemens Run 2010 la plak

Sebenarnya aku takde la semangat nak lari ahad lepas couse ada luka skit kat lutut masa main hoki sabtu lepas(tapi beransur baik). Lepas ambik bib dan singlet larian Siemens jumaat lepas terus smangat bila ada perkataan "What are you running for? " .






Amboii ikut suka orang la nak lari untuk apa apa pun opsss.. tapi kalau nak jawap perseolan di atas ,etceley nak mantapkan jasmani ,fizikal dan kesihatan diri lah terutama nya.. alamak belum check paras kols terbaru.




Di samping tu gak aku ternampak adik pompuan letak gambo aruah abah aku kat pacebook dia.Jadi mungkin la aku ni sebenarnya memng dari keluarga sukan adik bradik aku sejak skolah semua lah terlibat dengan sukan.. aku je lepas masuk IPT baru belajaq main voleyball, time skolah cuma masuk larian 400m /800 m je wakil rumah sukan. Ya aku memang masa skolah lemah sikit acara larian jarak jauh so bila dah meningkat umur ni macam takleh paksa ja diri..oppps alasan je






Tengok gambaq kat atas ni sure allahyarham abah aku ni wakil rumah E masa dia kat Tentera Darat Askar Melayu rejemin ke brapa dah lupa. So masa ahad lepas walaupun aku macam rasa lemah je nak daki bukit tu terus teringat gambaq ni dan semangat nak berlari telah kembali, dengan anggapan anakmu ini akan terus meneruskan semangat abah maybe abah tak sempat nak masuk acara larian mana-mana kejohonan kerna busy mengawal sempadan negara dari ancaman komunis dari tahun 1960 - 1978(fuhh takde puss stop). Err kena tanya my Mum ni ada ke abah pernah dapat apa-apa pingat larian ,yelah dia je yang tahu rasanya kehidupan tahun tu.



Err berbalik pada acara ahad lepas larian 10 km tu,aku gerak kali ni dalam 6.50 am, bangun awal solat siap-siap-(aku rasa kalau nak masuk lari lagi sebolehnya area KL dan bermula 7.00 am ke atas.). Oleh kerna rega minyak naik..opss apa kaitan tah ,aku naik motor je kali ni, lagi pun aku nak parking paling dekat dengan dataran Merdeka, taklah jauh nak menapak. Jadi kali ni parking motor tu dekat jalan masjid india ja. hihihi.Sampai terus menapak ke dataran dalam 10 minit , wahh dah ramai orang so terus pergi ke kandang kuda... kekeke.






Sempat aku buat banyak kali streching kaki couse dok risau gak kang jadi macam haritu 5 km dah rasa pancit. Best aja cuaca pagi tu dan tepat 7.30 perlumbaan bermula, aku macam terlari laju plak sampai kat bank negara masa nak daki bukit tu alamak nafas dan terlalu kencang terus aku slow down balik sambil berapa kali aku buat hembusan napas .




Masa nak mendaki tu aku terjalan sebab rasa tak selesa kat bahagian jantung ,errr dada risau lah gak kan ,dan time tu ada sepasang pelari (blogger gak aku rasa) mai tegur aku suruh kawal beat penafasan katanya, yang pompuan tu suruh aku terus kan larian.. nama dia Julie ke Jun ek.. So lepas dari tu aku slow kan langkah tapi kaki masih ok lagi . Hmm kena belajar teknik larian kot ni. Agaknya aku kena mulakan tempo larian yang sama kira tak boleh terlaju sangat kot ,hmmm lagi.




Akhirnya masa kat parlimen nak turun ke bulatan yang ada Bank Rakyat tu aku berlari agak perlahan kira macam dah putus harapan lah nak lari laju lagi.. huhu . Tapi semangat nak lari tetap ada kalau boleh nak improve dalam 5-10 minit masa SCMKL haritu. Masa berlari kat jalan Tunku A. Rahman tu banyak plak beberapa pasukan sorak, gendang lah so aku terbusy dok ambik gambaq depa dan semangat nak berlari tu kembali pulih...dengan ada gendang rakyat sebagainya , hihi




Akhirnya sampai gak aku kat dataran Merdeka dengan catatan baru acara 10 km ni, adalah 4-5 minit kot dari hat yg lepas. Lepas ni nak berehat jap maybe daftar acara Larian Olimpik lepas raya nanti, oklah tu macam best aje lari kat area dataran merdeka ni. Lepastu gi ambil goodie beg takde apa apa pun yang menarik cuma aku minta banyak pisang lepastu.. hihi.
Ok aje sebenarnya nak lari lagi ni tapi nak lari 21 km tu macam kena buat latih tubi lagi lah so tahun ni takpelah aku maintain lari dalam 10 km dahulu. Gambaq lain letak kat Pacebook aku jelah ek. Sekian laporan sukan untuk diri sendiri. hihi