Wednesday, June 11, 2008

Majlis pertunangan last week

Isnin 2 jun lepas time aku cuti kat kg berlangsungnya pertunangan aku, opsss silap pertunangan adik ipar. Rasanya tak salah aku ni lah first time aku duduk atau mengikuti aturcara majlis tunang ni. Suspen gak couse wife aku dah pesan aku kena prepare pantun kalau pihak di sana tertiba aja kluar rangkap pantun tapi non ado lah... (wat suspen aje... keh keh keh).

Mujur ada lah jiran/ustad seblah umah jadi wakil tuan rumah untuk bercakap atau jadi jurucakap ek. Bagus lah juga ayat aluan-aluan ustad tu yang pandai menyusun kata untuk menerima tunangan dari wakil pihak lelaki. Simple aje aku tengok,Pakcik tunangan tu adalah tanya berapa jumlah untuk hantaran/mas kahwin dan barang- barang lain. Jadi ustad tu pun bacalah jumlah yang telah di tulis atas kertas. Pakcik tu tanya lah abg tunang tu adakah boleh di terima dan di persetujui then angguk aja tanpa minta apa-apa perkurangan (hhehehhe) . Yelah adik ipar aku sure dah bincang dengan tunang dia tu yang kerjanya bissnesman katanya lah. Kat bawah ni 5 dulang dari pihak lelaki, dan 11 kot dari pihak pompuan, aku prasan kalau kat kg ni kadang-kadang depa selalu dok hantaq last-last minit tu yang hantaran jadi warna warni ni.




Lepastu ustad pun baca doa selamat then lepas aje doa tetamu di hidangkan dengan nasi daging yang di buat oleh pak menakan wife aku. Mujur ada lagi pak/mak saudara yang masih utuh ikatan lagi walaupun kenalah ambik depa kat kg relau kedah tu. Lepas makan nasi maka upacara menyarungkan cincin di lakukan . Macam biasa aku lah photograper tak rasmi. Make-up plak adik ipar aku yang ada butik pengantin yang uruskan. Lepas depa makan kuih-muih yg disediakan majlis pun selesai dalam 4 petang gitu.




Thursday, June 5, 2008

Cite minyak gak ke ni,guna pengankutan awam?

Tepat 5.15 ptg kelmarin 4 jun 2008, weeeiii jerit kawan opis aku, rega minyak naik sampai Rm 2.70 seliter kat nst online. Uwaaaaa apa yang di risaui sejak dua menjak ni akhirnya berlaku. Ko biar betul sambil terpacak aku kat depan pc dia nak lihat bukti. Yelah confirm naik, cuba ko check bernama, bharian, star, ada update tak manalah tau kot ada pencanggahan fakta lain. Hampeh yang lain -lain belum di kemaskini lagi. Lajunya nst update ye ,sidang akhbar bermula 5 ptg kan tak salah aku. 15 minit kemudian ada sorang rakan opis yang kakaknya keja bernama beritahu confirm memang naik sebanyak tu. huhuhu

Aku dengan cargasnya telefon org umah kat kg suruh dia yang tengah drive singgah serta merta kalau terjumpa stesen minyak. Kenalah isi segera kalau waktu selepas berita di umumkan terutama waktu malam akan berbaris panjanglah. Sempat gak sms adik suruh beritahu family kat penang sana isikan minyak dengan segera. Dalam 6 petang aku teruskan aktiviti berbola tampar saja join budak-budak opis yang ada tournement antara wilayah/pejabat tak lama lagi. Lepas dari tu baru gi isi minyak kat kuda tunggangan aku, siap isi penuh tu sampai rm 5 couse selalunya purata rm 4 aje isi, lepas ni sure rm 6 lah gamaknya ni. Kereta semua dah penuh mujurlah tunggu tak sampai 5 minit couse barisan untuk motor tak panjang kat stesen Mobil tu.

