Tuesday, January 6, 2009

Dah ok skit

Petang kelmarin time aku nak ambik anak aku kat tadika, ingatkan dia macam nak nangis lagi tapi dia senyum gembira plak. Tahun lepas aku ada hantar taska tapi dia dok nangis aje time ambik tu (taska lain). So oklah nampaknya dia mavam eppy aje bila aku tanya tu...(amboi dia dok try berDQ kah tak nak gi awal pagi ). Lepas tu aku tanya lah macam-macam tapi dia jawab tak tahu aje.. (yelah sure banyak benda dia buat). Sampai tu relax sat lepastu aku bawa dia gi main-main so bolehla depa tidur awal.

Pagi tadi ,aku gerak awal bagi dia bangun dan minum susu couse semalam tak abis susu dia time sampai skolah tu. Lepas dia gosok gigi aku basuhkan muka dan siram sekali je badan, lepastu aku basuhkan rambut..hhihi..so dia tak nangis lah macam semalam. Tadika yang dia dok ni mandi 2 kali, oklah tu bagi dia mandi kat skolah dalam pukul 11-12 kot.

Sebelum tu aku antar yang no 2 ke umah pengasuh.. menangis lah lagi..tapi bila aku sampai umah tak dengar dah dia nangis(kira sekejap je dia nangis). Si abang pula bila sampai tadika dia ,lepas letak beg segala time aku nak balik tu dia macam sedih aja. takdela nak macam kelmarin tu. OKlah tu ek kira boleh la dia belajar hidup berdikari pulak.

Petang tadi time aku ambik senyum aje dia , cikgu dok kata dia ok aja.. baik aje...opsss..yelah tak jumpa geng sekepala lagi kan..huhu. Dia cite lah depa belajar sembahyang ramai-ramai hari ni. So abang dah ok cuma si adik aje.. agaknya mau seminggu ek dia akan nangis ni. Nampak benar aku je dok risau..hihihi.yelah nak serah anak pada orang lain ni risiko lah jugak kan. Takpe tawakal aje moga-moga oklah kot , kalau tak ok nampak kena cari bibik ni. huhu

Monday, January 5, 2009

Hari pertama

Hari ni pagi-pagi lagi dah bangun ,kira bangun awal la., semangat nak hantar anak yang pertama ke tadika area opis ni dan anak ke 2 hantar ke umah pengasuh. Anak kedua tu hantar blok sebelah jadi hari ni hari pertama aku antar sekali(sambil wife aku bawa barang2 pakaian/susu/pampers dia. Sampai aje rumah pengasuh tu dalam 7 pagi dah ada pun 2 orang anak lain. Yelah sure dia nangis couse sebelum ni ada orang jaga kat rumah. (lebih kurang seminggu ek ?).

Bila aku letak aje ,mulalah dia nangis terus gi kat ibu dia. Aku plak bergegas pulang nak kejutkan dan bagi mandi anak yang pertama. Aku gerak aje cakap kat anak aku nak hantar ke tadika terus dia macam nak nangis.Kira dia malas bangun lepastu aku paksakan dia masuk kebilik air. So aku beruskan gigi dia dulu , lepastu basuh skit badan dia.. Nangis la plak tak nak mandi.. (adakah esok aku tak yah bagi dia mandi?)

Lepastu aku sarapan kejap dan siapkan la pakaikan dia baju/sluar. Boh minyak rambut sikat segala..(ala lupa nak letak bedak,hihi). Lepastu dia dah start macam tak nak pi aje. Aku bagitaulah dia kena dok sorang sebab abah nak ke opis. Dia diam balik, lepas tu sambil dia dok gogong botol susu yang aku dah buat. Elok -elok nak kluar dia kata nak buang plak. Ayoyo ni mesti sindrom takut nak ke tadika ni.

Sampai kat tadika dalam 7.50 , terus aku cari cikgu yang di tugaskan. Explain apa yang patut so aku pun gerak dalam 8 pagi tu. Melalak lah dia panggil abah -abah.. huhuhu. Takpelah ni pun mau 2-3 bulan dia nak biasakan diri kan.

