Monday, August 9, 2010

Cite awal Ogos

Ada banyak cite tertangguh nak taip tapi mood nak update tak datang -datang. Sabtu 2 minggu lepas tadika si abg long ada sukan air bertempat di Desa water park ,Tmn Desa sebelum Sri petaling tu. Dah betahun aku dok kl ni lah kali pertama aku masuk sebab sebelum ni member-member yang mana dah pi alang-alang nak mandi taman tema ni baik gi Sunway Lagoon je depa kata. Oh ya tahun ni dengar cite family day opis ke taman tema air jugak.. hmmm beh beh ni.








Acara di mulakan senam pagi lebih kurang 9.30 am gitu. Tengok kehadiran pelajar tak seramai tahun lepas di mana sukanekanya berlangsung berdekatan dengan tadika iaitu dekat padang bola saja. Tahun ni si Dar ni main 1 game aja sebab game ke 2 dia dah tak tahan nak terjun mandi dalam kolam. Tak mengapalah hadiah nya pingat ajo so dapatlah juga tempat pertama acara bawa bola dgn sudu.




Aku lak masuk acara kategori bapa-bapa acara duduk dalam pelampung dalam 8 orang lepastu (kira mcm ular la pelampung tu) lepastu berlari /jalan dalam air lumba dengan 1 group lagi. Ada 4 group so dia kira masa terpantas group yang aku wakil -umah biru lah dapat no 2.. Oklah tu dapat adiah kain pengelap dapur dan pisau hiris buah. Lepas abis acara hadiah aku ingat naklah pergi berenang tapi anak-anak dah siap pakai baju nak balik then dah bawa baby sama kelam kabut la la gi mandi kat beach sana tu sebelum balik.






Hari ahad dalam 12 tgh plak antaq adik ipar aku yang dok study kat Canada tu ke airport KLIA. Nak jadikan cite tiket return yg dia beli dengan Air Canada rupenya belum di sahkan oleh M*S tu.. Sebelum tu dia bagitau kawan dia dah check memang dah confirm rupenya ada masalah tapi flight tu katanya pergi ke KK dahulu sebelum gi Taipei so adik ipaq aku suspect sure M*S abaikan tempahan dia. Jenuh jugaklah minggu lepas ke hulu ke hilir nak confirm fly tapi akhirnya esok pagi jadual dia di susun semula so mujur tak yah beli lain sebab beberapa penerbangan sebelum ni penuh aja.




Lepastu kita orang menuju ke tempat makan mulanya nak pergi alamanda tapi aku teringat plak si del dok promote food court P9 kediaman dia dap dap belaka so teruih kita orang pergi (call gak tanya tutup dak nasi ayam di hari ahad ni). Err aku rasa ada ambik gambaq kedai nasi ayam tu tah tiba -tiba kluar kedai nasi dagang ganu kita la plak kat camera yang aku ambik ni. huhu. Err sebelum tu sempat aku membuat tinjauan sambil bawa anak-anak ribena tu main dekat playground yang depan dewan serbaguna tu .Fuhh semua kemudahan lengkap siap pray asar kat Surau situ. Kolam renang ,Gym semua ada nooo best gak kalau dok area PUJ ni. Kat bawah ni gambaq depan area playground anak-anak, tengok ayaq mandi bilalah last sekali tukaq.. dah keruh benar budak2 dok berkubang... opss .hihi


Lepas makan nasi ayam Pendang (kedah mai) berangkat lah plak ke Mesjid baru Tuanku Mizan iatu Mesjid Besi nama lama nya. Usai org umah solat kat situ berangkat lah plak membuat sesi fotografi kat atas jambatan yang menghala ke MOF tak salah aku. Err aku letak kat Fb jelah ek gambo-gambo area PUJ ni sebab lawa lanskap dan seni bina bangunan-bangunan dia..(termasuk la Mesjid). Dah penat bergambar dalam 7 ptg berangkatlah pulang ke kay ell dengan seribu kepenatan... ececece.