So bebalik cite di atas sebenarnya aku baru pulang dari kampung selasa lepas. Sampai pudu dalam 8.40 mlm then decide lah nak naik lrt ke titiwangsa dan lepastu naik bas ajelah sampai ke setapak sana. Naik star oklah panjang tren dia leh dapat tempat duduk, kalau putra yang memang pakar tak kaji nak buat panjang-panjang seperti yang angah selalu komplen sure takde tempat duduknya waima waktu macm tu. 9.15 malam dah sampai pun titiwangsa tunggulah pulak bas U33 menuju ke Ayer panas. Lebih kurang 9.45 malam bas rapid kl tu pun sampai then pemandu suruh gi duduk dulu. Bas tu buat pusingan dulu pergi ke chow kit dan elok-elok je lepas Grand Sesion tiba-tiba bas tu macam tersengguk -sengguk nak berhenti. Ya tiba -tiba bas tu terstop di bahu jalan.

Rupe-rupenya minyak habis kata pemandunya.. Mak aiiiii mulalah aku nak carut-carut ni kat rapid kl. Takkan la pemandu tak check sebelum bawa ,takkan bas baru takde penunjuk minyak nak habis ke dak, nak aja maki pemandu bas tapi aku ni bukanlah jenis nak maki-maki ni... Beritahunya dari pagi dia keja sampai tak sempat nak pergi isi kat melawati, ehhh pesal takleh isi kat mana-mana stesen ek, ooo kena isi kat depot lah baru ada subsidi kan. Then aku tanya ada ka bas lagi, non ada katanya, kena tunggu lori datang dari melawati isikan minyak. Tunggu dalam 10 minit last-last aku ambik teksi ajelah couse aku tahu dalam lingkungan rm 4-5 aje nak sampai rumah tu.. hampeh betul rapid kl ni , so baik aku tunggang ajelah kuda aku tu dari nak guna perkhidmatan awam terutama rapid kl kepunyaan menantu Paklah kan.. yang memang nampak bagus aje tapi hampeh sebenarnya. Sebenarnya kasihan jugak aku tengok ada beberapa orang yang memang nampak gaya kena tunggu lah jugak sebab kalau naik teksi lainlah harganya.

Monday, June 2, 2008

Cuti-cuti jaga anak

Cuti datang lagi,Jumaat petang gerak pulang ke kg halaman. Hari sabtu berehat aje, tgh nya pi jalan-jalan ke Perai Megamaal.. window shopping katanya. Then balik rumah sendiri kat kg sampai malam. Hari ahad pula ada majlis tunang kat kg wife, kenduri aruah lepastu dalam pukul 2.30 sampai la rumah. 10 minit lepastu bermulalah tugas menjaga anak
Jadi topik di atas adalah untuk aku cerita dari 3 sampai 10 malam jaga anak yang 2 orang tu.., kira nak test power la senang dak jaga 2 orang anak tu. Actualy wife ikut adik ipar couse pergi barang atau persediaan untuk bertunang yang jatuhnya pada hari isnin. Jadi kalau bawa anak-anak ni leceh la sikit jadinya aku jadi la suami mitali jap. So sebenarnya takdelah susah sgt aku rasa sebab yg abg dah 4 thn, adik la nak masuk 2 thn
2.30 - anak no 2 tidur... hahha, yg sulong aku buka tv astro ceria kasi layan
3.40 - yg no 1 lak nak tidur, then 10 minit kemudian anak no 2 bangun, angkat letak dia layan ceria jugak, bagi biskut Tiger
4.20 - anak no 1 bangun, then layan ceria gak
5.00- anak no 2 nak mandi/buang air besar , alamak.. ni yg den lemah .. tapi takpe den teringat kat joe dok jaga H tu.. lagilah cirit bagai kan.. SO joe hang memang kalau dpt anak nanti senang aja nak basuh bagai. Anak no 1 mandi gak, seronok aje kalau depa mandi berdua
5.15 - habis aje siapkan -bg pakai pampers ,baju bagai..
5.30- buatkan susu untuk ke dua-duanya sambil depa layan ceria aku lak gi mandi and pray
6.00 - bawa depa berdua gi taman mainan kat taman perumahan tu
6.45 - sampai aje bersihkan diaorang and bancuh air kurma, then buka lagi tv ceria
7.30- bersihkan diri apa yg patut , mandi lagi, pray
8.00 - panaskan lauk/telur kurma/ nasi
8.15 - suapkan si abg makan, adik dia nak suap sendirri, bagi ajelah...
9.00 - selesai depa makan buatkan air lagi
9.30 - si abg dah tanya.. mama ni lamanya bila nak balik ni.. hehhe
10.00 - dah sampai pun rumah ..fuhh lega emm mujur ada ceria ek...