Wednesday, June 11, 2008

Majlis pertunangan last week

Isnin 2 jun lepas time aku cuti kat kg berlangsungnya pertunangan aku, opsss silap pertunangan adik ipar. Rasanya tak salah aku ni lah first time aku duduk atau mengikuti aturcara majlis tunang ni. Suspen gak couse wife aku dah pesan aku kena prepare pantun kalau pihak di sana tertiba aja kluar rangkap pantun tapi non ado lah... (wat suspen aje... keh keh keh).

Mujur ada lah jiran/ustad seblah umah jadi wakil tuan rumah untuk bercakap atau jadi jurucakap ek. Bagus lah juga ayat aluan-aluan ustad tu yang pandai menyusun kata untuk menerima tunangan dari wakil pihak lelaki. Simple aje aku tengok,Pakcik tunangan tu adalah tanya berapa jumlah untuk hantaran/mas kahwin dan barang- barang lain. Jadi ustad tu pun bacalah jumlah yang telah di tulis atas kertas. Pakcik tu tanya lah abg tunang tu adakah boleh di terima dan di persetujui then angguk aja tanpa minta apa-apa perkurangan (hhehehhe) . Yelah adik ipar aku sure dah bincang dengan tunang dia tu yang kerjanya bissnesman katanya lah. Kat bawah ni 5 dulang dari pihak lelaki, dan 11 kot dari pihak pompuan, aku prasan kalau kat kg ni kadang-kadang depa selalu dok hantaq last-last minit tu yang hantaran jadi warna warni ni.




Lepastu ustad pun baca doa selamat then lepas aje doa tetamu di hidangkan dengan nasi daging yang di buat oleh pak menakan wife aku. Mujur ada lagi pak/mak saudara yang masih utuh ikatan lagi walaupun kenalah ambik depa kat kg relau kedah tu. Lepas makan nasi maka upacara menyarungkan cincin di lakukan . Macam biasa aku lah photograper tak rasmi. Make-up plak adik ipar aku yang ada butik pengantin yang uruskan. Lepas depa makan kuih-muih yg disediakan majlis pun selesai dalam 4 petang gitu.