Sunday, October 10, 2010

Cite 10.10.10

Heheheh, nak gak hapdet tarikh 10.10.10 ni. Bagi aku takdelah menariknya nombor-nombor ni tapi macam best gak kalau ada kenangan pada tarikh yang nombornya akan berulang 100 tahun lagi, hmmm rasanya dah kiamat kot ni...opsss mana leh teka teka..(tarik balik.. hihih)





Pagi tadi lupa lak nak kunci jam kat h.p tu, tapi mujur ada baby yang mengejutkan aku, so dalam 7 lebih dah siap mandi . Sapu sekeping roti dengan jem lepastu buat air neskapi 3-in kopi putih untuk segarkan diri untuk berlari nanti . Dalam 7.30 gerak so suspen gak takut jalan ke Lot 10 dah tutup sebab nak ke KLCC dari jln tun razak banyak jalan dah tutup untuk larian 10 km anjuran Nike.




Dari umah aku macam biasa ikut jalan nak ke opis, then ambik jalan tun razak. Mujur aku pernah ikut masuk jln bkt bintang ikut trapiic light yang ada spital Prince Court tu so masuk jalan tu lepastu belok ke kiri ikut jalan belakang terus ke area Lot 10 untuk park motor aku ,dalam 7.50 am kot sampai. Sampai je ambik gambo dulu. hihi






Acara bermula dalam 8.20 am, so bergeraklah dengan perlahannya sebab ramai gaklah orang dengan jalam yang sempit.. hmm hampir 3 ribu orang lebih kot. Kali ni aku banyak ambik gambo plak sambil berlari so gambo telah di update ke FB , nak masukkan kat sini lambat lak menunggu.. Akhirnya sampai ke garisan tamat lebih kurang 8.46 ,10 saat bermakna berjaya gak aku lari di bawah 30 minit acara 5.5 km ni, so kalau aku maintain lari macam tadi.. boleh ni kalau 10 km di bawah 1 jam .






Sampai terus ambik goodies beg, yay belum ramai sampai so takyah beratuq panjang , lepastu gi ambik air tenaga 100 plus , milo 2 cawan . Lepastu lepak jalan-jalan tengok orang sambil senam kaki sikit . Ambik gambo serba sikit then terus balik umah tapi singgah jap pasar keramat dulu.. Hmm dapat gak hadiah medal kira kejutan lah , oklah macam dapat pingat Emas plak. Hope tahun depan ada plak larian 11.11.11 (jatuh hari jumaat ni so maybe ada larian malam ni.. maybe 11 km).