Tadi aku pergi jap nak antar dokumen dan bayar balance yuran. So aku tinjau lah dia dari jauh, termenung jauh je aku tengok muka dia. Cikgu dia kata dia dah ok cuma tak nak libatkan lagi apa-apa aktiviti. Fuhh mencabar gak jadi guru tadika ni ek. Dan jadi ibu/bapa pun mencabar juga sebenarnya.. hope anak-anak aku boleh lalui hari-hari yang mendatang.

Sunday, January 4, 2009

Menjelang dan 1 jan 2009

Malam tahun baru aku bawa family menjejak kaki buat pertama kalinya ke JJ Au2 . Itupun lepas aku tengok banyak barang di diskaunkan di malam tahun baru, kira jualan penghabisan stok aje. Sampai sana gi food-court yang ada tempat budak-budak boleh bermain. Yang tak bestnya kecil aje playground kat situ tambah-tambah ada budak-budak lelaki yang lasak, risau kalau anak aku leh terjatuh kalau depa leka bermain so tertungul lah aku menunggu. Sementara tu org umah gi beli makanan ,nasi so lepas depa main terus di beri makanan..(laju depa makan)

Lepastu gi beli barang yang dah di plan untuk di beli sebab aku peratikan barang-barang dapur dan keperluan anak ni selalunya harap tunggukan JJ ni buat sale baru murah kalau nak di bandingkan barang kat care-four. Orang umah plak lepastu dok cari kasut baru plak tapi takde yang berkenan. agak0agak nak 10 malam kita orang balik.

Sampai umah layan tv 2 yang ada siaran langsung dari dataran merdeka. Artis pilihan tudia penuh warna ,kira setiap kaum lah ada wakil tersendiri. Namun bila camera fokus kebanyakkan penonton adalah kaum melayu dan orang2 dari sebrang je yang dok mai dataran M tu. Menjelang 12 mlm terpacaklah aku di jendela rumah untuk melihat KL akan bermandi cahaya bunga api. Mula-mula sekali aku nampak bunga api dari KLCC , lepastu area sentul, barulah dataran merdeka. Nampak jugak bunga api dari kejauhan mungkin area puncak genting, sri hartamas atau bandar utama. Dataran M paling lama sekali depa pancarkan aku rasa.

Pagi esoknya sesudah suboh aku relax jap, lepastu baru gi jogging area umah. Cuaca yang nyaman/mendung menang best berjogging ni, aku fikirkan apa-la orang yang kena keja pada cuti thn baru ni terutama yang baru berhijrah ke tempat baru. Sedangkan aku masa 31hb tu punyalah malas nak buat apa-apa. Then bersarapan plak nasi goreng dan macam aku termakan lebih plak. Mak aku ada datang seminggu ni so dia yang masak .Lepas tu mak aku cadang ajak gi umah sepupu aku kat damansara area ikea tu.,call sepupu aku tapi depa ada hal nak ke puchong.

Last-last dia suruh call 2-pupu aku yang stay area klana jaya tu. Depa orang perak dan walaupun mak aku hanya sepupu dengan mak depa tapi kalau call tu memang depa beriya ajak ke rumah. Kira depa panggil mak aku tu maksu Penang. So pergilah aku sefamily dalam pukul 11 gitu. Lepak-lepak sembang rupenya suami dia tu dulu keja kat TM tapi dah bersara ambik vss awal tahun kot dan terus buka bisness ikan keli area gombak. Ala aku terlupa plak nama suami dia tu.

Suami dia pagi-pagi dah pi kolam ikan keli kat gombak so tak sempat jumpa. 2 pupu tu aku panggil kak Sal , peramah orangnya walaupun pernah jumpa tapi masa tu gi kenduri kat Ipoh kot so aku ingat-ingat lupa . Orang perak ni gamaknya ramah-ramah la kot ? hihihi ramai org perak aku kenal memang tak sangkal lagi memang kalau dah bersembang ada je cite yang di boraknya. Dalam 3 petang baru gerak balik ke kl.
Sampai umah tidur jap lepastu gi pasar malam dalam pukul 6. Itu ajelah nak cite kisah di tahun baru ni.