Tepat 5.15 ptg kelmarin 4 jun 2008, weeeiii jerit kawan opis aku, rega minyak naik sampai Rm 2.70 seliter kat nst online. Uwaaaaa apa yang di risaui sejak dua menjak ni akhirnya berlaku. Ko biar betul sambil terpacak aku kat depan pc dia nak lihat bukti. Yelah confirm naik, cuba ko check bernama, bharian, star, ada update tak manalah tau kot ada pencanggahan fakta lain. Hampeh yang lain -lain belum di kemaskini lagi. Lajunya nst update ye ,sidang akhbar bermula 5 ptg kan tak salah aku. 15 minit kemudian ada sorang rakan opis yang kakaknya keja bernama beritahu confirm memang naik sebanyak tu. huhuhu
Aku dengan cargasnya telefon org umah kat kg suruh dia yang tengah drive singgah serta merta kalau terjumpa stesen minyak. Kenalah isi segera kalau waktu selepas berita di umumkan terutama waktu malam akan berbaris panjanglah. Sempat gak sms adik suruh beritahu family kat penang sana isikan minyak dengan segera. Dalam 6 petang aku teruskan aktiviti berbola tampar saja join budak-budak opis yang ada tournement antara wilayah/pejabat tak lama lagi. Lepas dari tu baru gi isi minyak kat kuda tunggangan aku, siap isi penuh tu sampai rm 5 couse selalunya purata rm 4 aje isi, lepas ni sure rm 6 lah gamaknya ni. Kereta semua dah penuh mujurlah tunggu tak sampai 5 minit couse barisan untuk motor tak panjang kat stesen Mobil tu.
So bebalik cite di atas sebenarnya aku baru pulang dari kampung selasa lepas. Sampai pudu dalam 8.40 mlm then decide lah nak naik lrt ke titiwangsa dan lepastu naik bas ajelah sampai ke setapak sana. Naik star oklah panjang tren dia leh dapat tempat duduk, kalau putra yang memang pakar tak kaji nak buat panjang-panjang seperti yang angah selalu komplen sure takde tempat duduknya waima waktu macm tu. 9.15 malam dah sampai pun titiwangsa tunggulah pulak bas U33 menuju ke Ayer panas. Lebih kurang 9.45 malam bas rapid kl tu pun sampai then pemandu suruh gi duduk dulu. Bas tu buat pusingan dulu pergi ke chow kit dan elok-elok je lepas Grand Sesion tiba-tiba bas tu macam tersengguk -sengguk nak berhenti. Ya tiba -tiba bas tu terstop di bahu jalan.
Rupe-rupenya minyak habis kata pemandunya.. Mak aiiiii mulalah aku nak carut-carut ni kat rapid kl. Takkan la pemandu tak check sebelum bawa ,takkan bas baru takde penunjuk minyak nak habis ke dak, nak aja maki pemandu bas tapi aku ni bukanlah jenis nak maki-maki ni... Beritahunya dari pagi dia keja sampai tak sempat nak pergi isi kat melawati, ehhh pesal takleh isi kat mana-mana stesen ek, ooo kena isi kat depot lah baru ada subsidi kan. Then aku tanya ada ka bas lagi, non ada katanya, kena tunggu lori datang dari melawati isikan minyak. Tunggu dalam 10 minit last-last aku ambik teksi ajelah couse aku tahu dalam lingkungan rm 4-5 aje nak sampai rumah tu.. hampeh betul rapid kl ni , so baik aku tunggang ajelah kuda aku tu dari nak guna perkhidmatan awam terutama rapid kl kepunyaan menantu Paklah kan.. yang memang nampak bagus aje tapi hampeh sebenarnya. Sebenarnya kasihan jugak aku tengok ada beberapa orang yang memang nampak gaya kena tunggu lah jugak sebab kalau naik teksi lainlah harganya.