Monday, August 16, 2010

Awal Ramadhan

Alhamdulilah, dah masuk hari ke 6 dah hari ini. Syukur kali ni puasa katanya cuaca mendung dan hujan di petang hari (ramalan kaji cuaca malaysia barat di jangka asyik hujan sampai le ujung ogos nanti). Oh ya aku dok suspen puasa kali ni perut selalu senak aje di pagi hari tapi kali ni dah ok aja. Mungkin lah aku rasa sejak dok amlkan senaman jogging/lari tu dah banyak kot lemak toksik dah kluaq melalui proses semulajadi tu agaknya. huhu

Oh ya kali ni org umah dok masak tiap-tiap ptg, keja kat skolah ni 3-4 ptg dah sampai umah, lepastu rehat lah sekejap. Bila aku balik sampai umah dalam 5- 5.30 baru dia start masak, so aku lah layan anak-anak, bawa baby turun bawah letak dalam stroller dia then pusing la kat area parking keta tu dalam 3-4 round, ok gak berpeluh la juga skit. Hari pertama aje aku sempat wat larian kononya nak maintain stamina lepastu weekend nak buat hujan plak di ptg hari termasuklah hari ni. huhu

Malam plak alhamdulilah masih maintain gi surau dekat umah aku ni . Hanya wat sunat terawikh 8 dan witir 3 .Jemaah macam biasa hari pertama penuh la jugak ni nak masuk minggu ke 2 kira dah nampak lapang skit(hmm maybe depa pi surau atau mesjid lain kot). Oklah takdelah kisah ada moreh ke dak kadang-kadang aku tak tunggu terus balik je memandangkan kadang-kadang ada mee, bihun yang tak abis lagi

Ha posa kali ni makan nasi masa sahur aje, berbuka aku dah bagi tau kat org umah tak kisah tak makan nasi , kira makan skit dulu macam cucuq pisang ka , cucuq udang ka lepastu baru makan hat berat. Jiran seblah ada gak bagi juadah kira start jumaat lepas org umah bagi cucur udang then esok nya sabtu dia bagi cucur jagung, nyum nyum. Ahad plak akak depan umah tu bagi laksa penang fuhhhh sedap plak memang rasa blah sana lah laksa dia.

Kira hari pertama je lah aku singgah beli cendol dan nasi kerabu kira rm 4 hinggit ajo, then 2 kali gi psr keramat beli bahan basah , sekali gi kedai runcit macam tak sampai rm 60 pun aku rasa . Ala beli ayam 2 ekor , sayur-sayur ,ikan pari haritu sekali rm 6, buah pisang, udang . Hmm oklah tu kan seminggu tak sampai rm 70 pun, kalau gi param tu mau lebih aku rasa maybe rm 100 kot ?. Tu jelah awal puasa kali ni hope boleh teruskan terutama cuba elakkan pembaziran di bulan yang penuh keberkatan ini, selamat beramal!